Tuesday, December 9, 2014

Dating..

Assalamualaikum.. 

Ni cerita beberapa minggu sudah. Tapi baru hari nak share. Punyalah pemalas.. eh tak.. seperti biasa aku sibuk ha..ha.. Sejak awal tahun ni, aku dan geng-geng sekolah dulu dah kembali aktif bergosip. Kat mana lagi, kat whatsapplah kan. Bukanlah bergosip pasal orang lain pun. Tapi bergosip pasal hal kami-kami aje. Kita orang tak sembang cerita orang sebab cerita sendiri pun tak habis cerita. Best sangat bila dapat berkongsi cerita, mengadu masalah dan buat cerita-cerita bodoh dengan teman-teman sekepala. Lebih-lebih lagi bila masing-masing dah tahu sangat perangai masing-masing macam mana. Nak kutuk, nak tegur, nak ajar, nak bimbing atau apa-apa sekali pun semuanya boleh sebab masing-masing dah tahu had yang sepatutnya. Sejak form 1 sampai form 5 sekelas. Lepas tu memang tak berkawan sangat dengan orang lain. Balik-balik berkawan dengan orang yang sama (kami bertujuh). Jadinya mesra dia lain macam sikit. Gila dia pun lagilah lain macam. Pulak tu mulut masing-masing tak pernah beli insurans.  Kalau orang tak biasa memang mahu nangis he..he.. Tapi walau apa pun semuanya berhati baik. Eh! ha..ha.. sila percaya.

Plan nak jumpa ramai-ramai memang selalu bagai nak rak. Tapi bila semuanya ada komitmen dengan keluarga, kerjaya, kerja dan urusan dunia plan nak jumpa ketujuh-tujuhnya sekali sampai sekarang masih tak menjadi. Disebabkan itu, kalau plan nak jumpa aje, siapa-siapa yang free dan boleh join kita proceed aje dulu. Tak payah tunggu-tunggu. Lepas tu update live kat whatsapp bagi hati orang yang tak dapat join membara cemburu he..he.. Kadang jumpa bertiga.Kadang jumpa berempat. Kadang tu, berdua pun jadi. Tapi walau tak cukup corum, happening tetaplah happening. Riuh tetap riuh. Kecoh tetap kecoh. Macam hari tu aku ada temu mesra novelis di Pesta Buku Akhir Tahun 2014 di KLCC. Aku kan jarang ke KL. Jangan tak tahu, Bangi dengan KL jauh wooorrr ha..ha.. Dah  alang-alang nak ke KL bolehlah plan untuk jumpa sekali. Jadual aku mula pukul 11. Jadi kita orang pun plan nak dating untuk breakfast. Tapi yang dapat join cuma tiga orang aje. Takpe.. Mana yang dapat aje pun dah afdal. Malas nak cerita panjang-panjang, kita tengok gambar ajelah.

KLCC tempat pertemuan. Plan asal nak drive sendiri. Lepas tu ubah fikiran nak naik train pulak. Bangun pagi tu en.asben pulak tak confident dengan isteri dia yang selaluuuu benar pergi KL ni. So, dengan baik hatinya en.asben tolong hantarkan. Lagipun nak keluar pagi kan. Hari ahad pulak tu. Jalan sure tak sesak. So, mudahlah kerja en.asben. Apa-apa pun, thank you sayang..


 Excited. 
Lama tak jumpa. Bila dah jumpa nak bergambar pun masih nak bercakap lagi. So, ginilah rupanya ha..ha..

 Okey..okey  rileks kejap. Hah.. kan sopan tu he..he..

 Us with my Han.. 
Kena bawak Han sebab nak tolong carikan buku kat Pesta Buku yang orang lain kirim. Alasan lain, mama dia takut nak naik train sorang time balik. Nak minta tolong en.asben datang jemput rasa kesian pulak nak menyusahkan.

 Sejak kecil pun  Han dah tahu mama dengan kawan-kawan dia giler. 
Jadi dia dah biasa.  So dia layankan ajelah ha..ha.. 

Kami breakfast di Harrods Cafe..
Sibuk nak bercerita. Nak tengok menu pun malas. Sudahnya semua orang main order makanan yang sama. Senang cerita. 

 Kena ambil gambar nak buat geng lain yang tak dapat join jeles he..he..

 Me.. yang kusyuk mendengar.  
Jahat aje kawan aku candid. But yes.. aku pendengar yang baik.. insyaALLAH

Love you Cathy and Ita..

ALHAMDULILLAH..  25 years of friendship.
Dengan Cathy since standard 4 kita orang sekelas.

Lantaklah mama and auntie-auntie nak gossip ke apa. I nak makan he..he..

Salam hormat untuk semua. InsyaALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!

3 comments:

Unknown said...

saya dah lama nak bagitahu ni..tapi asyik lupa je..Muka kak Fea sama macam penyanyi haleeda tu..tapi haleeda tu muka dia besar sikit sebab dia gemuk.Kak fea kecik dari dia..heheh

Kakzakie Purvit said...

Sahabat begini yg sukar dicari Hanis.. Sesekali bertemu muka semua ceria belaka.

Izwa Kamaruddin said...

seronok nyer kak ;)

muka akak awet muda sgt tau.

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...