Assalamualaikum..
Panas betul sekarang ni kan. Kalau berada di luar bangunan lebih terasa bahangnya. Kalau keluar waktu lunch tu terasa nak cepat-cepat masuk semula ke pejabat. Kalau keluar waktu hujung minggu terasa nak cepat-cepat balik rumah. Semoga hujan akan segera turun hendaknya. Semoga cuaca panas sebegini tidak terus berpanjangan. Amin.. mudah-mudahan.
Cuaca panas sebegini mengingatkan aku tentang satu kisah pada waktu zaman aku remaja. Waktu dulu aku selalu membantu makcikku di kedai makannya. Bukan membantu sangat pun. Lebih kepada membantu menghabiskan makanan saja he..he.. Ada satu hari tu cuacanya sangat panas. Aku sendiri sudah minum bergelas-gelas air. Bila di dalam kedai terasa berbahang, aku keluar untuk mengambil angin di hentian bas di hadapan kedai. Dari kejauhan aku melihat seorang pakcik berbangsa india sedang mengayuh basikal. Melihat dia mengayuh basikal dalam cuaca yang sangat panas membuatkan aku berasa kasihan padanya. Mungkin kepenatan dan kepanasan, pakcik itu turut singgah berteduh di hentian bas. Dia juga bercakap tentang keadaan cuaca sambil mengadu yang dia dahaga sebelum masuk ke dalam kedai makan makcikku. Aku sangkakan bila dahaga tentulah minuman yang akan dipesan adalah minuman sejuk yang berais. Tapi bukan itu minuman yang dipesan. Minuman yang dipesan ialah kopi panas.
Aku macam.. hah.. pesan minuman panas dalam cuaca dan keadaan yang macam tu. Boleh hilang ke dahaganya? Kopi panas di waktu kepenatan mengayuh basikal di dalam cuaca yang panas tentulah tidak akan sekali-kali menjadi pilihanku. Tapi pakcik itu menikmati kopi panasnya dengan penuh nikmat untuk menghilangkan dahaganya. Pada waktu itu yang ada difikirankan hanyalah pelik. Pelik kerana ianya tidak selari dengan kehendakku. Pelik kerana pilihan pakcik itu tidak menepati seleraku. Itu kisah dulu. Tapi sekarang ini aku sudah boleh memikirkan perkara lain dari kisah itu selain dari pelik. Aku mula maklum, apa yang orang suka tak semestinya sama dengan apa yang kita suka. Hal yang kita rasakan baik untuk kita tak semestinya baik untuk orang lain. Perkara yang tak baik untuk kita tak semestinya tak baik untuk orang lain juga. Tiada salahnya dengan perbezaan. Hormati perbezaan yang ada tanpa perlu mencemuh dan terlalu mengkritik. Adakalanya kritikan yang kita rasakan biasa-biasa saja mungkin boleh jadi pedas untuk penerimaan orang lain. Asalkan sesuatu perkara itu tak bercanggah dengan hukum agama tak perlulah dipersoalkan cara orang lain. Mungkin persoalan kita hanya boleh membuatkan orang lain berasa tidak senang. Takmo.. takmo.. tak baik macam gitu kan.
Salam hormat untuk semua. InsyaAllah.. semoga rahmat dan kasi sayang Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!
11 comments:
Kepanasan ini mungkin hanya sedikit berbanding kepanasan di negara lain...
Pelik sgt pd kita pada mereka itu biasa...Hairan nsgt mereka pd kita walhal kita anggap itu biasa...Kita sama tapi tak serupa kan sis...
Sebenarnya kala panas berdeting bila minum ais dahaga itu hanya hilang sekejap berbanding kita minum air panas. Terasa panas di tekak tetapi kepanasan itu mengekalkan rasa kita minum air.
Assalamualaikum Hanis
pelik juga ....
tapi saya tak suka minum yg sejuk2
Beul la hanie..kalau lunch acik kirim je.tak sanggup nak nak keluar sekarang ni
Sungguh bagai dikata Hanis. Sedangkan dalam adik-beradik yg lahir dari rahim ibu yg sama pun tak sama inikan pula yg tak ada kaitan. Namun setiap org punya pandangan dan persepsi berbeza. Jgn anggap kita yg betul belaka...
Kakak pun macam uncle India itu walau cuaca panas suka juga minum air teh-o limau panas:)
ehhh pakcik kiter kene high five la!
hehehe..abah izwa ada satu kepantangan iaitu AIS so that kami terbiase dgn air panas walaupun dlm keadaan cuaca panas :)
btw..terima kasih atas doa akak utk izwa..
Yelah..raikan perbezaan, baru hati tenang kan Hanis.
Assalamualaikum, tu la saya ambik air panas atau suam, petua orang tua2, perbezaan itu lebih menarik dari sama ja.
Sebenarnya kalau org tua2 kata minum air panas atau suam sebenarnya adalah ubat bagi kecantikan tak percaya cuba tgk org dulu2 menjga kecantikan dan salah satunya minum air suam rahsia kekal sihat....kita pantang jumpa AIS tak boleh minum tu tak sejuk kan..hehehe...termasuklah saye.. ok kak Hanis Azla bye..
Anis ponn kurengg suka miinumm sejuk.. walaupon tgh hri rembang... :D
Post a Comment