Friday, June 8, 2018

Percutian ke Jepun 2018 (Tokyo, Gala Yuzawa, Osaka, Kyoto, Nara, Hiroshima)

Assalamualaikum..

Dah bersawang sangat blog ni nampaknya he..he.. Takpelah.. kita cuci sawang-sawang tu dengan cerita percutian kami sekeluarga ke Jepun pada hujung musim bunga 2018. Kalau aku tak tulis, orang lain tak rugi apa-apa pun. Tapi aku sendiri yang akan rugi besar sebab tak buat entry tentang percutian ni untuk kenangan aku sendiri juga keluarga. Jadi sebelum aku kerugian lebih baiklah aku mulakan.

Bismillahirrahmanirrahim.. Semoga ALLAH permudahkan.

Sebenarnya aku pernahlah juga berangan nak ke Jepun. Disebabkan tahu yang Jepun negara mahal dan tahu juga kemampuan diri jadi cita-cita tu terus mati. Tapi bila en.asben asyiklah menyebut nak ke Jepun dua tiga tahun kebelakangan ini, jadi aku pun terus kembali bercita-cita nak ke Jepun. Balik Europe dah cadang nak ke Jepun lepas ni. Bajet ada ke takde belakang kira. Kita cita-citakan aje dulu. Aku pulak lepas balik dari Europe trip tahun lepas terus dah rasa macam kena ada percutian wajib ke luar negara setiap tahun. Walaupun tak kaya tapi feeling orang kaya guna duit sendiri takde siapa yang nak marah kan? kan? He..he.. Bukan apa, sementara diizinkan ALLAH untuk terus bernafas, sementara larat dan masih direzekikan dengan kesihatan yang baik dan orang tua pun masih sihat lagi kalau boleh naklah melihat keindahan alam ciptaan ALLAH sebanyak yang boleh. Semoga ALLAH perkenankan.. in shaa ALLAH.

Cadangan asal nak pergi berdua aje. Tapi en.asben nak bawak anak-anak. Jadi aku pun setuju aje. Rasa lebih tenang nak bercuti kalau anak-anak dapat ikut sama. Tak susah hati nak susahkan orang lain untuk tolong tengokkan anak-anak. Asalkan bajetnya tak lebih dari bajet ke Europe, in shaa ALLAH boleh. So, kita plan nak pergi sendiri untuk menjimatkan bajet. Iyalah nak pergi berlima banyak perkara kena diambil kira. Anak-anak aku pulak mana ada yang bawah 12 tahun. Jadi kiranya pergi kena kira untuk 5 dewasa. Gulp! Sudahnya lebih bajet juga. Tak apalah. Rezeki anak-anak. Semoga rezeki en.asben terus murah, melimpah ruah dan berkat in shaa ALLAH. Takpe.. Kita positif. Sentiasa yakin yang ALLAH Maha Mencukupi. Dalam merancang tu, awal-awal lagi aku dah cakap kat emak dan adik aku yang kami nak ke Jepun. Bila dah beritahu kat orang, nampaklah kesungguhan nak pergi tu walaupun semuanya masih menjadi rancangan. Bila adik aku dengar dia pun terus cakap dia nak join sekali. Mula-mula rancang nak pergi sekali dengan suami dan baby dia. Tapi akhirnya, ambil keputusan untuk pergi seorang aje. 

Aku pulak rasa tak sedap hati kalau tak bawa anak buah aku yang tinggal sekali dengan aku. Kesian pulak kalau dia tahu kami nak pergi tapi dia tak ikut sekali. Jadi aku includekan dia sekali. Adik-adiknya semua tak tahu. Memang jadi rahsia kami semua. Kesian kalau dia orang tahu. Lagi pulak kalau aku nak bawa semua aku takut aku tak mampu nak uruskan 7 orang anak sekaligus waktu bercuti. Yang besar-besar bolehlah uruskan diri sendiri. Yang kecik-kecik kena aku juga yang uruskan. Aku takut percutian bertukar stress. Jadi sebelum perkara itu berlaku, kena kuatkan hati ambil keputusan bawa anak-anak yang besar-besar aje dulu. Yang lain-lain in shaa ALLAH kalau ada rezeki nanti mama ayah bawa pulak ya. Nak bawa anak orang ke luar negara pun bukan senang-senang macam tu aje. Ada prosedurnya. (Tapi selepas kami balik tu adik-adik semua tahu dah abangnya pergi. Rahsia susah sikit nak simpan kan hehehe.. Alhamdulillah.. dia orang okey aje sebab semuanya dapat buah tangan jepun 2, 3 seorang).

Dah ambil keputusan nak pergi, tarikh pulak jadi masalah. Sebab nak tunggu Han habis asasi UiTM. Nak tunggu anak-anak habis exam kat sekolah lagi. Tunggu punya tunggu masa nak pergi pun dah dekat. Flight semua tak booking lagi. Bajet nak pergi jugak musim bunga. Nak tengok bunga sakura cita-citanya. Bila masa dah dekat baru booking flight, tiket pun jadi mahallah. Tak apalah, itu rezeki kami. Sejak awal aku memang dah plan nak naik MAS. Nak bagi anak-anak rasa pengalaman naik flight selain Air Asia. Nak bagi anak-anak pengalaman naik flight yang tak perlu beli makanan tapi makanan di serve untuk kita ikut time makan. Nak bagi anak-anak naik flight yang ada flight entertainment. Alang-alang nak berjalan jauh, biarlah anak-anak dapat pengalaman baru. Alhamdulillah.. harga MAS pun sangat berbaloi waktu kami booking tu. Kami sangat berpuas hati naik MAS. Apa yang lagi best harga MAS lebih murah dari harga Air Asia. Waktu balik kami naik Air Asia sebab flight MAS awal pagi. Kami nak balik petang. Naik Air Asia pun ok juga. Alhamdulillah.. kami selamat pergi dan selamat pulang. Itu yang paling penting. Terima kasih ALLAH. 

Yang mula-mula kononnya nak pergi jalan sendiri sudahnya tak jadi hahaha.. Untuk mengelakkan sebarang risiko salah naik train, silap jalan dan tercanggak-canggak di negara orang jadi kami ambil keputusan untuk hire tour guide.  Boleh bercuti tanpa serabut nak fikir itu ini. Alhamdulillah.. harga pun berpatutan. Kalau kira-kira harganya lebih sikit aje dengan kalau kami jalan sendiri. Beza sikit tu buat kos untuk elak kami tercanggak-canggaklah he..he.. Alhamdulillah.. kami ambil tour guide dari GypsyAtmosphere. Tour guide kami namanya Khairi. Dulu belajar kat jepun. So boleh cakap jepun. Kalau berminat boleh tengok FB GypsyAtmosphere. Kami ke Jepun 8 hari. 18 April 2018 hingga 25 April 2018. Pergi hari rabu. Balik pun hari rabu. Anak-anak bujang tak ke sekolah 6 hari. Sebelum pergi tu aku dah siap-siap maklumkan kat sekolah. Hantar surat beritahu guru kelas sebab dan tarikh tidak dapat hadir ke sekolah. Alhamdulillah.. cuti aku dengan en.asben selama 6 hari pun diluluskan. Terima kasih buat teman-teman sepejabat dan juga bos yang sangat baik dan memahami. Semoga ALLAH permudahkan urusan kalian juga.. In shaa ALLAH.

Day 1
Flight kami pukul 9.50 pagi. MH0070. Pukul 5 pagi kami dah gerak dari Bangi. Pergi Kajang Utama ambil adik aku dulu kat rumah emak. Baby Luna tinggal kat rumah emak. Adik ipar aku yang hantar kami ke KLIA. Lepas solat subuh kami makan sarapan. Emak aku dah siapkan bekal nasi goreng untuk kami. Alhamdulillah.. sedap dan kenyang. Terima kasih emak. Pukul 7.30 pagi macam tu kat notice board dah keluar flight no. tapi tak keluar kena ke kaunter berapa. Kami tunggu lagi. Dah pukul 7.50 tak keluar juga teruslah aku gelabah sebab belum drop beg apa lagi. Hahaha.. selalu guna travel agent tak payah fikir apa. Bila kena urus sendiri barulah tahu. Terus minta en.asben tanya kat kaunter MAS. Waktu tu staff MAS beritahu suruh pergi kaunter berapa.  Pergi kat kaunter yang diberitahu beratur punyalah panjang. Aku dah seram sebab takut tak sempat. Alhamdulillah.. dalam 10 minit kami dah selamat drop beg. Efisien sungguh kaunter MAS. Petugasnya baik dan bagus. Kaunter yang dibuka pun banyak. 


Boarding pass. Kita simpan sini buat kenangan. 
Kat Tokyo ada dua airport. Narita dan Haneda. Haneda lebih dekat dengan pusat bandar. Narita jauh sikit. Kalau naik MAS, flight hanya ke Narita Airport. Air Asia pula ke Haneda Airport.

Alhamdulillah.. selesai menunaikan solat subuh di KLIA.

7 orang ahli rombongan. 

Alhamdulillah.. Wajah-wajah gembira kami sekeluarga nak ke Jepun.
Waktu ni dah lepas drop bag dan dah tunggu kat gate nak masuk flight.
Sebelum tu muka aku takde seceria ni. Muka kalut adalah hahaha..

Alhamdulillah.. penerbangan ke Tokyo sangat selesa. Layanan cabin crew MAS sangat bagus. Anak-anak sampai menolak makanan dan minuman yang dihidangkan sebab dah kenyang sangat. Tidur pun selesa sebab ada selimut. Kami ambil seat belah belakang-belakang. Ada lagi seat kosong. Tapi semua taknak pindah tempat pun. Sepanjang perjalanan anak-anak leka melayan movie. Seronok tengok wajah ceria anak-anak. Dalam Flight Info ada disediakan arah kiblat. Senang nak solat bila tahu arah kiblat yang betul. Kami solat jamak zohor dan asar dalam flight. Solat duduk di kerusi. Waktu angkat takbir arahkan muka ke arah kiblat. Selepas tu teruskan solat di kerusi seperti biasa. Waktu nak berwuduk aku dah beritahu anak-anak supaya ambil wuduk tanpa membasahkan lantai tandas. Mengelakkan hal itu menyusahkan orang lain pulak. Islam itu indah. Jadi kita perlu tunjukkan keindahan islam.


Subhanallah.. 
Aku tengah baca tafsir Al-Quran di flight entertainment. Waktu aku beritahu anak-anak arah kiblat dan cara untuk solat dalam flight, ayat ni pun keluar. ALLAH.. ALLAH.. ALLAH.
  
Kena isi borang untuk masuk Jepun. Aku ambil tender isi borang-borang tu untuk family aku.. En. Asben tolong double check. Air sedap free flow. Kacang sedap pun banyak kita orang dapat. Rezeki bawa anak-anak.

Makanan pun boleh tahan.Yang ni hainan chicken rice kalau tak silap aku. Kenyang. Tapi en.asben kata makanan Air Asia sedap lagi.  

Set makanan jepun. Is sorang aje yang ambil set ni. Dia kata sedap.
Untuk makan kali kedua kami dapat chicken puff. Itu pun sedap.

Alhamdulillah.. kami selamat sampai di Narita Airport pukul 5 petang. Awal sikit sampainya. Imegresen laju dan kami tiada sebarang masalah di imigresen. Lega rasa. Beg-beg kami pun tiada satu yang kena buka untuk pemeriksaan. Maka lepaslah semua bekalan makanan-makanan kami yang banyakkkk tu. Syukur. Penuh satu beg isi bekalan makanan aje. Aku bawak beras 5kg, minyak masak botol paling kecil, pek kari ayam daging, rendang, masak merah dan kurma Brahim, maggie cup, maggie goreng, serunding ikan, serunding ayam, sambal hitam, sambal ikan bilis, sup cendawan instant, kicap dan milo cereals. Sabun taharah untuk sertu pun aku bawak sekali. Adik aku pun bawak satu beg bekalan makanan penuh jajan, kit kat, tuna spread dan hot chocolate. Alhamdulillah.. makanan tu semua cukup untuk kami bertujuh untuk 8 hari. Tapi bajet duit untuk makan pun habis juga hehe.. Kiranya untuk trip Japan ni aku layankan aje selera anak-anak dan diri sendiri. Alhamdulillah.. Terima kasih ALLAH.

Waktu kami dah selesai dengan urusan kami di Narita Airport, tour guide kami (Khairi) tak sampai airport lagi sebab dia settlekan homestay siap-siap. Senang juga dia dah pergi ambil kunci dan cari rumah siap-siap. Sementara menunggu tu kami check dulu suhu kat luar airport. Tak sabar semua orang nak rasa suhu Tokyo. Hahaha.. Excited wei!!!! Suhu tak sejuk sangat pun. Macam suhu di Cameron aje pada penghujung musim bunga ni. Sambil-sambil tu masukkan sim kad telefon. Kami beli 2 sim kad aje untuk penggunaan kami selama 8 hari. Satu untuk telefon en.asben dan satu untuk telefon adik aku. Senang kalau kami terpisah. Yang lain share hotspot aje. Laju  line internetnya. Free wifi tak berapa senang nak dapat di sana. Jadi kalau ada sim kad atau portable wifi sendiri lebih mudah. Untuk 8 hari unlimited sim kad  cuma RM80 satu sim kad. Berbaloi pada aku untuk penggunaan kami semua.

