Wednesday, November 27, 2013

Ada pasangan sendiri, abaikan pasangan orang lain..

Assalamualaikum..

Aku mungkin kolot sikit bab pergaulan antara yang berlainan jantina. Tapi pada aku batas dalam pergaulan perlu sentiasa dijaga agar semua pihak rasa selesa. Lebih-lebih lagi pada yang bergelar isteri orang atau suami orang. Bukan tiada kawan lelaki yang rapat setelah bergelar isteri. Tapi aku selalu berjaga-jaga dalam pergaulan. Berlebih-lebihan dalam berkomunikasi secara peribadi memang lebih dulu aku tolak. Dengan kawan lelaki yang kurang rapat lebihlah lagi aku berjaga-jaga. Perbualan yang membawa kepada salah faham memang awal-awal lagi aku elakkan. Jika ada mesej peribadi yang aku rasa seperti tidak kena memang tidak akan aku layan. Biarlah ianya habis sehingga di situ saja. Terasa tidak mahu melanjutkannya kerana berasa tidak wajar untuk melayan mesej seumpama itu dari lelaki lain yang bukannya suami. Biarlah walaupun perkara itu hanya perkara simple di mata orang, namun aku tidak mahu mengambil mudah tentang hal seperti itu.

Jika mahu berkomunikasi dengan kawan-kawan lelaki yang rapat mahupun tidak, perkara pertama yang aku ambil kira ialah apa pandangan suamiku. Yang kedua apa pandangan pasangan temanku. Disebabkan itu aku jarang mahu berlebihan dalam berkomunikasi secara peribadi dengan lelaki lain lebih-lebih lagi dengan yang sudah bergelar suami orang untuk perkara yang tidak tentu. Lainlah ceritanya jika dalam kumpulan. Terasa tidak senang bila disekelilingku, masih ada yang tidak peka tentang perkara itu. Aku faham, setiap orang punya cara dan pandangan tersendiri. Tapi entah mengapa aku tetap berasa tidak senang. Untuk perkara tertentu, kongsikan saja dengan pasangan kita. Tak perlu dikongsikan dengan pasangan orang lain. Hubungan kita dengan pasangan kita mungkin akan kekal baik. Namun, mana tahu ianya mungkin menganggu hubungan orang lain. Sebelum cara kita menganggu hubungan orang lain, lebih baiklah berjaga-jaga. Sebelum berlaku perkara yang tidak patut berlaku, lebih eloklah kita letakkan diri kita di tempat mereka, pasangan mereka dan lebih penting pasangan kita sendiri. Adakah kita juga tidak kisah jika pasangan kita yang berkomunikasi sebegitu?

Meluah rasa, nak bermanja, berkongsi perkara yang tak perlu atau sekadar suka-suka untuk berkomunikasi sekadar mengisi masa cukuplah hanya dengan pasangan kita saja. Kalau mengantuk pun nak mengadu dan minta tolong pada teman berlainan jantina dan bukannya pasangan kita, pada aku itu dah melampau. Kenapa tidak mengadu kepada pasangan kita saja? Paling tidak pun mengadulah pada teman yang sama jantina saja.  Apa yang diharapkan dari pasangan orang lain dengan pengaduan yang seperti itu? Mahu orang dodoikan? Mahu orang tepukkan? Pleaselah. Kalau kena atas batang hidung sendiri nanti baru tahu apa yang orang lain rasa. Sori, aku agak emosi dengan perkara yang berkaitan hubungan dengan teman yang menjadi pasangan orang lain. Kalau kena pada aku, sejujurnya aku mengaku, aku akan meroyan! Minta dijauhkan hubungan kita dan pasangan dari orang ketiga.

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah.. semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!

14 comments:

Acik Erna said...

acik suka n3.acik sejak kahwen memang macam tu..jaga..kecuali dengan sedara mara acik
masa mula2 pindah di pejabat sekarang sejak 2006..pelik pulak orang2 disini..sebab acik tak mau ikut pi minum/makan waktu rehat kalau ada kawan2 lelaki yang ikut sama.sampai ada yang kata suami acik kuat cemburu.padahalnya suami tak larang pun..acik yang bataskan sendiri..walaupun dah tua macam ni

Izwa Kamaruddin said...

