Wednesday, August 14, 2013

Lebuhraya yang pendek..

Assalamualaikum..

Salam Aidilfiti untuk semua. Maaf zahir dan batin setulus hati dari aku dan keluarga. Alhamdulillah.. hari ini kita sudah pun memasuki 7 syawal. Bagaimana dengan hari raya kawan-kawan? Pastinya meriah dan membahagiakan. Dah mula kerja ke ataupun masih bercuti?  Aku dah mula bekerja semalam. Seronok benar rasanya bila dapat pergi ke pejabat melalui jalan yang lengang. Hati pun rasa cukup tenang.

Bila hari-hari memandu sendiri ke tempat kerja melalui jalan yang sama pastinya kita sudah maklum di jalan mana kita perlu memperlahankan kenderaan. Di jalan mana kita boleh memotong. Di laluan mana kita perlu ambil dan di laluan mana ada lubang dan bonggol. Namun walaupun sudah sedia maklum akan keadaan jalan, berhati-hati itu masih sangat perlu. Mulakan pemanduan dengan Bismillah dan membaca doa menaiki kenderaan agar perjalanan kita sentiasa diberkati, insyaAllah.

Selama 4 tahun bekerja di tempat ini aku perlu melalui lebuhraya yang pendek untuk ke tempat kerja. Sangat pendek laluanku di lebuhraya. Hanya dalam 500 meter saja laluannya selepas melalui jalan biasa dan sebelum menyusur masuk semula ke jalan  biasa. Namun jarak yang pendek itu telah membuatkan aku lebih berkeyakinan untuk memandu. Jika sebelum ini walaupun boleh memandu, keberanianku untuk memandu hanyalah di kawasan Bangi dan Kajang saja. Di luar daripada kawasan tu aku gigil. He..he.. gigil sampai hilang keyakinan untuk memandu.

Tapi sekarang, Alhamdulillah. Lebuhraya pendek yang perlu aku tempuh pada setiap hari bekerja telah membuatkan aku boleh memandu di luar kawasan Bangi dan Kajang dengan penuh yakin. Alhamdulillah, terima kasih Allah. Tanpa sedar, setiap perkara kecil yang kita lalui dalam hidup dapat memberikan perubahan yang besar buat diri kita. Ianya membuatkan aku mahu lebih menghargai setiap perkara yang terjadi dalam hidup. Tiada istilah besar atau kecil sesuatu perkara itu. Setiap yang berlaku dalam diri dan kehidupan kita pastinya ada hikmah yang terbaik untuk diri kita.

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah, semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!

13 comments:

♥ Vna ♥ said...

alhamdulilah..baguslah dah rasa yakin..mudah nak gerak ke mana²

selamat hari raya kak!

Kakcik Seroja said...

Salam Syawal Fea.

Kakcik juga yang tiada keyakinan untuk memandu. ;-)

sekadar satu coretan said...

selamat hari raya..maaf zahir dan batin...

alhamdulillah dah makin ada keyakinan nk memandu luar kawasan...

Acik Erna said...

selamat hari raya..maaf zahir dan batin hanis

Fieza79 said...

Slmt hr rya maaf zahir batin

Sy pn sjk trlbt dgn accident truk...kete truk org nye tk truk pun...smpi skrg fobia...if bwk di jln yg krg biasa rsa gigil2 je...huhu

Izwa Kamaruddin said...

Selamat hari raya kak :)

JunAina said...

Mula2 dulu Aina memang takut nak memandu tetapi bila keadaan memaksa hendak atau tidak kita terpaksa. Dalam hidup besar atau kecil perkara yang kita lalui itulah pelengkap kehidupan semuanya penting.

Nini D.. said...

Selamat aAri Raya Aidilfitri kak.maaf zahir batin :)

Cho Zila said...

tuler jangan dikata yang kurangtu tak berguna.. seronok dapat memandu sendirikan..

Dinas Aldi said...

Walaupun pendek tapi memberi manfaat yg sangat besar kan, alhamdulillah :)

ummiross said...

Alhamdulillah, keyakinan pun suatu anugerah juga kan Hanis,ummi ni memang dah lama sangat tak memandu,bukan setakat keyakinan tapi kemahiran pun dah merosot.

Salam aidilfitri buat hanis sekeluarga, maaf jika ada salah dan silap. Jika ke Putrajaya jemputlah singgah rumah ummi ye.

mamaarifakeemaisy said...

Salam aidilfitri..maaf zahir & batin...
Alhamdulillah, dh lulus sepenuhnya..tahniah..
eina smpai skrg, belum berkeyakinan nak memandu sendiri, lesen dh hmpir 8 tahun ada..hee...

mrs said...

Salam Aidilfitri, MS pun dah start bekerja.

Ha'ah memang bestkan bila pegi keje jalan lenggang.. kalau selalu macam ni kan best.

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...