Sementara menunggu Khairi sampai, kami solat jamak maghrib dan isyak siap-siap. Di Narita airport ada surau kat sebelah information centre kat area arrival. Ada ruang lelaki dan perempuan tapi tempat wuduknya ada satu aje kena share jadi kena bergilir. Lepas solat kami jalan-jalan kat Narita Airport. Khairi kata suruh jalan kat level 4. Kami pun pergi sana. Nampak banyak restoran kat situ. Kami makan di restoran La Togue. Restoran ni ada sijil halal. Alhamdulillah.. boleh makan tanpa was-was. Makanannya sedap. Sempatlah memuji 'Oishi' pada owner restoran he..he.. Total makanan untuk kami bertujuh malam tu JPY 6026. Lepas makan kami jalan-jalan kat situ. Adik aku sempat shopping kat Big Camera beli Headphone Sony dengan plug charger IPhone ke apa entah. Aku cuma cuci-cuci mata aje he..he.. Cadang nak beli coklat royce. Tapi bila dah lepas makan kedai coklat tu dah tutup pulak. Alhamdulillah.. sempat beli coklat royce di Kansai Airport waktu kami nak balik. Sedap betul coklat royce tu. Harga pulak murah banyak dari yang dijual di Malaysia.

Dalam pukul 8 malam Khairi sampai. Kami terus dibawa untuk ambil JR pass. Tapi semua Khairi yang uruskan. Alhamdulillah.. perjalanan lebih mudah dengan adanya tour guide ni. (Aku dan keluarga sangat rekomen korang yang nak ke jepun ambil tour guide. Dahlah boleh ikut itinerary sendiri. Itu yang paling best).  Dah settle semua kami meneruskan perjalanan selama 1 setengah jam dengan train untuk ke homestay di Ueno. Tiga kali kena tukar train kalau tak silap aku. Lepas tu sama-sama tarik beg ke homestay.  Tapi tarik beg sejuk-sejuk apa ada hal kan. Rasa best aje sambil tengok kawasan perumahan yang super duper bersih, kemas dan comel. MasyaALLAH. Alhamdulillah.. selamat juga kami sekeluarga sampai ke homestay 3 tingkat yang bersih dan cantik. Kalau suruh aku cari jalan sendiri ke homestay tu aku yakin esok paginya baru aku boleh jumpa hahaha.. Jalan dahlah kecik. Kena belok kanan, belok kiri lagi dan lapan lagi hehehe. Ish.. taklah kalau aku nak cari sendiri. Mahu bergaduh. Nak keluar stesen pun aku tak pasti aku boleh jumpa exit yang betul ke tidak.  Biar Khairi aje yang guide. Kami follow aje.

Wajah ceria kami first time naik train di Tokyo. Selepas tu sampai rasa nak muntah dan nak tercabut kaki kena naik train selama 8 hari hahaha.. Waktu ni dah malam. Pukul 10 kut. Itu yang lengang. Esok paginya kami kena keluar awal waktu orang pergi kerja. Hambikkkkk.. Jadi sardin kat dalam tu Pengalaman betul.

Day 2
Malam pertama tu kami tidur dengan lena. Bangun pagi kaki aku sakit. Aduhai.. Sebelum pergi memang kaki aku sakit sampai tak boleh pijak. Beberapa kali terpelecok sebab pakai kasut platform buat tak tahu aje. Sampailah kaki tak boleh pijak seminggu sebelum pergi tu. Pergi klinik hilang sikit sakitnya. Bila dah urut rasa lebih lega. Empat hari sebelum pergi tak boleh pijak semula. Sampai solat pun kena duduk atas kerusi. Aku pergi urut lagi sekali barulah okey sikit. Sehari sebelum pergi aku beli ankle guard. Kuranglah sikit bila pakai tu. Kat sana banyak berjalan. Bila pagi-pagi berdenyutlah semula. Tapi waktu mandi aku rendam air panas rasa lega sikit. Eh.. panjang pulak cerita pasal sakit kaki huhuhu.. Eh.. Tangan pun ada cerita juga. Dua hari sebelum pergi kat atas tapak tangan naik macam rashes halus. Untuk mengelakkan dari garu sebab takut berparut aku sapu dengan tiger balm. Lepas tu gosok-gosok aje. Bangun tidur tangan tu melecur. Bertanda hitam setompok. Dia punya pedih dan pijar tu buat aku rasa tak selesa. Dahlah tak sedap mata memandang. Aduhai.. Orang tangan melecur kena minyak panas. Aku  melecur kena balm panas. Macam-macam hal aku ni tau.

Hari kedua kami di Jepun. Tak sabar untuk memulakan explorasi.
Bergambar dulu di taman ke kuil entah yang betul-betul terletak di hadapan homestay kami. Masa siapkan sarapan pagi dan bekal makanan untuk lunch nampaklah ramai orang sedang buat senaman pagi di tempat ni. Ramai yang sudah tua tapi masih nampak sihat dan kuat lagi. Waktu kami di luar tu ada seorang perempuan tua yang datang kepada kami dan cakap bahasa jepun. Dah macam ayam dengan itik bercakap sebab kami tak faham hahaha.. Terus laju-laju ketuk bilik Khairi panggil dia. Biar Khairi aje yang uruskan haha.. Sebelum berpisah wanita itu sempat memuji kami yang katanya cantik bertudung. Alhamdulillah. 

Bekal kami untuk lunch. Kari dan kurma daging Brahim. Senang bawa pek Brahim sebab tak payah nak memasak. Bukan ada masa sangat pun. Cuma panaskan pek aje. (Aku rebus aje pek tu). Pada aku lauk-lauk Brahim ni sedap. Berselera kami makan. Aku beli produk Brahim di kilang dia di Bangi. 5 minit aje dari rumah. Jadi dapat harga yang lebih murah. Sambal hitam 4gLicious terbaik BFF aku jual (aku panaskan dalam microwave) dan serunding ayam.  Tinggal tunggu nasi masak nak masukkan dalam bekas. Sedap dapat makan nasi dengan lauk macam ni kat tempat orang. Beras aku bawak 5 kilo balance 2 cawan aje selepas hari ke lapan. Alhamdulillah.. selamat dihabiskan. Tak sesia pack beg bekal penuh-penuh dan kena bawa berat-berat. (Untuk peket lauk brahim dan maggie tu aku memang dah kira siap-siap berapa keperluan kami untuk 8 hari di Jepun. Aku buat list siap-siap apa menu breakfast, lunch and dinner. Bila nak makan kat luar. Matchkan dengan itinerary yang tour guide bagi. Jadi takde masalah terlebih bawa bekalan makanan).

Pagi tu aku buat maggie goreng untuk breakfast. 
Nasib ada beli roti malam tu. Adik aku buat sandwich tuna untuk makan dalam bullet train. Sedap juga. Eh.. makan semua sedaplah he..he.. 

Kat taman depan tu. Bersih kan? Seluruh kawasan perumahan tu sebersih ini. Homestay kami yang belah tengah berwarna putih, tiga tingkat di sebalik pokok. Ada 3 bilik di rumah itu. 1 bilik, tandas dan bilik mandi terletak di aras bawah. Dapur dan ruang tamu di aras 1. Anak-anak bujang tidur di situ. Ada sofa bed. Tilam futon, bantal dan selimut juga disediakan. Dua bilik lagi di aras 2. Aku dan en.asben 1 bilik. Han dan adik aku 1 bilik. Khairi di bilik aras bawah tu. Sepanjang tour ni memang Khairi tinggal sekali dengan kami. Rice cooker, electric kettle, microwave, fridge, washing machine semua ada. Iron aje yang takde. Terpaksalah kami bawa sendiri dari Malaysia.

Hari ni kami akan ke Gala Yuzawa Ski Resort. 
Kami naik shinkansen/bullet train 2 tingkat. Tiket semua dah cover under JR Pass. Berbaloi-baloi. Kami tak reserved seat pun. Jadi kena naik gerabak yang unreserved seat. Jangan risau, ada aje tempat duduk untuk semua walaupun tak reserved seat. Perjalanan ke Gala Yuzawa dari Ueno dalam 1 jam setengah.


Inilah JR Pass. Cantik gambar  bunga sakura. Untuk makluman, JR pass hanya boleh dibeli di luar Jepun. Khairi dah belikan untuk kami siap-siap. Waktu di Narita Airport cuma perlu tukar JR Pass Exchange Order kepada JR Pass. Penggunaan  untuk 7 hari harganya JPY 29110 = RM 1045 untuk seorang. Macam mahal kan? Tapi kalau korang travel bandar ke bandar dan berulang naik bullet train, turun naik train under JR line memang berbaloi-baloi ada JR pass ni. Kalau hanya ke Tokyo sahaja atau ke Osaka sahaja tak perlu beli pun JR pass ni. Untuk guna JR pass hanya perlu tunjuk pass pada penjaga di gate stesen.

Enjoy sepanjang perjalanan sebab view cantik.
Tapi kalau tertidur pun takde hal. Bila ada tour guide kita tak perlu nak menahan mata sebab takut terlepas station yang sepatutnya.


Bullet train yang kami naiki. 
Tak terasa pun ianya bergerak laju waktu duduk di dalamnya. 

Alhamdulillah.. Kami dah sampai di Gala Yuzawa.
Sebab nak bawa anak-anak ke Ski Resort ni aku terpaksa lupakan trip untuk tengok Mount Fuji. Tak apalah. Semoga ada rezeki di lain kali.. in shaa ALLAH

Tiket Kaunter. Urusan di sini Khairi yang uruskan semuanya. 

Kami uruskan urusan bergambar ajelah he..he.. 

Cukupkan korum 7 orang  pulak. Alhamdulillah.. Percutian Jepun ni kami banyak dapat bergambar satu keluarga sebab Khairi boleh tolong ambilkan. Siap guna DSLR dia lagi. Untung juga bila ada Tour Guide. Tak perlu nak minta tolong orang lain ambilkan gambar kita sekeluarga. Syukur.


Dah ada tiket jomlah kita naik cable car. (Blur pulak gambarnya huhu).
Mama yang lebih excited sebab nak bawa anak-anak tengok dan pegang salji untuk kali pertama. Macam kami ni, nak berjalan kena menyimpan dan guna tabungan. Jadi setiap peluang yang diperolehi sangat dihargai dan aku jadi sangat teruja tentangnya. Thank you ALLAH. Tiapa apa yang berlaku tanpa izin ALLAH.

Subhanallah.. View sangat cantik.. Masya ALLAH 
Boleh nampak gunung yang bersalji dan sungai yang mengalir jernih. 


 Alhamdulillah.. Happy us. 
Yang pakai cap tu Tour Guide kami, Khairi from GypsyAtmosphere.

Maksu, Han dan Fareez.
Setiap hari gegirl akan hantar gambar baby Luna untuk ami dia hilangkan rindu. 

Alhamdulillah.. ada rezeki dapat bawa anak-anak ke tempat salji. 
Tahun lepas rasa bersalah pergi Titlis tak bawa anak-anak. Tahun ni ada rezeki mama ayah bawa anak-anak bercuti sekali. Terima kasih ALLAH. Besarnya hati hanya ALLAH yang tahu. Kalau emak sihat dan larat nak berjalan lagi, rasa nak sangat bawa emak juga ke tempat salji macam ni. Tapi sekarang emak tak selesa nak berjalan kalau jauh-jauh ni sebab sakit kaki dan cepat penat huhuhu..

Sledge on the snow.
Alhamdulillah.. Kami berkesempatan ke Ski Resort ini sebelum ianya di tutup untuk musim ni 3 hari lagi. Selalunya resort ni ditutup dalam bulan mei. Tahun ni 22 april dah ditutup kerana salji dah berkurang.

Setakat pergi setengah hari tak payahlah kita belajar main ski. Jatuh nanti buat sakit badan aje. Main sledge aje dah cukup. Itupun dah rasa seronok sangat. Alhamdulillah.

Lepas dah turun dengan sledge kena tariklah semula naik atas untuk main lagi.
Pemandangan kat sini superb. SUBHANALLAH.
Cahaya matahari sangat terik kat atas ni. Aku memang dah stand by shade untuk semua orang dari rumah base on pengalaman di Titlis tahun lepas. Kalau takde shade, nak buka mata pun silau.

Ayah pun tak lepaskan peluang. Mula-mula taknak tapi aku paksa jugak. Bila lagi nak merasa kan. Orang pun tak ramai waktu ni. So kita ambillah peluang yang ada dengan sebaiknya.


Race turun pulak. Weeehuuuuu 

Mama pun tak lepaskan peluang. Jom ayah kita race. Berulang juga kami naik.
Kalau nak tahu, aku yang paling jauh dapat turun dengan sledge tu. 
Siap nak dekat sampai pagar penutup. Sebab berat kut hahahaha

Puas main sledge kita ambil gambar pulak.
Mama dengan bongsu mama yang dah besar dah ni. 

Family photo kat Gala Yuzawa yang indah.
Waktu kami pergi tu tak sejuk sangat pun.

Mama and Maksu. First oversea trip kami berdua bersama-sama. Alhamdulillah.
Gigih anak-anak baling salji untuk kami bergambar hahaha. 

Han, Is, Az dan Fareez.
I love this photo so much.

Alhamdulillah.. semua dah besar-besar. Dah nak sama tinggi dan semuanya dah beat tinggi mama. Semoga semuanya terus cemerlang dunia dan akhirat.. In shaa ALLAH.

Nak bergambar punya pasal seluar basah duduk atas salji pun tak apa he..he.. Gigih kan. 

ALLAH.. Lindungi dan sayangi mereka dengan rahmat dan kasih sayangMU.

Selepas puas main sledge kami naik snow car ni pulak. 
Naik ni maksu belanja. 500 yen seorang. TQ Maksu. 

Sebab kami 8 orang terpaksalah berpecah naik. 
Seronok juga naik ni. Boleh tengok pemandangan salji yang lebih cantik.

Nanti drivernya akan berhenti dan bagi kita masa untuk bergambar sekejap.
Boleh bergambar lompat-lompat macam ni he..he..


