Monday, August 26, 2013

Bermacam dan berjenis..

Assalamualaikum..

Seperti minggu lepas, minggu ini pun jadual hujung minggu kami dipenuhi dengan majlis hari raya. Ditambah lagi dengan majlis kesyukuran, majlis harijadi dan gathering keluarga. Ianya membuatkan badan jadi lebih penat dalam usaha untuk memenuhi semua undangan kerana yang menjemput rata-ratanya dari saudara dan teman-teman yang rapat. Dalam pada ingin cuba memenuhi setiap undangan, ada juga jemputan yang tidak sempat untuk kami penuhi. 

Hari sabtu dan ahad memang aku jumpa dengan bermacam-macam jenis makanan. Semuanya, Alhamdulillah.. sedap-sedap belaka. Sekarang ini di setiap majlis, menghidangkan makanan terkini dengan rasa yang marvelous macam dah jadi satu trend. Jadinya, minggu ini semua makanan yang terkini aku dapat jumpa. Dari pavlova, cupcakes, brownies, kek karamel semuanya aku dapat rasa rasa di majlis rumah terbuka dan hari jadi. Itu baru yang sampingan. Hidangan utama seperti lemang, ketupat, laksa, nasi bariani, spagetti, nasi ayam, kambing bakar pastinya lebih membuka selera.

Makanan manis-manis dan sedap-sedap memang penyumbang kepada kenaikan berat badan. Itu aku tahu. Tapi bila makanan dah di depan mata, aku jadi terlupa tentang itu. Hari ini bila berat badan naik barulah aku terbuka mata he..he.. Selalunya bila ke majlis hari raya, memang biasa orang menyediakan juadah yang pelbagai. Tapi biasanya hanya 2 atau 3 menu utama saja yang disediakan di samping menu-menu tambahan sebagai pencuci mulut. Namun di rumah seorang sahabat semalam, aku jadi kagum dengan juadah yang disediakan. Banyak sungguh menunya ok.

Ada sate, ada ayam golek, ada nasi bariani, ada nasi putih, ada ketupat dan lemang, ada meehoon sup, ada kueyteow sup, ada putu mayam, ada roti john dan ada beberapa lagi menu yang aku pun dah terlupa. Juadah pencuci mulutnya pun bagaikan menu buffet di hotel. Macam-macam ada dan berjenis-jenis. Sampaikan anak-anak aku kata tak tahu nak ambil yang mana he..he.. Malam minggu makcik aku anak beranak datang beraya. Bila dah berkumpul kami buat sekali majlis hari jadi untuk emak yang ke-62 tahun di rumah adik. Malam itu menu utamanya bbq. So aku pun merajinkan diri buat coleslaw, buat kentang putar, buat sos mushroom blackpaper, buat cheesy wedges dan kek. Semuanya menyumbang kepada kenaikan berat badan dengan jayanya.

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah, semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!

10 comments:

Unknown said...

Mmg rezeki melimpah lepas puasa ni..
Bdn pn melimpah2 naik.
Hehe

JunAina said...

Sejak puasa sampai sekarang takut nak timbang berat badan.

Rumah terbuka sekarang ni memang macam tu banyak sgt pilihan makanan.

Acik Erna said...

Assalam hanis..masa bulan puasa seronok rasanya berat turunkan.sampai 4kg..tapi belum sebulan lagi dah naik balik he he

Izwa Kamaruddin said...

So jelesss...sekian dr org yg kene duduk dirumah je,,uhukkssss.... :)

Ayuni said...

lemak pun bertambah...

Qhaifa Nur said...

seronoknya dapat banyak undangan...
tak apa lepas raya habis..kita diet pula...

MulutPayau said...

Bestnya...macam2 menu yg ada...
Tak pe, lepas ni kita pakat2 diet...

Unknown said...

bestnya... macam syurga makanan la..tak de gambar tapi saya dah terbayang2 cemana banyak menu nya tu..ahahh

qemaishak said...

bila makan tak sedar ye kak, bila jalan je rasa cpt letih baru tahu berat badan dah naik (qema la tu) hihi

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

kalau ada gambar lagi menarik..hehehhe

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...