Friday, May 17, 2019

Dating with BFF..

Assalamualaikum..

Salam jumaat kedua dalam bulan Ramadan tahun ini. Dah solat dhuha? Dah baca surah Al-Kahfi? Mengingatkan bukan tanda kita lebih baik dari orang lain. Tapi dengan niat untuk kita sama-sama jadi lebih baik. Ini kerana bila mengingatkan kita sebenarnya lebih mahu mengingatkan diri sendiri. Jom sama-sama perbaiki amalan kita. Semoga hari ini kita akan jadi lebih baik dari semalam.. in shaa ALLAH.

Alhamdulilah.. ALLAH rezekikan aku dengan kawan-kawan yang baik. Waktu sekolah dulu aku tak ramai kawan. Hanya berkawan dengan kawan-kawan sekelas dan kawan-kawan baikku sahaja. Selain tu hanya boleh kata kawan satu sekolah sebab hanya kenal nama dan muka. Waktu tu rasa macam cukuplah berkawan dengan kawan yang rapat sahaja. Jadi macam tak  berkawan dengan orang lain. Sudahnya masa kahwin, hanya tiga orang sahaja kawan sekolah yang aku boleh jemput. Kesian kan? Selain tu kawan kerja ramailah yang datang. Alhamdulillah... semua kawan sekolah (3 orang tu aje) yang aku jemput, datang. Sebab mereka itu adalah BFFku. Takkanlah BFF tak datang. Kan? Untuk semua majlis mereka ada. Waktu bertunang, bernikah, majlis kat rumahku dan majlis kat rumah en.asben. Lagi 3 orang BFF lost contact sekejap. Jadi tak dapat nak jemput. Alhamdulillah.. selepas sekolah aku dah mula pandai berkawan dengan orang lain. Kawan sekolah yang dulu cuma kenal nama dan muka dah jadi lebih rapat. Dengan semua orang aku dah boleh kawan. Syukur. Maka jumlah kawan dah mula bertambah. Bila ramai kawan, lebih ramai dapat kenal dengan orang yang baik-baik. Itu pun rezeki juga. Alhamdulillah.. Thank you ALLAH. 

Alhamdulillah.. walaupun sekarang dah ramai kawan tapi hubungan dengan BFFku masih sangat akrab. Padahal dalam setahun tu kadang-kadang cuma berjumpa sekali dua aje. Kat whatsapp group pun ada hari meriah. Adakala berhari-hari sendu sebab masing-masing busy he..he.. Iyalah.. ada yang bos besar. Ada yang urus bisnes halal consultant. Ada yang usahawan bisnes kuih muih sedap. Ada yang bekerja dan berhijrah di negara orang. Ada yang sibuk dengan urusan keluarga. Ada yang sibuk tulis blog dan mengacara majlis menteri (padahal tulis blog pun jarang! jadi pengacara pun kadang-kadang haha..). Ada yang kakak Nora Danish. Eh! ada kaitan tak? Hahaha.. Tapi dalam busy-busy pun kami tetap ambil tahu hal masing-masing. Walaupun status di FB dan IG semuanya cuma rajin like aje tanpa komen tapi nanti adalah yang update pasal status tu kat whatsapp untuk jadi bahan cerita. Dalam busy-busy juga, BFF aku tu, ada yang sempat baca blog aku sebelum meeting. Ada yang pergi outstation siap bawak novel aku. Siap dengan anak-anaknya baca novel aku jugak. Ada yang call cuma nak tanya status FB aku dua bulan lepas haha.. 

Paling best dengan BFF aku ni ialah kami boleh jujur antara satu sama lain kalau diminta pendapat ataupun ketika memberi pandangan. Kalau ada yang tak kena tu memang sound direct aje sebab masing-masing mahukan yang terbaik untuk kawan-kawan lain. Kalau bagi nasihat pun bagi nasihat yang padu. Menusuk ke hati tapi untuk impak yang paling baik untuk kebaikan. Dalam erti kata lain bukan untuk menjatuhkan. Masing-masing saling memberi semangat antara satu sama lain. Walaupun rapat, kami tak terlalu berkongsi tentang kehidupan kami. Kalau ada masalah pun masing-masing simpan sendiri. Cuma sesekali saja bercerita sekadar untuk dapatkan pandangan. Untuk berkongsi kegembiraan dan meluahkan rasa. Itupun kalau betul-betul  perlu. Tapi selalunya memang masing-masing uruskan masalah sendiri. Jadi bila borak dalam grup atau bila berjumpa tu memang untuk release stress dan akan hilang segala tekanan sebab ketika bersama kami boleh gelak sampai keluar airmata hanya dengan gelagat dan telatah masing-masing.