Selepas naik snow car kami lunch kat kafe dia dengan bekal yang kami bawak. Alhamdulillah.. kenyang semua orang. Lepas makan ambil gambar last kat snow. Alhamdulillah.. Terima kasih ALLAH untuk peluang ini.


Lepas bergambar kami terus turun ke bawah dengan cable car. Bye Gala Yuzawa. Lepas menunaikan solat jamak zohor dan asar di locker roomnya kami pun meninggalkan Gala Yuzawa dengan menaiki bas untuk ke Gala Ichigo. Sebab kalau nak tungga bullet train terus waktunya lambat lagi. Elok aje kami naik bas, bas pun bergerak. Alhamdulillah. Syukur tak teringgal.


Elok turun aje dari bas untuk ke stesen nampak pokok sakura.
Apalagi.. laju-lajulah kami ambil gambar. Alhamdulillah.. Ada juga rezeki kami untuk tengok bunga sakura di Jepun. Di Tokyo dan di Osaka dah habis dah musim sakura. Tapi di Gala Yuzawa kami nampak ada banyak lagi. Alhamdulillah.. Misi ke Jepun untuk tengok bunga sakura tercapai. Terima kasih ALLAH.

Family photo with the beautiful Sakura.

Masya ALLAH.. Cantik sangat bunga Sakura ni.  

Sebelum pergi memang aku tahu yang musim sakura dah di penghujungnya
Tapi aku masih berdoa semoga ada rezeki dapat melihat keindahan milikNYA.
Dengan izin ALLAH aku dan keluarga memperolehi peluang itu.
Iktibarnya, hanya pada ALLAH kita meminta dan berserah.
Tiada yang mustahil dengan Izin dari ALLAH. Allahuakbar.

ALLAH.. ALLAH.. ALLAH.. Sakura yang indah.
Tahun lepas waktu di Keukenhof Amsterdam ada juga bunga sakura sikit.
Masa tu dah pasang angan-angan sambil gurau-gurau dengan en.asben cakap next year kita ke Jepun tengok sakura. Alhamdulillah.. dengan izin ALLAH, angan-angan jadi kenyataan. Terima kasih ALLAH.


Alhamdulillah.. selesai dengan sakura yang indah, kami ke stesen untuk menaiki bullet train balik ke Tokyo. Tapi sebelum tu sempat singgah 7 eleven cari air, aiskrim, roti dan puding caramel dulu. Dalam train semua tidur. Sejam lebih kan perjalanan. Jadi sedaplah tidur lepas dah penat-penat main salji. Sampai Tokyo kami terus ke Shinjunku. En. asben nak ke Isetan Shinjunku untuk cari kasut. Dia memang dah aim nak cari kasut kerja kat situ based on review orang lain. So awal-awal lagi dah beritahu kat Khairi untuk masukkan Isetan Shinjunku dalam itinerary. Bajet kasut pun aku dah ketepikan siap-siap based on harga yang en.asben dah setkan berapa. Aku biar aje bajet tu dalam akaun. Bila nak guna dah tahu ada allocationnya. Aku jenis orang yang ada masalah serabut dengan hutang. Aku jadi resah kalau berhutang. Jadinya aku rela menyimpan dan guna tabungan daripada berhutang. Biar tabungan aku habis. Janji takde hutang. Kalau mampu baru beli. Kalau tak mampu, tangguh dulu dan menyimpan. Aku rasa, azam kita sendiri buatkan kita dapat lakukan apa yang kita mahu. Itu cara aku atur perbelanjaan dan bajet untuk kami sekeluarga. Bila dari awal kita dah setkan tak mahu berhutang, segalanya akan ALLAH permudahkan.. in shaa ALLAH.

Men floor, Isetan Shinjunku.
Punyalah banyak pilihan. Tapi beli sepasang ajelah hahaha.. Seronok En. Asben. Aku pun happy untuk dia.
 
Salesman kat bahagian men shoes Isetan Shijunku ni aje punyalah ramai. 
Lebih ramai dari kami yang ramai-ramai kat situ rasanya. Jadi layanan kat sini memang first class. Salesmannya juga very attentive. Sentiasa berada dekat kita untuk membantu kita. Bagus betul tu. Yang penting dapat tax free. Kita bayar dulu then terus boleh claim. Nak claim kena naik tingkat atasnya. Sementara en.asben claim tax kami jalan-jalan kat situ. Dah adik aku berkenan dengan baby's bag/diapers beg Kate Spade kat situ. Dah dia pulak shopping beg untuk barang Luna. Cantik beg tu. Harga aje tak berapa nak cantik bagi aku. Kalau aku memang tak belilah hahaha.. 

Selesai di Isetan Shinjunku kami ke Takeshita Street di Harajuku.
Punyalah ramai orang kat sini. Kami jalan-jalan cuci mata dan beli souvenir aje.
Tapi adik aku sempat shopping kasut hahaha.

Antara yang popular kat Harajuku. CREPES. Rambang mata nak pilih nak order yang mana. Tengok balik gambar ni terus telan liur hehehe...

 Kami beli crepes di sini.


Yeay.. Crepes sudah di tangan.

Alhamdulillah.. Sedap. 

 
As sweet as cotton candy.. katanya hahaha..
Tengah makan crepe tu nampak pulak mat salleh jalan-jalan pegang cotton candy yang besar dan fancy. Terus anak-anak pun nak juga. Gigihlah mama pergi tanya orang tu beli cotton candy tu kat mana. Dah tahu tempat, anak-anak pun pergilah beli cotton candy tu. Sedap sebab setiap warna lain-lain flavour. Tapi.. itulah cotton candy paling mahal yang aku pernah beli dalam hidup. Harganya JPY 1000 = RM 37. Nak merasa punya pasal kan. Tak apalah. 
Anak-anak pun memang suka makan cotton candy. Sampai licin dikerjakan.
Tapi sebab manis sesekali aje mama approve bagi beli. Kali ini mama baik hati hehehe..


Dah settle makan manis-manisan kat Harajuku kami pun balik ke homestay. Ada juga hajat nak ke Shibuya terus, tapi sebab dah penat sangat + kaki pun dah longlai semua mengundi untuk balik terus. Sampai rumah aku panaskan lauk pek brahim dan goreng telur. Dah siap semua lauk, nak tunggu nasi masak bercinta punya lama. Aduhaiiiii.. perut dah lapar. Bertahan ajelah tengok lauk dan telur mata lembu panas-panas hehehe.. Sementara tunggu nasi masak aku masukkan kain dalam mesin. Senang boleh basuh kain time bercuti. Takdelah banyak nak bawak balik baju kotor nanti.

Day 3
Hari ketiga ni bangun pagi seperti biasa sediakan sarapan dulu. Sebelum tidur adik aku dah siap-siap masak nasi terus. Sebab masak nasi kat Jepun ni punyalah bercinta lama walaupun guna rice cooker jepun. Bukan yang bawak dari Malaysia pun. So kami ambil pengajaran. Masak aje nasi awal-awal. Pagi tu kami makan maggie cup. Aku buat nasi goreng untuk bekal kami. Guna sambal hitam buat nasi goreng. Tambah secukup rasa. Lepas tu tabur dengan serunding ikan. Perghhhh.. Sedaplah nasi goreng tu. Alhamdulillah. Dah settle masak terus sidai-sidai kain yang dah dibasuh malamnya. 

Me and En. Asben kat depan homestay  kami di Ueno, Tokyo. Rumah ni moden. Sangat bersih. Aku suka. Tapi sempit sikit sebab jenis rumah yang memanjang. Lebarnya seperti yang nampak dalam gambar ni tambah 3 kaki ke kiri.


Hari ni keluar lewat sikit jadi train takdelah penuh sangat.

Lokasi pertama kami ialah Tokyo Skytree.  
Kami tak naik pun Tokyo Skytree ni. Aku kalau nampak Mount Fuji naklah naik.
Tapi Khairi kata kalau cuaca macam ni selalu tak nampak Mount Fuji tu. 
Jadi takpelah kalau tak naik pun. Kami jalan-jalan sekitar situ aje.

Cantik pulak ikan-ikan bergantungan berwarna warni kat Tokyo Skytree ni.


Selepas ke Tokyo Sky Tree kami ke Asakusa pulak. Kat sini punyalah ramai orang. Sampaikan aku langsung tak ambil gambar. Kat phone orang lain adalah gambar. Malas pulak aku nak upload hahaha.. Kat sini ada macam kuil yang famous. Kat belakang kuil tu ada lorong panjang orang berniaga. Adik aku dengan anak-anak tak minat nak jalan kat area sini. Jadi dia orang tunggu aje kat pintu masuk famous tu. Aku, en.asben dan Is aje yang berjalan kat sini. Sempatlah kami membeli serba sedikit cenderamata kat sini. 


Kami di Asakusa. 

Sebelum meninggalkan Asakusa kami isi perut dulu di Saray Kebab. Sedap!!!
Sebab sedap kami tapau pulak daging kebab dua tiga bekas untuk makan dengan bekal nasi goreng kami hehehe.

Dah kenyang di Asakusa, kami bergerak naik train ke Odaiba pulak. Odaiba ni ialah kawasan laut yang di tambak. Area kat sini nampak moden. Sepanjang perjalanan dalam train leka memandang pemandangan Odaiba yang cantik. Perjalanan dengan train dari Asakusa ke Odaiba dalam 40 minit. 

Tiang-tiang colourful yang cantik di Odaiba.

Boleh buat frame untuk family photo he..he.. 
Rasa macam boy band pulak ambil gambar pose macam tu hahaha..

Kawasan tepi laut di Odaiba. Cantik sangat pemandangannya. 
Cuaca agak panas walaupun berangin. Semput jugalah nak berjalan untuk sampai ke attraction yang terdapat di Odaiba ni. Sempatlah kami duduk berehat kejap dua tiga kali untuk hilangkan penat kat bawah-bawah pokok hahaha. Kat sini ramai juga orang yang berkelah. Orang ramai tapi suasananya tenang aje. Aku suka.

Panas weiiii..  Tapi bersih dan cantik kan.

Tengah panas-panas tu terjumpalah vending machine jual aiskrim.
Apalagi.. memborong aiskrimlah kami. Syiling pulak banyak. Heavan sungguh. 
Pilih nak pilih hahaha.. Dah macam YB mama.

Yeayyyy.. wajah-wajah gembira dapat makan airkrim waktu panas-panas dan kaki penat jalan. Alhamdulillah..

Dapat makan aiskrim sedap. Duduk tepi laut. View pulak cantik. ALLAH. Syukur.
Belakang tu rainbow bridge. Kalau malam cantiklah berwarna warni.


Kat New York chuolls.. Hahahah.. Kenkonon.
Dalam lembik aje nak berjalan nampak aje bendalalah ni terus laju-laju jalan hahaha.. Propa sungguh semuanya.

Replica Statue of Liberty.
Rentung muka masing-masing.

Mama, maksu and Fareez. Tarikh kami ke sini ialah 20 April 2018.
20 April tu birthday arwah adikku. Adalah mustahil untuk kami bergambar tiga beradik lagi. Jadi untuk tahun ni, inilah gambar kami tiga beradik. Fareez jadi wakil arwah mummy. Al-fatihah untuk arwah adikku Rafidah binti Salim.


Model Aqua City. Kasi chanlah hahaha.. 
Bangunan belakang yang macam ada globe tu Fuji TV

Gundam di Odaiba Diver City.

Inilah yang aku nak sangat anak-anak tengok di Odaiba ni. Alhamdulillah.. Ada rezeki untuk kami tengok gundam besar ni. Ianya terletak di hadapan bangunan Diver City. Tak perlu masuk dalam Diver City pun. Lalu luar aje lebih mudah untuk tengok gundam besar ni. Lepas dah tengok Gundam kami makan bekal kat cafe dalam tu. Kat tepi pintu kaca kat belakang yang nampak tulisan Diver City tu.  Sedap aje makan bekal nasi goreng kat situ. Air kosong ada disediakan kat situ. So boleh ambil aje untuk minum dan top up botol air. Alhamdulillah.


Selesai di Odaiba kami terus bergerak ke Akihabara. Sepatutnya di Odaiba nak pergi Venus Port Outlet dengan Toyota Mega Web jugak. Tapi semua tu kami skip sebab tak larat dah nak berjalan kat situ huhu.. Selepas solat semua sampai Akihabara dah dekat pukul 6. Meriahnya kat Akihabara ni dengan electronic billboard yang berwarna warni. Ceria aje muka anak-anak. Again sebab leka aku tak snap 1 gambar pun kat sini. Keluar masuk kedailah kami di Akihabara ni. Aku memang takde apa nak cari kat sini. Membeli pun cuma cenderahati. Tapi adik aku dan anak bujang aku sibuk nak membeli di sini. Anak bujang bukan main sibuk nak membeli PS4 kat sini. Katanya kalau kat Malaysia 1K plus. Kat sana cuma 900 aje. Alhamdulillah.. ada rezeki anak-anak. Dapatlah mama ayah belikan PS4 idaman hati. Korang sharelah main 5 orang sama-sama. 

Vege and Tomato and Cheese Pizza.
Kaki dah lengguh berjalan. Perut pun dah lapar. Jadi kami pun singgah makan dulu di Pizza Saizeria Restaurant kat Akihabara tu. Kedai makan Italian Casual Dining katanya. Alhamdulillah.. sedaplah juga pizzanya.

Muka ceria nak dapat makan dan potong pizza sendiri hehehe..

Alhamdulillah.. Perut pun dah kenyang. Selepas itu kami terus meninggalkan Akihabara dan bergerak naik train ke Shibuya. Kononnya barulah sampai Tokyo kalau sampai di Shibuya Crossing ni hahaha.. Sebelum keluar dari stesen kami mengintai dari atas dulu. Dari situ dah nampak dah kemeriahan dan keramaian orang di Famous Shibuya Crossing tu.

