Tuesday, August 27, 2019

Makan aiskrim di MyKori, Bangi...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Semalam, pagi-pagi lagi seorang teman dah angkat tangan mendoakan kemurahan rezeki buatku. Waktu sedang lepak dalam kereta sambil  nak menghabiskan dengar motivasi pagi di IKIM FM, dia datang mengetuk cermin tingkap kereta. Selepas memberitahu hajatnya dia  mendoakanku. Allahu.. Hati rasa sebak dibuatnya. Semoga ALLAH juga memberi kemurahan rezeki buatnya. Doa yang baik-baik dari orang lain untuk kita selalu membuatkan hati jadi tersentuh. Terima kasih ALLAH untuk hadiah yang indah di pagi hari.

Hari sabtu aku ke majlis perkahwinan anak teman pejabat lama. Persahabatan selama 25 tahun membuatkan hubungan kami jadi sangat rapat walaupun semenjak sepuluh tahun kebelakangan ini sangat jarang kami bertemu. Kembali bertemu kami saling meluah rasa rindu. Di majlis tersebut rasa seronok bila dapat berjumpa  dengan teman-teman lama yang lain. Teman-teman yang tidak lagi berada dekat di mata. Tapi mereka-mereka itu  masih  berada dekat di hati. Teman-teman yang baik memang sentiasa punya tempat yang istimewa di hati.


Image may contain: 2 people, including Hanis Azla Rafeah Salim, people smiling, selfie and closeup
Alhamdulillah.. Dating berdua.
Anak-anak susah sangat kalau nak di ajak ke majlis kenduri. Kalau majlis keluarga memang mama ayah paksa. Tak mahulah sampai tak kenal saudara. Tapi kalau majlis kawan-kawan kalau tak nak ikut pun mama ayah tak mahu nak paksa. Sebab tahu, mama ayah selalu excited kalau jumpa kawan-kawan lama. Nanti anak-anak bosan pulak menunggu he..he.. Jadi mama ayah pun ambil peluanglah dating berdua.

Selesai di majlis perkahwinan kami menghantar kereta untuk diservis pula. Sejak pagi aku sudah memberitahu en.asben yang aku teringinkan aiskrim di kedai hadapan rumah. Dah terlanjur ada masa sementara menunggu kereta siap diservis, kami ke kedai aiskrim tersebut. Kedai aiskrim tu pun cumalah di seberang jalan aje. Sebab anak-anak pun dah pernah makan aiskrim kat situ jadi takdelah rasa bersalah kalau mama ayah pergi berdua. 


Image may contain: 2 people, including Hanis Azla Rafeah Salim, people smiling, selfie and closeup
Alhamdulillah.. Dia yang ALLAH pinjamkan. Terima kasih ALLAH.
Ada yang takut nak pamerkan kebahagiaan. Takut kalau ada apa-apa yang tak sepatutnya berlaku nanti orang akan berkata. ALLAHU..  Siapa yang tak takut kepada apa-apa yang buruk dalam sebuah perhubungan? Minta dijauhkan hendaknya.. Aamiin. Tapi aku selalu mahu fikir positif tentangnya. Bukan mempamer atau menyorok kebahagiaan itu penentu segalanya. Kita hidup untuk waktu yang kita ada sekarang. Bukan untuk masa lalu yang sudah berlalu atau masa hadapan yang masih belum tentu. Sebagaimana kita mahukan hubungan orang lain berjalan dengan baik kita juga mengharapkan perkara yang sama untuk kita dan pasangan. Harap-harap orang lain juga mendoakan yang terbaik untuk hubungan kita dengan pasangan. Kita sendiri tak tahu berapa lama ALLAH pinjamkan sesebuah kebahagiaan itu untuk kita. Semoga ALLAH terus pinjamkan till Jannah.. In shaa ALLAH. Selagi masih dipinjamkan, raikan sebaiknya. Bila dah jadi sejarah, nak mengenangnya pun akan jadi payah. Sementara masih jadi hak kita, pertahankan sebaik dan semampunya. Selain  itu, serahkan semua kepada ALLAH. Percayalah dengan yakin, apa yang ALLAH takdirkan jadi milik kita akan kekal jadi milik kita. Jika bukan hak kita, sekuat mana pun kita pertahankan, tanpa izin ALLAH ianya takkan berlaku seperti apa yang kita mahu. Semoga ALLAH sentiasa merahmati  dan memberkati hubungan kita dan pasangan till Jannah. Aamiin.. In shaa ALLAH.

