Thursday, February 13, 2014

Jatuh cinta lagi...

Assalamualaikum..

Setiap hari, macam-macam perkara yang kita lalui. Ada manis ada pahit. Ada lucu ada kelat. Ada senang ada susah. Emosi stabil boleh berubah menjadi meroyan. Kemudian kembali ceria. Hilang ceria muncul sedih pula. Itulah hari-hari dalam kehidupan kita yang penuh dengan warna warni. Yang penuh dengan seribu satu cerita di dalamnya. Hidup yang sangat perlu kita syukuri juga perlu diisi dengan iman dan amal.  

Jatuh cinta lagi. Hmm.. hari ni nak bercakap tentang cinta pula. Tapi bukanlah cinta kepada seseorang. Tapi cinta kepada kerja dan tugasan. Boleh?? ha..ha.. Tak tahu kenapa, sejak petang semalam aku jatuh cinta lagi dengan tugasan dan jawatanku sekarang. Syukur.. dalam peringkat umurku ini aku memegang jawatan yang pernah menjadi impian. Memanglah bukan jawatan besar. Tapi bila ianya menjadi cita-cita, besar atau kecil jawatan yang disandang ianya tetap menjadi perkara yang mengembirakan. 

Awak takpelah. Kerja tak stress. Ada masa nak buat itu ini. Tak terikat dengan mesyuarat yang melarat-larat. Biasa sangat aku mendengar ayat sebegitu tapi dalam susunan kata yang aku atur mengikut bahasaku sendiri. Selalunya aku akan menerima kata-kata itu dengan senyuman. Kerjaku masih ada stressnya tapi tidaklah terlalu membebankan. Berurusan dengan bermacam-macam orang  pastilah ada tekanannya. Tapi bila hati dah suka, apa pun tekanan masih perlu dihadapi juga. Kerjaku masih banyak tapi masih ada santainya. Aku memang jarang terikat dengan mesyuarat, tapi hal-hal mesyuarat masih perlu aku ambil tahu juga.

Kebanyakan dari kita memang memilih apa yang kita mahu jadi. Sambung belajar, ambil periksa, mohon naik pangkat dan memperolehi jawatan yang diidamkan. Bila sudah begitu, tak perlu nak  membandingkan dengan jawatan dan tugasan orang lain. Tugasan dan jawatan kecilku bersesuaianlah dengan gajiku kecilku. Ianya seperti mana mahuku. Sesetengah orang tak mahu berjawatan kecil. Apatah lagi bergaji kecil. Pada peringkat ini, aku dah tak kisah dah. Asalkan aku ada kerja yang tidak membebankan dan aku masih ada pendapatan bulanan. 

Paling best aku tak perlu fikir tentang kerja selepas habis waktu kerja. Tiada juga kerja melebihi waktu kerja yang diperlukan. Ianya memberikan aku cukup waktu untuk menguruskan rumah dan keluarga walaupun aku bekerja. Sesekali terpaksa berkerja di luar tidak menjadi hal yang memberatkan.  Yang penting aku dapat memberikan perkhidmatan terbaikku kerana aku selalu jatuh cinta dengan jawatanku sekarang. Syukur ya ALLAH.. Alhamdulillah. 

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.

11 comments:

BatuBelahBatuBertangkup said...

Memang sesuai akak...kalau saya kat situ mula2 ok tapi bila dah berkerut dahi tu ha adalah masalahnya...hehehehe

NM03 said...

saya suker ngan keje saya skang dan bila balik ke rumah saya juga tak perlu pk akan masalah opis. saya kekal disini hingga pencen. hehehe

Eye_nee said...

12 thn ditempat kerja sekarang..dtg kerja tiada hati gusar balik kerja tiada fikiran berserabut...Selagi tubuh berdaya selagi umur ada selagi itu mahu disini...

ummiross said...

Syukur Alhamdulillah, betul sangat, bukan duit jadi ukuran, tapi bila kita suka dan seronok dengan kerja kita, itu yang memberi kepuasan sebenarnya.

Izwa Kamaruddin said...

alhamdulillah kak..

Izan Ishak said...

syukur kak fea punya kerjaya yg memuaskan hati. buat kerja pun tenang aje. sebenarnya bila jawatan makin besar, tanggungjawab yang digalas pun jadi berganda-ganda.

*minta maaf banyak2 kak sebab dah lama tak singgah sini.

Kakzakie Purvit said...

Bila ada rasa cinta barulah buat kerja pun berbunga riang. Gembira tak banyak stress... awet muda lagi hihi...

mamaarifakeemaisy said...

Alhamdulillah.. memang eina pun sesekali bila kenang rasa bersykur dgn kerja seadanya ni, dh hampir 9 thn disini.. kita ibu yg bekerja ni, amat harapkan kerja cukuplah sekadar 8 jam di ofis, balik rumh , takmo fikir psl kerja lg.. family pulak kita boleh fokus.. cukup la gaji seadanya ini, janji hati tenang, dan yg pntg kita gembira dgn apa yg kita hadap sehari2x, stress kerja tidak dpt dielak, tp bukanlah selalu stress...yes, patut bersyukur... alhamdulillah.. :-)

lala yusof said...

bg sy sbnrnya kerja apa2 pn asalkan kita ok, tak perlu risau. dl mak ayah risau kalu anak tak msk U coz malu nk ckp kat org, tp kalu bangga sgt pn ank msk U masalh jgak kan;-) lumrah kehidupan

ricca said...

btl kan...ika pun suka...keje kt kan...x kisah r keje ape pun...bbaloi ngan gaji yg kt dpt...tp percayalah, klu kt xde, org lain blm tentu dpt buat keje kt...bmakna, semua org n semua jawatan penting kan...

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

suspen tadi..ingat jatuh cinta dgn saper lerrr...hehehhe

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...