Tuesday, November 11, 2014

Percutian ke Legoland Malaysia 2014..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. percutian ke Legoland yang telah aku rancang sejak awal tahun bersama arwah mummy terlaksana juga sabtu lepas. Walaupun umur mummy tak panjang untuk sama-sama menyertainya, tapi takpelah. Kita teruskan juga perancangan tu. Selepas arwah mummy meninggal, aku dah tak terfikirkan sangat tentang perancangan tu. Tapi bulan lepas sewaktu BFFku bercerita tentang Legoland, aku mula teringatkannya semula. Anak-anak aku dan anak-anak arwah pun dah habis dengan periksa besar dan periksa akhir tahun. Jadi bolehlah sangat untuk aku mula merancang. Emak pun dah selamat balik haji. Merancang betul-betul pun hanya 2 minggu. Bila en.asben kata on aje aku pun proceed. Pada mulanya nak bawa emak sekali. Tapi emak tak mahu ikut sebab tok aku ada di sini sekarang. Ajak kakak ipar dan anaknya juga. Pun tak dapat nak pergi. Sudahnya kami pergi 9 orang aje. Alhamdulillah.. Percutian yang berjaya untuk kami. Yang penting, kami semua selamat dan seronok. Syukur Ya ALLAH. 

Seawal pukul 5 pagi lagi kami semua dah bangun. Malam tu emak dah siap-siap buatkan karipap untuk cucu-cucunya. Aku tukang klim tepi-tepinya aje. Pagi-pagi tu emak  gorengkan karipap dan nugget sebagai sarapan dan juga bekalan untuk kami. Sesudah solat subuh, dalam pukul 6 pagi kami bertolak ke Johor. Perjalanan kami diiringi dengan hujan renyai dan lebat bersilih ganti sejak keluar dari Bangi sehinggalah ke Ayer Keroh, Melaka. Selepas dari itu, keadaan cuaca terus baik. Sesekali hujan renyai, tapi sangat sekejap. Alhamdulillah, dalam keadaan cuaca yang kerap hujan sekarang ni, kami menikmati cuaca yang sangat baik sepanjang berada di legoland. Syukur. Dari Bangi kami memandu terus ke arah selatan. Kemudian masuk ke persimpangan Senai (U) Exit 253. Selepas itu ikut arah ke Nusajaya Exit 312. Kat sini masih ada signboard ke Legoland lagi. Selepas dari itu terus hilang signboardnya. Kalau takde GPS, untuk orang yang pertama kali ke sana memang boleh sesat. Seperti kata kak Zakie dalam komennya semalam, memang ramai yang mengeluh tentang papan tanda ke Legoland yang sangat kurang. Tol dari Bangi dalam RM 38. Kemudian RM 3.90 lagi di tol Lima Kedai. Jadinya harga tol untuk kami ke Legoland ialah dalam RM 42 sehala.

Selepas mengikut arahan GPS, kami selamat tiba di Legoland. Di sini, sekali lagi tiada papan tanda untuk ke arah parking Hotel. Berpusing juga kami mencari. Legoland dah di depan mata. Tapi nak cari arah ke hotel tak tahu nak ikut mana. Bertanyakan kepada sekuriti yang menjaga di situ, barulah kami jumpa jalan yang betul. Alhamdulillah.. tepat jam 10 pagi kami dah berada di parking Hotel Legoland. Selepas urusan check-in hotel, kami tinggalkan beg-beg kami di tempat menyimpan barang. Setelah menukar pakaian, barulah kami ke Waterpark. Untuk yang dah beli tiket online tak perlu beratur untuk mengambil tiket di kaunter. Pergi terus ke pintu masuk untuk scan tiket yang kita telah print. Dengan senyuman hingga ke telinga, anak-anak melangkah riang menuju masuk ke dalam. Keadaan memang panas. Pokok-pokok memang kurang. Tempat berteduh pun kurang juga. Pada mulanya kami tinggalkan saja beg kami di atas kerusi yang terbuka. Sekadar tutup beg-beg itu dengan tuala. Tawakal aje sebab dalam beg cuma ada baju salin dan makanan. Purse, wallet dan hp kami masukkan dalam beg kalis air yang kami beli waktu percutian ke Krabi. Berbaloi-baloi beli.
Nampak pun dah tahu kawasannya lapang dan panas kan sebab pokok kurang. Muka dengan badan semua orang memang berbelang lepas keluar dari Legoland hu..hu..  
Geram dengan lazy rivernya yang nampak cukup menarik dengan pergerakan air yang sedikit laju juga dengan bongkah-bongkah lego yang lembut memenuhi kolam membuatkan kami menerjah ke situ dulu. Kemudian ke kolam kanak-kanak menunggu air dari tong besar di jatuhkan. Selepas itu kami ke kolam ombak pula. Di hadapan kolam ombak terdapat banyak kerusi. Kawasannya juga ada berbumbung separuh. Bila anak-anak mandi di kolam ombak, aku dan en.asben pergi mengalihkan beg kami ke situ. Memang selepas tu aku dengan en.asben bersantai saja di kerusi sebab di situ redup sikit. Anak-anak meneruskan aktiviti bermain air mereka. Yang besar-besar terus menghilang ke slide-slide yang menarik hati mereka. Kemudian sambung semula di kolam ombak. Sesudah itu ke lazy river semula. Pukul 2 petang kami keluar dari water park. Nampaknya anak-anak pun dah puas mandi. Walaupun masih ada rasa nak sambung mandi lagi tapi mungkin lain kali. Mereka juga dah tak sabar nak menerjah ke Theme Park.
 Anak-anak di Wave pool..

