Monday, June 10, 2013

Penutup cuti sekolah..

Assalamualaikum..

Untuk cuti sekolah kali ini memang kami tidak ke mana. Merancang untuk ke mana-mana pun tidak. Anak-anak juga tidak kecoh untuk ke mana-mana kerana sepanjang cuti sekolah kali ini memang kebanyakan masa dapat dihabiskan dengan sepupu-sepupu mereka. Jadinya tak berjalan ke mana pun memang tak jadi hal. Alhamdulillah, dalam tak merancang, di penghujung cuti sekolah dapat juga kami membawa anak-anak berjalan.

Hari jumaat malam kami bertolak ke Ipoh untuk menghantar pengantin untuk majlis sebelah pihak lelaki. Tunggu orang ini, tunggu orang itu sudahnya, pukul 12 tengah malam juga kami bertolak. Kali ini dapatlah kami tiga beradik untuk berjalan bersama beramai-ramai satu keluarga. Selepas singgah untuk mengisi perut di Hentian Tapah, kami tiba di Ipoh pada pukul 4 pagi. Di sana kami menginap di Regency Tower. Boleh  tahan juga apartmentnya. Cantik, bersih dan selesa. Terima kasih kepada pihak keluarga  pengantin lelaki yang menyediakan penginapan yang cukup selesa untuk kami sekeluarga.

Hari sabtu petang selepas majlis pihak lelaki selesai kami bertolak ke Taiping untuk melawat tok. Sebelum ke rumah tok sempat lagi singgah makan mee udang dan cucur udang bersama tauhu di kedai Mak Jah. Penuh padat pelanggannya. Sampaikan dah habis makan, air yang dipesan tak sampai-sampai. Selepas makan sempat beli ketam lagi. Jadinya untuk sarapan semalam kami meratah ketam yang emak masak bersama sos dan telur. Marvelous betul rasanya. Manis ketam cukup terasa sampaikan aku dok teringat-ingat sampai sekarang he..he..

Alhamdulillah, perjalanan pulang semalam sangat lancar walaupun kami semua sangat risau jika terpaksa melalui kesesakan. Kononnya nak bertolak awal pagi. Tapi sudahnya, pukul 12 tengah hari juga baru bertolak. Bila sesekali dapat balik ke rumah tok memang jadi sangat seronok. Sampaikan nak balik pun jadi tertangguh-tangguh. Sempat lagi jalan-jalan kat pasar depan rumah tok. Dalam perjalanan balik emak, makcik dan adik-adikku singgah di Ipoh semula untuk memenuhi jemputan keluarga belah pengantin lelaki untuk makan tengah hari di rumah mereka.

Aku dan keluarga juga anak-anak adikku tidak ikut sama. Memikirkan hari ini anak-anak akan mula sekolah, jadi tidak terasa mahu berhenti di mana-mana. Dalam kepala cuma mahu balik ke rumah saja. Alhamdulillah, petang semalam, kain baju semua sudah selesai diuruskan. Dah siap kemas, dah siap basuh, dah siap sidai. Lepas masak dan makan malam dapat berehat dengan tenang sebab segalanya sudah disiapkan sebaiknya. Sangat lega rasanya. Pagi ni terasa cukup lapang. Tapi perjalanan untuk ke tempat kerja adalah sangat sesak hu..hu..

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah, semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.

16 comments:

♥MAMASYAZA♥ said...

pagi tadi hujan kat tempat akak, jln ckit sesak. akak sampai ofis tadi 8.01...huhuhu

NM03 said...

gigih saya kuar awal pg ni, takot jem sebab hari pertama sekolah bukak balik kan...

JunAina said...

Aina pun tak kemana cuti sekolah kali ini. Cuti dah negatif. Cuma sempat bawak anak2 mandi-manda dilaut je.

Kakzakie Purvit said...

Sesekali balik rumah atok biasa memang melalaikan ada saja yg belum puas itu yg bertangguh nak bali.

Bila dah mula sekolah pagi sedikit sesaklah jalan kan Hanis. Samalah tempat kakak juga.

faraherda.razalan said...

Kdg2, klu cuti sekolah mmg x dpt ke mane kak sbb byk sgt jemputan kawennye. Heheheheh...

fazrulnoor said...

berjalan la hari x cuti sekolah

Unknown said...

kendri banyak sgt....nnt la p jenjalan

Unknown said...

kalau balik berjalan,kain baju la paling penat nak diuruskan..

Dinas Aldi said...

Akak pun cuti kali ni mengemas lemari & bilik yg dah siap tu. Lega rasanya bila dah siap, alhamdulillah.

Ok jugak tu kira jalan jugaklah menghantar pengantin :)

Izwa Kamaruddin said...

waduh kak...kenapa sebut telur ketam yg sedap itu..hehehee....

eLL said...

saya tak pandai sangat nak makan ketam. hehe

semalam balik kerja dah mula sesak.

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

Bila cuti sekolah pjg sikit je anak2 mesti ajak bercuti...

Nina Mads said...

kalau balik dr berjalan mesti baju menimbun..huhu

munna said...

munna pun takde pergi mana2 cuti sekolah ni... cuma turun kl je beli persiapan baju raya anak2

ieja amieja said...

assalam..menjenguk sekejap..hehe
cuti ni sepatutnya kami nak gak g bercuti..tp memandangkan byk kenduri kawen kebykan sepupu sepapat sendiri mmg x dpt nk elak..tp dpt la jg cuti agong tu ari bwk ank2 g zoo negara seharian w/p ari tu ada kenduri kawen kwn hbby kat melaka..pas tu dpt jenjalan g klcc sekejap masa konvo adk dpt jgk menghilangkan boring dorang..

ummiross said...

Salam rindu Hanis..

Seronok sebenarnya dapat berjalan beramai2 dengan ahli keluarga, bukan selalu dapat berkumpul begini.
Hari tu dah baca pasal mee udang Mak Jah kat blog Hanis, waa teringin betul, menyimpan cita-cita nak try juga ni, kat Perak,area mana ye hanis?

ps: Ada souvenir untuk Hanis, nanti kebetulan ke Bangi ummi pegi unjuk kejap ye.

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...