Same goes to me..baik tapi takat baik sahaja bukan berbaik sangat walaupun hubungan kawan tu baik..

Kat office ddk di unit yang hanya ada 16 org dan izwa seorg perempuan maka automatik menjadi lelaki juga tidaklah mengada-ngada atau bermanja termasuk ketika mengandung haritu..

Sori..diasuh bersih bab bab gini alhamdulillah masih lagi terperi di diri..

atuk said...

Assalamualaikum Hanis

Alhamdulillah
moga berkekalan

Unknown said...

Salam Hanis
Akak pun setuju dgn pendapat Hanis..kat ofis ni ada sorg tu dah keterlaluan bergurau senda dgn suami org tnpa sempadan, sedangkan dia juga isteri org..sesekali akak tegur juga supaya tk melarat2..

mamaarifakeemaisy said...

2 kali dtg komen, problm plak td..huu..

Agreed, baik berjaga dr awal, drpd bila dh berlaku, mmg tak dpt dah nak patah balik..

Moga ada hidayah buat mereka yg suka lepas laku dgn istri or suami org ni....haih..

Mujur ofis iena, sikit je lelaki...hee..tak ada hal sgt, cuma hal pompuan sama pompuan la pulak..huu..mcm2..

Eye_nee said...

ALhamdulillah setakat ini tidak ada terlebih-lebih pula isi perbualan dgn geng2 lelaki..lg pun officemate akk disini jauh lebih muda dan perhubungan itu seperti kakak dan adik..lebih baik elakkan dari bercerita perihal peribadi dgn rakan lain jantina...kepercayaan itu penting dlm hubungan suami isteri...sekali dicurangi atau mencurangi risikonya pasti sgt tragis...

Cik Puan Kocik said...

Saya sangat2 suke entry nie. Terima kasih sbb berkongsi.

faraherda.razalan said...

Klu ms zaman skooling membawa ke universiti, sy lebih selesa berkwn dgn lelaki dari perempuan. Tapi bila dah kahwin, automatik sy jarakkan diri ni dari berhubung apatah lg berkwn rapat. Klu ade pun, kami berkomunikasi scr terbuka kat FB. Bia suami nampak. Tak nak senyap2.

Samalah kita kak, takde istilah kwn baik antara lelaki dan pompuan tanpa terbit satu perasaan! Tak mgkn!!!!! Dari jdk penyakit, sy rela rugi tak punya rmi kwn dari rugi hilang kasih seorang lelaki yg kita dah janji sehidup semati. Cheewahhh!

JunAina said...

Sebagai isteri wajib menjaga maruah suami jadi rasanya seorang isteri mesti tahu adab2 dalam berkawan. Aina masih keluar minum pagi dengan kawan2 lelaki satu team tapi setakat minum sahajalah, paling penting jangan sampai emnimbulkan fitnah.

Mak Wardah said...

Kita sama sependapat, mana maruah diri kl bermanja pd org lain, kita boleh belayar satu kapal Hanis. Tqvm for sharing

MulutPayau said...

Akak suka ntry ni ..akak ada beberapa orng kawan lelaki ..kami selalu jugak bertukar2 cerita..saling memberikan pendapat..tapi tak berlebih-lebihan sebab masing2 ada fmly...tahu batas masing2..

Rosniena said...

hakikatnya memang ada dan wujud sehingga isteri orang sanggup tinggalkan suami kerana kejar suami oranglain

Unknown said...

assalamualaikum kak.. sy suke sgt entry akk ni.. mtk mohon share ye.. akk seperti dapat bace isi hati saye.. bende yg same sy lakukan bile sy dah berumah tangga since 2011.. hanya utk peringatan bersama.. :)

Adni Yakin said...

saya sgt setuju dgn akak... sy tgok kawan sy pun mcm tu sy rasa x sdap hati sbb dia rakan serta sahabat sy..sy nak yg tbaik buat dia.. harap2 mereka cepat sedar akan perkara itu...

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...