Friday, May 23, 2014

Tanya pada ALLAH..

Assalamualaikum.. 

Mengikut jadual dan perancangan, 10 Mei yang lalu kami sekeluarga akan bercuti ke Hong kong.  Tujuan utama pastilah kerana mahu membawa anak-anak ke Disneyland. Beg pakaian, beg makanan, beg galas dan segala dokumen dan perkara berkaitan telah kami siapkan. Web check in pun dah buat.  Dollar Hong Kong pun sudah siap bertukar. Malah baju untuk berangkat pun sudah siap bergosok dan tergantung elok semuanya. Sebenarnya.. aku tidak pernah bermimpi untuk ke Disneyland. Anak-anak juga tidak pernah terlalu excited mahu ke sana. Aku mula memasang angan-angan mahu membawa anak-anak ke Disneyland selepas arwah adikku pergi ke Disneyland beberapa tahun yang lepas. Sebelum aku booking flight dan hotel untuk ke Hong Kong aku ada bertanyakan pada arwah adikku. Boleh ke kalau kami sekeluarga mahu pergi bercuti dengan keadaan kesihatannya yang tidak berapa baik. Jawapan dari adikku ialah kau pergilah.. Dua minggu sebelum ini pun ada juga dia kongsikan sedikit perihal Disneyland dan Hong kong kepadaku. Tiada langsung riak dia tidak membenarkan aku dan keluarga untuk pergi bercuti. 

Malam khamis 8 Mei 2014, ketika di hospital sebelum aku dan en.asben pulang dari melawatnya aku memberitahu adikku yang aku akan hanya boleh melawatnya di hospital pada hari selasa 13 Mei iaitu selepas tarikh aku sepatutnya pulang dari Hong Kong. Pada waktu itu, riak adikku nampak berlainan dari biasa. Tidaklah nampak seperti dia tidak mengizinkan. Tapi riaknya lebih kepada tidak mahu mengambil endah dengan pemberitahuan itu. Dia mengangguk dengan riak acuh tak acuh saja sambil memandang ke arah lain. Selalunya dia tidak begitu. Reaksinya membuatkan aku terasa berat hati untuk pergi. Walaupun sebelum ini memang rasa berat hati, namun malam itu terasa lebih lagi. Dalam solat aku memohon agar adikku diberikan kesembuhan. Memohon agar adikku dipanjangkan umurnya. Memohon agar segala perancangan kami dipermudahkan. Memohon agar kami diberikan petunjuk. Bila bangun pagi, ada lagi rasa berat hati yang menghambat diri. Terasa mahu bertanyakan pendapat  teman-teman di grup whatsapp. Patutkah aku pergi atau sebaliknya?

Dalam pada aku memikir untuk bertanyakan pendapat kawan-kawan, tiba-tiba saja terdetik soalan di hati.  Kenapa tidak aku tanyakan pada ALLAH? ALLAH Maha Tahu. ALLAH pemberi petunjuk dan jawapan terbaik. Selepas menunaikan solat dhuha, aku tunaikan solat istikharah. Aku mohon untuk diberikan petunjuk kepadaku. SUBHANALLAH.. ALLAH maha berkuasa. Beberapa jam selepas itu, dapat panggilan dari pihak hospital yang memberitahu tentang keadaan adikku. Hong Kong dan Disneyland terus aku lupakan. ALLAHUAKBAR.. patutlah untuk percutian ini, beria-ia aku mahukan segalanya menggunakan duit simpananku sendiri. Disebabkan itu, mudah benar untuk aku membuat keputusan untuk melupakan saja percutian kami. Walaupun kalau perbelanjaannya dikeluarkan oleh en.asben, pastinya keputusan yang sama juga yang akan kami ambil. Namun bila segalanya dari aku ianya jadi lebih mudah buatku untuk membuat keputusan dengan keadaan itu. ALHAMDULILLAH.. En.asben sendiri sependapat denganku. Percutian kami ke Hong Kong batal. Adikku lagi penting!