Tengok billboard yang gambar perempuan duduk atas zebra crossing tu.
Gitulah rupa shibuya crossing. Sign JR Shibuya Station pun nampak kat situ. 
Kalau naik train boleh turun di Shibuya station. Keluar aje dari station boleh terus ke shibuya crossing yang terkenal tu.

Ada replika anjing Hachiko dan replika gerabak keretapi (kaler hijau) di situ. Simbolik anjing Hachiko yang setia menunggu kepulangan tuannya yang telah mati selama bertahun-tahun di stesen keretapi.  

Shibuya Crossing yang sibuk.

Muka happy dapat melintas beberapa kali di situ hahaha..
PS4 dalam paperbag coklat tu. Gigih membimbit beg tu tanpa ada keluhan.
Gitulah bila hati dah suka kan hehe..

Starbuck di Shibuya. 


Selesai di Shibuya kami pun balik ke homestay. Penat jangan cakap. Patutnya dah kena kemas beg sebab esoknya kami dah nak ke Osaka. Tapi sebab penat aku pulun tidur dulu. Esok aje fikir hahaha. Bangun pagi tu terus kemas beg. Adik aku dah siap packing malamnya. Jadi dia yang siapkan sarapan. Dah siap semua kami pun keluarlah meninggalkan homestay yang moden, cute, damai  dan bersih.

Day 4

Gambar kenangan di hadapan skinny homestay kami di Ueno, Tokyo 
bersama segrombolan beg-beg kami. 

Dengan beg yang banyak-banyak tu kami berhimpit dalam train pulak. 

Pheewwwww. Pagi tu kami terpaksa gerak awal sebab kami dah book untuk tengok Aikido training di Honbu Dojo. En.Asben memang gunakan peluang dengan trip kami ke Jepun untuk penuhi minatnya kepada Aikido. Semuanya Khairi dah bookingkan awal-awal. Email semua dia yang hantar bagi pihak en.asben. Sebelum kami ke Honbu Dojo kami simpan beg-beg besar kami dulu dalam locker di Ueno Station. Lega bila tak perlu berjalan dengan heret beg yang berat banyak-banyak tu. Selepas tu kami naik train dan kena berjalan laju sikit sebab takut terlepas waktu untuk melihat latihan aikido tu. Jepun kan punctual bab masa. Terlambat nanti takut tak boleh masuk dah. Alhamdulillah.. kami sempat sampai ke Honbu Dojo tepat-tepat pukul 10 pagi. Lepas dah register semua kami pun naik ke tingkat atas untuk tengok latihan aikido. Ramai pelajar yang belajar aikido waktu tu waktu tu. Dekat 100 orang kut.

Seronok tengok dia orang berlatih walaupuuuuuuunnnn.... Hahaha.. ada walaupun tu. Sebelum sampai tu beria aku suruh adik aku jalan cepat sikit takut tak sempat. Sekali bila dah sampai lain pulak ceritanya. Sebelum masuk tu adalah diberitahu tatacara waktu di dojo tu. Kita masuk tempat orang kenalah hormat cara orang. Kan? Duduk kena macam melutut tu. Tapi kalau penat boleh aje nak bersila. Bila sensei dia masuk kita kena tunduk tanda hormat. Tak boleh berbual dengan suara yang kuat. Tak boleh ambil gambar. Tak boleh peluk tubuh. Sepuluh minit pertama tu aku okey lagi. Seronok aje tengok orang training. Lepas sepuluh minit tu aku rasa mengantuk yang amat. Ngantuk yang tak boleh ditahan-tahan. Siap terlelap dan siap terpeluk tubuh hahahhaha. Bengang aje adik aku yang duduk sebelah aku. Dua kali dia kena kejutkan sebab nampak macam biadap sangat aku ni. Dahlah tidur. Peluk tubuh lagi. Aduhai. Maaf banyak-banyak. Saya tak sengaja huhuhu. Terperanjat kena kejut dan kena jeling dengan adik aku beberapa kali terus segar mata aku hahaha.. Aduhaiii.. Ongtua sangat dah perangai aku.

Kami di hadapan Aikikai Foundation, Aikido World Headquarters. Honbu Dojo. Alhamdulillah.. tercapai hasrat en.asben dan anak-anaknya nak tengok orang berlatih aikido di Jepun.

Kat train station pun ada iklan tempat Aikido World Headquarters.
Kita bergambarlah juga buat kenangan. Bukan senang nak sampai sini pun.


Selepas dah puas hati dapat tengok orang practice aikido kami ke Ameyayokocho. Tapi sebelum tu sempat masuk ke Uniqlo dulu. Tapi kami masuk Gu. Macam anak syarikat Uniqlo juga. Sama bangunannya cuma di tingkat atas. Aku dengan Han cuma beli sepasang kasut sorang. Tapi lama jugak kami kat situ sebab adik aku banyak shopping hahaha.. Dah selesai di situ kami Ameyayokocho pulak.  

Ameyayokocho shopping street.
Konon nak singgah makan aje kat sini. Tapi lama pulak kat sini sebab menyopping lagi. Adik akulah tu. Semalam dah beli kasut. Hari ni beli lagi. Semalam dah beli beg. Hari ni beli lagi hehehe.. 

Kita-kita yang tak shopping barang shopping makanan aje hehehe..
Ini kami beli takoyaki. Sedappp. Sotongnya besar-besar. Kat Jepun memang kami puas sangat makan takoyaki. Kalau membeli tu memang berulang-ulang sampai semua orang puas makan. Alhamdulillah.


Beli beli takoyaki kat kedai ni sebab toppingnya kita boleh letak sendiri.
Letaklah banyak mana nak letak ikut selera sendiri. 
Makan panas-panas memang heavenlah.

Kami makan di kedai chicken man.
Lepas makan takoyaki kita makan yang berat sikit pulak untuk lunch. 
Sebab lepas ni dah nak ke Osaka. Perjalanan dalam 3 - 4 jam juga dengan shinkansen.

Anak-anak makan kat kedai sebelah. Aslan Kebab. Sibuk sangat penjual tu suruh masuk makan kat kedai dia. Tak sampai hati pulak. Jadi kita berpecahlah. Tapi duduk sebelah-sebelah juga. Siap pass-pass makanan jugak.

Budak yang suka sangat dengan takoyaki. 
Comel aje mee dan chopstik tu bergerak turun naik. Itu yang mama suruh pose kat situ walaupun dalam gambar tak nampak pergerakannya hahaha..


Dah kenyang makan dan adik aku pun dah cukup shopping kami singgah solat dulu. Dah settle solat semua, ambil beg kat locker terus naik train untuk ke Osaka. Kami ambil 2 locker besar dan 1 locker kecil. Harga 3 locker tu JPY 1700 = RM 62. 

Alhamdulillah.. dah dalam shinkansen dari Tokyo nak ke Osaka. Kami tak booking seat pun. Jadi kena naik gerabak yang unreserved seat. Alhamdulillah.. walaupun tak booking seat kami masih dapat tempat duduk dan dapat duduk satu keluarga tanpa berpecah. Cumanya kami takde rezeki nak dapat tengok Mount Fuji dapat perjalanan tu. Oh.. kerusinya kita boleh adjust ya. Kalau taknak duduk depan belakang bolehlah duduk mengadap mcam kami tu. Kita cuma perlu pusingkan aje ketiga-tiga seat tu serentak.

Strawbery Jepun.
MasyaALLAH.. sedap sangat strawberry kat sana. Berulang juga kami membeli. Manis. Barulah aku tahu kenapa ada orang suka strawberry. Sebelum ni macam pelik bila orang boleh makan strawberry dan nampak macam sedap sangat. Yang selalu aku makan masam aje. Rupanya bila dapat yang manis memang sedap sangat strawberry ni. Sampai sekarang teringat-ingat. Beli 2 pek macam ni harganya 800 yen ke 1000 yen macam tu. Aduhai.. sambil menaip ni sambil menelan liur pulak.

Sampai Osaka dah malam dah pun. Alhamdulillah.. sempatlah mama bergambar dengan muncung itik tu he..he.. Kenangan mama bersama kepala shinkansen.


Homestay di Osaka ni senang sikit nak cari dari yang di Tokyo sebab tak banyak belok-belok pun dan jalannya besar sikit. Tapi kalau suruh aku cari sendiri rasanya esok juga baru aku jumpa hahaha.. Alhamdulillah.. Kami selamat sampai ke rumah dalam pukul 10 malam kut. Rumah ni dua tingkat. kat atas ada dua bilik, ada 6 katil dan ada toilet. Biliknya bersambung tapi ada pintu jepun kat tengah yang memisahkan bilik-bilik tu. Sempit juga rumahnya. Untuk letak beg dalam bilik kami kena rapatkan katil-katil tu. Nak solat kat atas kena solat betul-betul depan tangga. Kat bawah ada bilik mandi dan toilet. Takde bilik kat bawah. Ruang tamunya  bersambung dengan dapur. Jadi besarlah juga ruangannya. 

Malam tu juga adik aku dah plan nak buat birthday surprise untuk Han. Awal-awal lagi di dah minta tolong Khairi untuk carikan kek. Waktu Khairi keluar pergi cari kek baru adik aku beritahu kat aku plan dia. So aku pun pelan-pelan bisik kat en.asben. Sebab dah ada plan semua orang terpaksa cover line. Bila Han nak mandi, adik aku pun kata dia nak mandi. Bila Han nak tukar baju adik aku lambat-lambatkan dia hahaha.. Adik-adik nak mandi dan tidur pun semua kita orang tahan dulu. Waktu Khairi dah nak sampai dengan kek aku pun turun bawah. Sebelum tu memang dah basuh baju dalam mesin. Jadi waktu nak jemur kain kat dalam ruang depan toilet aku minta Han tolong sekali. Pintu ruang toilet tu aku tutup. Bila Khairi dah balik dia orang kat luar nyanyilah lagu Happy Birthday ramai-ramai. Sebak terus muka Han yang tengah tolong aku sidai kain. Alhamdulillah.. surprise menjadi. Syukur. Thank you so much Mak Su. Sedap kami makan kek mahal malam tu.


Happy birthday Han.. Kita sambut awal-awal tengah malam sebab birthdaynya esok. Alhamdulillah.. Rezeki Han tahun ni dapat sambut di Jepun.

Sedap kek Baskin Robbin ni. Gigih Khairi pergi mencari kek. TQSM ya. TQSM to Mak Su juga yang sponser kek sedap ni untuk Han.  

 Semoga Han sentiasa berjaya dalam kehidupan dan setiap apa yang dilakukan. Semoga Han terus menjadi anak soleh yang menyenangkan dan kakak yang bertanggungjawab untuk adik-adik. Jaga solat, jaga adab, jaga diri dan jangan lupakan Al-Quran. Semoga Han juga direzekikan dengan teman-teman yang baik-baik dan jodoh yang baik.. in shaa ALLAH.

Day 5

Homestay kami di Osaka. Yang tengah-tengah warna brick coklat tu aje ya. Rumah kat jepun semua comel-comel. Yang kat tingkap tu area dapur. Jadi syoklah sambil sediakan makanan dan basuh pinggan boleh tengok luar.


 Playground betul-betul depan homestay. 
Sebelum bergerak ke mana-mana dan sebelum masuk rumah mesti anak-anak main kat sini satu round dulu.

Pagi tu dah siap semua kami pun bergerak ke Kyoto. Perjalanan dari Osaka  ke Kyoto dalam dalam 50 minit. Waktu di Osaka memang setiap pagi kami makan nasi dengan lauk terus. Perut kenyang, hati lebih tenang hahaha. Kalau bawak bekal pun cuma bawak jajan-jajan dengan sandwich tuna. Beg pun lebih ringan untuk dipikul. Tempat pertama kami pergi di Kyoto ialah Fushimi Inari. 


Fushimi Inari yang popular dengan tiang kayu oren.
Kat sini dapatlah tengok cara dia orang sembanyang dan berdoa.

Ramai sangat orang kat sini. Nak bergambar pun background penuh orang.

Kena pandai cari angle dan kena sabar sikit untuk bergambar yang nampak macam kami aje yang ada kat situ hehehe..

Kami tak naik sampai atas pun. Naik sikit dan turun balik.
At least dah sampai dan tengok sendiri cukuplah. 

Anak bujang bergambar dengan torii..
Torii = Traditional Japanese Gate 


Dah tengok tiang-tiang oren tu kami berjalan di street market kat situ. Tak beli apa pun cuma beli makanan yang halal dimakan. Bawa budak-budak gitulah. Bab makan memang kena jaga. Aku pun takde nak catu-catu bab makan. Kalau kata nak makan tu, asal halal memang aku belikan aje. En.asben mana boleh anak dia lapar atau dengar anak dia sebut nak makan hehehe.. 

Ni kami singgah beli giant crab stick. Rasanya biasa-biasa aje. 
Tak try pun takpe. Pada aku sedap lagi takoyaki.


Selesai dah melawat tiang-tiang oren di Fushimi Inari kami naik train untuk ke Tozando pulak. Tozando ni kedai jual peralatan dan pakaian segala jenis seni mempertahankan diri Jepun termasuklah Aikido. Selalu en.asben beli online aje. Dah terlanjur nak ke Jepun jadi en.asben masukkan sekali Tozando dalam itinerary kami. Senang dapat beli baju dengan ukuran sebenar. En.asben nak beli gi dan hakama aikidonya kat sini. En.asben seronok mencuba baju.  Kami pulak seronok bergambar kat sini hehe.. Kedainya kecil aje dan penuh padat tapi terasa cosy aje.

Is dengan patung samurai Jepun.

Kat area tingkat atas. Kat sini atas sofa. Bolehlah kami berehat kat sini sekejap sambil menunggu en.asben dan urusan fitting baju.  