Dengan mereka aku tak pernah rasa rendah diri. Sebab mereka bukan orang  yang suka merendahkan orang lain. Tapi mereka adalah kawan yang selalu melihat kelebihan orang lain dan meraikannya. Semuanya selalu positif tentang kehidupan dan suka mengajak kawan-kawan lain untuk tidak bersikap negatif. Tak pernah kisah pun tentang siapa lebih, siapa kurang. Tapi  saling suka merai rezeki yang diperolehi oleh orang lain  tanpa memperkecilkan kekurangan yang ada. Bila macam tu, hati pun takde nak rasa dengki atau cemburu. Takde nak rasa sakit hati atau iri hati.  Tapi boleh sama-sama berbahagia melihat kawan-kawan lain bahagia dan berjaya. Boleh saling mendoakan kebahagiaan dan kejayaan kawan-kawan lain dan juga keluarga. Anyway TQSM korang. Aku sayang korang. Till Jannah.. in shaa ALLAH. Hari tu kawan aku yang baca blog aku time nak masuk meeting tanya. Weii.. bila kau nak tulis pasal kita orang pulak??? Okeylah, aku tulis. Maka terhasillah entry ini. Silalah baca. Jangan tak baca tau! Eh.. Kau baca blog aku masa meeting ke ni??? Hahaha.. 

Hari selasa sebelum puasa kami keluar bersama. Last jumpa tahun lepas kut. Ini baru jumpa semula. Kalau kata nak jumpa memang tak boleh plan sebulan awal. Sah-sah tak jadi. Lepas tu terus krik..krik.. Seminggu awal pun selalu tak menjadi. Kalau plan tu memang sehari dua sebelum tu aje. Yang tu selalunya mesti jadi. Alhamdulillah.. dalam kesibukan, masing-masing dapat melapangkan diri. Untuk dapatkan keizinan keluar dari suami masing-masing bukan hal yang susah. Sebab memang dah kenal benar. Jadi bila cakap aje nak keluar dengan dia orang memang senang aje dapat keizinan. Setahun pun cuma sekali dua nak keluar bersama. Mestilah cik abang sayang izinkan. Kali ini kami berjumpa kat IOI City Mall. Petang tu aku ke Putrajaya untuk mengacarakan majlis tertutup pengurusan tertinggi kementerian. Majlis yang short and simple. Tapi kata-kata dari VIP tentang kehidupan dan hukum alam sangat membuka mata. ALLAH hadirkan ilmu tu dalam pelbagai cara kan. Syukur. Selesai acara terus balik ofis. Solat asar siap-siap terus ke IOI City Mall. Tak sampai 10 minit pun dari ofis. Maka akulah orang pertama yang sampai. Sebab yang lain ada yang dari Klang, dari Subang, dari KL dan dari Bangi.

Dah sampai dulu dan dah jumpa geng kena selfie sekeping untuk bakar line dalam grup whatsapp. Selain tu untuk update kepada en.asben tanda dah selamat sampai. 

Image may contain: Hanis Azla Rafeah Salim, Suhaily Jalal and Zehan Abdullah, people smiling
Masing-masing dah bermata empat dek faktor usia hehe.. 
Konon mulanya taknak pakai. Tapi bila dari jauh aku dah senyum dekat 10 orang sebab tersalah orang sudahnya pakai ajelah cermin mata tu. Baru jelas dan tak salah orang dah. Geng bertambah kita selfie untuk bakar line lagi.
Tema hari tu Black Pink. Taknak kalah haha.. Anak-anak pergi konsert Black Pink. Emak-emak ambil black pink jadi warna tema dahlah hehe..

