Tuesday, August 20, 2013

3 kali salam..

Assalamualaikum..

Di tempat kerjaku, setiap pagi akan ada ustaz yang akan memimpin bacaan doa. Selepas bacaan doa akan dibacakan sedikit petikan hadith. Dari perkongsian yang singkat itu, banyak ilmu berguna dan peringatan baik yang aku perolehi. Alhamdulillah.. perkara yang bermanfaat itu dapat kita perolehi dalam pelbagai cara  dengan izin dari ALLAH. Perkongsian hadith pagi ini berkisar mengenai adab bertamu. Perkara itu mengingatkan aku pada kisah kami sekeluarga pada hari raya tempoh hari. Pada hari raya ketiga aku dan keluarga balik ke kampung en.asben di Sabak Bernam. Keesokan harinya sebelum berangkat pulang kami ambil peluang untuk pergi beraya ke rumah saudara mara en.asben yang terdekat.

Oleh kerana kami mahu pulang awal makanya awal pagi juga kami sudah pergi beraya. Tiba di rumah makcik saudara en.asben rumahnya nampak lengang. Tiada kereta juga di depan rumah. Pintu rumah kelihatan tertutup tapi tingkap rumah ada yang terbuka. Jadinya kami tidak pasti samaada ada orang atau tidak di dalam rumah.  Rumah makcik saudara tersebut adalah rumah wajib yang kami perlu pergi pada setiap tahun. Jadinya kami mesti pastikan yang mereka sekeluarga memang tiada di rumah sebelum kami boleh pulang. Di pintu rumah kami memberi salam. Selepas satu salam tiada jawapan kami memberi salam lagi. Selepas salam kedua masih juga tiada jawapan. Mama, dah dua kali kita beri salam ni. Kalau lagi sekali kita beri salam dan tiada balasan kita kena balik ni ma.. Kata Han mengingatkan aku tentang adab bertamu yang aku sendiri sudah cukup maklum. Okey.. kali ni kita beri salam lambat sikit.. balasku. Iyalah rumah makcik saudara en.asben tu besar. Kemungkinan untuk dia tidak mendengar salam kami adalah sangat besar he..he..

Sebelum memberi salam yang ketiga Han pergi ke pintu di sebelah dapur pula untuk memastikan ada orang yang akan mendengar salam kami. Tapi memang tiada sesiapa yang berada di rumah. (Mereka sekeluarga juga keluar pergi beraya pagi itu rupanya). Sebelum mengambil keputusan untuk terus pulang kami memberi salam yang ketiga. Bila masih tiada jawapan barulah kami berangkat pulang. Tiada rezeki untuk kami beraya di rumahnya pada hari raya tahun ini. InsyaAllah, ada rezeki di tahun hadapan kami akan berkunjung lagi ke rumahnya. Harap-harap, salam kami akan disambut. 

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah, semoga rahmat dan kasih sayang Allah akan sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day! 

18 comments:

Kakcik Seroja said...

Yang kita rancang mungkin tak sama dengan apa yang Allah telah tetapkan...

Izwa Kamaruddin said...

Betul..izwa cukup suka adab Salam 3 Kali ni :)

NM02 said...

takde rezeki nak beraya ye kak... lain kali pegi lagi ye

ummiross said...

Alhamdulillah, sudah berjaya diamalkan adab bertamu mengikut Islam, orang yang menghidupkan sunnah amat disukai Rasulullah SAW.

MulutPayau said...

Tak de rezeki beraya tahun ni ya dik..Insyaallah tahun depan, salam pasti bersambut...

safurara said...

rara pon amalkan mcm tu.tapi kalo kali ke2 xdpt.kita call dulu.,heheheh

Dr K said...

Memang tiada rezeki tu..:)

Tapi zaman sekarang, kita boleh double confirmed dgn buat phone call..:)

JunAina said...

Bukan rezeki nak beraya dengan merekalah, insyaallah lain kali.

Eye_nee said...

Ingin bertamu juga kena beradab kan sis...InsyaAllah kalau ada rezeki boleh berjumpa lagi....

Unknown said...

Biasanya nak pi beraya atau melawat umah orang saya call dulu..lepas tu baru pi umah...call tu kalau tak angkat tak pi la jawab nya..hahahha

kueh bakar said...

kalau agak2 tak nak singgah bagi salam laju2...hahaha

Kella said...

bagus.. memang betul tu 3 kali salam.. =)
selamat hari raya..

Lydia Miza said...

Bukan rezeki kak fea nk raya rumahnya tahun ni agaknya

azieazah said...

Belum ada rezeki nak beraya tu. Kena mai lain kali.

mamaarifakeemaisy said...

In sha Allah, tahun depan pulak ye..

Tp zaman skrg, boleh call dl sebelum bertandang, hehe..

Apapun niat ziarah dh ada, cuma rezeki tak ada tahun ni ye..

Qhaifa Nur said...

salam ke 4 tiada sahutan..lain kali nampaknya...tiada rezeki juga...

wakgelas said...

selamat hariraya makk.,ahHKs

Puan Ida said...

salam,
ai saya ida
newbies blogger
baru followblog ni
jemput ye follow blog saya
umielman.blogspot.com

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...