Sejak beberapa hari ni, dalam kepala penuh dengan berbagai perkara. Itu, ini, begitu, begini. Semuanya mahu difikirkan. Emosi pun sekejap stabil, sekejap nanti kiok he..he.. Mood pula hurmmm.. Okeynya sekejap, kelautnya memanjang ha..ha.. Benda kecil pun ada rasa nak marah. Hal tak penting pun nak ambil kisah. Tercuit sikit, tersentapnya lebih.
Sebagai wanita, setiap bulan perkara yang sama selalu akan dilalui. Bila tengok kalender, barulah tersedar sendiri. Oh... patutlah... (yang faham tu fahamlah ya.. yang tidak tu, abaikan saja. Tak penting pun).
Salam hormat untuk semua. InsyaAllah semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan selalu ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.
6 comments:
Bila tiba masa tu serba tak kena jadinya Fea kan? Panas je...
Hehehe..pahamm sgt :) tapi dah lama tak "patutlah" sejak thn lepas lagi :)
hehe..time macam ni memang moody jadinya kan Hanis, dapat suami yang memahami tak apa, cool je.
Huu..samalah eina pun terlebih emosi time mcm tu, aduyaiii..payah jugak..ngee..
Ni pun tgh jeling-jeling calendar jugak...dlm sehari dua ni...mood tak payah ckp lah..kelautttttt ajerrr....
hihi, sila salahkan hormon
Post a Comment