Nuffnang

Wednesday, December 9, 2015

Bila emak tak dapat ikut pergi bercuti..

Assalamualaikum..

In sya ALLAH.. mengikut perancangan, lusa aku dan seisi keluarga akan pergi bercuti hujung tahun. Seisi keluarga tu termasuklah anak-anak arwah adikku dan juga emak. Semuanya sudah diuruskan. Paling awal  yang diuruskan adalah tiket flight. Dalam sibuk-sibuk dan rasa teruja  nak buat persiapan percutian, emak pula tak sihat sejak dua minggu lepas. Kakinya jadi sakit untuk berjalan. Bila duduk tu susah sangat nak bangun. Jadi emak lebih banyak baring aje. Aku sendiri tak benarkan emak buat kerja rumah. Aku minta emak berehat saja. Lebih-lebih lagi bila waktu percutian sudah tinggal tak berapa lama lagi. Jadi aku mahukan emak benar-benar sihat waktu percutian keluarga kami nanti.   

Walaupun tak buat apa dan cuma berbaring berehat saja, kaki emak masih tetap sakit. Kalau sakit tu sampai mengerang sebab katanya terasa bisa menyucuk di kakinya. Ya ALLAH.. kesian sangat. Semoga emak diberikan kesembuhan. Semoga diringankan kesakitannya. Pergi klinik dah beberapa kali aku bawak. Mengurut sudah. Berbekam juga sudah. Ambil air dengan ustaz pun sudah. Namun ALLAH belum izinkan emak untuk sembuh. Jadi bila dah begitu keadaannya, emak mula rasa berat hati nak ikut kami pergi bercuti. Awal-awal lagi emak dah tarik diri. Tapi aku pujuk-pujuk juga ajak emak ikut pergi sekali. Aku siap dah survey wheelchair kat farmasi. Sebab nak sangat emak ikut sekali aku tak kisah pun kalau kena beli wheelchair tu. Cadang kat emak untuk bawak wheelchair emak macam setuju aje.

Tapi.. bila kakinya masih tak kurang juga sakitnya, emak kata tak perlulah nak beli wheelchair tu. Sebab kalau duduk atas wheelchair pun nanti kakinya sakit pulak duduk lama atas flight. Walaupun penerbangan hanya 2 jam setengah tapi tentulah tak selesa untuk orang yang sakit kaki bila kena duduk lama-lama dalam flight. Jadi emak kata, takpelah. Dia tak ikut. Aduhai.. sedihnya hati bila hajat nak bawak emak bercuti bersama tak kesampaian. Cuma terasa lega sikit sebab emak pernah sampai ke tempat tu sebelum ini. Jadi takdelah rasa terkilan sangat. Bila emak tak dapat ikut, aku jadi susah hati juga bila emak kena tinggal seorang di rumah. Siapa nak uruskan makan emak nanti? Siapa nak tolong letak ubat kat kaki emak? Siapa nak ambilkan air kalau emak nak makan ubat? Siapa nak jengguk emak kalau emak mengerang sakit? Kalau selalu tu, kalau tak aku,  cucu-cucunya ada aje untuk buat semua tu untuk emak. 

Awal-awal lagi aku dah mengadu pada adik aku dan minta adik aku stand by. Kalau emak betul-betul tak dapat ikut, aku minta dia tolong jaga emak. Dia okey aje. Tapi itulah, dia pun berkerja jadi tak sepenuh masa  dapat jaga  emak. Kalau selalu tu kalau aku kerja anak-anak aku ada aje kat rumah boleh tolong jaga emak. Emak sendiri risau juga bila tinggal seorang. Sebab tengah sakit kan. Risaulah kalau sakit kakinya jadi lebih teruk. Jadi emak sendiri dah mengadu pada adiknya tentang itu. (Terawal dari itu, tentulah dah  mengadu pada ALLAH untuk memohon kemudahan untuk kesihatan  emak dan perancangan percutian kami). 

Aku baru kehilangan adik keduaku tahun lepas. Emak pula baru kehilangan adik bongsunya bulan lepas. Apa yang aku dapat lihat, bila ada adik beradik kita yang dah meninggal dunia, hubungan dengan adik beradik yang tinggal terasa lebih akrab lagi. Mungkin hikmah sebuah kehilangan itu membuatkan kita lebih menghargai apa yang tinggal. Bila dah macam tu, aku risau. Adik aku risau. Makcik aku pun risau. Alhamdulillah.. dalam kerisauan ALLAH memudahkan segalanya. Semalam.. makcik aku telefon adik aku minta ambil dia dari Melaka untuk datang ke rumah aku. Ditakdirkan memang adik aku pun cuti. Jadi bolehlah dia dan suaminya terus pergi menjemput. Ditakdirkan juga anak makcik aku pergi bercuti waktu ini. Jadi cucu-cucu makcik aku sendiri takde di rumah. Jadi bolehlah makcik aku tinggalkan rumah sekejap untuk beberapa hari ni. 

Petang semalam, makcik aku sampai dengan adik aku dan adik ipar. Terasa lega nak pergi bercuti bila tahu akan ada orang yang akan temankan emak di rumah waktu adik aku di ofis. Emak sendiri berasa lega sebab dalam percutian kami nanti emak mertuaku dan semua ahli keluarga mertuaku ada bersama. Jadi takdelah emak risau sangat tentang anak-anak arwah adikku. Sebab emak tahu ada ramai yang akan dapat tolong tengok-tengokkan cucu-cucu emak kat tempat tu. In sya ALLAH. Syukur Alhamdulillah.  Dalam sujud, rasa sebak sangat dengan segala yang telah ALLAH aturkan. Sesungguhnya,  ALLAH itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Terima kasih ALLAH. Tiada daya dan kekuatan selain dari bantuan dari ALLAH.  Semoga perjalanan percutian kami sekeluarga akan dilindungi ALLAH hendaknya. Semoga kami semua selamat pergi dan selamat pulang nanti. In sya ALLAH.

Salam hormat untuk semua. In sya ALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah.

5 comments:

idzwa kamaruddin said...

sedih pulak baca entry akak nie..

Ya Allah Kau berikanlah kesembuhan kepada ibu kak rafeah..Kau ringankanlah beban kesakitan ibu kak Rafeah..Kau berikanlah kesihatan yang baik kepada ibu kak Rafeah..aamiin..

LadyBird said...

Salam.. Allah dah aturkan yg terbaik kan.. Huhu.. Sebaklak bacer.. Huhu..

cikceriacorner said...

sabra ye akak..dugaan..moga mak akak cepat sembuh..alhamdulila Allah telah permudahkan segala urusan..amin

Nurulhuda Abdul Latip said...

Tuhan Maha Mengetahui segalanya..Segalanya dipermudahkan untuk kemudahan akak, smoga akak dan keluarga enjoy bercuti yea..Jeles la akak g Kundasang, harap satu hari nanti saya dapat jejak ke sana..Didoakan juga semoga emak akak kembali sembuh semula..

raihanah said...

semoga emak puan segera sembuh