Nuffnang

Thursday, November 19, 2015

Resepi Kek Kukus Coklat Moist yang mudah..

Assalamualaikum..

Kelmarin Az request nak bawa kek pergi sekolah untuk jamuan akhir tahun. Dalam kepala dah terfikir dah nak order aje dengan kawan-kawan. Paling tak pun belikan kek  pisang kat kedai. Tapi dia dah awal-awal cakap dia nak yang mama buat sendiri punya. Aku tanyalah, kenapa pulak. Dia kata sebab dia dah cakap kat cikgu yang mama dia pandai buat kek. Pandai buat kek???? Memang macam nak tercekik aku dibuatnya. Aku tanyalah, bila masanya mama pandai buat kek. Dia cakap, dulu tu mama pernah buat kek. Dulu okey.. D.U.L.U. Maknanya memang dah lama aku  tak buat kek. Lagi satu pernah dengan pandai dah tentu-tentulah ada bezanya kan huhu.. Tapi bagi budak-budak ianya adalah sama. 

Demi untuk memenuhi permintaan anak, mamanya pun semalam pergilah beli barang nak buat kek semua.  Siap beli bekas kek yang kecik-kecik tu lagi sebab ingat nak bagi dia bawak 2,3 bekas ke sekolah. Gigihlah bukak balik buku resepi yang dah lama tak bersentuh. Tapi.. elok aje dia nampak bekas kecil tu muka dia dah macam nak menangis. Aduhai.. Dah kenapa pulak? Takkanlah kek tak siap lagi dia dah terharu sampai sebak he.. he.. Rupa-rupanya dia bukan nak kek dalam bekas. Tapi dia nak kek sebiji bulat. Aduhaiiiiiiiiiiiiii.. memang lagi panjanglah aku punya aduhai! Aku pun cari dalam almari. Kut-kutlah ada lapik kek. Yang ada pun cuma lapik kek SR aje. Hmmm.. jadilah anak daripada takde. Kotak pun takde. Aku cakap letak dalam bekas kek yang plastik ada kat rumah tu boleh? Dah takde pilihan dia cakap okey ajelah.

Waktu berpeluh-peluh  aku buat kek (sebab risau kek tak jadi), dia pun tolong-tolong jugak. Basuhkan telurlah. Sapukan butter kat dalam loyang. Waktu nak kukus pun dia yang beria set masa kat jam dia. Lepas dah siap tu dia suruh aku hias guna aising. Hamboiiiiii.. melampau sungguh ni.. Kek tu menjadi pun dah seribu rahmat. Nak suruh aku hias pulak. Memang taklah. Aku memang tak reti. Dia dah buat muka nak nangis lagi sebab cikgu nak ada tulisan nama kelas kat atas kek katanya. (Iyalah dah katanya mama pandai buat kek kan. Bolehlah cikgu tu nak request apa-apa he..he..). Dah tak boleh nak hias guna aising aku cakaplah mama buat tulisan guna coklat rice aje boleh? Dia cakap okey aje. Takde rotan, akar pun berguna juga konsepnya. Tapi bukan senang aku nak buat tulisan guna coklat rice tu. Baru nak buat nombor 5 dan rupa macam S. Acaner tu? Aku sendiri pun dah rasa tulisan tu tak cantik. Hmmmm.. 

Bila tulisan dah tak rupa tulisan, dan Az pun confirmkan ianya tak lawa he..he..  Aku pun taburkan ajelah coklat rice tu. (Yang lorek tu main tarik aje guna garfu. Tiru style mak mertua aku hias kek). Dah siap semua Az buat lagi muka nak nangis tu. Siap dok tanya, habis tu takde tulis nama kelas? Adooiiii.. dia nak juga nama kelas kat atas kek. Aku pergilah mengadu kat en.asben. En. asben kata, alah you tulis aje nama kelas kat kertas. Hmm.. Okey jugak tu. Tulis nama kelas kat kertas dan pacakkan atas kek.  Jadinya menulis pulaklah mama dia.



