Assalamualaikum..
Malam tadi aku kembali dengan manuskripku. Sejak sebulan hurmmm.. atau mungkin lebih.. ianya terus tersekat di muka surat 208. Ada idea namun tiada kesungguhan mahu menggarapnya. Bila kemalasan melanda memang tiada apa yang boleh dilakukan selain dari cuba merajinkan diri. Sebelum subuh tadi aku kembali mengetuk keyboard lappy kesayangan. Rasa cukup bersyukur bila jari jemari terus laju menekan abjad-abjad yang sedia teratur di depan mata tanpa tersekat-sekat seperti selalu. Perkataan dieja, ayat diatur, idea disusun. Perasaanku jadi indah biarpun hanya dua muka yang bertambah. Rasa puas bila muka surat manuskripku mula beralih ke angka 210.
Kenaikan sebegini memang selalu membuatkan aku jadi teruja. Namun sejak akhir-akhir ini, banyak kenaikan yang mula memeningkan kepala. Semuanya perlu dihadapi dalam paksarela. Dengan hati yang tidak senang, ada senyum kelat menahan pahit mahu menelan kenyataan tentang kenaikan banyak harga. Sekadar mampu memikir memang tiada apa yang akan berubah dengan harga baru yang telah ditetapkan. Terlalu memikir akan menganggu rutin harian mungkin juga perasaan dan juga kesihatan. Sudahnya aku cuba mengingatkan diri sendiri. Rezeki itu sudah ALLAH aturkan. Pendapatan sedia ada perlu bijak diuruskan mengikut kebijaksanaan. Perbelanjaan tambahan mahu tidak mahu perlu juga dilunaskan atau lebih tepat lagi dicukupkan.
Kenaikan dua muka surat manuskripku setidak-tidaknya menjadi penyedap rasa menghadapi kenaikan 100% harga pengangkutan anak-anak ke sekolah. Bila ianya satu keperluan senyuman kelat perlu juga dimaniskan. Lebih-lebih lagi bila memikirkan tentang kebajikan anak-anak yang memang menjadi tanggungjawab. Maka isu itu tidak perlu terlalu aku persoalkan. Sekadar meluah rasa adakalanya dapat jadi penenang yang mujarab juga.
Salam hormat untuk semua. InsyaAllah.. semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!
Salam hormat untuk semua. InsyaAllah.. semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!
5 comments:
100% kak?aduh......
tajuknye aper?
Rajinnya akak. Sy tau sgtlah mcm ne seksanya nak menyiapkan manuskrip tu kak....
have a nice day dari kami :)
Semoga idea terus mencurah..
Moga bertambah-tambah rezeki Hanis sekeluarga, insyaAllah.
Post a Comment