Lega dapat duduk dan berehat kat sini. En.asben habiskan masa untuk pilih material dan saiz yang berkenan di hati. Kami kat atas ni habiskan masa dengan merehatkan diri hahaha..


En.asben bersama gi dan hakama barunya dari Tozando. Alhamdulillah.
Gambar ni di dojo Aikido Bangi. Waktu grading selepas kami balik dari Jepun.
Sayang, I doakan semoga hidup you sentiasa diberkati dan dirahmati ALLAH.


Selepas selesai di Tozando kami sempat melawat ke Kyoto Budo Centre. Tempatnya cuma di jalan bersebelahan dengan kedai Tozando tu. MasyaALLAH.. best sangat tempat ni. Tak sangka best. Kalau korang ke Kyoto bolehlah masukkan  Kyoto Budo Centre ni dalam itinerary.

Waktu di sana kami dapat saksikan pertandingan ni.
Tak ingat dah apa nama martial art jepun ni. Tapi menariklah. Walaupun dapat tengok sekejap tapi kami semua cukup enjoy. Aku siap tepuk tangan untuk support peserta yang bertanding sebab best. Tempat pun selesa dan nampak tradisional. Kalau kat tempat kita kan selalu buat dalam dewan aje.

Kat situ juga kami dapat tengok seni memanah tradisional Jepun. MasyaALLAH.. so graceful. Tengoklah lengguk badan mereka. Nampak cukup berseni, lembut dan gemalai tapi bila anak panah dilepaskan segala kelembutan bertukar  menjadi kekuatan. 

Waktu nak masuk dia orang  jalan  seret-seret kaki penuh lembut dan bersopan. Muka semua serius aje tapi masih menunduk pada kita yang menonton tanda hormat. Pegang panah pun dengan cara yang nampak cukup menghormati panah tersebut. Sangat berseni seni memanah tradisional jepun ni sampai membuatkan aku rasa jatuh cinta melihatnya. Siap ada tempat khas untuk tengok ni. Sebelum masuk tengok Khairi minta keizinan dari mereka dulu. Serius.. aku rasa sangat berbaloi kami dapat ke sini. Thank you en.asben sebab masukkan tempat ni dalam itinerary kita.

Selesai di Kyoto Budo Centre kami bergerak naik bas pula.

Gambar kenangan dalam bas di Kyoto hehehe..
Kerusi untuk OKU dan special needs tu kalau takde yang memerlukan bolehlah kita duduk.

Destinasi kami ialah ke Gion.
Alhamdulillah.. kami dapat jumpa mereka ni di Gion. Cantik sangat kimono mereka. Cadangnya nak makan wagyu kat sini. Tapi waktu kami sampai kedainya dah tutup pulak huhuhu.. Takde rezeki.

Aku sukalah kat Gion ni. Cantik tempatnya.

Rasa macam kat semua tempat nak ambil gambar. 


Ada bangunan kedai lama. Nampak sangat tradisional. Eh.. betul ke ayat gitu?? Hahaha

Kat sini ramailah yang berkimono. MasyaALLAH.. cantiknya kimono mereka.
Sampai kita pun rasa nak tumpang sekaki hehehe..



Suami kita pun nak tumpang sekaki juga hahaha.. Takpe sekali sekala apa salahnya kita kasi chan. Ada kisah kelakar kat sini. Hahaha.. Lawak betullah.

Pokok-pokok kat sini pun cantik-cantik. Sungai bersih. ALLAH.

Jom bergambar satu keluarga pulak. 


Ini kat depan restoran rasanya.. Sebab pokoknya cantik kami bergambar lagi.

Selepas tu kami berehat kat bawah pokok sambil makan bekal tuna sandwich, coklat dan jajan-jajan. Banyak burung merpati jinak kat sini.. Tapi nak bagi makan takut pulak. Sebab tempat tu bersih sangat. Jadi kami bagi aje sikit-sikit reja makanan kami.

Dah hilang penat dan bekal makanan pun dah habis kami kembali ke Kyoto Station. Tapi sebelum tu kami singgah ke Kyoto Tower yang berdepan aje dengan kyoto station tu untuk solat. Kat dalam tu ada tempat solat tapi aku lupa kat tingkat berapa.

Alhamdulillah.. selesai solat kami terus ke Kyoto Station.

Kami naik train untuk ke Saga Arashiyama. 20 minit perjalanan train dari Kyoto Station.

Ehem.. nak juga ikut posing dengan orang yang berkimono hehehe..

Suka pokok ni dan orang disebalik pokok tu juga hehehe.. 

Alhamdulillah.. ada rezeki kami sekeluarga untuk ke Bamboo Groove ni. Syukur.
Masya ALLAH.. indahnya. Sejuk dan damai aje suasananya. 

Allah.. seronoknya dapat sampai sini.. TQ ALLAH. 

Anak kedua mama. Muka tak payah nak garang sangat bang hahaha..
Tahun ni dah nak ambil SPM dah Is. Mama doakan semoga abang cemerlang dalam SPM dan cemerlang dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.. In shaa ALLAH. 

Lepak lama-lama kat sini pun best. 


Kenangan berdua di bamboo forest. 

 Seperti biasa, gambar di tempat cantik mestilah berlambak-lambak hehe..



Damai dan redup sangat suasana kat bamboo forest ni. 

The man of my life.

Alhamdulillah.. selalu tengok tempat ni dalam gambar. Dengan izin ALLAH sampai juga kami ke sini. Tahun depan kita ke mana pulak sayang??? He..he..


Maksu buat photoshoot dengan bamboo.

Suka gambar ni. Memori indah kami di Bamboo Forest yang indah. TQ ALLAH.


Keluar dari Bamboo Forest kami jumpa pemandangan yang indah ni pulak.
Subhanallah.. Cantik sangat. Rasanya aku pernah tengok tempat ni dalam kalendar. Bila tengok dengan mata sendiri pemandangannya lebih indah. Masya ALLAH..

Tarikh kami ke sini ialah 22 April 2018. Tarikh ulang tahun kelahiran anak sulungku Han yang ke 19. Alhamdulillah.. ada rezeki mama ayah untuk raikan birthday Han di tempat yang indah ni. Doa mama semoga Han menjadi anak soleh yang cemerlang dan berjaya di dunia dan di akhirat.. in shaa ALLAH.

Budak kecik ni memang tau. Kalau kita nak ambil gambar selalu buat muka dan buat aksi boring. Kalau kita tak pandang mulalah buat aksi pelik hahaha

Kami semua memang terpukau dengan pemandangan di sini. ALLAH.

Sesedap mata memandang. Syukur.

Happy birthday Han! Sweetheart ayah tu..
Tengok muka budak kecik kat belakang tu. Saja aje kacau bila orang ambil gambar. Kalau orang ajak ambil gambar sekali taknak pulak. Geram aje aku tengok hahaha

Waktu berjalan balik untuk ke stesen keretapi Khairi bawa kami ke sini dulu. 
Cantik sangat tiang-tiang tu yang katanya di dalam tu ialah kain-kain kimono.

Cantik kan? Seronok kami berjalan di kawasan tu. 

ALLAH.. cantik. Waktu tu dah senja. Kalau terang lagi mesti lebih cantik.

Sebelum meninggalkan Kyoto aku sempat keluarkan duit dari ATM kat 7 Eleven. Punyalah senang sebab bahasa malaysia pun ada. Sebelum pergi aku memang dah request kat maybank2u untuk buat pengeluaran wang di luar negara. So kalau korang taknak bawak duit banyak-banyak ke Jepun boleh activekan penggunaan atm kad di luar negara sahaja. Duit pun terus keluar ikut mata wang negara tu. Tak payah pening kalau tak tahu nak bawak dan nak tukar berapa banyak duit kat money changer sebelum pergi. Stand by aje duit dalam akaun. Kat sana boleh keluarkan dari atm machine. Charges untuk Maybank cuma RM12 sahaja bagi setiap pengeluaran.


Sampai Osaka cadangnya nak cari wagyu sebab kat Kyoto takde rezeki nak makan. Waktu kami sampai tu dah pukul 8 dah kut. Kat sana restorannya banyak yang tutup awal. Ada juga yang tutup lewat tapi tak halal huhuhu.. Waktu dalam train Khairi dan riki-riki restoran jual wagyu halal kat Osaka. Bila dah jumpa restoran wagyu yang halal dia kata harganya memang mahal sikitlah. Maksudnya kalau kedai yang pada awalnya dia nak bawak kat Kyoto tu murahlah sikit. Aku beritahu pada en.asben. En.asben kata tak apalah sebab dari siang dah cakap nak makan wagyu. Anak-anak pun dah menyebut. Tapi nak habiskan duit untuk makan mahal-mahal aku terasa sayang juga.  Adik aku pun kata, tak payahlah nak membazir untuk makan. Tapi en.asben kata takpe, tak payah kisah pasal harga tu. Bila en.asben dah kata aku pun ikut ajelah. Tapi adik aku masih rasa berat hati lagi. Kesian kat abang ipar dia nak belanja makan mahal-mahal hehehe..

Waktu aku dengan adik aku borak pasal tu dalam train tu papppp aku terlanggar  tangan adik aku. Terus jatuh iPhone adik aku ke lantai dan crack cerminnya. Nasib yang crack tu screen protector. Tapi aku rasa ralatlah juga huhuhu.. Terus cakap dalam hati. Tengok!!! Duit ni tak payah nak berkira. Lebih-lebih lagi bab makan. Kalau duit tak habis untuk makan pun duit boleh habis untuk perkara lain juga. Teruslah bulat hati aku untuk pergi makan wagyu tu tak kiralah berapa harganya. Sekali dah sampai Osaka, kedai yang kami nak makan tu dah tak terima pelanggan dah sebab dah nak tutup. Huhuhu.. takde rezeki juga untuk kami makan wagyu. Tapi takpelah... tak dapat makan wagyu tapi aku dapat pengajaran yang berharga seperti mahalnya harga wagyu juga. Alhamdulillah.. 


Tak dapat makan wagyu kita makan takoyaki.
MasyaALLAH.. sedap sangat takoyaki ni. Nampak dalam gambar pun dah mabeles kan. Yang ni tak cukup tau. Kita orang tambah order lagi. Baru puas makan. Alhamdulillah.. Hari last sebelum balik Malaysia kami repeat lagi makan takoyaki kedai ni. 


Image may contain: one or more people and indoor
Tak cukup kita order lagi. Tetapppp makan beria jugak hehehe.. Kita orang makan takoyaki kat kedai ni. Kat Malaysia rasanya ada branchnya. 

Selepas makan takoyaki kami ke Dotonburi.  
Syahdu rasa hati bila tengok Maksu dengan Fareez jalan pimpin tangan. 
Rindu kat arwah adik aku mummy Fareez.

Jom..Jom kita ke Dotonburi.

Jumpalah lambang-lambang famous orang cakap pasal Dotonburi. 
Salah satunya ketam ni hehehe..

Glico Man ni jugak.
Muka kami tak nampak pun tak apalah. Yang penting gambar belakang tu hahaha..

Gila tak kisah muka tak nampak pun hahahahaha.. 
Bukti kena ada untuk kenangan kan?? Kan??

Ramai sangat orang kat Dotonburi ni. Kedai-kedai banyak juga yang dah tutup. Tapi ada juga yang masih buka. Sempatlah adik aku shopping baju kat uniqlo. Kita orang tunggu kat luar aje. Semua dah penat takde mood nak shopping. 

Dah jejak ke Dotonburi mohlah kita balik ke homestay. Jam pun dah pukul 10.
(Gambar blur sebab snap sambil jalan. Konkonon pro hahaha)


Day 6
Keesokan harinya kami keluar sedikit lewat. Pagi tu jadualnya kami akan ke Nara. Aku excited sebab nak bawa anak-anak pergi tengok rusa. Seperti biasa sebelum keluar kami makan nasi dan lauk siap-siap. Tapi bekal sandwich dan jajan masih penuh beg juga dibawa hehehe.. Biasalah bawak budak-budak. Makanan kena stand by. 

Alhamdulillah.. kami dah sampai Nara Park untuk tengok rusa.
Turun dari train di Stesen Nara kami naik bas pula ke Nara Park. Tak jauh pun.

Kawasannya luas dan rusa-rusanya banyak.

Rusa-rusanya semua lepas bebas.

Jinak-jinak rusanya.

Anak-anak memang sukakan binatang. Jadi semuanya seronok di sini.

Kami beli makanan rusa juga.

Seronok anak-anak dapat bagi rusa makan.

Rusa pun tak sabar-sabar nak makan.

Jinak sangat rusa-rusa kat sini asyik mengekor aje pelawat yang datang.


Berulang juga beli makanan rusa sebab anak-anak seronok nak bagi rusa makan. Tapi sambil bagi makan tu terjerit-jerit geli juga hehehe..


Pencinta haiwan juga ni. Aku sorang aje yang takut nak pegang rusa tu.

Merata anak-anak berjalan kat dalam park ni nak bermain dengan rusa.


Kawasannya pun cantik. Jom bergambar dulu. 

Family photo di Nara Park yang indah sebagai kenangan.
Aku suka sebab banyak pokok-pokok kat sini. Nampak hijau aje.

Berjalan ke depan tu ada kuil.  Aku duduk aje tunggu kat bawah gerbang besar tu. En. Asben dan anak-anak yang berjalan ke dalam.

Kat bawah pintu gerbang ada patung garang ni. Seram tengok muka dia.

Abang-abang garang boleh bergambar dengan pakcik garang juga hehehe..

Sampai kat sini pun rusa mengikut juga. Berbaloi sangat bawa anak-anak ke Nara ni.


Sementara kami jalan-jalan kat sini, adik aku dengan Han pergi naik beca yang orang tarik tu. Saja nak rasa. Tak ingat berapa harganya. Tapi Han kata tak jauh pun dia bawa. Tapi seronoklah untuk rasa pengalaman tu.