Tulis nama atas batu.. Eh.. Tulis nama kelas kat atas kertas.
Inilah rupa akhir  kek kukus coklat moist  yang dah selamat di bawa ke sekolah oleh Az pagi tadi. Siap request suruh ayah hantar dia ke sekolah sebab susah nak bawak kek naik van he..he.. Aku tanya kelas tingkat berapa? Dia kata tingkat tiga. Hmmm.. Kalau dah tingkat tiga, memang ayahnya kena hantarkan terus ke kelaslah nampaknya. Sebab kalau dia yang bawak sendiri sampai kelas memang ada kat kaki tangga aje kek tu sampai he..he..
  

Kek untuk orang lain kat rumah. Orang kat dalam rumah pun nak makan kek juga. Dah alang-alang beli kotaknya kan, jadi kita pakai ajelah untuk orang dalam rumah. 

Eh.. tajuk entry macam nak bagi resepi kan. Mana resepinya? Iyalah.. Nak bagilah ni. Aku guna resepi yang mudah ni aje. Mudah sebab sukatannya guna cawan aje. Tak perlu nak timbang-timbang. Sebab resepi inilah aku 'pernah' buat kek 'dulu' he..he.. Resepi kek dari Mak Mertua teman ofis lamaku Kak Suzaini. Terima kasih Kak Su!

Resepi Kek Kukus Coklat Moist.

1 cawan serbuk coklat
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan gula castor
1 cawan minyak

Satukan dan pukul sehingga semua bahan sebati.

1 3/4 cawan tepung
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh sodium bikarbonat

Ayakkan dan satukan dalam adunan pertama yang dah dipukul rata. Pukul hingga sebati.

3 biji telur
1 sudu esen vanila

Pukul sampai kembang dan satukan dalam adunan. Pukul lagi hingga sebati.

Loyang disapu dengan sedikit butter di sekeliling permukaan loyang. Lapikkan dengan kertas minyak. (Bawah dan tepi loyang). Masukkan adunan dan kukus selama 45 minit hingga 1 jam.


Untuk coklat topping atas kek.
3 sudu serbuk coklat
3 sudu susu pekat
3 sudu susu cair
1 sudu minyak

(Kalau nak pekat atau cair boleh adjust sendiri sukatannya ya). Gaul rata semuanya dan masak guna double boiler.  

Selamat mencuba ya! Ceh.. kata-kata perangsang dari orang yang pernah buat kek. Bukan orang yang pandai buat kek! he..he. adios.

Salam hormat untuk semua. In Sya ALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah..

7 comments:

Kakzakie said...

Anak-anak kalau hal sekolah kalau boleh semua nak perfect Hanis
Kita ni yg mak-mak tak pakar pun kadang-kala dah macam pakar
Tengoklah kakak tengok novelist dah jadi chef pulak dah hihi...

LM said...

Sedapnya kak fea kek tu. saya pun pki resepi tu.

Bagus idea tulis kat kertas tu. len kali saya nak tiru jugak sbb mmg saya bab tulis kat kek ni sentiasa la gagal

Hanis Azla said...

As-salam Kak Zakie..

Betul sangat tu kak.. Berpeluh2 mamanya sebab nak cuba jadi chef he..he..

As-salam LM..
Nanti boleh buat macam tu jugak LM.. Nak tulis atas kek tu kena berseni jugak kan..

idzwa kamaruddin said...

Thihihiii...kelakar la baca kak! Ntah ntah akak memang pakar buat kek tp malas nak buat je nie ;)

Diana Rashid said...

hahaha...cantik dah tu kak..siap canang kata mak dia pandai buat kek tu..kak fea pun..apa lagi ni la masa nya nak tunjuk bakat terpendam..mana tau ada cikgu2 nak order ke nanti..dah lepas ni keluar bukua buat kek coklat pulak..ekekek

LadyBird said...

Sedapnye sis..
Mesti ank seronok bw kek hasil dr mamanye..

Salam sis..

LZ - The Blog Owner said...

Assalamualaikum Hanis,

Telan air liur tengok kek coklat tu, shining..
Saya kalau buat kek coklat, kejap jadi kejap tak jadi.. last2 give up!
Next time nak try resepi Hanis pula.. ;-)