Tuesday, October 22, 2013

Bangun pagi..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. pagi ini terasa cukup segar. Padahal sejak pukul 4.30 pagi lagi aku sudah terjaga. Alhamdulillah.. sekarang ini aku kembali gigih menulis di awal pagi. Pada waktu malam dan di hujung minggu juga aku akan meluangkan masa untuk mengulit manuskrip. Alhamdulillah.. idea dan semangat untuk menulis manuskrip ketiga semakin meningkat dari hari ke hari. Sebelum-sebelum ini entah kenapa semangat itu sedikit merudum. Idea dan kerajinan juga bagaikan hilang. Alhamdulillah.. ada kisah manis yang tidak terjangka di sebaliknya yang membuatkan semangat menulisku jadi naik semula. Semoga segala yang aku lakukan dipermudahkan hendaknya, insyaALLAH.

Bercerita tentang bangun pagi, mengingatkan aku tentang pesanan seorang ustaz ketika mengikuti kelas agama di surau. Kata ustaz, kita selalu tersedar dengan sendirinya di awal pagi pada waktu sebelum subuh untuk pelbagai perkara. Bukan semua orang ada rezeki untuk bangun pada waktu yang begitu. Adakalanya  kita tersedar untuk bangun ke bilik air. Adakalanya kita bangun untuk menonton perlawanan bola. Tidakkah kita sedar kenapa Allah buatkan kita terjaga pada waktu itu? Pastinya ada sebab mengapa Allah kejutkan kita dari tidur pada waktu semua orang sedang enak tidur dan diulit mimpi. 

Sejak umur semakin meningkat, masa tidurku juga sudah tidak seperti dulu. Sekarang ini, mudah benar aku terjaga pada jam 4 atau 5 pagi. Adakalanya aku sudah tidak lagi boleh menyambung tidur selepas itu. Adakalanya aku terjaga sekadar untuk tengok jam sebelum menyambung tidurku kembali. Kadang-kadang tu jenuh nak paksa mata untuk tidur agar tidak mengantuk ketika di pejabat. Gigih nak kembali tidur sedangkan aku boleh gunakan waktu itu untuk lakukan perkara manfaat yang lebih dituntut. Teguran dan pesanan dari ustaz sedikit sebanyak telah memberi kesedaran buat diriku. 

Jika kita boleh bangun untuk ke bilik air pada waktu itu kenapa kita tidak boleh bangun untuk bertahajud? Apalah salahnya kita terus mengambil wuduk dan bersolat tahajud sebelum menyambung tidur. Jika boleh terus menunggu sehingga masuknya waktu subuh adalah lebih baik. Subhanallah.. peringatan itu sangat baik untuk aku memperbaiki diri yang selalu lalai. Daripada mengigihkan diri memaksa mata untuk menyambung tidur, lebih baiklah jika aku gigih untuk bangun dan bertahajud. Alhamdulillah.. teguran dari ustaz benar-benar memberikan kesedaran untukku. Semoga dengan perkongsian kecil ini kita dapat sama-sama mempertingkatkan amalan kita..  insyaAllah.

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah.. semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!

13 comments:

safurara said...

insyaAllah.have a nice day kak!

Hudalatip said...

Serius kak saya juga sedang gigih ke arah yang lebih baik, mudah2an diberi peluang..Sentiasa terjaga awal.

faraherda.razalan said...

Mak sy pun mcm tu kak. Sng terjaga klu ade gangguan sket. Umur makin meningkatlah kot?

MulutPayau said...

Terima kasih atas perkongsian ni dik...Mnyedarkan akak tentang kealpaan selama ni...

JunAina said...

Itulah kadang2 kita ni bila terjaga laju je tido balik. Aina pun cuba belajar utk beratkan tahajud...

Izwa Kamaruddin said...

teguran yg bagus utk diri izwa jugak kak...izwa setiap hari terjaga pkl 4 pagi..

Dr K said...

Bila usia kita makin meningkat, jumlah jam tidur yg diperlukan sebenarnya makin singkat...in fact ada kajian menunjukkan, 'quality sleep' cukup sekadar 4 jam aja sebenarnya...So mmg tuhan dah ciptakan waktu tu sesuai utk kita kan kak...supaya kita boleh tahajud padaNYA...terima kasih atas peringatan akak ni...saya masih lalai...culas bertahajud :(

azieazah said...

Nanti kalu dah terbit novelnya, jangan lupa kabor ya? Nak pastikan dapat naskhah siap dengan autograf sekali!

Eye_nee said...

Inilah kita kan sis..manusia yg masih tidak mahu sedar kan diri ttg kelebihan yg ALLLAH berikan termasuklah akk...bukan tidak pernah kita terbaca dan mendengar kuliah2 agama ttg terjaga secara semulajadinya diwaktu tgh malam ataupun diseprtiga mlm ni....yg kita cuba dan paksakan diri adalah utk TIDUR semula...Gud N3 ni sis...semoga kita akan benar2 menjadi hambaNYA yg tahu utk bertahajud dan bersujud kepadaNYA..InsyaAllah...

Acik Erna said...

Alhamdulillah hanis dah mula melakukannya..

aizamia3 said...

itulah yang ai lalui ketika ni.. kira kalau dapat tidur 4 jam tu dah bersyukur sangat2..

mamaarifakeemaisy said...

Huu... tiba2 terasa pulak... :-)
Terima kasih for sharing...sekurang2nya boleh dipraktikkan... mmg skrg semakin meningkat usia ni, mudah trjaga awal dan susah nak tidur semula... tp spt kata hanis mulanya tu, paksa juga diri utk tidur semula...huu..

nahlia said...

Memang kekadang hati liat nak bertahajud padahal allah dah beri rezeki dgn.mengejutkan kita

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...