Wednesday, November 20, 2013

Percutian ke Hatyai & Krabi 2013 Part 3...

Assalamualaikum..


Sejak sabtu aku kena demam selsema. Hari sabtu dan ahad kami anak beranak temankan en.asben ke Kuantan. Dua hari tu jadual en.asben penuh. Jadinya dua hari juga kita orang memerap dalam bilik hotel. Walaupun shopping mall cuma bersebelahan dengan hotel tapi nak keluar mamanya tak larat sebab badan rasa lesu. Nasib baik kat hotel ada swimming pool. Takdelah anak-anak rimas sangat. Alhamdulillah.. hari ini aku sudah beransur baik. Lega rasanya bila badan dah kembali sihat. Syukur.. terima kasih ALLAH. Hari ni sambung lagi cerita yang tertangguh.



Di Krabi kami menginap di Aonang Smile Hotel. Hotelnya biasa-biasa saja. 2 or 3 stars hotel kut. Tapi kedudukan hotelnya di kawasan yang cukup strategik. Aku memang cukup berpuas hati dengan lokasinya. Kalau korang ke Krabi, silalah booking hotel di kawasan Aonang ni. Sebab kat situ nak makan senang, nak shopping senang, nak pergi pantai senang, nak massage senang. Kiranya serba serbinya senanglah kat situ. Aonang Smile Hotel ni terletak di kawasan yang cukup happening bagi aku. Memang jatuh chentalah wa cakap lu he..he.. 

Sesampainya kami di hotel malam tu, kami terus keluar mencari kedai makan. Memang banyak restoran yang terdapat di kawasan depan hotel tu. Cari saja yang bertanda halal dan berlogo bulan bintang. Malam tu kami makan di Restoran Lemon. Rasanya boleh tahan. Harganya pun boleh tahan mahal he..he.. Waktu sampai memang dalam kedai sudah penuh dengan pelanggan. Penuh dengan pelanggan Malaysia ya. Rasanya memang 90% orang Malaysia. Ada yang sudi bertukar-tukar senyuman. Ada juga yang buat macam tak perasan yang kat sebelah meja tu orang Malaysia. Terus teringat cerita yang orang lain kongsikan dalam blog. Baru pergi Thailand aje kut. Tak payahlah nak eksyen sangat. Hurrmmm.. banyak orang banyak ragam kan.

Bila tengok orang ramai aku pun laju-laju tanya en.asben dan anak-anak nak makan apa. Sambil tu aku minta buku menu dari pelayan. Pesan kat anak-anak jangan fikir lama-lama. Lepas tu aku cepat-cepat order. Order aje yang simple-simple. Malam tu kami order nasi putih, tomyam seafood, daging masak merah, garlic fried chicken, telur dadar serta jus buahan dan air milo. Itulah taktik yang aku selalu gunakan bila masuk ke kedai yang ramai orang waktu perut tengah kelaparan. Tak perlu ambil masa.  Alhamdulillah.. pesanan kami sampai di waktu orang lain masih terfikir-fikir nak makan apa. Bila kami selesai makan, order orang lain baru sampai. 

Dengan harga RM 420 Untuk 4 hari 3 malam pada aku cukup berbaloi-baloi. Bilik dan bilik airnya bersih. Tuala ditukar setiap hari. Setiap hari juga tuala digubah dalam bentuk gajah dan di letak di atas katil seperti itu. Setiap bilik juga ada balkoni yang mengadap ke kawasan kedai-kedai. Best juga melepak di situ tengok orang lalu lalang.

Pemandangan dari bilik hotel. Kedai jualan memang berderet-deret kat barisan depan jalanraya tu. 7 eleven pun cuma diseberang jalan. Ke kanan dari 7 eleven dah kawasan pantai. Dari balkoni dapatlah tengok laut sipi-sipi. Kat tiang elektrik tu, bawahnya tu kedai urut.  Best betul urut kat sana. Dahlah sedap urutannya. Harganya murah pulak tu. 

Lagi pemandangan hotel. Bangun tidur rasa tenang aje. Rasa nyaman juga sebab boleh bau-bau laut. Pada aku Krabi memang tempat yang sangat best untuk pergi bercuti. Ada rezeki aku memang nak repeat lagi.. insyaAllah.


Saja nak completekan pemandangan dari balkoni hotel. Pemandangan belah kanan, belah kiri dan belah depan. Semuanya buatkan aku jadi terkenang-kenang. Patutlah ramai orang seronok dan suka nak ke Krabi ni.


Sebelum pergi makan malam, aku dengan kawan aku En. Mamat dah siap-siap booking Island Hopping Trip. Kami booking di Lobi Hotel saja. Alhamdulillah.. kami dapat harga yang cukup baik. RM1600 untuk sebuah bot yang boleh memuatkan kami yang seramai 28 orang (5 Keluarga semuanya). Jadinya bayaran untuk 1 keluarga hanya RM320. Cukup berbaloi sebab harga biasa ialah RM90/RM100 untuk seorang. Nampaknya kami sudah dapat berjimat di situ.. Alhamdulillah. Pagi itu selepas bersarapan dalam pukul 8.30 pagi sebuah lori comel berwarna pink sudah menunggu kami di hadapan hotel. 


Tak sampai 5 minit berada di dalam lori, kami sudah sampai di tepi pantai. Bot juga sudah menunggu kami di situ. Bot kami yang di sebelah kiri tu. 


Beratur menuju ke bot supaya tiada sesiapa yang tertinggal. Walaupun semuanya ceria dan teruja tapi keselamatan masih perlu menjadi keutamaan.


