Nuffnang

Thursday, December 5, 2013

Berkhatan..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. petang sabtu lepas anak bongsuku Az dah selamat berkhatan. Sekali berkhatan dengannya ialah anak-anak buahku Firhan dan Hafiy. Syukur segalanya dipermudahkan. Syukur juga bila dalam 3 hari mereka sudah sembuh. Hari ketiga dah ligat main kereta control ketiga-tiganya. Memang kalutlah neneknya bila ketiga-tiga cucunya berkhatan sekali. Tapi emak jugalah yang nampak paling seronok bila kesemua cucu-cucu lelakinya dah selamat berkhatan. Buat masa ni memang tiada lagi yang teringgal. Maklumlah, emak tiada anak lelaki, jadinya rasa teruja tu lebihlah sikit. 

Dalam ketiga-tiganya Az yang paling besar (9 tahun). Sepupunya Firhan 7 tahun dan adiknya Hafiy 5 tahun. Tapi Az juga yang jadi champion. Firhan dan Hafiy rileks aje bila keluar dari bilik doktor. Siap tersenyum-senyum lagi cakap tak sakit. Tapi Az, waktu dia keluar aje dari bilik doktor dah siap mencebik dengan mata dah bertakung dengan air mata he..he.. Anak bongsu agaknya. Jadi manjanya memang ada lebih sikit. Tapi kat situ ajelah dia sebak dan kata pedih sikit. Balik aje rumah terus rileks macam takde benda pun. Memang gubra lebihlah tu. Sakitnya sikit aje he..he..

Alhamdulillah, hari ahad tu adik aku ada buat sedikit kenduri kesyukuran. Jadinya lepas aje berkhatan memang bawa balik ke rumah adikku. Sajalah nak merai anak-anak yang berkhatan dan ada niat nak jemput orang datang makan-makan di rumah. Tak ramai pun jemputannya tapi tetap meriah. Dari tengah hari sampai ke malam tetamunya datang. Puas hati betul dengan makanan yang ditempah. Dari nasi, lauk pauk dan kuih-muihnya semuanya sedap. Paling penting, tiada pembaziran yang berlaku. Semua tetamu dapat makan. Dapat juga dibuat berkat untuk keluarga dan jiran-jiran terdekat. Syukur.. segalanya dipermudahkan untuk kami. 

Az, Hafiy dan Firhan kesayangan.. 

Wajah ceria sebelum ke klinik. Waktu ni memang kesemuanya dah excited.. 

 Masa tunggu turn.. Hafiy dan Firhan terus cool. Tapi Az dah cuak he..he.. 

Alhamdulillah.. dah selesai dan otw balik rumah. Memang hebatlah hero-hero mama ni.. Terus rileks aje.. Anak lelaki kenalah berani kan he..he..

Sampai kat rumah nenak dah siap sedia dengan tali-tali gantung kain. So gantung ajelah kain pelikat semuanya. Tak payah nak dok pegang. 

ALHAMDULILLAH.. dah berkhatan semuanya..

Salam hormat semua. InsyaAllah.. semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!

9 comments:

NM03 said...

masa qausar kat nicu, ayah saya siap soh deal ngan doktor utk sunatkan qausar. ayah kata, senang buat tgh baby. saya plak tak mau, sebab nak buat time dia darjah 5 ke 6 ke. baru best tgk muka cuak dia. hehehe tak feel la buat masa baby kan kak. hehehe...

:: Mrs.Eady :: said...

bercadang nak sunatkan syahmi tahun dpn..umur dia 7 thn tapi abah dia suruh tggu besar lagi...adehhh..

Eye_nee said...

akk tak der lah dpt rasa pengalaman mcm ni kan...Almaklumlah 3 PRINCESS kannnn..huhuhuhu...

Nurulhuda Abdul Latip said...

Alhamdulillah settle semua, anak saya ingat nak khatan tahun depan...

Alin Marlini said...

anak alin sibuk nak sunat tapi nenek tak bg plak sb rasa macam kecik lagi...next year 10 tahun baru leh sunat

ummiross said...

hehe..bila tengok gambar2 ni teringat zaman anak2 ummi kecik dulu, yang adik tu pun manja macam Az juga, yang abang steady je.

Semoga cepat sembuh semuanya..

MulutPayau said...

Wahhh dah selesai dah....Alhmdulillah ..
Anak bongsu akak esok baru nak khatan..tak tahulah mcm mana...

eB said...

esok2 aed nya turn plk... x tau la camner nanti ... he3

Irfa said...

bujang sy dah seminggu berkhatan, masih pakai pelikat lagi.. tak berani dia nak pakai seluar, huhu. harap baik sebelum buka skolah