Selesai di Nara park kami pun naik bas balik untuk kembali ke stesen keretapi Nara.

Comel lukisan kat tangga stesen Nara tu. So kena ambil gambar kenangan sebelum kami meninggalkan Nara. Bye-bye Nara. We have a great time. Alhamdulillah.

Dari stesen Nara kami kembali semula ke Osaka. Perjalanan dalam 45 minit macam tu. Sampai di Osaka kami terus ke Museum Housing and Living. Tiket masuk harganya JPY 600 seorang. Kanak-kanak sehingga umur 16 tahun masuk adalah percuma. Di Osaka Museum Housing and Living ni kami berkesempatan untuk pakai kimono. Sewa kimono untuk setengah jam JPY 500 untuk seorang. 

 Alhamdulillah.. ada rezeki nak rasa pakai kimono di Jepun.

Oshin dan suaminya.. Konichiwa!!!

Anak-anak oshin hahahah..

Alhamdulillah.. semua sporting nak pakai kimono walaupun pada mulanya macam taknak. 

Ada macam Jepun tak anak bujang mama?

Cantik dalam muzium tu. Seronoklah nak bergambar. Tapi pakai kimono tu untuk setengah jam aje. Jadi kena cepat-cepat jalan untuk ambil gambar. Anak -anak aku pulak jenis suka muzium. Muka boring aje kena berhenti ambil gambar sebab dia orang nak explore tempat tu.

Kat situ ada dia buat suasana siang dan malam. Yang ni suasana malam. 

Han, Ayah and Mama.
Sebelum pakai kimono tu aku ingat mesti ambil masa lama nak pakai. Sebab orang pun ramai. Tapi rupanya cepat aje sebab dia orang ada sistem. Lepas dah bayar kita tunjuk resit. Lepas tu kena bukak kasut kita dan simpan di rak. Locker untuk beg pun disediakan untuk kita simpan beg dan barang-barang kita. Dah simpan kasut dia orang akan arahkan kita untuk duduk sebaris. Setiap kali orang sebelah kiri kita bangun kita kena beralih. Kemudian kita akan diberikan stokin putih. Dah siap sarung stokin diberikan selipar terompah pula mengikut saiz kita. Bila sampai giliran terus pilih kimono mengikut saiz ketinggian badan kita. Dah pilih kimono terus dia orang tolong sarungkan dan ikatkan bengkut kat pinggang tu. Done. Cepat aje dah siap. Rasanya dalam 10 minit dah settle kami 7 orang berkimono. Wow sangat.

Han, Maksu dan Mama dalam usaha untuk jadi gadis Jepun hahaha..

Anak dara jepun mama.

Cantik pulak kaler tanglung-tanglung tu. 

Family photo konkonon family jepun hehehe..

Ubat batuk cap ibu dan anak.. Eh.. Hahaha..

Stokin boleh terus jadi hak milik..

Muka lebar pinggan untuk kenangan.. hehehe..

Wow! Makcik jepun di pintu jepun hehehe

Selesai di Osaka Museum of Housing and Living kami pergi makan. Perut pun dah lapar sangat dah masa ni. Alhamdulillah.. kami dapat makan makanan sedap kat restoran yang Khairi bawa. Enjoy semua orang makan.  


Inilah kedainya. Jom tengok apa yang kami makan kat situ.

Set shashimi. Adik aku dengan anak-anak kata sedap. Aku tak try. 

Set nasi dengan ikan tuna dan seaweed. Yang ni En. Asben punya.

Set tempura ni aku punya. Nyum..nyumm tempura dia tak oily langsung. 

Alhamdulillah.. muka happy dapat makan.

Alhamdulillah.. Oishi!!


Comel aje kedainya. 

Kedai ni jual semua seafood aje. Walaupun takde cop halal kami masih boleh makan tanpa was-was. Sempat juga kami bergambar dengan owner kedai yang cantik. 

Perut dah kenyang. Tapi lalu kat kedai-kedai tu nampak Taiyaki pulak. 
Taiyaki ni  kuih bentuk ikan isi kacang merah dan aiskrim. 
Share?? Mana boleh. Semua orang nak sorang satu hehehe..

Yummy.. Alhamdulillah. 


Selesai di Osaka Museum of Housing and Living kami tunaikan solat di Osaka Station. Punyalah besar stationnya. Nak pergi ambil kunci bilik solat punya jauh. Nak pergi suraunya pun jauh juga. Dah selesai solat kat luar dah nak senja dah. Jadualnya nak ke Osaka Castle. Kalau ikutkan hati nak balik homestay aje hehehe.. Tapi fikirkan bukan selalu dapat pergi jadi kita proceed aje ke Osaka Castle. Malam pun malamlah. Janji dapat jejak. Nak berjalan ke Osaka Castle ni jauh juga. Jalannya mendaki pulak tu. Dari jauh Khairi dah tunjukkan Osaka Castle kat atas bukit. Makkkkk.. Sayup aje nampak. Tapi gigihkan juga kaki jalan pelan-pelan. Cuaca time tu berangin. Jadi walaupun jauh tetaplah rasa enjoy berjalan.

Osaka Castle. Dari jauh pun dah nampak cantik. 

Alhamdulillah.. Sampai juga akhirnya. Tapi ini masih di belah bawahnya lagi.
Cubaan untuk memanjat Osaka Castle untuk cepat sampai hehehe.. 

Baru panjat sikit semuanya dah gayat hehehe..


Sebelum turun kita pose dulu hehehe..

Besar dan putih bersih Osaka Castle ni.

Cantik kan?
Dah sampai atas tu kami lepak-lepak aje hilangkan penat sambil menikmati keindahan Osaka Castle dan bergambar kenangan dengannya.

Image may contain: sky and outdoor
Osaka Castle yang tersergam indah.

Dah hilang penat dan dah dapat tengok Osaka Castle kami pun berjalan turun.

Sebelum balik ke homestay kami singgah ke Sensekai dulu.

Tsutenkaku Tower.
Tsutenkaku Tower ni kononnya macam Eiffel Tower di Paris.

Image may contain: 2 people, including Hanis Azla Rafeah Salim, people smiling, people standing and night
Bila nampak ada tulisan Hitachi terus laju-laju ajak En.Asben bergambar.
24 tahun lepas kami bertemu di Hitachi. Alhamdulillah.. tahun ni dah 20 tahun kami mendirikan rumahtangga.  Doaku semoga hubungan kami berkekalan hingga ke Jannah.. in shaa ALLAH. Tolong doakan kami juga ya. TQ.

Kat Sensekai tu kami beli kebab. Tapau bawak balik rumah. Sebenarnya Sensekai ni dah dekat dah dengan kawasan homestay kami. Kalau dari rumah memang boleh nampak Tsutenkaku Tower. Tapi sebab dah penat nak jalan kaki balik rumah pun rasa tak larat. Sudahnya adik aku kata dia nak belanja naik teksi aje. Alhamdulillah.. Kami naik teksilah balik rumah malam tu. Sebab kami 8 orang kenalah naik 2 buah teksi. Charge untuk satu teksi dalam JPY 700 macam tu. Thank you Maksu. Tapi sebab jaraknya tak jauh sangat, kat dalam teksi Khairi kena bebel dengan driver teksi sebab jarak dekat pun nak naik teksi. Untung kami tak faham bahasa Jepun hahaha.. Alhamdulillah.. Dapat juga naik teksi di Jepun yang warna hitam dan pintu belakangnya terbuka sendiri bila kita nak naik dan turun dari teksi. Balik malam tu aku memang dah penat sangat. Sampai rumah terus tidur. Kebab yang beli pun tak makan. 

Day 7
Hari ini adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak. Pagi tu jadualnya kami akan ke Universal Studio Japan (USJ). USS dah. Kali ni kita ke USJ pulak. Alhamdulillah.. rezeki anak-anak. Seperti biasa pagi-pagi kami  terus makan nasi dengan lauk dari rumah. Aku bekalkan anak-anak dengan maggie  goreng.  Jajan-jajan pun bawak juga. Hanya anak-anak dan adik aku yang akan masuk ke USJ. Aku, en.asben dan Khairi tak join sekali. Kami ada agenda lain.

  Alhamdulillah.. Excited aje semua bila dah sampai USJ.
Jalan laju-laju semua bila nampak orang dah mula ramai. Takut kena beratur panjang untuk masuk. Tiket memang Khairi dah belikan siap-siap.

 Family photo sebagai kenangan kami di USJ.

Maksu incharge jaga anak-anak hari ni. Thank you Maksu.

 Nampak macam cool aje semua. Tapi nak ambil gambar pun kalut-kalut sebab nak cepat pergi beratur kat entrance.

Dah masuk barisan. Panjang. Tapi laju juga linenya berjalan. 
Tiket masuk ke USJ untuk seorang RM 280.

Sikit lagi nak sampai. Maksu belum masuk lagi dah risau nak handle 4 orang anak he..he.. All the best Maksu!

 Alhamdulillah.. dah selamat masuk ke USJ. Mama ambilkan gambar dari luar pagar aje. Have fun anak-anak!

 Mama dengan ayah pun nak juga bergambar dengan globe USJ ni.

USJ ni sebenarnya wish list adik aku. Dia nak sangat ke USJ sebab Harry Porter.
Alhamdulillah.. ada rezeki juga dapat sampai. Apa yang lagi best dia orang dapat naik rides sampai 2 kali dan semua rides dia orang dapat try.  Syukur. Kira berbaloi-baloilah trip ke USJ. 

Waktu kat USJ tu hujan. Sebab sejuk maksu pakaikan Az sweather maksu. 
Terus orang USJ pilih Az untuk ambil gambar dengan merchandise Harry Porter sebab dia orang ingat Az pakai rope Harry Porter kut he..he.. Aku tak ikut sangat Harry Porter. Tapi anak-anak semua memang sukalah Harry Porter ni.

You are the choosen one! Kata staff USJ. Bravo baby!

Wah!!! Tapi mama pun tak tahu apa ni hehe..
Mama dengan ayah kan tak join. Jadi banyaklah dia orang hantar gambar kat dalam tu untuk tatapan mama ayah. Alhamdulillah.. We are happy for them.

My lovely girl.

My cheeky baby.

Sebab Harry Porter tarikan utama USJ jadi Pose kat sini kena banyak hehehe..

My abang yang garang. Tapi paling concern dalam adik beradik.

Ni mama tak tahu apa. Library Harry Porter kut.

Hujan di USJ. Jadi kenalah pakai poncho.
Alhamdulillah.. semua ride masih berjalan seperti biasa sebab hujannya tak lebat. Sepanjang kami di Jepun, cuaca panas. Hari ketujuh kami di sana baru hujan. Alhamdulillah.. rezeki berhujan di Jepun.

Fareez with the globe. 
Kebasahan kena hujan dah waktu ni. Alhamdulillah.. Dah jejak USJ dah Fareez. Sampai malam dia orang kat USJ. Tunggu mama ayah datang ambil. Patutnya boleh tunggu aje kat dalam USJ. Sebab nak solat, awal sikitlah dia orang keluar. Kalau nak solat di USJ boleh solat di area entrance. Ada ruangan untuk solat disediakan di situ. 



USJ train. 
"Kak, cepat!!" Hehe.. Cemas Khairi bila aku sibuk sangat nak ambil gambar train ni. Dia takut aku teringgal sebab train dah nak gerak time tu. Aku aje yang tak tahu hahaha.. Alhamdullillah.. sempat. Aku masuk aje train gerak. 

In the mean time anak-anak ke USJ mama ayah dating kat tempat lain. Destinasi pertama kami ialah Kyoto. Pergi Kyoto lagi sebab nak ambil gi dan hakama aikido En.Asben di Tozando. Hari tu tinggalkan sebab nak sulam nama. Nak sulam guna ejaan jepun kenalah buat kat jepun juga. Alhamdulillah.. sempat siap sebelum kami balik Malaysia. Kalau tak kena tunggu Tozando poskan pulak.

Nak jalan pergi kedai Tozando ternampak tempat yang cantik ni. 
Terus berhenti ambil gambar dulu.

Waktu ni hujan dah mula renyai. Tapi kegigihan nak bergambar perlu di teruskan. Hujan kan cuma air.. katanya hehe.. Memang dalam ramalan cuaca hari ni hujan. Hujan betul pun seharian tu.

Dah settle ambil gi dan hakama di Tozando kami lepak kejap dalam kedai.
Kawan en.asben ada nak kirim pedang. Jadi tunggu dia punya confirmation. Sementara tu ajak en.asben naik atas kedai. Hari tu en.asben sibuk try baju jadi dia tak naik pun atas tu. Alang-alang dah naik atas sempatlah ambil gambar dengan patung samurai ni. Ini kalau jumpa malam-malam memang aku lari hahaha.. seram kut.

Alhamdulillah.. urusan di Tozando dah selesai. Maka selesailah juga urusan kami di Kyoto. Sebelum tu kami singgah Kyoto Tower untuk tunaikan solat dulu. Dari Kyoto kami naik shinkansen untuk ke destinasi kami yang seterusnya. Hari ini juga merupakan hari terakahir penggunaan 7 days JR pass kami. Berulang kami dapat naik shinkansen. Berbaloi-baloi ada JR pass. 

Destinasi kami yang seterusnya ialah Hiroshima. Sejak kecil nama Hiroshima memang dah tak asing lagi sebab selalu dengar kisahnya. Alhamdulillah.. ada rezeki juga untuk menjejakkan kaki ke sini. Terima kasih ALLAH. Sebenarnya Hiroshima tak termasuk langsung dalam itinerary kami. Tapi sebab ada masa Khairi ajak kami berdua ke Hiroshima. Perjalanan dari Kyoto dengan shinkansen dalam 2 jam. Dah alang-alang ada JR pass jadi kami gunakan peluang yang ada dengan sebaiknya. 

