Thursday, November 21, 2013

Percutian ke Hatyai & Krabi 2013 Part 4..

Assalamualaikum..

Hari ni kita sambung lagi cerita. Sebelum tu aku nak tunjukkan gambar depan Aonang Smile Hotel. Semalam terlupa nak masukkan sekali. 

Model-model tak berbayar dengan ikhlasnya mempromosikan Aonang Smile Hotel Krabi he..he.. 

Aonang Smile Hotel dari Jalan Besar. Kalau memandu sendiri ke Krabi ada tempat letak kereta yang disediakan di hadapan hotel. Alhamdulillah, tempat letak kereta tu cukup untuk kereta-kereta kami semua. Takdelah risau sangat sebab dari balkoni hotel boleh nampak kerta kita di bawah tu. Nampak tak kedai massage tu? Pantang lalu mesti terasa  nak pergi mengurut he..he..

Ini gambar sebahagian dari kami waktu sebelum balik. Sebahagian lagi tengah adjust auto camera setting kat depan kami he..he..

Okey.. sekarang boleh sambung cerita mengenai Island Hopping pulak. Di Bamboo Island kami diberikan masa selama 45 minit. Masa yang diberikan terasa tidak mencukupi kerana kami semua cukup seronok bermandi manda di pantai yang indah itu. Aku sendiri seronok belajar mengapungkan badan di situ. Memang best betul dapat mandi dalam air laut yang jernih macam tu.

SUBHANALLAH... cantik kan pantai di Bamboo Island ni.  Kalau bagi satu hari pun rasanya aku tak puas juga nak mandi di laut yang secernih dan secantik ini. Inikan pulaklah 45 minit aje. Sebab seronok nak mandi tak banyak gambar yang aku ambil di sini. Nasib baik en.asben dan Han ada snap sikit-sikit. Sedih juga sebab tak ada banyak koleksi gambar di sini. Tapi takpelah.. nanti ada rezeki kita repeat ke sini lagi eh en.asben he..he.. 

Subhanallah.. Lihatlah kejernihan airnya. Lihatlah juga mama tu. Dalam laut pun sempat lagi nak berleter he.he.. Ish.. takdelah berleter cuma minta Is bucklekan life jacket dia dengan sempurna aje. Pergi melancong mana boleh membebel-bebel.. nanti kacau mood. Takmo.. takmo ha..ha..

Tsunami sign sebagai peringatan jika berlakunya Tsunami. Alhamdulillah.. kami semua dilindungi. Terima kasih ALLAH. Kat Bamboo Island banyak pokok-pokok macam ni. Jadi terasa reduplah bila melepak di bawahnya.

SUBHANALLAH... Selalu dapat tengok gambar pemandangan yang cantik cuma kat dalam kalender. Bila background gambar kami sekeluarga secantik ini terasa cukup bersyukur dengan peluang yang diperolehi. Waktu tu panas cukup terik. Tapi sebab cantik, takde siapa pun yang kisah kena berdiri di tengah panas. 

Ada bot datang. ada bot pergi dan ada juga bot yang masih menunggu. Bila sampai masanya pemandu bot akan panggil naik ke bot semula. Hu..hu.. sedih aje nak meninggalkan Bamboo Island ni. 

Bot meneruskan lagi perjalanan. Steady aje  Az duduk di sebelah tempat pemandu. Awal-awal lagi di dah booking duduk kat situ. Aku risau dia jatuh aje. Tapi Alhamdulillah.. walupun melambung-melambung dia tak jatuh. 

Laju betul bot ni. Tapi best sebab berangin-angin. Aku sebenarnya nak ambil gambar chicken island kat belakang tu. Tapi sebab laju sangat, hanya itu saja yang termampu he..he..

Jernih.. nampak terus ke dasarnya. Tapi sebab kamera tak canggih, efek  dan imej sebenar tidak langsung kelihatan.. hu..hu..

 Yang ni viking cave. 


Lagi gambar viking cave.. Tak silap aku kat dalam tu ada tempat penternakan sarang burung.

Kat sini ada juga orang yang snorkling. Tapi bot kami tak berhenti snorkling di sini.

Setiap kali bot-bot berselisih akan adalah adegan berlambai-lambaian antara satu sama lain untuk mengeratkan ukhwah.. cewahhh he..he.. Bila time berselisih dengan bot yang di dalamnya ada wanita-wanita yang kebanyakannya hanya bertwo piece,  lagilah lambaian tu jadi bertambah mesra.. Adooooiiii... bukan main lagi bapak-bapak orang ni semua tau he..he..

Aku memang sukakan pemandangan. Jadinya bila melihat keindahan sebegini aku jadi sangat asyik. Subhanallah.. Maha Suci Allah yang Maha Indah.

Rasa nak nangis sebab seronok dapat tengok pemandangan yang indah dan cantik ni.

 
Pemandangan sebenar memang kami dapat lihat hingga ke dasarnya. Tapi bila sekadar menggunakan kamera handphone yang biasa-biasa, terpaksalah berpuas hati juga dengan hasilnya yang tidak seberapa.

Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar 

 Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar 


                         Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar 

Ada rezeki nanti aku sambung lagi ya.. insyaAllah. 

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah.. semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!

8 comments:

Izwa Kamaruddin said...

Speechless tgk....nangis lagi huwaaaaa :(

JunAina said...

Bila tengok pemandangan yang macam tu memang rasa nak terbang ke sana sahaja.

ummiross said...

Subhanallah..! Cantiknya Hanis, ummi suka tengok view cantik2, kalau dapat pergi, tak cukup tanganlah nak ambik gambar ni, hehe..

nazayiena said...

Bestnya berpeluang dpt menikmati keindahan alam semulajadi,Subhanallah.

Eye_nee said...

Akk sukaaaaa sgttt sis...lihat ciptaan Allah yg sgt2 indah ni...Bersih jernih air lautnya...

nahlia said...

Bestnya

MOHD SAIFULLAH BIN MOHD SOHI said...

Assalammualaikum.. ok x pengalaman duduk di aonang smile?

Hanis Azla said...

As-salam Mohd Saifullah..

Bagi saya ok aje menginap di aonang smile hotel. Hotelnya bersih dan lokasinya dangat strategik. Dekat dengan tempat makan, kedai-kedai dan laut.

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...