Monday, December 2, 2013

Percutian ke Hatyai dan Krabi Part 7.. Emerald Pool..

Assalamualaikum..

Selepas balik dari menaiki gajah, kami berjalan-jalan di kawasan Aonang. Geng lain ada mengajak juga untuk ke tempat lain. Tapi sebab sejak sampai kami belum sempat lagi meneroka di kawasan pekan Aonang tu, makanya kami memilih untuk berjalan-jalan di kawasan Aonang saja. Maka berjalanlah kami 5 beranak di sekitar pekan Aonang tu. Masuk kedai  keluar kedai tapi tak beli apa pun. Sudahnya pergi makan aje kat gerai-gerai yang banyak terdapat di situ. Waktu makan aku teringatkan Emerald pool lagi. Rasa ralat sangat kalau tak dapat pergi. Cadangkan  pada  en.asben untuk cari trip ke sana. Padahal boleh aje pergi sendiri bawa kereta. Tapi dah memang jenis suka pergi bercuti santai-santai kan. Takkan nak minta en.asben memandu sendiri ke sana. Dah tentu-tentu en.asben taknak. Takut sesat pun iya juga. Dapat lepas ke Krabi bawa kereta sendiri pun pada aku dah gempak habis dah ha..ha.. sebab kalau ikutkan en.asben memang taklah dia nak drive jauh-jauh untuk pergi bercuti. Alhamdulillah Allah bukakan hati en.asben untuk ikut serta trip by road yang sangat awesome ni. 

Lepas aje makan en.asben dah setuju nak mencari pakej untuk ke Emerald pool. Budget pun masih ada lagi berbaki so boleh sangatlah untuk kami cari trip ke sana. Lalu kat satu kawasan tu ada iklan untuk ke Emerald pool. Tanya harga RM 200 untuk satu kereta Toyota Fortuner. Rasa macam mahal, so kami jalan lagi untuk cari kat tempat lain. Sekali dapat harga lebih mahal. Nak patah balik ke tempat yang pertama dah malu he..he.. So cubalah buat penawaran. Alhamdulillah.. dapat harga yang sama juga. Sebelum pergi kami minta pemandu untuk singgah ke hotel kami dulu untuk bersolat jamak zuhur dan asar serta menukar pakaian dan mengambil pakaian untuk salin. Sangat selesa perjalanan kami 5 beranak untuk ke Emerald Pool selama sejam menaiki Toyota Fortuner tu. Drivernya pula ramah. Total harga untuk ke Emeral pool ialah RM 280. Kenderaan dan pemandu RM 200. Kami tambah lagi RM 20 sebagai tips untuk pemandu sebab sebelum menghantar kami pulang, pemandu dengan baik hatinya membawa kami singgah di pasar malam kat kawasan kampung-kampung. Bestlah juga pasar malamnya. Orang dah berbudi kita berbahasalah kan.  RM 60 lagi ialah bayaran masuk ke Emerald Pool untuk kami berlima. Dewasa RM 15. Kanak-kanak RM 10.

Alhamdulillah.. kami dah sampai.. Masa ni dah pukul 3 petang kut. Sebab nak sangat pergi tak kisahlah walaupun kami dapat sekejap saja berada di sini.

Masuk-masuk aje dah nampak air sungai yang sejernih ni. SUBHANALLAH.. terus rasa berbaloi-baloi dapat sampai ke sini.

Tempat wajib bergambar sebagai bahan bukti he..he.. Kat belakang kita orang tu semuanya orang Malaysia. Tapi dia orang dah nak balik dah. Kami baru aje sampai.
Aku dan en.asben memang suka kawasan-kawasan semula jadi macam ni. Jadinya bila dapat sampai ke sini memang kami seronok sangat. Anak-anak pun syok juga. Apa-apa yang melibatkan air, memang boleh buat anak-anak teruja.  

Hijau di sini sana. Aku suka... SUBHANALLAH.. ALHAMDULILLAH..

Korang tengok siapa yang paling excited di depan tu he..he.. Nak masuk ke Emerald Pool tu memang kena berjalan sikit. Ada dua trail untuk ke sana. Satu 800 meter. Satu lagi 1200 meter. Sebab excited aku tak perasan ada dua jalan masuknya. Yang ni kami lalu jalan yang jauh 1200 meter ha..ha.. Dah suku perjalanan anak-anak dan en.asben tanya kenapa aku nak pilih jalan yang jauh ni? Masa tu baru aku tahu ada jalan lain yang lebih pendek.