Di Hiroshima kami menaiki tram.
Untuk ke Hiroshima Bomb Dome dan Hiroshima Peace Memorial Museum boleh naik tram nombor 2 ataupun 6 dan turun di Genbaku Domu. Perjalanan dalam 10 - 15 minit macam tu.

Hiroshima Bomb Dome. 


Rasa syahdu aje bila nampak tinggalan bangunan yang kena bom ni. 
Hujan renyai pulak tu. Rasa lebih syahdu dibuatnya.

Hujan masih turun sejak di Kyoto. Jadi terpaksalah kami membeli payung. Kalau kat Malaysia tak berpeluang nak pakai payung transparent macam ni. Dulu waktu kat Istanbul pun aku excited beli payung transparent ni. Harga payung ni beli kat 7 eleven JPY 500. Aku bawak payung ni balik Malaysia. Tapi waktu nak collect luggage, payung ni tak nampak batang hidung. Ada orang tersilap ambil payung kami kut. Takpelah.. takde rezeki nak pakai payung ni kat Malaysia.



Mood suram aje kat sini. Tak tahu kenapa walaupun ramai orang.
Tak sukanya dengan peperangan. Semoga dunia terus aman tanpa peperangan.

Tanpa ada yang nyawa yang tidak berdosa terkorban angkara bom dan senapang.

Tak sempat nak baca. Jadi aku snap gambar dulu. Boleh share dengan orang lain untuk baca sama. Kami kesuntukan masa di Hiroshima ni. Perjalanan pergi balik Kyoto - Hiroshima - Osaka = 4 jam. Jadi kami cuma ada satu jam++ saja di sini sebab nak kena ambil anak-anak kat USJ pulak selepas tu.

Walaupun cuma ada masa satu jam lebih, tapi kami dapat gunakan masa yang ada sebaiknya. Syukur.


Boleh rasa tak kesuraman dalam gambar ni?
Selepas tengok Hiroshima Bomb Dome kami berjalan ke muziumnya pula.
Kat dalam muzium aku memang sebak. Air mata bergenang dalam mata.
Sedih sangat. Walaupun mengejar masa, apa yang penting-penting aku sempat juga tengok dan baca.

Hiroshima Peace Memorial Museum.
Pada tarikh 6 Ogos 1945 jam 8.15 pagi Hiroshima dibom.

Hiroshima setelah dibom.

Surat arahan pengeboman. Geramnya.

Sejam di Hiroshima.

Tugu jam 8.15.
Peminat jam sangat berminat untuk bergambar dengan jam. 

Kenangan penuh sebak di Hiroshima National Peace Momorial.

Tinggalan sejarah pengeboman yang mengemparkan dunia.

Bangunan asal dan bangunan yang telah dibom.


Selesai di Hiroshima Bomb Dome kami pun berjalan laju-laju untuk menaiki tram kembali ke Hiroshima Station. Alhamdulillah.. kami sempat kejar shinkansen yang awal. Jadi takdelah lama sangat maksu dan anak-anak kena tunggu kami di USJ. Seharian tu anak-anak makan bekal dan beli kudap-kudapan yang halal dalam USJ. Kami pun makan bekal dan beli onigiri sebab tak sempat nak singgah makan. Jadi dah malam tu memang semua orang kelaparan. Hujan pulak tu. Lagilah rasa lapar. Khairi bawak kami pergi makan kat restoran tempura di area Nanba. Sedap makanan kat situ. Kami yang kelaparan makan dengan penuh selera sampaikan tak teringat nak ambil gambar hehehe.

Namba ni jalannya bersambung dengan Dotonburi. Jadi selepas perut dah kenyang kami jalan-jalan kat kedai-kedai area situ. Bestlah juga jalan-jalan cuci mata. Singgah beli patung boleh ajuk cakap Tom Cat untuk gegirl jugak kat situ sebab abang kakak semua suka. Jalan depan sikit nampak kedai Lush. Ajaklah anak dara masuk dan offer dia suruh beli apa-apa produk lush untuk hadiah harijadinya. 

Kedai Lush.. 
Seronoknya masuk sini. Dahlah bau wangi. Tester produck pun bukan main generous dia orang bagi kita try. Layanan pekerja kedai terbaik. Walaupun tak berapa fasih nak cakap english, tapi tetap ramah melayan pelanggan.

Cantik kan suasana dalam kedai Lush ni. Aku dengan Han rasa seronok kat sini walaupun sekejap sebab kedainya dah nak tutup waktu tu. Han sempat beli scrub kat sini. Best aje pakai bau mint coklat.

Waktu kami selesai membeli di Lush pintu kedai dah tutup separuh dah. Tapi tetap juga kami dilayan dengan baik siap nak tunjuk juga sample produk-produk yang lain. Keluar dari Lush kami jalan-jalan kat deretan kedai yang lain.  Banyak yang dah tutup. Aku dengan adik aku ada nak membeli kat kedai yang dah tutup tu. Jadi rasa ruginya tak dapat nak membeli kat kedai yang dah tutup tu. Dahlah esok kami nak balik Malaysia. Bincang-bincang semula kami capai kata putus. Ikut rancangan, esok sebelum ke airport kami akan singgah di Rinku Town Outlet (satu stesen sebelum airport). Tak rasa nak cari apa-apa kat situ jadi kami tukar rancangan. Esok sebelum ke Airport kita singgah ke Dotonburi semula untuk pergi kedai yang dah tutup tu. Alhamdulillah.. lenalah nak tidur malam tu sebab ada peluang nak membeli apa yang nak dibeli.  

Sampai homestay aku terus packing beg-beg kami. Kena pack awal sebab aku kena timbang semua beg kami sebab balik naik Air Asia. Digital luggage scale memang aku dah bawak siap-siap dari rumah. Aku pun cuma beli luggage 30kg aje. Jadi kena tumpang sikit kat adik aku. Beg untuk kabin pun kena timbang betul-betul sebab dengarnya Air Asia sekarang dah lebih strict tentang berat beg. Lewat juga kami tidur malam tu. Tapi tak kisah sangat sebab esoknya kami akan keluar lewat sikit. Dalam flight nanti pun boleh tidur.

Bangun pagi aku buat last packing. Lepas tu siapkan sarapan. Pagi tu kami makan maggie cup aje. Aku siapkan bekal kami untuk makan tengah hari juga. Nasi dan lauk Brahim. Lepas tu kemas-kemas homestay. Dah settle semua dalam pukul 9 lebih kami pun meninggalkan homestay kami di Osaka.

Stesen JR Imamiya. Dalam 5 minit berjalan dari homestay. 

Semua orang dengan muatan penuh setiap seorang hehehe.. 
Sampai kat Dotonburi kami singgah beli Takoyaki juga. Sebab hari ni last jadi kami beli sebekas untuk setiap sorang. Hmmm.. Memang puaslah makan. Tapi kami simpan untuk makan kat airport. 

Misi seterusnya ialah ke Dotonburi. Alhamdulillah.. dapat juga snap gambar Glico Man ni di siang hari. Kami mengejar waktu kat sini sebab kami nak sampai awal di Airport. Waktu tu dah pukul 11 lebih sebab kedai pun memang buka pukul 11. Jadi orang lain tunggu beg kat stesen. Cuma aku, adik aku dan Khairi aje pergi Dotonburi. Memang laju-laju aje kami jalan dan membeli. Dah settle semua laju-laju jalan balik jumpa yang lain di stesen. Terus naik train ke Airport. Perjalanan dari Osaka ke Kansai Airport dekat satu jam juga rasanya.

Dah sampai Kansai Airport kami terus laju-laju cari kaunter untuk drop beg. Adik aku pulak zip beg dia rosak. So kena pergi wrap dulu. So kami berpecah. Aku dan family pergi cari kaunter. Adik aku dengan Khairi pergi wrap beg. Waktu kami sampai kat kaunter tempat drop beg belum buka lagi. Tapi ramai dah staf Air Asia ada kat situ tengah siap-siapkan nak buat line untuk orang berbaris. Orang yang beratur pun dah ada. Jadi kami beratur ajelah juga tunggu. Sementara kami beratur tu aku suruh anak-anak makan takoyaki dulu. Sedaplah semuanya mengadap takoyaki sorang sebekas hehe..

Alhamdulillah... urusan di kaunter berjalan lancar. Berat beg semua tak lebih. Berat beg untuk kabin pun semua cantik ngam-ngam untuk semua orang. Lega sangat. Dah settle urusan di kaunter kami pun tinggalkan kaunter. Toleh ke belakang. Makkkkkkkkk. Masya ALLAH.. punyalah panjang line dibelakang kami. Siap berliku-liku lagi. Alhamdulillah.. kami ambil keputusan selamat untuk sampai awal di Kansai Airport. Bila urusan beg dah selesai, kami lepak kejap habiskan takoyaki portion kami. ALLAH.. sedapnya. Teringat-ingat.

Image may contain: 7 people, people smiling, people standing and indoor
Gambar terakhir kami sekeluarga di Kansai Airport.
Kat sinilah juga kami makan takoyaki tu hehehe. Lepas bergambar Khairi hantar kami ke pintu untuk perlepasan. Berakhirlah khidmat Tour Guide Khairi dan Gypsy Atmostphere untuk kami. Selepas bersalaman dan ucap selamat jalan kami berpisah di situ dan lambai-lambai. Khairi balik Malaysia esoknya.

Alhamdulillah.. urusan di imegresen berjalan lancar. Dah lepas imegresen kami singgah beli coklat royce kat duty free shop. Aku memang memborong coklat royce aje kat situ. Itu pun masih rasa menyesal sebab tak beli banyak. Punyalah sedap coklat royce tu. Aku dan keluarga suka. Harga murah banyak dari kat Malaysia pulak tu. Selesai membeli kami naik train untuk ke gate. Alhamdulillah.. surau cuma berdepan dengan gate kami. Jadi dapat solat jamak zohor dan asar di situ penuh selesa. Dah siap solat kami lepak aje tunggu flight.  Sambil tunggu tu sempatlah anak-anak makan bekal nasi sikit. Coklat royce pun habis dua kotak hehehe. Flight kami pukul 4.40 petang. Alhamdulillah.. flight tak delay.



Kan dah cadang nak tidur dalam flight. Tapi rupanya harapan tu hampa. 6 jam tu terasa lama nak sampai Malaysia sebab aku langsung tak boleh tidur.  Ada penumpang belakang seat kami pasangan muda bawak anak kecil dan bayi. Anaknya menangis sepanjang perjalanan bergilir-gilir. Berhenti kejap nangis kut sebab tertidur. Tapi waktu tu kami dah tak boleh tidur. Aku nampak emak dan ayah budak-budak tu yang lena tidur hehehe..  ALLAH.. dugaan untuk kami. Kesian kat anak-anak bujang aku sebab esoknya mereka nak sekolah. Ingatkan bolehlah tidur rehat dalam flight. Tapi huhu.. Budak kecil dan bayi menangis dalam penerbangan bukan perkara yang asing. Aku boleh tolerate. Anak-anak aku pun walaupun nampak tak selesa takde pun buat muka dengan situasi itu. Mereka pun faham. Cuma yang aku kesalkan ialah sikap ibu bapa kedua anak itu. Waktu baru naik flight lagi anak dia dah start nangis. Patutnya pujuklah terus biar anak dia diam dan rasa selesa. Ini tidak. Emak dia boleh buat tak tahu aje sambil tengok phone. (mungkin ada perkara yang lebih penting kut).

Mulanya aku tak rasa apa pun dengan budak yang menangis tu. Tak rasa terganggu sangat pun. Kita pun faham budak-budak selalunya tak selesa nak naik flight. Tapi bila tengok emaknya gitu terus aku rasa berangin. Waktu dah nak sampai tu anak dia terus menangis. Penumpang lain takde pun aku nampak yang buat muka. Semua buat muka faham. Tapi muka emak budak tu huhuhu.. Aku faham, mungkin dia  stress. Tapi apalah salahnya maniskan muka kalaupun taknak ucap maaf kat orang lain. Orang lain pun stress jugak kut. Waktu flight dah mendarat dan penumpang tengah tunggu nak keluar dari flight, ada mat salleh tu satu keluarga yang duduk depan aku dok pandang aje sambil berbual sesama sendiri. Kesian kat budak tu menangis 80-90% sepanjang penerbangan. Anak dia pergi bagi lolipop kat budak menangis tu. Budak nangis tu campak lolipop tu. Emak budak menangis tu buat muka tak tahu aje. Langsung tak hargai effort orang lain nak pujuk anak dia. Mulanya rasa taknak tulis kat sini. Tapi rasa terpanggil nak tulis juga. Harap kita dapat sama-sama ambil iktibar.

Alhamdulillah.. kami selamat sampai KLIA 2 pukul 10.40 malam. Dalam pukul 11 lebih dah selesai dengan urusan di imegresen dan ambil beg. Adik ipar aku datang jemput. Kami sampai Kajang rumah mak aku pukul 12 lebih tengah malam. Alhamdulillah.. mak aku dah siap-siap masak untuk anak cucunya. Terima kasih mak. Lepas makan dan solat jamak kami pun balik ke rumah. Sampai rumah pukul 1 pagi lebih. Keluarkan barang-barang dari kereta, masuk rumah dan terus tidur. Pagi tu aku dan en.asben dah kerja. Anak-anak bujang dah sekolah. Cuma Han aje yang dapat sambung tidur dan rehat. Tapi dialah juga yang uruskan basuh kain semua.

