Monday, June 17, 2013

Tanda ingatan...

Assalamualaikum..

Petang semalam ketika aku berada di rumah mertua, aku menerima panggilan dari teman blogger yang pada ketika itu berada di hadapan rumahku.  Alhamdulillah, ada rezeki untuk kami sekeluarga bila mendapat ole-ole dari Paris dan Terengganu. Ada rasa terkilan juga kerana tiada rezeki untuk kami berjumpa. Lebih-lebih lagi bila orangnya sangat ramah dan baik budi. Setiap kali datang ke rumah, ada saja yang dibawa untuk kami. Semoga semakin murah rezeki ummi sekeluarga. Semoga ada rezeki untuk kita berjumpa di lain kali. Terima kasih banyak Ummiross dari blog Salam Borneo. Rasa cukup berbesar hati dengan ingatan dari ummi. Terbau-bau Paris buah tangan yang diberi tu.

Petang jumaat sewaktu aku balik dari pejabat, adikku menghantar emak balik ke rumahku. Teringinkan laksa, membuatkan emak memasak laksa johor pada petang itu. Seperiuk besar kuahnya macamkan nak buat open house he..he.. Kata emak, sesekali buat biar buat sekali banyak. Biar puas makan dan ramai orang dapar sama-sama merasa. Biasalah emak, bila dah masak tentulah teringatkan orang itu. Teringatkan orang ini. Bila dah banyak dapatlah dihantar ke rumah mertua dan kakak ipar. Telefon juga adikku, makcik dan sepupu untuk datang makan. Sebut saja emak masak laksa, memang semuanya gigih nak datang. Sebab laksa johor emak memang meletopsss. Sampaikan aku sendiri, en.asben dan anak-anak pun berulang-ulang-ulang-ulang makan he..he..

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah, semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.

14 comments:

Lulu Caldina said...

fevret lulu tu :)

NM02 said...

saya suker laksa johor

JunAina said...

Rezeki ya Fea...alhamdulillah...

Wahh...bikan senang nak carik laksa Johor yang betul2 best.

ummiross said...

hehe..souvenir simple2 je Hanis, tanda ingatan.

Laksa Johor mak Hanis memang meletop, ummi dah pernah makan masa open house rumah Hanis hari tu, memang sedap amat!!!!.

faraherda.razalan said...

Dah lameeeeeeeeeeee sgt tak mkn laksa johor. Aduh mak! Sedap tu!

atuk said...

Assalamualaikum Hanis

Ummiross yg pemurah dan setia kawan

ieja amieja said...

assalam..
seronok dan meriah ye dpt buah tgn dr teman..wah! laksa johor tu pun peberet sy..klu lah dekat mesti ieja pun nak tumpang semangkuk jgk,,hahahha

♥MAMASYAZA♥ said...

betul tu, kalau masak byk2...mesti teringat sedara mara yg lain

Unknown said...

laksa johor ni kalau kena dengan cara masak nya memang sedap..ada yang buat tak sedap..lain macam rasanya...

Dinas Aldi said...

Mak kita kalau masak memang best kan. Terbaik punyalah :)

Izwa Kamaruddin said...

alaaa..bleh tak ckp terliur laksa johor tu!kekekeke...

Unknown said...

As salam Kak Fea,

Alahai rindunya nak baca coretan akak! Laksa Johor mmg fav saya... tetiba teringin nak makan laksa buatan mak akak...kecur air liur ni...hehehe... :))

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

kat shah alam nie susah nak jumpa laksa johor yg sedap..

nahlia said...

Memang meletops...sedap sgt

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...