 Pelampung hijau yang dipakai tu Legoland punya. Tak payah sewa. Ada bermacam saiz mengikut warna. Jadi keselamatan lebih terjaga.

 Gegirl dah siap salin baju terus request suruh ambil gambar dia dengan Lego yang comel ni.. Topi kena pakai ya sebab Legoland Panasssss..

 
 Masa masuk dah tak menyempat nak posing. Dah keluar baru kita posing depan pintu masuk Legoland water park..
 
 7 orang anak.. (15, 13, 12, 10, 8, 6 dan 4 tahun)
Sepanjang waktu pergi, kat legoland sampailah nak balik, mulut aku dengan en.asben asyiklah dengan soalan, okey.. semua ada tak? cukup 7 tak? Berpeluh juga nak bawak 7 orang anak. Ini adalah first time sebenarnya aku dan en.asben bawa tujuh2 orang sekali. Memang cuak juga he..he..

Lepas keluar dari water park kami pergi makan dulu kat Medini Mall. Berdepan aje dengan theme park dan bersebelahan dengan hotel. Orang memang penuh kat setiap restoran yang ada kat situ. Dah tengah hari masing-masing lapar nasi. So kami masuk The Chicken Rice Shop. Penat mulut memanggil pelayan untuk ambil order. Asyik mengangguk aje tapi tak datang-datang juga. Sudahnya buang masa sampai setengah jam kerjanya nak panggil orang ambil order. Lepas setengah jam, kesabaran aku pun dah hilang. Malas nak terus tunggu sebab takde tanda pun dia orang nak datang layan. Tak faham aku dengan management restoran yang ada kat Medini Mall tu. Tempat ramai orang tapi pekerja di setiap restoran sangat sikit. Keluar dari TCRS kami masuk ke Manhattan Fish Market. Kat sini tak ramai orang. Tapi sebab pekerja pun tak ramai berjanggut juga nak menunggu. Hmm.. makan kat situ tahu-tahu ajelah. Air order sorang satu aje dah seratus. Makan tak kenyang mana pun cecah juga dua ratus. Mahal tu tak kisah, sebab dah tahu itu restoran mahal. Tapi bab servis tu.. aduhai.. sedih. Macam tak berbaloi dengan harga yang dibayar. Malas nak ingat..

Masuk aje theme park anak-anak sibuk nak kejarkan roller coaster. So dari pintu masuk kita ambil arah kiri dulu untuk laluan yang paling dekat ke kawasan roller coaster. Sebab gegirl tak boleh naik roller coaster, kita buat giliran. Lepas naik roller coaster kita naik ride yang gegirl pun boleh join. Takdelah dia jemu menunggu. Waktu kami pergi tu memang hampir kesemua ride masa menunggu hanya 5 minit saja. Ada yang langsung tak perlu beratur. Aku punyalah puas hati. Rasa bersyukur sangat.. Alhamdulillah. Tipsnya di sini, kalau nak pergi Legoland, pergilah waktu cuti hujung minggu yang biasa. Tak perlu tunggu cuti sekolah. Jadi orang tak berapa ramai.

Maybank di hati. 
"Mama.. tempat kerja mummy.." kata gegirl. Nampak logo Maybank aje mula rindu pada arwah mummy. Iyalah.. jom kita bergambar kat sini.