Image may contain: 5 people, including Shida Razali, Hanis Azla Rafeah Salim, Azlin Aziz and Zehan Abdullah, people smiling, people sitting
Alhamdulillah.. Dah cukup korum untuk dating kali ni. Lagi 2 orang tak dapat join. Seorang tak sempat datang sebab ofis jauh. Seorang lagi nun jauh di Australia. Petang tu kami makan di Dolly Dimsum.
Alhamdulillah.. seronok sangat dapat jumpa. 

Image may contain: 4 people, including Hanis Azla Rafeah Salim, Azlin Aziz and Zehan Abdullah, people smiling, people sitting and food
Waktu order makanan rasa macam tak cukup. Dah makan pun rasa tak cukup lagi. Siap tambah order. Lepas tu bertolak-tolak pulak masing-masing suruh habiskan makanan he..he.. Gitulah kalau bab makan. Lepas solat maghrib kita tukar kedai pulak untuk minum-minum. Alhamdulillah.. seronok bila dapat borak face to face. Itu yang boleh gelak sampai keluar airmata tu. Lepas tu repeat lagi cerita sama dalam grup pulak. Siapa yang jadi bahan tu bertabah ajelah. Alhamdulillah.. semua BFF aku okey. Semua cool, hati kental dan takde nak sentap-sentap. Semua boleh lebih kurang. Syukur. Itulah yang perlu dalam persahabatan. Saling menerima kebaikan dan keburukan masing-masing.

Image may contain: 6 people, including Zehan Abdullah, Hanis Azla Rafeah Salim and Azlin Aziz, people smiling, closeup
Alhamdulillah.. 20 years of friendship. 
Kami berkawan baik sejak form 1. Dari form 1 sampai form 5 sekelas. Dengan kakak ND 23 years of friendship. Kami kawan baik sejak sekolah rendah lagi. Walaupun masing-masing dah berumur 43 tahun tapi bila berjumpa perangai masih macam zaman sekolah menengah dulu. Kepala tetap gila-gila. Perangai masih gila-gila. Itu yang mengeratkan lagi persahabatan. Walaupun mereka dah jadi orang hebat, tiada siapa pun yang berubah perangai dan perwatakan. Alhamdulillah.. Syukur direzekikan dengan sahabat seperti mereka. 
Aku doakan semoga kalian semua terus sihat, cantik, kaya, berjaya dan berbahagia dunia akhirat.. Aamiin. 

Image may contain: 6 people, including Salimah Talib, Roon Nahij, Azlin Aziz, Zehan Abdullah and Hanis Azla Rafeah Salim, people smiling, closeup
Ni waktu dating last year. Nak cukupkan gambar BFF yang takde.

Image may contain: Masri Rozita, smiling, sky, outdoor and closeup
Someone yang jauh di mata tapi dekat di hati. We miss you, ta.

Kawan kita orang yang seorang ni, kalau masing-masing naik berat badan memang dia akan tazkirahkan kaw-kaw. Tapi dengan ayat perlilah. Selamba aje nanti dia sound, hah.. besarkan lagi peha tu. Peha besar memang trend sekarang! Haha.. Macam tu nak bagi kawan-kawan sedar suruh jaga berat badan. Oh.. nak update pasal berat. Total weight lost aku sampai semalam 10.8 kg. Syukur.. Alhamdulillah.. Kalau berat tak naik balik, bersaiz S lah raya tahun ni.. in shaa ALLAH. En. asben kata, pegang peha macam pegang lengan aje sekarang. Hahaha.. Punyalah nak bagi semangat tanda sokongan. Nampak sangatlah memang dulu peha besar. Kan? Setakat ni berat dah cecah seperti berat 10 tahun lepas. Bersyukur sangat-sangat. Sejak sepuluh tahun, setiap tahun nak turunkan berat jadi azam. Alhamdulillah.. tahun ni baru berjaya. Terima kasih ALLAH. Semoga aku akan lebih istiqamah untuk jaga berat badan dan pemakanan untuk hidup yang lebih sihat di hari tua kalau ALLAH panjangkan umur.. in shaa ALLAH.

Alhamdulillah.. siap juga entry ni selepas berhari-hari menulis. Okey.. habis  dah hutang nak menulis pasal kawan-kawan. Semoga kita semua dapat berkawan hingga syurga.. in shaa ALLAH. Sayang korang dunia akhirat. Much love.

Salam hormat untuk semua. In shaa ALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah.

No comments:

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...