Wednesday, October 30, 2013

Solat sunat fajar...

Assalamualaikum...

Adakalanya sesuatu hikmah itu datang dari pelbagai perkara. Bila kita dapat sesuatu ilmu atau perkara, banyak ilmu dan perkara yang berkaitan tentangnya mula saling berkait. Baru-baru ini aku tahu tentang solat sunat fajar. Sebelum ini memang pernah dengar. Namun bila tidak  mengambil berat terasa tidak begitu mahu ambil peduli. Bila mula tersedar tentang kepentingan solat sunat fajar, ditakdirkan banyak pula peringatan yang baik-baik tentang solat fajar yang diberitahu kepadaku. Ianya seperti berturutan. (SUBHANALLAH.. petunjuk dari Allah itu memang datang dalam pelbagai cara.. ALLAHUAKBAR.).

Mulanya aku bertanya pada en.asben, solat apa yang dia dirikan sebelum solat fardu subuh. Katanya solat sunat fajar. Bukan tak pernah melihat en.asben solat. Tapi hari itu aku terdetik untuk bertanya. ALHAMDULILLAH.. Dari situ aku juga mahu turut mendirikannya. Sewaktu ke kelas agama di surau, ustaz ada menyebut  juga tentang kelebihan solat sunat fajar.  Sewaktu di rumah mertua, MIL juga bercerita tentang tuntutan menunaikan solat sunat fajar. Rasanya orang lain sudah tahu tentangnya. Tapi di sini aku ingin kongsikan juga sedikit tentang solat sunat fajar yang aku dapat di Tazkirah Solat Fajar di FB). Semoga kita semua dapat manfaatnya bersama, insyaAllah.

Solat Fajar

Solat sunat dua rakaat sebelum solat fardhu Subuh dikenali sebagai Solat Fajar atau Solat Qabliyah Subuh atau Solat Sunat Subuh.

Ia dikerjakan selepas azan Subuh dan sebelum solat fardhu Subuh.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Solat fajar 2 rakaat lebih baik dari dunia dan segala isinya.” (HR. Muslim)

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Dua rakaat solat fajar lebih aku cintai daripada dunia seluruhnya.” (HR. Muslim)

Dari Aisyah ra. bahawa beliau berkata, "Tiada solat sunat yang paling Rasulullah SAW menjaganya melebihi dua rakaat solat fajar.” (HR. Muslim)

“Sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam membaca ketika solat fajar, surah Al-Kafirun dan surah Al-Ikhlas.” (HR. Muslim)

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!

6 comments:

cheqna said...

thanks 4 sharing this..sangat berguna ni =)

Izwa Kamaruddin said...

thanks for sharing kak..

ummiross said...

Betul tu Hanis, sangat besar ganjarannya, moga kita semua terus istiqomah.

Eye_nee said...

Terlalainya kita kan sis...walaupun cuma 2 rakaat sahaja fadilatnya amat2 disukai rasulullah SAW....sgt bermanfaat N3 ni sis...Tkasih...

CS said...

assalam...
kita sama kes nampaknya...
dipendekkan cerita, subuh tadi adalah hari ketiga solat sunat tersebut dilakukan oleh yours truly.. Alhamdulillah.

MulutPayau said...

terima kasih atas perkongsian ni dik..

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...