Ha..ha.. sudahnya aku yang pancit. Tertinggallah pulak aku di belakang. 


Tapi best juga ikut laluan tu.  Pemandangannya sangat indah bagi aku. Biarlah berlumut-lumut pun. Tapi pada aku ianya sangat menyegarkan.  

Jernih..

Segar..

Tenang..






Hijau dan lumut saling bersatu. Pada orang lain mungkin ianya Mual. Pada aku ianya Indah. 

Alhamdulillah.. kami dah tiba di Emerald Pool. SUBHANALLAH. Memang hijau kolamnya. Aku teruja.

Nak masuk ke dalam kolam tu memang licin sikit. Is belum apa-apa dah jatuh tergolek he..he.. So kena berhati-hati.

Masa ni kami tak sure kedalamannya. Jadi takut-takut nak turun. Tapi ada family dari Shah Alam tu  kata tak perlu takut sebab airnya cuma separas dada. Memang lepaslah untuk kami kecuali Az. Tapi masih tak berani juga nak masuk dalam air tu. Nak-nak lagi sebab kat-tepi-tepi tu licin. Bila en.asben dah masuk barulah kami semua ikut masuk dalam air yang hijau tu.  

Dah masuk dalam air terus rasa BEST sangat. Dahlah kolam tu warna hijau. Airnya pulak jernih. Pasirnya putih. Bila berdiri dalam air, boleh nampak terus sampai jari-jari kaki. Punyalah jernih airnya. Dari takut-takut semuanya jadi seronok kat situ.

 Riang..

Suka..

Ceria..

Seronok..

Pemandangan yang indah buatku..

Bila anak-anak seronok, mama dah ayah rasa sangat puas hati. ALHAMDULILLAH.

Wajah puas hati mama & ayah.. ALHAMDULILLAH..

Emerald pool yang cantik.

Happy faces. Ada rezeki kita pergi bercuti lagi.

Hijau kan. Ada orang kata kat bawah tu terpijak-pijak lumut yang mengelikan. Tapi aku dan keluarga takde pulak terpijak lumut yang sebegitu. Yang dapat kami pijak ialah pasir putih. Rasanya sekelling kolam juga kami pergi. Lain orang lain pengalamannya kan. Atau mungkin sebab excited kami tidak terperasankannya. Nampak hijau begini tapi bila masuk dalam air, jernih sangat airnya. SUBHANALLAH.

Jalan-jalan kat sekitar atas tu, laluan airnya hanya mendatar menuruni bukit seperti ini. 



Memang puas aku mandi di sini. Sekeliling kolam aku dan anak-anak terokai.. 


Best.. ALHAMDULILLAH.

Taknak balik..

Sedih nak tinggalkan kolam hijau ni. 

Laluan ke Blue Pool pula. Kami tak pergi pun. Ada yang kata kat Blue Pool tu tak boleh mandi. Tapi kolamnya memang berwarna biru.


Sebelum balik posing-posing dulu. 

Laluan yang lebih pendek. 800 meter untuk keluar.


ALHAMDULILLAH.. Kami seronok dapat ke Emerald Pool Krabi. Syukur!

Matahari mula tengelam saat kami mahu meninggalkan Emerald Pool.

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah.. semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!

7 comments:

cheqna said...

subhanallah
cantiknye weh...

Izwa Kamaruddin said...

berbaloi-baloi ye kak dapat jejak ke semua tempat yg akak nak :)

JunAina said...

Cantiknya Fea...kalau dah sampai sana tak pergi memang rugi nih.

Mak Wardah said...

Bestnya...nampak enjoy sgt Hanis sekeluarga...Novel baru ada tak? Akak sokong novel tempatan!!!

MulutPayau said...

Cantiknya pemandangan..memang berbaloi kan...

NM03 said...

aiyo.... penat kak jalan ke emerald pool. tapi tempat dia cantek kan kak. sayangnye.. kami tk mandi pun kat situ

Eye_nee said...

Cantikkkkknyaaaaa...SUBHANALLAH....
indah nya setiap inci ciptaan ALlah ni kan sis...Tah berpeluang tah tidak menikmati sendiri ciptaan ALlah ni...

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...