Tiada langsung rasa ralat di hati. Apalah sangat Hong Kong dan Disneyland untuk aku bandingkan dengan adikku. Peluang untuk dapat berada bersama adikku di saat akhirnya lebih berharga dari semua itu. ALHAMDULILLAH.. ALLAH memberi peluang untuk kami berada bersamanya di saat terakhir itu. Aku tak dapat bayangkan bagaimana ralatnya aku andainya adikku pergi di saat aku dan keluarga sedang bergembira di Disneyland. ALLAHUAKBAR.. ALLAH Maha Tahu. ALLAH sebaik-baik perancang. Ada yang bertanya, bagaimana reaksi anak-anakku? Bagi mereka tentu anak-anakku berasa kecewa. Tapi.. tidak seorang pun anak-anakku yang berasa kecewa. Tiada siapa pun yang mengungkit akan hal itu. Mengeluh juga langsung tidak. Mak Ngah mereka lagi utama dari semua taman tema yang ada dalam dunia. Kesedihan kehilangan Mak Ngah tersayang mematikan keinginan mahu bercuti. ALHAMDULILLAH.. anak-anak tahu untuk menilai mana yang lebih utama. Syukur.. tentu saja kasih sayang yang Mak Ngah curahkan kepada mereka selama ini sangat bermakna buat mereka. Han, Is and Az love you so much Mak Ngah!

Setiap hari aku merindui arwah adikku. Segala kebaikan dan kenangan bersamanya terbayang di mata. Senyum tawa, gurau senda selalu saja teringat. Saat rindu, AL-FATIHAH aku kirimkan. InsyaALLAH.. adikku sedang berbahagia di sana. ALHAMDULILLAH.. anak-anak arwah sangat kuat.  Malah, mereka lebih kuat dari aku sendiri. Kuat seperti mana arwah mummy mereka yang begitu tabah dalam menghadapi setiap ujian dan dugaan dalam kehidupan.  Kekuatan mereka menjadi semangat buatku. Tolong doa-doakan yang terbaik buat mereka berempat ya. Semoga mereka sentiasa berbahagia dan berjaya di dunia dan di akhirat.. insyaALLAH. Terima kasih semua.

Salam hormat untuk semua. InsyaALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!

10 comments:

ummiross said...

Allahuakbar..setipa kali membaca hati turut rasa sebak. Petunjuk Allah yang membuakan kita tidak ralat membuat keputusan kan Hanis.
InsyaAllah..setiap pengorbanan dan kasih sayang ada
ganjarannya..

Hudalatip said...

Betul la kak, Tuhan lebih mengetahui segalanya kan...

Eye_nee said...

Andai panjang umur ada rezeki pasti kamu sekeluarga akan kesana..Allah beri kamu peluang buat kamu sekeluarga bersama dgn dia diakhir hayatnya...Bertuahnya kamu...ternyata perancangan NYA adalah yg terbaik buat kita semua kan sis...lihat akk..tak dpt lihat Abg Chik buat kali terakhir..ralat dan kecewa sehingga ke hari ini masih terasa..sering akk tanya kan mengapalah..kenapalah...walhal siapa lah kita mempersoalkan semua itu...

JunAina said...

Perancangan Allah adalah yang terbaik buat kita. Doa yang terbaik agar anak2 arwah akan terus membesar mejadi anak2 yang soleh/solehah yang akan sentiasa mendoakan ibu mereka.

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

assalam...
menitis air mata saya kak.

azuha said...

BETUL KADANG-KALA IANYA DAH BAGI KITA PETUNJUKA MELALUI GERAK HATI , KITA ANTARA ACUH TAK ACUH JE.....SYUKUR SEMPAT DNG ARWAH KAN....

ayunidati said...

al fatihah untuk adik... semoga dia berada dikalangan orang yang beriman...

Chot said...

Salam, takziah akak sekeluarga. Semoga diberi ketabahan berkekalan..amiin

Afasz said...

allahuakbar.. allah maha besar

ummi kausar said...

subhanallah allahuakbar...memang perancangan Allah yang terbaik. moga arwah dlm golongan para solehin...amiin...btw blogwalk dan terjumpa blog akak terstop kejap baca entri pasal arwah...

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...