Assalamualaikum semua..
Alhamdulillah.. hari ini kita sudah memasuki minggu terakhir di bulan oktober. Seminggu dua lagi cuti sekolah akan bermula. Sejak awal tahun lagi, aku dan rakanku dari tempat kerja lama sudah merancang untuk pergi bercuti bersama. Sejak beberapa tahun lepas boleh dikatakan setiap tahun kami pergi bercuti bersama. Seronok bila pergi bercuti ramai-ramai ni. Lebih seronok bila semuanya sekepala. Bila dah ramai-ramai macam-macam aktiviti boleh dibuat.
Percutian pertama kami ke Melaka, kemudian ke Pulau Pinang, selepas itu ke Langkawi dan akhir sekali kami bercuti bersama ke Terenganu pula. Tahun ini, InsyaAllah jika ada rezeki kami akan ke Hatyai dan Krabi. Ada rezeki cadangnya nak ke Phuket sekali. Semuanya bergantung pada keadaan. Sejak dari waktu merancang aku sudah tidak sabar-sabar untuk pergi sebenarnya. Dari beberapa keluarga yang pergi bersama, akhirnya hanya tinggal 3 keluarga yang dapat turut serta. Dari 3 tu akhirnya tinggal 2 keluarga saja yang boleh meneruskan perancangan.
Alhamdulillah, ada saudara temanku yang mahu ikut serta dalam trip kali ini. Ianya menjadikan 4 keluarga yang akan pergi bercuti bersama. Semalam, 1 lagi keluarga dikatakan mahu turut serta. Jadinya untuk percutian kali ini kami akan pergi bersama 5 keluarga. Semoga segala perancangan kami akan berjalan dengan lancar hendaknya. Semoga kami selamat dalam setiap perjalanan. Semoga kami dan keluarga sentiasa dilindungi dari sebarang kemalangan dan musibah. Semoga keadaan cuaca juga akan berbaik-baik dengan kami hendaknya. InsyaALLAH...
Khamis nanti ialah hari yang dinanti. Sejak semalam, beg pakaian sudah selesai aku kemas. Hanya tinggal beberapa keperluan lain saja yang akan aku kemas menjelang harinya. (Nampak tak keterujaan aku di situ he..he..) Harapnya tiada apa yang akan tertinggal nanti. Dalam keterujaan untuk bertolak pada malam khamis nanti, sebenarnya ada getar juga dalam diri. InsyaAllah, pagi khamis ni aku kena jadi MC untuk program syarahan perdana di tempat kerjaku. Jadinya selagi program tu belum selesai, feel nak bercuti tak sepenuhnya datang. Ha..ha.. gabra betul. Harap-harap segalanya akan dipermudahkan untukku dan semoga majlis akan berjalan dengan lancar.
Salam hormat untuk semua. Semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!
17 comments:
Alaa..nak ikut pegi krabi!hehehe..
happy vacation kak!
assalam
salam singgah kak...
wah bestnya nak pergi bercuti..jeles ni =)
akak pegi baper hb? silap2 kita bertembung di krabi nnt.
Bila hujung2 thn ni..masuk bloq geng ni...CUTI..masuk bloq geng sana..CUTI..masuk bloq geng sinun..CUTI..Huaaaaaaa.....akk jer yg tak bercuti-cuti nampaknya niiii....
Sekarng sedang menghitung hari sajalah Hanis ye.. selamat bercuti-cutian:)
kak hanis,
ooo... akak pegi awak bulan 11 ye. saya plak ujung bulan 11. so akak hapdet laju2, nnt saya boleh refer. hehehe
Seronoknya kak..Akak pergi sekeluarga ke? Selamat bercuti dan jangan lupa update dalam blog bila dah balik nanti yea
assalam hanis..selamat bercuti..tentu eronok dapat bercuti ramai2
selamt bercuti bersama keluarga, lepas balik nnt cerita yaa Hanis keseronokan bercuti.
Wah! Bestnya cuti-cuti. Selamat jalan2 kak. Jgn lupe kat sy yg takde nak amek cuti ujung thn ni. Hehehehe...
Salam bertamu dan bertemu kembali Hanis..
Waa bestnya cuti2 Malaysia, beramai2 lagi meriah kan.
Cuti Thai pun best juga tu, makan2 memang sedap di sana. Selamat bercuti ye, moga Allah SWT permudahkan segala urusan.
Wahhh Krabi nanti letak gambar banyak2 kat blog ye Fea...
suka baca. akak g hatyai n krabi nti share2 la sbb thn dpn sy n my hubby pun nak g sana. btw if akak n family nak g sabah, blh cntact sy. kbtln fmly mentua ada hmstay. in case kan...
followed u. blh follow balik dekat sini http://www.sophiesm.com :)
Seronoknya nak pi jalan2, rasa nak ikut ja, heheeee! Semoga selamat semuanya, amin :)
hati-hati diperjalanan ya...have a good trip...
Bercuti ramai ramai sebegitu mmg best...Cuma kenal rancang sejak awal...rancang betul2...
Selamat bercuti jalan-jalan release tension. Jangan lupa boh la gambar. Kita nak tengokkkk!
Post a Comment