Thursday, June 20, 2013

Musim Cinta...

Assalamualaikum...

Membaca dan mendengar cerita orang pergi bercuti, hati pun rasa nak pergi bercuti juga. Jika tak mendengar cerita pun, memang aku sendiri yang selalu cari pasal membaca review tentang percutian orang lain. Rasa cukup seronok membaca cerita-cerita tentang percutian. Walaupun kita belum berpeluang untuk pergi, tetapi cerita-cerita yang didengar dan dibaca seolah-olah telah membawa kita ke sana. Itu yang best tu. Kalau tak baca dan dengar cerita orang, sengaja juga aku membelek gambar lama waktu pergi bercuti bagi menambahkan keinginan untuk pergi bercuti lagi dan lagi dan lagi he..he..

Sekarang ini aku sedang mencari-cari pakej untuk percutian kami sekeluarga di tahun hadapan. Percutian untuk hujung tahun, memang sudah berada di dalam perancangan. Harap-harap menjadi dan berjalan dengan lancar nanti, insyaAllah. Bila budget untuk  percutian tidak sebanyak  mana, (bagi membolehkan kami dapat bercuti selalu he..he..) sebelum mengambil apa-apa keputusan aku perlu memastikan yang kami telah membuat pilihan yang betul untuk memilih destinasi dan musim. (Budget tak besar tapi cita-cita cukup besar he..he..)

Sebelum tersalah memilih aku perlu berbincang dengan en.asben untuk membuat sebarang keputusan. Kita nak pergi waktu musim apa? Soal aku yang tak mahu disalahkan bila nanti tersalah membuat pilihan. Kita pergi musim cintalah. Jawab en.asben dengan jawapan yang sangat tidak membantu. Nak pergi musim cinta ya. Pandai betul nak melepaskan diri biar pilihan terletak di tangan aku. Okeylah, nanti kita pergi bercuti pada musim cinta yang akan aku pilih. Tapi sampai sekarang aku masih di dalam dilema untuk menetapkan pilihan untuk memilih musim hu..hu..

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah, semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.

17 comments:

faraherda.razalan said...

Heheheh...sweet je. Musim cinta. Ade ke?

Nini D.. said...

musim cinta..auuwww best!

Kakzakie Purvit said...

Dah tentu-tentu hari-hari musim cinta so apa yg Hanis pilih pasti taka da masalah - semua pasti akur:)

Eye_nee said...

owww ada musim cinta yer...mcm mana lah agaknya cuaca masa tu yer....lembab dan dingin brgkali..ahaksss...

Unknown said...

bestnya kak..nak pegi jalan negara 4 musim..

ummiross said...

hehehe..comel je kalau Hanis suami isteri berbincang. Musim cinta..buat tajuk novel pun best. Selamat memilih destinasi, yang penting kongsi cerita ye nanti, ummi kalau bab jalan2 ni sentiasa teruja untuk membaca.

Lydia Miza said...

Musim cinta tu bln dec ke kak? Kak.. Novel baru bila nak kluar? Nnt bg tau eh?

Angah said...

perhhh...romantika la en. asben awak ni ...

Izwa Kamaruddin said...

hehehehe..bercinta lah selalu :)

Unknown said...

PERGI KOREA LAK KAK FEA..:)

Anonymous said...

Bestnya nak pergi holiday, tina inshaallah hujung thn ni nak g holiday

Zura said...

salam kak..

how are you..
musim cinta dengan keluarga memang musim terindah...

mamaarifakeemaisy said...

Hehe.. sweetnye jwpn en usband kan.. :-)

Bercuti mmg best, tp kena ikut budget masing2 kan.. baru percutian yg bermakna..

mummY daniSha said...

So sweetla kak hee

gadisBunga™ said...

cinta tuh takde musim. so anytime pun boleh pegi! heheheh...

Alin Marlini said...

nak jugak cuti musim cinta..hehehe

MulutPayau said...

Agaknya musim cinta tu bila ya dik..akak pun berminat nak bercuti pada musim cinta...hihihi..

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...