Kami menggunakan perkhidmatan Aonang Orchid Speed Boat. Dah naik speed boat kan, setiap kali bot melanggar ombak memang melambung-lambunglah kami di dalamnya. 


Pemandangan sepanjang perjalanan memang sangat indah. Tak berhenti mulut ini memuji keindahan ciptaan ALLAH yang Maha Indah.. SUBHANALLAH..


Alhamdulillah.. ada rezeki untuk anak-anak merasa pengalaman yang indah ini. Anak-anak semuanya ambil port di depan bot yang tidak berbumbung. Sanggup kena panas asalkan dapat kena percikan air laut he..he.. 


Naik aje bot memang kami diberikan jaket keselamatan. Keselamatan memang menjadi keutamaan dalam setiap perkara kan.

Ceria aje wajah semua orang dalam grup kami. Alhamdulillah.. kami semua dapat berkongsi pengalaman dan keseronokan yang sama. 


Alhamdulillah kami sudah tiba ke destinasi yang pertama iaitu Bamboo Island. Subhanallah.. cantik sangat pulau ni. Airnya hijau biru dan cukup jernih. Pasirnya halus dan putih. Tengoklah, comel aje semuanya turun dari bot dengan life jaket. Alhamdulillah, we share a nice and sweet moment together. Nanti aku sambung lagi ya. Tadi dah siap dah entry ni dan siap publish lagi. Tapi entah kenapa tiba-tiba boleh hilang pulak separuh. Rasa nak nangis bila terpaksa buat balik semula. Kepala pun dah ting tung sebab rasa pening tak sepenuhnya hilang. Sampai jumpa lagi. Bye.

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah.. semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day. 

21 comments:

Jueliza Jamani said...

sis.. kat mana ambik pakej tu.. salam perkenalan..

Izwa Kamaruddin said...

Alahai kenape syok sgt ni kak...

Kakzakie Purvit said...

Betul kalau bercuti yg best tempat tinggal dgn tempat makan dan shopping dekat jadi pergerakan mudah dan seronok...

Eye_nee said...

Tak kiralah sis hotel 2 star ker 1 star ker..jajji Hotel tu bersih dan selesa yg penting disitu dpt dijimatkan utk keperluan lain yg lebih utama...

JunAina said...

Suami Aina memang tak kasi ke sana tanpa dia nak ke sana dengan dia entah bila pulak.

Angah said...

tq Haniz, bole la angah amik info tentang Krabi ni...mana lah tahu kot nak ke sana

sarah said...

ish rasa cam nak pergi ja hujung th nih..cam best jer..

MulutPayau said...

kreatif dia orang gubah tuala tu...
Cantik sangat bamboo island tu kan dik...tak jemu mata memandang..syoknya kalau dapat pergi...

Jueliza Jamani said...

kak email jue.. juelizajamani@gmail.com nak tanya skit ttg pakej ni..

ummiross said...

Ok..Aonang Smile Hotel, noted!.

Kalau macam ni Krabi kena masuk list
tempat untuk dilawati ni, insyaAllah. Tq hanis!

atuk said...

Assalamualaikum Hanis

saya baca drp part 1 lagi
sebab Krabi antara yg termasuk dlm senarai....

faraherda.razalan said...

Aduhai...seronoknya kak. Membygkan ketenangannya. Duduk bersantai rehat tepi laut tu. Tapi klu anak dah bsr2 n dah pndi independent, syok le. Klu yg notty2 mcm Aydin ni, kenalah pantai setiap ms. Heheheheh...

Bilalah dpt ke sana kak.

AisNy said...

wahhh... bestnya...

cheqna said...

bestnya...bila la dapat bercuti ni..rehatkan diri..tenangkan fikiran

nazayiena said...

Bestnya mkn angin dgn kwn2 bawa family masing2.

Misz-ella said...

Uikkk .. ramai rupanya pergi ye. Ella ingat famili Hanis je.

Cun la hotel tu .. Bamboo Island tu pun Subhanallah .. lawanya pemandangan. Ella tak penah pegi Krabi ni. Nanti nak try lah.

Thanks for sharing ye Hanis.

gadisBunga™ said...

nama aonang smile pun dah cukup untuk buat kite senyum. hihihi~

best jugak krabi ni ek. kalau saya pun sanggup berpanas asal boleh tengok view laut dan main air laut. tapi pastu membebel kulit dah gelap. hehehe.

ALoNa CintamaniszLite said...

kt aonang...sy booking kl house melalui agoda.
Nak tanya..pakej tour island ni..hanis amek yg mana??

Hanis Azla said...

As-salam Alona..

pakej island tour tu saya book melalui hotel saja sbb baca review, booking di hotel pun kita masih boleh bargain dan dapat harga yg berpatutan.. klu tak mahu booking melalui hotel boleh saja booking melalui ajen yg banyak terdapat di sekitar bandar aonang tu.. yg penting kita dah tahu harga yg sepatutnya agar tidak ditipu dengan harga yang lebih tinggi.. Selamat ke Krabi ya Alona..

Unknown said...

Assalammualaikum sis...tumpang tanya...sis pergi 5 keluarga kan (28 orang)...boleh tau tak berapa bilik hotel yer yg diambil untuk sepanjang 4H3M di Aonang Smile Hotel tu. Tqvm.

Hanis Azla said...

As-salam Zawani Abu Rais,

Kami ambil 7 buah bilik waktu menginap di Aonang Smile Hotel dulu.. Alhamdulillah.. masih selesa.

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...