Alhamdulillah.. sekianlah kisah percutian kami sekeluarga ke Jepun. Alhamdulillah.. aku mula menulis kisah ini beberapa hari sebelum ramadan. Alhamdulillah.. berjaya juga aku menghabiskan entry ini sebulan kemudian pada 23 Ramadan. Syukur. Terima kasih ALLAH. Hari ni cuaca macam sejuk aje.  Malam tadi malam jumaat terakhir ramadan tahun ni. Malam ke 23 ramadan. Kalau malam tadi malam Lailatul Qadar, aku doakan semoga kita semua terdiri daripada insan-insan terpilih yang dapat beramal dengan sebaiknya di malam yang lebih baik dari seribu bulan.. In shaa ALLAH.

Salam hormat untuk semua. In shaa ALLAH.. Semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua.. Fi amanillah.



46 comments:

LombokTour said...

Such an amazing story. Hope i can get there anytime soon. Thank for the sharing.

jagbir singh said...

Usually, I never comment on blogs but your article is so convincing that I never stop myself to say something about it. You’re doing a great job Man. Best article I have ever read

Keep it up!

Hanis Azla said...

Thank you Lombok Tour and Jagbir Singh.
I appreciete your comment and your time reading my entry. Have a nice day!

Unknown said...

Seronok membaca pengalaman puan semasa holiday.... boleh jadikan panduan buat mereka yg berminat melancong ke matahari terbit

mr han helmy said...

Seronok baca pengalaman puan bercuti di jepun. Saya pon akan ke jepun pertengahan november tapi saya masih ragu2 dengan transportation di sana.

Hanis Azla said...

As-salam Nora Ajis,

Alhamdulillah.. semoga perkongsian ini dapat membantu orang lain juga.. in shaa ALLAH. TQ ya

As-salam Unknown,

Alhamdulillah.. Selamat bercuti ke Jepun juga november nanti. In shaa ALLAH.. Jangan risau tentang transportation di Jepun. Kalau tiada agen, banyak apps yang boleh membantu. TQ ya.

Norhamizah said...

Tak pernah pun Saya baca Tekun macam ini... Mmg kagum dgn entri Puan. Thumbs up. Nak pegi Japan la huhuhu

Hanis Azla said...

As-salam Norhamizah,

Alhamdulillah.. Terima kasih banyak kerana sudi baca. Semoga ada rezeki awak juga untuk ke Jepun dalam masa terdekat ni.. in shaa ALLAH

Unknown said...

🔺Salam Kenal Tuan & Puan🔺
👉Find the best before regret👈
Maap Ikut Share ( Promote) My Company Kyrantrans ( Sewa Kereta Murah), Merupakan Sarikat di Bidang Travel agency Pelancongan yang sudah Biasa melayani Pelancong dari Negara Malaysia - Singapore - Brunei Tuk Melawat ( Melancong )
# JAKARTA
# BANDUNG
# YOGYAKARTA
Insya Alloh selama Tuan-Puan Melancong Crew kyrantrans akan membawa sampai Puas Hati ✌

Adapun Yang akan kita Tawarkan...
         👉PAKEJ KYRANTRANS👈
A.Transport all In
👍Toyota avanza or Suzuki Apv
( 6 seater) Rp....
👍 Daihatsu Luxio
(6 seater) Rp....
👍 Toyota Inova
( 6 seater) Rp....
👍 Van Elp Short
( 12 seater) Rp....
👍 Van Elp Long
( 15 Seater) Rp....
👍 Toyota Hiace
( 15 seater) Rp....
👍 Mini Bus
(25 seater ) Rp.....
👍 Big Bus
(50 seater) Rp....

B. Transport & Hotel
👍 Hotel No Star
Rp.....
👍 Hotel 3*
Rp......

C Transport + Hotel + Makan
👍 Restoran Tempatan & Halal
Rp....
Semua harga Dalam Rm Ikut Currency Bank❓❓❓

   * HARGA BUDGET &  BERBALOI *
                 ❓❓❓❓❓
Untuk Maklumat Sila👇👇
Call.   : +6281312767300
Wa.    : +6281809692300
Fb.     : Kyrantrans
Email : Kyrantrans @gmail.com

Saya akan bagi TIPS tuk PELANCONG AGAR TAK KENA TIPU SELAMA MELAWAT😀😀😀
👉 travel that gives you cheap prices
👉 a naughty and resourceful driver

Terima kasih Tuan & Puan sudah Membaca Promote Dari saya Semoga ada FAEDAHNYA 🙏🙏🙏

  
     ❤ you're glad we thank you ❤

Mimi Rahim said...

Assalamualaikum puan, Sy plan ke jepun bulan depan . Sgt hargai jika puan Boleh shAre contAct tour guide kt sana . Tq 😀😊

Hanis Azla said...

Waalaikumsalam Pn. Mimi Rahim,

Untuk Tour Guide di Jepun puan boleh contact no. ni.
Khairi 019-5230421.

Semoga perkongsian ini membantu dan perjalanan puan ke Jepun bulan depan dipermudahkan.. in shaa ALLAH

Unknown said...

Salam. Boleh saya tau nama hotel yg puan stay area uono? Tk

Hanis Azla said...

As-salam Ujue Hadi,

Maaf. Di Ueno kami tak menginap di hotel. Kami menginap di homestay. Tapi segala urusan booking homestay diuruskan oleh tour guide kami. Jadi saya tak pasti nama homestay tersebut. TQ

familykembar3 said...

Assalammualaikum n salam sejahtera, blog yang menarik dengan informasi lokasi pelancongan yang best.....doakan family kembar tiga dapat p jepun.....

https://danial3balqis.blogspot.com/

Hanis Azla said...

Waalaikumsalam familykembar3,

Alhamdulillah.. Terima kasih sudi berkunjung ke blog saya. Semoga awak dan keluarga direzekikan untuk ke Jepun juga.. In shaa ALLAH

Salam hormat dan terima kasih.

Unknown said...

Assalamualaikum puan..
Nak bertanye tntg mknan yg dibawa.. perlu ke diisytihar semasa smpy di jepun??

Hanis Azla said...

Waalaikumsalam awak,

Kat borang yang perlu diistihar waktu isi dalam flt tu kami istihar kami bawa makanan. Tapi kami tak buat list pun. kalau rajin boleh buat list. Cuma semua makanan tu kami masukkan dalam satu beg agar pihak imigresen senang nak periksa jika perlu. Alhamdulillah.. beg makanan kami langsung tidak diperiksa. Semoga perkongsian ini membantu.. in shaa ALLAH

Unknown said...

Tq sis...

Unknown said...

puan..suka baca blog ke jepun..menarik n info yg byk

Hanis Azla said...

As-salam Puan Azlizah Mi,

Alhamdulillah.. Terima kasih kerana sudi membacanya. Semoga ada manfaat dan direzekikan untuk ke Jepun juga dalam waktu terdekat ini.. in shaa ALLAH. Salam kenal!

hani said...

Salam kak..

brapa total perbelanjaan? blh x keberatan buleh share utk pedoman kami yg lain ni

Hanis Azla said...

As-salam Hani,

Total perbelanjaan kami untuk seorang seperti berikut :

Tour Guide : RM 3300
(Termasuk penginapan homestay di Tokyo dan Osaka untuk 8 hari, J Pass yang berharga RM1100, semua tiket train/bas/tram, Sim kad, Tiket cable car ke Gala Yuzawa dan sewa sledge di Gala Yuzawa, Tiket USJ - RM 280 dan tiket masuk ke beberapa attraction)

Flt ticket : RM 2000
(Pergi dengan MAS (Kul - Nrt RM900). Balik dengan Air Asia (Kansai - Kul RM1100) Tapi tiket booking last minit).

Makan : RM 700
(Bajet untuk makan RM 100/sehari walaupun bawak bekal nasi sebab nak rasa makanan di sana)

Total : RM3300 + RM2000 + RM700 = RM6000 seorang

Ini perbelanjaan kami untuk seorang secara kasar. Harap perkongsian ini membantu.. in shaa ALLAH. Terima kasih.

Faiezin said...

Assalamualaikum.
Syok sgt baca entry puan ttg trip ke jepun ni.Walaupun whole trip dalam satu post tapi gigih jugak saya baca.Alhamdulillah sedikit sebanyak membantu saya utk trip kami next month, thanks so much.
Saya, husband and our 2 daughters age 8 and 6 akan ke Osaka selama 8 hari. Day trip termasuk Hiroshima & Miyajima, Himeji, Kobe, Nara dan kyoto. Also 1 whole day ke USJ untuk gembirakan anak2.
Trip kami DIY saje x pakai guide so doakan kami x sesat barat ye hehe.

Unknown said...

Assalam... sy nak tanye.. tour guide khairi tu macam mana nak dapat perkhidmatannya & berapa ye harga?

Hanis Azla said...

As-salam Puan Nurul Faeizin Mohd Yusof,

Alhamdulillah.. Terima kasih kerana sudi baca entry saya yang panjang berjela ni hehe.. Semoga perjalanan Puan dan keluarga ke Jepun bulan depan dipermudahkan.. Semoga segalanya selamat dan berjalan lancar.. in shaa Allah.

Salam kenal ya!

Hanis Azla said...

As-salam Anon,

Boleh contact Khairi - Gypsy Atmosphere di talian 019-5230421.
Boleh ke FB GypsyAtmosphere juga. Harga boleh bertanyakan quotation kepada Khairi terus. Semoga perkongsian ini membantu.. in shaa ALLAH.

Unknown said...

Salam. Nak tanya, beras bole bwk msuk jepun ya? Xkena tahan? Saya igt nk bwk tp takut kena buang plal nti

Hanis Azla said...

As-salam Unknowm,

In shaa ALLAH.. beras boleh dibawa masuk ke Jepun. Cuma kena declare. Kami bawa beras ke Jepun dan pihak imegresen tak check pun beg kami. Asalkan declare rasanya tiada masalah.

Anonymous said...

Salam akak nk tanya ada buat itinerary tak untuk trip ni kalua ada boleh email sy ke?? aifa_1909@Yahoo.com insyaallah ada rezeki sy pun nk pergi ke jepun..terima kasih

Hanis Azla said...

As-salam Aifa,

MInta maaf. Kami pergi dengan tour giude. Jadi itinerary tour guide yang sediakan. Minta maaf ya.

pakej jepun 2019 said...

Thank you for sharing this informative info. Bestt baca blog ni 👍🏻

Hanis Azla said...

As-salam pakej jepun 2019,

Alhamdulillah.. Thank you so much!

Anonymous said...

Best gi jepun ni especially tgk cherry blossom. Transportation pun senang je sbb color coded and ada byk apps blh download. guna je suica or posmo card. Beli je usj tickets or book airport transfer fr klook.

Hanis Azla said...

As-salam Anon,

Alhamdulillah.. Betul. Jepun memang best. Terima kasih atas perkongsian juga.

Foodlab.my said...

Terima kasih atas perkongsian yang bagus tentang percutian di Osaka l.

Blog post ini antara rujukan saya masa plan nak melancong ke Osaka bulan lepas.

Terima kasih sekali lagi atas info yang detail. =)

Hasil dari baca blog dan main redah, saya pun tulis perkongsian di blog saya.

Jemput baca: Pengalaman trip melancong serta tempat-tempat menarik di Osaka

Hanis Azla said...

As-salam Foodlab.my.

Alhamdulillah.. Syukur. Seronok dapat membantu. Terima kasih kembali. Nanti saya baca pengalaman awak ke Osaka pula.

azhar said...

Salam Puan

Boleh kongsikan nama homestay di osaka tu?

azhar said...

Salam Puan

Boleh kongsikan nama homestay di osaka tu?

Hanis Azla said...

As-salam En. Azhar,

Minta maaf. Saya dah tak ingat nama homestay di Osaka. Lagipun kami menggunakan khidmat tour guide di sana. Jadi semua booking di buat oleh tour guide. Minta maaf ya.

Rita said...

Hello kak, nak tanya some queries pasal your trip ni. boleh email I tak, nak tanya something. mail to lorita73@gmail.com

Hanis Azla said...

Hi Rita,

Terima kasih sudi ke blog saya. Jika ada apa-apa nak tanya boleh emel ke rafeahsalim@gmail.com
Salam hormat.

Leni said...

Salam Haniz,
Terimakasih atas perkongsian ni... insyaaAllah membantu. Tengah survey2 trip Osaka Tokyo ni.

Hanis Azla said...

As-salam..

Alhamdulillah.. Selamat bercuti ke osaka tokyo nanti.

JESS said...

Hi Admin & Kawan-kawan. :) seronok ke Japan.. kalau blum dapat ke sana, jom consider ke SG dulu.. mari join 💡"Singapore (SG) Tour 1-Day Trip" from JB serendah RM109 dengan sis / 🔎🚩Backpacker Trip Jelajah SG dari serendah 🔥RM90-RM60 sahaja...

Juga ada promosi; 🔖PAKEJ USS Trip dari JB @ 🔶Tiket Masuk Singapore (USS-SEA Aquarium-SKYLUGE-Lebih dari 30 JENIS!) All at %% Discount Price! Nak Private Tour 🚘 (car/starex)? Pun ada.. Silakan tanya...

Bole WHATSAPP ke ✔+6012-7760219 (JESS) - Agent SG & JB, Love Travel *Contact: ✔+6012-7760219

*Silakan lawat >>> ★ FB.COM/LOVETRAVEL86

Unknown said...

As salam kak,

Best baca blog ni smp habis. Kebetulan search trip ke jepun jumpa yang ni. Byk panduan boleh saya guna utk bawa mak & anak ke sana next month. Cuma musim berbeza. First time nk jejak ke negara matahari terbit. Tq kak.

Hanis Azla said...

As-salam..

Alhamdulillah.. TQSM. Selamat ke Jepun bersama keluarga nanti. Semoga segalanya dipermudahkan.. in shaa ALLAH

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...