Tuesday, May 7, 2019

Shopping Raya..

Assalamualaikum..

Ramadan Kareem buat semua. Mohon maaf zahir dan batin jika ada tersilap kata mahupun tersalah bicara dalam tulisanku di blog ini. Mohon maaf jika ada kata-kataku yang menyinggung perasaan. In shaa ALLAH.. semoga aku dapat mengelaknya di masa-masa akan datang. Alhamdulillah.. dengan izin ALLAH kita direzekikan lagi untuk bertemu dengan bulan Ramadan yang mulia. Semoga Ramadan tahun ini menjadi Ramadan yang lebih baik dari tahun sebelumnya. Semoga amalan kita diterima dan semoga dosa-dosa kita diampunkan.. Aamiin.. In shaa ALLAH.

Baru awal Ramadan dah nak bercerita pasal shopping raya. Apa ni? he..he.. Sebenarnya bukanlah lebih excited dengan raya dari excited dengan berpuasa dan excited dengan bulan ramadan. Tapi bila ada peluang dapat sediakan segalanya lebih awal, tumpuan boleh diberikan kepada beribadat dalam bulan yang mulia ni. Kalau orang lain dah buat persiapan lebih awal, kami ni kira antara yang terlewat juga. Dua hari sebelum ramadan baru terasa nak sediakan semuanya lebih awal. Sehari sebelum tu baru cadang dengan en.asben. Bila en.asben setuju, pagi sabtu tu kami sekeluarga pun memulakan misi. IOI City Mall tempat dituju. Senang! Semua keperluan anak-anak ada di situ. Alhamdulillah.. waktu sampai pukul 10 lebih tu parking masih banyak. Maksudnya ada parking depan entrance escalator. Dasar sayang lemak hehe.. Syukur lemak lama tak kembali lagi. Total weight lost setakat semalam 9.60 kg. Alhamdulillah.

Walaupun masih awal, tapi orang dah ramai sangat kat mall. Terus bawa anak ke kedai yang mereka suka. Kat situ untuk kakak abang yang besar bagi peluang mereka memilih sendiri baju seluar yang berkenan di hati. Mama ayah cuma pilihkan pakaian anak-anak yang kecil aje. Mama uruskan gegirl. Ayah uruskan Az dan Hafiy. Alhamdulillah.. Dalam masa sejam lebih semua orang dah settle dengan beberapa pasang jeans, t-shirt dan blouse. Kita shopping baju jalan dulu. Sambil mama ayah buat bayaran, Han pergi beratur kat K-fry untuk ambil nombor giliran. Nak makan pun kena ambil nombor giliran sekarang ni, kan? Hmmm.. zaman dah berubah. Sambil tunggu Han dapat nombor giliran adik-adik masuk cuci mata kat kedai sekitar tu. Aku dengan En.Asben pun join sekali.


Gegirl sibuk nak bergambar dengan bear ni. Kakak Han layankan aje.

Dah dapat nombor queue K-fry kami turun cari kasut pulak. Kasut Han dengan kasut mama dah settle beberapa hari sebelum tu hehe.. Ayah taknak kasut raya. Jadi tinggal cari kasut untuk anak-anak bujang aje. Patutnya senang aje nak cari kasut sebab kat IOI tu banyak aje pilihan. Tapi anak-anak bujang aku sangat memilih. Masuk 2,3 kedai pun takde yang berkenan. Aduhaiii.. Kiranya lamalah juga kami keluar masuk kedai nak mencari kasut idaman hati. Sementara adik-adik cari kasut, Han dengan Is pergi balik kat K-fry nak tengok nombor queue dah sampai ke belum. Jawapan dia, queue belum sampai lagi. Tapi.. ada pula insiden yang tak diingini berlaku kat depan K-Fry tu. ALLAHU.. Dugaan. Alhamdulillah.. ALLAH permudahkan segalanya untuk kami. Kagum aku dengan kegigihan dan keberanian Han. En.Asben pun gigih menemankan anak dara dia untuk semua urusan. Thank you so much ayah. Aku yang dah hilang mood waktu tu hanya dapat membantu dengan doa. Ayat istirja tak lekang dari mulut. Dengan keyakinan, kalau ada rezeki kami, kami akan mendapatnya semula.. in shaa ALLAH.

