Assalamualaikum..
Salam Nuzul Quran buat semua. Selamat bercuti untuk yang bercuti hari ini. Cuti-cuti hari ni buat apa selepas membaca Al-Quran? Macam emak aku hari ni ada Majlis Khatam Al-Quran kat surau. Aku dan keluarga pula hari ni terajin nak kemas-kemas rumah. Daripada bergolek depan TV lebih baiklah manfaatkan cuti dengan hal yang berfaedah dan memberi keindahan pada mata. Bila rumah dah berkemas, mata jadi lebih sedap memandang. Hati pun rasa tenang. Bila mengemas rumah time nak dekat raya, feeling dia rasa lain macam. Seronok!
Bila baca entry-entry lama rasa bestnya sebab dulu rajin nak update cerita yang simple-simple pasal keluarga. Ada yang bila baca balik sekarang cerita 9 tahun lepas, tak ingat pun peristiwa tu pernah berlaku he..he.. Berkongsi dengan en.asben, dia pun kata bagus dapat simpan cerita-cerita tu. Bila baca balik terimbau kisah lama. Jadi hari ni bila ada kelapangan sajalah nak update cerita-cerita yang simple macam dulu-dulu. Boleh simpan di sini untuk jadi kenangan buat bacaan nanti-nanti.
Sejak hari sabtu dan ahad en.asben dalam mood mengemas. Actually bukanlah mengemas benda yang berselerak. Tapi mengemas agar boleh buang barang-barang yang dah tak perlu. Dari satu, satu almari dan laci dipunggah semula oleh en.asben untuk dikemas dan disisih. Aku kalau benda yang dah elok tersusun memang tak rajin nak saja-saja punggah balik. Itu yang shower cap waktu honeymoon naik star cruise dulu masih elok tersimpan haha.. Tapi En.Asben dalam mood bersungguh nak buang semua benda yang tak perlu. Jadi aku raikanlah walaupun en.asben kata takpe ma, I boleh buat sendiri.
Waktu mengemas dapatlah membelek semula kad-kad ucapan comel DIY dari anak-anak untuk kami waktu kecil-kecil dulu. Kad-kad harijadi, anniversary dan nota-nota cinta pun dibelek kembali. Kad dari tetamu untuk majlis kahwin kami pun masih lagi tersimpan rapi. Alhamdulillah.. semua almari dan laci-laci dalam bilik dah siap berkemas, dibuang yang tak perlu dan kembali tersusun rapi. Cuti hari isnin sempena hari wesak kelmarin, kami sama-sama clearkan stor pulak. Yang tu lagilah aku tak rajin nak mula kemas. Sebab dalam stor tu barangnya dah santak betul. Penuh sampai ke pintu. Tapi bila en.asben rajin nak keluarkan semua barang dari stor untuk dipilih aku pun ikut rajin join sekali.
Bila separuh barangan yang tak perlu dah tak lagi menjadi simpanan, stor yang penuh boleh siap ada laluan untuk senang ambil barang. Aku pulak bak kata en.asben pakar dalam menyusun barang haha.. Jadi semakin lapanglah stor bawah tangga kami dengan ciri-ciri lebih senang nak mengambil barang. Alhamdulillah.. Thank you en.asben sebab rajin nak mula. Dah lawa dan lapang dah stor kita. Itu yang asyik-asyik nak buka pintu stor sebab suka nak tengok kemas dan tersusunnya stor. Ha..ha. perangai sangat.
Hari ni pagi-pagi lagi en.asben dah plan nak kemas almari bawah TV pulak. Aku dah seram haha.. Sebab rumah aku banyak habuk. Barang-barang kat situ memang dah tersusun kemas. Tapi berhabuklah sebab pintu almari jenis tak rapat. Bila kata nak mengemas kena fikirkan habuk-habuk tu semua. Dahlah aku alergy. Tapi en.asben kata biar dia yang handle. Alhamdulillah.. sampai sekarang en.asben masih mengusahakannya. Kerja jadi lambat sikit sebab sambil mengemas, menyisih yang tak perlu sambil kena membersihkan habuk-habuk dalam almari tu juga. All the best sayang!
Sementara en.asben settlekan almari TV, aku mengelap dan bersihkan kabinet dapur. Alhamdulillah.. waktu ini dah berkilat memancar-mancar pintu kitchen cabinet aku hehe.. Warna hitam patut tak nampak kotor. Tapi bila belek betul-betul nampak bercapok juga sebab terkena percikan air etc. Tiles, tempat penyedut asap, kipas dan pintu-pintu dapur pun aku lap dengan bantuan anak bujang. Kitchen kabinet kayu pun lap juga. Masuk dapur pun muka nak senyum aje sebab semuanya dah bersih hehe.. Allahu.. Bersih itu mendamaikan.
Lampu-lampu dan kipas kat hall pun Az dah tolong lap tadi. Frame gambar pun dia dah settlekan tolong lap semua. Alhamdulillah.. sedap aje mata memandang bila semua dah bersih. Rumah yang banyak habuk memang cabaran untuk orang alergy macam aku. Kalau tak lap mata sakit. Bila lap bersin dan selsema berhari-hari. Jadi bila ada yang sudi membantu rasa syukur sangat. Bila kerja aku kat bawah dah selesai, aku naik untuk basuh baju-baju melayu raya. Hari tu en.asben dah hantar alter semuanya. Jadi dah boleh basuh dan lepas ni boleh iron siap-siap. Selesai kerja kita update blog sekejap. Bestnya bila hari cuti dapat digunakan dengan sebaiknya. Thank you ALLAH.
Petang ni buka masak apa? Semalam en.asben ajak makan luar sebab semalam aku balik lambat. Balik kerja singgah ambil ubat emak dulu kat klinik kesihatan. Lepas tu singgah kedai beli barang dapur. Itu yang lewat sikit sampai rumah. Tapi sebab teringin nak makan mee goreng, jadi walaupun dah lambat sempat juga mengoreng mee semalam. En.asben pun sempat singgah beli popia basah dan samosa. Makan yang simple-simple macam tu pun dah rasa cukup waktu berbuka. Alhamdulillah.. puasa kali ni belum membeli lagi. Kalau beli pun cuma membeli kuih aje. Hari-hari masak sendiri. Tapi hari ni nak makan luarlah alang-alang en.asben dah offer semalam. Yeayyyy.. tak berusiklah dapur yang dah berkilat kita hari ni he..he..
Sekarang ni berbuka pun cuma tinggal 4 orang saja. Jadi makan pun dah tak beria. Masak sikit pun cukup untuk sampai sahur. Ahamdulillah.. anak aku Is dah masuk belajar di Matrikulasi. Sedih aje hari tu bila en.asben kata, Ma.. dah 2 orang dah anak kita tinggalkan rumah. Berkaca-kacalah mata kami berdua bila en.asben cakap macam tu. Kami antara ibubapa yang hati tak kuat nak lepaskan anak-anak masuk asrama. Dah habis sekolah ni terpaksalah juga lepaskan anak-anak untuk sambung belajar. Semoga anak-anak kita dilindungi ALLAH selalu. Jadi sekarang rutin mama ayah menghantar dan mengambil abang dari asrama pun bermula. Sambil tu boleh dating berdua berpegangan tangan dengan kekasih halal dalam perjalanan. Han dah memandu kereta sendiri. Jadi setiap minggu dia boleh pergi dan balik sendiri. Alhamdulillah..
Salam hormat untuk semua. In shaa ALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada buat kita semua. Fi Amanillah.
No comments:
Post a Comment