 Jeles tengok abang-abang naik roller coaster siap angkat-angkat tangan, Gegirl naik train ni pun siap angkat-angkat tangan juga he..he.. Siap repeat dua kali naik sebab nak angkat-angkat tangan tu he..he..Tak payah beratur, korang nak naik berapa kali pun naiklah nak..

  We called him adik walaupun dia ada 2 orang adik di bawahnya. Sebab apa? Sebab mummy panggil dia adik.

  Kudaku lari tak laju.. he..he. itu konsepnya..

  Mamat ni teringinlah juga nak naik kuda slow motion ni..

  Mamat ni poyo.. Kuda ni punyalah perlahan.. Tapi dia punya gaya macam kuda tu laju betul.. Siap angguk-angguk kepala lagi he..he..

FAF yang tengah tunggu result UPSR

 Puteri Bongsu dengan Putera Bongsu. Dua-dua manja semacam. Kalau baik, baik sangat. Kalau gaduh, riuh macam kucing he..he.. 


 Ini time dua-dua tengah berbaik he..he.. Meh gegirl naik dengan abang. Meh gegirl abang temankan. Cuba kalau gaduh.. gegirl niiiiiiiii!!! eeeiii mengada tau !!!  he..he..

Sangkar yang cute..

Ku jejak.. jalan yang berliku.. ha..ha..  Azroy nak lalu wei ha..ha..

Area depan surau.. Seronok-seronok juga, solat jangan dilupa..


 Posing-posing lagi..

 Sebelum masuk ke 4D Movie.. See.. kita orang beratur paling depan sebab orang tak ramai..

Abang-abang, kakak and ayah naik boat kat sini.. Mama yang penakut plus gegirl yang tak boleh naik tunggulah kat sini.. 

 Cantik kan.. Rasa tenang aje duduk kat area ni..

 Dia orang yang naik aku yang berdebar.. Acaner tu?? he..he..

 Semakin tinggi semakin aku yang berdebar..
 
 Aaaaaaaaaaaaah.. OK.. memang aku yang jerit lagi kuat he..he..

 Gedebushhh.. bot tu menghempas dalam air.. Memang semuanya kuyup.. See.. anak buah aku yang umur 6 tahun (yang pakai baju oren  tu) pun boleh naik ride yang macam ni.. So.. siapa yang ada anak baya2 tu dah boleh bawak anak-anak ke legoland ni.. 
 Alhamdulillah.. safely arrived.

 Dari tujuh orang cucu emak, hanya dua orang perempuan..

 Ride ini antara ride yang ditunggu-tunggu. Anak-anak sibuk nak masuk kelas memandu dan cuba bawak kereta sendiri. Ride ni ada dua bahagian Satu untuk 5 tahun ke bawah. Satu lagi untuk 6 tahun ke atas.

Hebatlah gegirl. Waktu turn dia, dia seorang aje perempuan. Rileks aje dia handle stering. Orang lain tersengguk-sengguk nak bawak kereta tu. Gegirl laju aje. Siap boleh elak kereta yang tak bergerak-gerak lagi.  Memang macam mummy bawa kereta betul ni he..he..

 Abang-abang memandu kat sini pulak. Best sebab siap ada trafic light semua. So dapat rasa macam betul-betul bawak kereta kat jalan raya. Yang biru ada laluan sendiri. Yang merah ada laluan sendiri. Sebelum mula kena masuk kelas memandu dulu. Anak-anak memang seronok sangat dengan ride ni. Siap bangga bila lepas tu dapat lesen memandu legoland..

 Lepas bawak kereta, dia orang nak bawak boat pulak. Naiklah korang. Mama, ayah dan kakak tunggu kat atas jeti ni aje sambil merenung hotel. Badan dah letih betul dah waktu tu. Memang tak sabar-sabar nak cepat-cepat masuk bilik. Waktu ni dah pukul 6.55 kut. Aku ingat budak-budak tu dah tak dapat nak naik bot tu sebab Legoland Theme Park tutup pukul 7. Tapi rupanya dia bagi juga naik walaupun dah nak tutup. Baguskan.
 
 Waktu kami kat Miniland ni memang dah pukul 7.05 dah. Orang Legoland takde yang suruh keluar, kami pun terus melayan monumen-monumen yang cantik dari lego kat situ dulu.

 Cantik kan.. Aku memang terpegun melihat miniature yang nampak sangat real ni semua.

 Dataran Merdeka

 Bandaraya Kuala Lumpur. 
Semuanya dibuat dengan cukup detail. Memang kagum aku..