Dengan izin ALLAH yang menghadirkan bantuan dari Polis Bantuan, Manager K-Fry dan rakaman CCTV, akhirnya semuanya selesai. ALLAH yang Maha Pengasih, Maha Penyayang  membantu hambaNYA yang teraniaya. Kalau dah tertulis sesuatu itu  hak kita, in shaa ALLAH ia akan terus jadi milik kita. Terima kasih ALLAH. Memang drama bila ingat semula. Han sampai menangis bila segalanya dah selesai. Tak dapat control dah perasaan. Sebab tak sangka boleh jadi macam tu. Walaupun kesahihan cerita kami tak tahu tapi tak mengapalah. Adakalanya, ALLAH menyembunyikan sesuatu untuk kita sentiasa bersangka baik. Cuma kita yang selalu lalai untuk bersangka baik. Tapi ianya jadi peringatan dan pengajaran yang sangat-sangat baik untuk kami semua hari tu. Di mana-mana, dengan sesiapa pun, perlu sentiasa berhati-hati. Kita tak tahu hati orang. Dalam post terdahulu aku ada menulis. Dalam hidup, kita akan bertemu dengan 2 orang. Yang pertama, orang yang akan membuatkan kita bersabar. Yang kedua, orang yang akan membuatkan kita bersyukur. Dah namanya kehidupan, orang-orang inilah yang akan kita temui sepanjang hidup kita. Dunia ini kan tempat ujian menahan sabar. Tempat kita belajar bersyukur. Semoga segala urusan kita semua selamat dan dipermudahkan.. in shaa ALLAH.

Selesai segala drama, kami terus menunggu giliran kami untuk mendapat seat di K-fry. Sambil menunggu anak-anak layan sushi dulu. Juga air ice lemon tea sedap yang disediakan untuk pelanggan restoran yang menunggu. Setelah seketika menunggu, nombor giliran kami pun dipanggil. Alhamdulillah.


Sejukkan hati dengan ice cream. Sedaplah ice cream dia. Besar. Cukup untuk kami sekeluarga makan. Seronok bila tengok muka gegirl happy. 

My love, my life, my everything. Thank you ALLAH.


Mamat ni dari sampai, sampailah dah nak balik sibuk dok mengajak tengok End Game. Sorry Hafiy. Misi mama ayah hari tu ialah shopping raya he..he..

Adik takde. Sejak adik tinggal dengan papa dia, jarang dah kami jumpa. 
We missed you adik. 

Anak no.3 mama dan anak no. 3 mummy. Baru perasan. 
Patut perangai sama hehe..

Muka pun nak seiras. Sepupu kan, nak lari mana acuan tu.
Aduhai.. hari tu rasa macam malas dah nak makan kat K-fry lagi. Tengok cheese meleleh tu rasa nak pergi lagi pulak. Dasar tak tahan godaan haha..
Mama and ayah. 
Kakak kalau ambil gambar mesti nak ada gambar mama dan ayah berdua. Ambillah kakak. Tak kisahlah walaupun pipi mama kembung dengan ayam k-fry dalam mulut hahaha.. Mama dan makanan berpisah tiada.

Alhamdulillah.. selesai makan, kami turun balik. Settlekan shopping kasut anak bujang yang terbantut separuh jalan kerana insiden depan K-fry. Hati dah senang barulah boleh mencari kasut dengan tenang. Selesai membeli kasut kami terus cepat-cepat balik nak kejar zohor. Balik tu hujan lebat. Terus pergi rumah emak sebab nak ambil emak sekali. Solat terus kat rumah emak. Lepas asar kami keluar semula. Misi shopping raya belum selesai. Jadi petang tu kami ke Jakel Bangi pula. Misi mencari baju melayu raya. Best rupanya shopping baju raya di Jakel. Pekerja dia ramai. Jadi setiap customer dilayan dengan cukup baik walaupun dalam Jakel tu punyalah ramai orang. Alhamdulillah.. sebelum maghrib, kami selesai membeli 5 pasang baju melayu untuk 5 orang lelaki. Tinggal baju melayu adik aje tak beli lagi. Baju raya mama dengan kakak, nanti kita pergi jalan kaki kat Bangi Central he..he.. Musim nak raya ni, tak sanggup nak redah jem kat Bangi. Parking pun susah.

Alhamdulillah.. Misi kami hari tu berjaya. Thank you ALLAH. Balik rumah terus mandi dan solat. Lepas solat maghrib kami keluar balik. Nak shopping lagi??? Eh.. taklah. Cukuplah tu. Kami keluar sebab adik ipar aku nak belanja makan. Jadi malam tu kami makan di Village Hut. Alhamdulilah.. Thank you Paksu. Semoga maksu dan paksu sekeluarga terus dimurahkan rezeki. Semoga bussiness kedai  makan paksu semakin laris.. in shaa ALLAH..

Emak dan cucu-cucu.
Alhamdulillah.. seronok dapat gomol Luna.

Alhamdulillah.. ada rezeki dapat berkumpul satu keluarga. Thank you ALLAH.

Sekian dulu. Sampai jumpa lagi. Selamat berpuasa, berbuka, bersahur, berterawikh, bertadarus, bertahajud dan beramal untuk semua. Semoga ALLAH menerima amal ibadat kita sepanjang bulan ramadan ini.. in shaa ALLAH.

Salam hormat untuk semua. In shaa ALLAH.. Semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita. Fi Amanillah.

1 comment:

Hanis Azla said...

As-salam Angah,

Alhamdulillah.. Terima kasih. Salam Ramadan juga buat Angah dan keluarga.

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...