Image may contain: 2 people, including Hanis Azla Rafeah Salim, people smiling, people sitting and food
Love at the first sight. No! I'm not talking about us hahaha..
Ini kisah cinta pandang pertama kami pada aiskrim MyKori.
Seriusly pada kami aiskrim kat MyKori ni sangatlah sedap. Not too sweet. Tekstur ice shavenya sangatlah lembut. Dalam aiskrim tu pun tengah-tengahnya ada filling. Eh.. Sedaplah!

Image may contain: 2 people, including Hanis Azla Rafeah Salim, people smiling, people sitting, food and indoor
Buktinya.. 
Esoknya kami repeat lagi hehehe.. Kalau tak sedap takkan nak repeat kan? 
Kali ini kami try yogurtnya jugak. Pun sedap. Nyum.. nyummm.

Image may contain: 6 people, people sitting
Kali ni mama ayah bawa anak-anak sekali. Perasaan normal ibu bapa. Kalau makan mana boleh tak ingat kat anak-anak. Walaupun seronok makan berdua tapi hati tetap teringatkan anak-anak. Jomlah anak-anak. 
Alhamdulillah.. terima kasih ALLAH atas setiap rezekimu untuk kami nikmati.

Image may contain: 3 people, including Hanis Azla Rafeah Salim, people smiling, people sitting, people eating and food
ALLAHU.. sedapnya aiskrim kat MyKori ni. 
Rasa macam nak makan aiskrim ni hari-hari. Kalaulah hari-hari, hari gaji he..he.. Tapi kalau hari-hari hari gaji pun makan kena selalu beringat. 
Betul tak? 

Image may contain: Azwa Kamar and Hanis Azla Rafeah Salim, people smiling
Nenek dan Han.. Kita bawa nenek makan aiskrim sekali.
Kedai MyKori ni selalu full house tau. Kena order terus di kaunter. Nanti dah siap, keluar nombor order kita di skrin kecil sebelah kaunter. Pergilah ambil aiskrim kita tu di kaunter.  Kalau nak air kosong pun ada disediakan di situ. Konsepnya ambil sendiri juga. Kalau di Bangi, kedai MyKori ni kat area Menate Steakhouse. Kedai MyKori ni di tingkat 1. Aku nampak, semua pekerjanya orang kita. Itu yang rasa lagi best tu. 

Image may contain: 4 people, people sitting
Seronok tengok anak-anak seronok makan aiskrim. 
Sebenarnya anak-anak biasa-biasa aje. Mama ayah yang lebih excited dengan aiskrim MyKori ni hehehe.. 

Image may contain: 2 people, people sitting
Nanti ada rezeki kita makan lagi kat sini ya.

Image may contain: Zaiton Fakeh, sitting and food
Alhamdulillah.. Emak masih sihat nak makan aiskrim. 
Sesekali bolehlah. Kalau selalu naik pulak bacaan gula nanti. 
Semoga ALLAH terus rezekikan emak dengan kesihatan yang baik.. Aamiin.

Cukup sampai di sini dulu. Jom kita sama-sama banyakkan berselawat dan berzikir. Sampai jumpa lagi!

Salam hormat untuk semua. In shaa ALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah.

4 comments:

Darling Pya said...

Kita pun suka
jatuh cinta pandang pertama masa 1st time makan hari tu :)

Kak Aya said...

Assalam,,..dtg menyinggah selepas hampir 2 thn tak blogwalking.

Hanis Azla said...

As-salam Darling Pya,

Kan Cik Darling.. memang jatuh cinta dibuatnya hehe.. Alhamdulillah.. TQ ya :)

As-salam Kak Aya..

Alhamdulillah.. terima kasih Kak Aya kerana sudi datang menyinggah.. Dah ramai yang dah tak aktif berblogging. Rindu Kak Aya.

Hanis said...

Saya suka aiskrim juga

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...