Friday, February 7, 2014

Niat yang baik ALLAH permudahkan.. insyaAllah..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. syukur.. Tiada yang lebih baik yang dapat aku ucapkan dari melahirkan rasa syukur kepada ALLAH. Awal tahun ini aku ada memikirkan perancangan untuk melakukan satu perkara yang sepatutnya sudah aku lakukan sejak lama dulu. Memang niatku mahu meningkatkan apa yang kurang dalam diri dan amalan. Ianya membuatkan aku merancang itu dan ini bagi melaksanakan apa yang sudah aku niatkan. Alhamdulillah.. sehari dua ini dengan izin Allah, aku dapat melaksanakan apa yang sudah aku niatkan. Syukur.. Terima kasih Allah kerana memberi laluan untuk mempermudahkan jalan untukku. Semoga aku akan setiasa istiqamah hendaknya.

Perkara yang berlaku membuatkan aku teringatkan beberapa kisah yang berlaku dalam hidupku beberapa tahun sebelum ini yang ada kaitannya dengan niat. Dalam tahun 2011, aku memang ada berniat untuk menunaikan ibadah umrah. Sebelum ini aku memang ada terfikir untuk menunaikan umrah. Namun niat itu tidak terpasang sepenuhnya. Ianya sekadar angan-angan yang tidak terlalu aku beratkan. Namun pada tahun 2011, niat itu aku pasangkan dengan sepenuh hati. Aku memberitahu pada en.asben, kalau ada rezeki, tahun depan kita tunaikan umrah ya. 

Ditakdirkan, pada awal tahun 2012 ibu mertuaku memberitahu, nanti pilih-pilihlah tarikh yang sesuai untuk kita pergi buat umrah. Pada waktu itu terasa bagaikan bermimpi bila mendengar tawaran dari mertuaku. Subhanallah.. aku memang benar-benar berniat mahu menunaikan umrah pada tahun itu dan Allah mempermudahkan segalanya untukku. Alhamdulillah.. dari niat yang terpasang, ada rezeki juga untuk aku menunaikan umrah seperti mana yang aku hajatkan. Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar.. dapat juga aku menjadi tetamu ALLAH seperti mana yang telah aku niatkan. 

Dalam usia emak yang sudah 63 tahun, tentu saja emak mahu menunaikan haji dalam waktu yang terdekat. Mengikut tahun pendaftaran haji, tarikh emak untuk menunaikan fardhu haji ialah pada tahun 2015. Disebabkan itu, aku memang ada memasang niat untuk menyediakan belanja untuk emak bagi urusan itu. Pada tahun lepas, ada sedikit rezeki yang dapat dikongsikan bersama keluarga. Dari rezeki itu dapatlah aku penuhkan tabungan emak untuk menunaikan haji bersama sedikit duit perbelanjaannya ke tanah suci seperti mana yang telah aku niatkan. Terasa lapang dada bila niat itu sudah dapat aku penuhi.

Alhamdulillah.. hujung tahun lepas emak mendapat surat dari Tabung Haji memberitahu yang emak dapat tawaran untuk menunaikan haji pada tahun 2014. Alhamdulillah.. Terasa cukup bersyukur dengan rezeki yang diperolehi oleh emak. Dapat peluang untuk menunaikan haji setahun lebih awal dari tarikh yang sepatutnya tentu saja membuatkan emak jadi sangat seronok. Kegembiraan emak ketika menerima tawaran itu membuatkan aku jadi turut berbesar hati. Alhamdulillah.. Allah mempermudahkan segalanya untuk kami. Niatku untuk mencukupkan belanja untuk emak menunaikan haji telah Allah permudahkan. Semoga ada rezeki emak untuk menunaikan fardhu haji pada tahun ini hendaknya.

Perkara-perkara yang berlaku memberikan pengajaran yang besar buatku. Dari niat yang baik, Allah permudahkan segalanya. Dari niat yang baik, Allah membuka jalan rezekiNYA. Dari niat yang baik, Allah memberikan laluanNYA. Dari niat yang baik, Allah memberikan apa yang kita hajati dengan cara yang tidak kita sangka-sangka. SUBHANALLAH.. ALHAMDULILLAH.. ALLAHUAKBAR.. Terima kasih ALLAH. Semoga nikmat iman akan terus dapat dinikmati oleh kita semua. Semoga segala yang kita lakukan akan sentiasa mendapat keberkatan dariNYA.. INSYAALLAH.

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah.. semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!

9 comments:

Izwa Kamaruddin said...

ape nak komen kak...mcm speechless baca entry akak...

buat izwa terdiam terfikir balik semua benda...

ape pun terima kasih kak atas entry ni..

ummiross said...

Alhamdulillah, syukur sangat2 kan. Sesungguhnya Allah maha mengetahui isi hati kita,jika ikhlas berniat untuk perkara baik, insyaAllah Allah makbulkan, tambahan lagi kalau nak menjadi tetamuNya.
Ummi pun rasa terharu dan tumpang gembira.

Ibu Lala said...

Insya allah. Mudah mudahan sumenye berjalan lncar

BatuBelahBatuBertangkup said...

Insyaallah niat yang benar akan didengari olehNya...tiada apa yang dapat diucapkan selain mensyukuri apa yang diberikanNya kerna apa yang diimpikan tercapai...Alhamdulillah..

alin said...

alhamdulillah kak.. alin dan keluarga pun ada niat nak tunaikan umrah, semoga akan menjadi kenyataan juga satu hari nanti.. amin

mamawana said...

Assalamualaikum

Niat yg baik memang membahagiakan. Indah.

azieazah said...

Alhamdulillah.. alhamdulillah. Hanya DIA yang Maha Mengetahui lagi Maha Pelaksana yang terbaik...

mamaarifakeemaisy said...

Alhamdulillah... tumpang rasa happy :-)
Betul, setuju sgt.. pengajarannya, niat yang baik2 aja :-)

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

alahamdullilah...selalunya tabung haji dahulukan wargamas..

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...