 Menara Maybank..

 KLCC..

 Taj Mahal pun ada.. Subhanallah.. sangat indah binaannya..Siap dengan pokok-pokok hidup tu dikecilkan dari saiz sebenar.. Ya ALLAH.. cantik..

 Yang ni Tanah Lot Bali.. Mengamit memori percutian aku dan en.asben awal tahun ni..Tengok.. sampai dah gelap kami masih di sini. Dalam pukul 7.30 barulah kami keluar dari Theme Park tu. Sebelum balik hotel kami singgah makan di Medini Mall dulu. Dah kenyang semua baru naik bilik.

 Untuk naik lif ke setiap tingkat bilik hotel kena touch kad bilik hotel dulu. Kalau tak lif tu tak boleh tekan nombor. Kiranya, hanya penghuni hotel saja yang boleh naik lif tu untuk naik ke bilik. Buka aje pintu bilik memang kami terpegun dengan interior bilik.Dahlah bilik mengadap ke theme park. Cantik sangat. Memang tidur lena aku malam tu he..he.. Aku sengaja nak rasa macam permaisuri.. sebab tu aku pilih bilik Kingdom Themed ha..ha..

 Ini kat area anak-anak. Bunk bed 3 layer.

 Semua orang dapat tidur dengan selesa. Kiranya bilik dia boleh memuatkan kami yang seramai 9 orang tu dengan penuh selesa. Nyenyak sampai ke pagi.

 Kat dalam bilik ada disediakan set lego juga untuk anak-anak bermain.

 Pukul 7 kami turun untuk sarapan. Lepas solat subuh semua dah buat bising. So, eloklah kita pergi makan dulu cepat-cepat sebelum tempat makan tu penuh. Menu sarapannya memang banyak. Rasa pun sedap. Tempatnya luas. Memang puas hati. Tapi budak-budak ni bukannya nak makan sangat. Lagi sibuk nak main kat depan lobi tu. Aku dengan en.asben aje yang beria makan he..he.. budak-budak lepas makan cornflakes semangkuk dah cabut keluar.

 Layan X-box kinect ni kat luar lagi best dari makan. (Iya kut namanya gitu. Aku memang tak tahu. Anak-anak yang pakar sangat tentang benda alah ni semua. X-box kat rumah pun aku tak pernah sentuh he..he.. Aku dengan games memang tak kawan ha..ha.. )

 Ini view dari bilik hotel kami. Mahunya anak-anak tak meronta nak ajak repeat masuk water park dan theme park lagi pagi tu. Nasib baik aku ada alasan yang cukup baik.. Tak boleh! Esok mama kerja Ha..ha.. So kita layan tengok orang main dari cermin bilik aje sebelum balik.

 Lepas makan bawak anak-anak mandi pool pulak. Pool ni di tingkat 5. View memang cantik. Kedalaman pool dewasa 1.2 meter. Pool kanak-kanak 0.6 meter. Pukul 8 pagi pool dah buka. Ada 2 orang  life guard yang jaga kat sini. So rasa selamat sikit nak biar anak-anak mandi. 

 Lepas dah check-out  kita posing-posing kat lobi pulak.

 Dah masukkan barang dalam kereta, kita keluar posing kat depan theme park pulak. Semalam tak sempat dan tak larat he..he..

En.asben with the kids.Thank you en.asben sebab approve dengan proposal mama. Mama kalau bab planning pergi berjalan memang terror he..he..

Colourful & Joy.. 
Alhamdulillah.. ada rezeki anak-anak untuk ke sini..

  Good Bye Legoland.. Ada rezeki insyaALLAH kami datang lagi.
 Short vacation. But ALHAMDULILLAH, we had so much fun. 
Thank you ALLAH.
Salam hormat untuk semua. InsyaALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!

10 comments:

Izwa Kamaruddin said...

alhamdulilah..seronok baca entry akak ni. sambil tersenyum-senyum membayangkan mummy senyum dari sana sebab anak-anak dia gembira dgn kasih sayang akak dan husband...

alhamdulillah syukur..semoga akak sekeluarga dirahmati ALLAH SWT selalu kak..

Unknown said...

kami pun pegi legoland last week.. tapi tak sempat masuk waterpark.. sbb konon nak masuk petang.. sekali diorang tutup sbb hujan..

saya setuju.. signboard legoland sangat sedikit.. dan jalan nak ke parking hotel tu kalau tak tanya guard mmg tak tau..

Kakcik Seroja said...

