Friday, November 15, 2013

Syukur..

Assalamualaikum..


Hujan lebat di awal pagi. Kian reda dan masih merintik hingga saat ini. Sejuk, dingin, nyaman dan indah.. Alhamdulillah.. syukur ya Allah. Semoga hujan turun dengan membawa seribu rahmat untuk kita semua, insyaAllah. 

Alhamdulillah.. semalam keputusan peperiksaan UPSR sudah diketahui. Tahniah buat semua anak-anak yang menerima keputusan tersebut. Setiap anak pastinya cemerlang. Keputusan yang diperolehi bukan sepenuhnya lambang kecemerlangan. Jika keputusannya bagus, ianya bukan sesuatu yang harus terlalu dimegahkan. Jika keputusannya kurang bagus, ianya bukan sesuatu yang perlu terlalu disedihkan. Apa pun keputusannya, itulah rezeki untuk kita. Syukur itu perlu!

Perjalanan di hadapan masih terlalu jauh untuk ditempuh. UPSR baru laluan yang pertama. Langkah yang cemerlang harus dikekalkan. Langkah yang kurang cemerlang harus dilipat gandakan. Walau apa pun keputusannya, usaha masih perlu ditingkatkan. Azam perlu terus kuat. Kesungguhan mesti terus mantap. Berdoa jangan pernah dipinggirkan. Usaha, doa dan harapan perlu terus seiring. Semoga setiap usaha, doa dan harapan akan terus diberkati oleh ALLAH hendaknya.

Alhamdulillah, ALLAH memberikan rezeki yang baik buat anakku Muhammad Adi Iskandar. Semoga kami lebih tahu untuk bersyukur dengan setiap apa yang direzekikan.  Terima kasih Allah. Terima kasih buat para gurunya yang dihormati dan dimuliakan. Terima kasih buat semua yang dikasihi kerana sudi sama-sama mendoakan. Alhamdulillah.. Is memperolehi 5A semalam. Semoga anak-anakku dan anak-anak kita semua akan terus cemerlang di dunia dan di akhirat. Semoga akhlak dan sahsiah diri mereka juga turut cemerlang. Semoga mereka terus menjadi anak soleh yang sentiasa diberkati oleh ALLAH.

p/s buat abang : Pesan mama dan ayah, jaga solat dan jaga tingkah laku. Al-quran jangan dilupakan. Walau setinggi mana pun kita berada, hormat orang itu perlu. Keluarga jangan dilupakan. Silaturrahim jangan diabaikan. Semoga abang, kakak dan Bb akan terus berjaya di dunia dan diakhirat.. insyaALLAH. Mama dan ayah tiada harta yang dapat diberikan. Hanya ilmu yang dapat kami bekalkan sebagai pedoman buat kalian.

Pinjaman Allah yang sangat aku syukuri.
Semoga kalian sentiasa berada di dalam rahmat dan kasih sayang ALLAH.

Salam hormat untuk semua. Semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita semua insyaAllah. Take care and have a nice day.

13 comments:

Eye_nee said...

TAHNIAH buat MUHAMMAD ADI ISKANDAR..tahniah juga buat kamu sis...Betul kata kamu..Usah Dimegahkan kecemerlangan dan usah direndahkan kegagalan...keduanya tidak bersifat kekal andai usaha tidak diteruskan....TAHNIAH sekali lagi...

Izwa Kamaruddin said...

tahniah muhammad Adi Iskandar :)

safurara said...

tu lah kak.sy xsuka mak mak yg frust sgt kat anak yg dpt result xok.mungkin ni boleh jd pemankin utk mereka belajar lg baik kan.pagi kak!

ummiross said...

Alhamdulillah..Tahniah Is, ummi turut teruja dan gembira, tahniah buat Hanis dan en.asben juga, kejayaan anak-anak tentu sekali kerana sokongan ibubapa,tak lupa tahniah kepada guru-guru yang mendidik.
InsyaAllah ummi yakin Is akan menjadi anak yang berjaya dunia dan akhirat, berkat doa kedua ibu bapanya.

Kakzakie Purvit said...

Syukur alhamdulillah Hanis..

Tahniah buat anakanda Adi Iskandar. Moga terus cemerlang..

mamaarifakeemaisy said...

Tahniah..
Alhamdulillah... tumpang rasa happy ats kejayaan mereka.. :-)

Dinas Aldi said...

Alhamdulillah, tahniah buat Muhammad Adi Iskandar :)

MumMe said...

tahniah buat anak akak...bg mumme,kita mesti ikhlas memberi pendidikan kpd anak2 kita...kejayaan mereka bukan utk dicanang2,berbangga2...boleh menyinggung perasaan org lain...

Irfa said...

tahniah ye
sy pun pesan sama kat anak2
jaga solat yang menjadi tiang agama kita.. apa guna sijil bertingkek tp tak jaga agama

+ e.z + said...

amin amin rabbil alamin...
tahniah ya...
gambor tuh kat mn? sgt2 cantek viewnya... liokeeeeeee :)

Hanis Azla said...

As-salam eB..

Gambar tu di sekitar pulau-pulau di Krabi/Phuket..

azian said...
This comment has been removed by the author.
azian said...

tahniah utk anak akak....semoga lebih berjaya di masa akan dtg...xoxo

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...