Monday, August 19, 2013

Raya beraya..

Assalamualaikum.. 

Hujung minggu di bulan syawal memang jarang benar yang tidak dipenuhi dengan aktiviti ziarah menziarahi. Hari sabtu dan ahad baru ni begitulah juga. Bila nak pergi beraya selalu rasa tak seronok kalau sekadar kita anak beranak saja yang pergi. Kalau nak pergi beraya kena pergi beramai-ramai. Kurang-kurang pun 2 kereta. Bila dah ramai barulah suasananya jadi lebih meriah. Hari sabtu tu seawal 9 pagi lagi kami sudah keluar dari rumah. Lokasi pertama kami ke rumah nenek saudara en.asben di Rawang. 

Selepas beraya di Rawang dan hantar PIL balik ke rumah di Kajang kami sekeluarga pergi menghadiri majlis perkahwinan kawan en.asben di Bukit Jalil pula. Selepas dah kenyang makan nasi kenduri kami balik ke rumah untuk bersolat. Tak sempat rehat pun dah keluar semula untuk pergi open house rumah abang sepupu di USJ. Kali ini kami pergi konvoi 3 buah kereta dengan adik dan sepupuku. Agak lama juga kami melepak di sana. Lepas makan-makan dan borak-borak barulah berangkat balik. 

Bila dah berangkat balik tak terus balik ke rumah juga. Terus saja kami menyambung perjalanan ke Melaka untuk memenuhi undangan rumah terbuka sepupuku di Ayer Keroh. Pukul 9 malam baru sampai ke rumahnya. Masa ni dah rasa lembik  dengan badan yang melekit-lekit. Tapi bila dah jumpa kaum kerabat, terus dapat tenaga tambahan he..he.. Tenaga makan pun meningkat-ningkat ha..ha.. Silaturahim punya kuasa agaknya, Alhamdulillah. Hampir tengah malam barulah kami berangkat balik. Adik-adikku semua bermalam di sana. Hanya kami sekeluarga yang balik. Pukul 1 lebih baru sampai ke rumah.

Semalam bangun pagi masih rasa letih sebab tidur lewat. Tapi gigih juga mengemas rumah dan memasak untuk tetamu yang kata nak datang. Lepas dah siap masak bersiap pulak untuk menghadiri wedding kawan en.asben di Sungai Buluh. Alhamdulillah jalan tak sesak. Balik rumah dapatlah berehat sekejap. Selepas asar kami keluar ke rumah PIL. Lepas dah makan nasi arab mak mentua yang sedap kami ke rumah makcik en.asben di Kajang. Layan mee rebus dengan pulut durian. Memang best betul. Hujan-hujan pulak tu.

Perut dah kenyang kami ke rumah pakcik en.asben di Setapak pulak. Kat sana layan pula kuay teow sup. Memang penuh perut kami semalam, Alhamdulillah.. Penat memang penat tapi rasa seronok kerana dapat mengunjungi saudara mara dan memenuhi undangan teman-teman. Itulah indahnya bulan syawal. Pada waktu inilah kita dapat melupakan kesibukan kita dengan urusan harian untuk aktiviti kunjung mengunjung. Semoga jalinan silaturahim yang kita jaga akan membuatkan kehidupan kita lebih diberkati oleh ALLAH.

Salam hormat untuk semua. Semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.

9 comments:

Eye_nee said...

Amboi padat nya jadual...confirm padat juga perut tu kan...

Izwa Kamaruddin said...

Aduh kakkk jeles nyer izwa sb kali ni mmg betul2 berehat dirumah je ni..

Hudalatip said...

Banyaknya jalan kak.. Tulah kan raya ni la peluang kita utk ziarah menziarahi.. Jadual kitaorg utk weekend pun dah penuh kak..

Unknown said...

jenuh berjalan ...raya ni la kita nak jumpa sedara mara kan kak Fea...

Irfa said...

raya sakan akak ye ;)

Cho Zila said...

amboi syiok nyer dia.. memang sendat perut cam gini..sendat perut sebab kenyang dan sendat perut sebab gelak ... maalumler jumpa sedara mara der jer kisah lucu keluar..

ummiross said...

waa bestnya beraya, seronok kalau dapat berkonvoi kan, meriha jadinya.

mamaarifakeemaisy said...

Bulan syawal, memang bulan makan2 aje la.. :-)
Best beraya konvoi ramai2, terasa meriahnya...

Pen Biru said...

salam ziarah dan follow sini

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...