Entah bilalah agaknya kakcik berpeluang ke sini - bawa anak2 sekali... :)

Hudalatip said...

Akak meronta2 saya nak g legoland ni, jap nak pergi jap taknak pergi..Saya rasa pengalaman kat sana yang menyeronokkan kan?? Adui camana ni, dah berapa kali bukak web legoland ni hehe..Akak jaga anak mummy ye? Mesti seronok diaorang kan kak..

Unknown said...

baca ni rasa macam saya pulak yang nak pergi..hahaha...best la budak2 tu dapat jalan2 tempat yang memang ramai budak2 teringin pergi..

Mama Kembar Tiga said...

Mmg best ke legoland. Kitorang pegi awal tahun hari tu masuk both waterpark & themepark in 1 day, rasa tak puas. kena repeat pegi lagi nnt ni hehehe

ummiross said...

Salam rindu Hanis, salam bertemu dan bertamu kembali..

Wow..wow!!!, seronoknya percutian sekeluarga begini, ada anak2 kecik memang seronok ke tempat macam ni kan, ummi kena tunggu ada cucu pulaklah, baru boleh tumpang sekaki, hehe..

Ania said...

Salam kenal Hanis. Saya dari team Kumpulbagi.
Jika Anda mau share dan download files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
Coba servis kami tanpa registrasi:)

Wak Lat said...

Salam. Hee seronoknya pergi famili ramai ramai ke legoland.

Unknown said...

Assalamualaikum..
JOM BERKUNJUNG KE SABAH
kami akan MeRealisasikan percutian anda bila berkunjung ke Sabah,
BORNEO KINABALU TOUR & TRANSPORT SDN. BHD

PAKEJ 3HARI 2MALAM

01/ Hari Pertama (OVERNIGHT KUNDASANG)
1000 : Jemput di Lapangan Terbang KKIA Terminal 1/2
1030 : Melawat Rumah Terbalik (up side Down House) Tamparuli.
1130 : Melawat Pekan Nabalu
1230 : Melawat Ladang Lembu (Mini New Zealand).
1400 : Makan Tengah hari di Kundasang.
1600 : Check in Hotel/Homestay/Chalet (Kundasang)
1900 : Hantar untuk Makan Malam pekan kundasang.
*Tour Tamat*

02/Hari Kedua (TOUR KUNDASANG & RANAU)
0900 : Jemput dari Hotel/Homestay/Chalet
1000 : Melawat Ikan Spa.
1130 : Melawat Hot Spring, Canopy Walk & Air Terjun.
1600 : Melawat Jambatan Tamparuli.
1700 : Melawat Yayasan Sabah.
1730 : Melawat Masjid Bandaraya Kota kinabalu.
1800 : Melawat Signal Hills.
1830 : Melawat pasar kraftangan (Pilipino Market).
2000 : Check in Apartment Marina Kota kinabalu.
*Tour Tamat*

03/ Hari Ketiga (SAPI, MANUKAN ISLAND & AIPORT TRANSFER)
0830 : Check Out dari Apartment Marina ke Jeti Jesselton Point.
0900 : Menaiki bot ke pulau Sapi (aktiviti pantai & snorkelling).
1200 : Makan tengah Hari BBQ yang disediakan.
1245 : Menaiki bot ke pulau Manukan (aktiviti pantai & Snorkelling)
1500 : Menaiki Bot ke jeti Jesselton Point.
1530 : Jemput dari jeti Jesselton Point & Melawat Tanjung aru Beach.
1700 : Transfer ke Airport KKIA T1/2
*Tour Tamat*

Pakej ini Termasuk :
1). Pengangkutan Selama 3Hari 2Malam
Van Pelancongan @ Taxi Limousine
Pemandu
Minyak
Muatan Maksimum 10 Dewasa
2). Penginapan Homestay Kundasang & Marina Apartment Kota Kinabalu
May Homestay Kundasang (1Night)
Marina Apartment Kota kinablu (1Night)
3). Tiket-Tiket Masuk tempat lawatan
Rumah Terbalik (up side down house)
Ladang Lembu
Hot Spring
Ikan Spa
4). Pulau Sapi & Manukan
Tiket pulau Sapi
Tiket pulau Manukan
Insurance
Bot
Jaket Keselamatan
Maks Snorkelling
Makan Tengah Hari BBQ di Pulau Sapi.
Untuk keterangan pakej lebih lanjut bole berhubung,
En Roslan 0168392919 (whatsapp)
Email : borneoukinabalutour@gmail.com

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...