Wednesday, June 1, 2016

SPM, PT3, UPSR..

Assalamualaikum..


In shaa ALLAH.. tahun ni ketiga-tiga orang anak aku akan menduduki peperiksaan besar. Han - SPM. Is - PT3. Az - UPSR. Dulu waktu muda-muda lepas dah dapat anak tiga, sukalah buat kira-kira umur kami sekeluarga. Waktu tu aku dah nampak bila aku berumur 40 tahun anak-anak aku akan ambil periksa besar serentak. Alhamdulillah.. ALLAH panjangkan umurku untuk bertemu dengan tahun ini. Terima kasih ALLAH. Kalau dulu cuma nampak bayangan tu di atas kertas saja. Tahun ini dengan izin ALLAH, aku dan anak-anakku akan melaluinya. Macam tak sangka dah boleh borak-borak dengan Han tentang perancangan selepas tamat SPM nanti. Semoga ALLAH mempermudahkan segala urusan kami sekeluarga hendaknya.. in shaa ALLAH. Tahun ni memang tahun yang sibuk sikit buat kami. Kalau hari bekerja tu, dalam seminggu cuma ada satu malam aje yang aku dapat rehat sikit. Selain dari tu, setiap malam keluar hantar anak ke kelas tuisyen. Untuk tahun ni Han dan Is terpaksa berhenti dulu dari kelas muzik sebab jadualnya clash dengan jadual tuisyen. Sebab abang dah kakak tak dapat teruskan kelas muzik tahun ni, maka aku masukkan Az pula belajar keyboard ganti tempat Han sebab jadual tuisyennya tak clash dengan kelas muzik tu. Untuk kelas gitar Is, aku gantikan dengan anak buah aku Fareez. Semoga setiap ilmu yang dipelajari memberi manfaat buat anak-anak.. in shaa ALLAH.

Cuti sekolah pun anak-anak sibuk dengan kelas tambahan. Jadi sehari dua ni aku sibuk jugalah menghantar dan mengambil mereka pada waktu pagi sebelum pergi kerja, waktu rehat dan waktu balik kerja. Demimu anak, semua tu tak jadi hal pun.  En. asben pulak memang hanya nak anak-anaknya mengambil tuisyen untuk tahun peperiksaan besar saja. Tahun yang takde peperiksaan besar memang en.asben taknak anak-anaknya penat. Jadi tahun ni memang anak-anak penat sikitlah sebab tahun lepas semuanya relaks termasuklah aku he..he.. Tahun ni periksa besar semuanya. Tapi anak-anak semuanya nampak rileks aje. Yang terlebih gubranya cuma aku kut he..he.. Biasalah emak-emak, kan? Tentulah kita nak anak-anak dapat keputusan yang terbaik. Tipulah kalau kata aku tak kisah apa pun result anak-anak nanti. Sebagai ibu, tentunya aku mengharapkan keputusan yang cemerlang. Cemerlang mengikut kemampuan anak-anak. Juga cemerlang dengan usaha dan kesungguhan dari anak-anak sendiri. Bukan cemerlang untuk dibuat perbandingan dengan anak orang lain.  Sebab tu aku nak anak-anak berusaha. Biar penat sikit tahun ni pun tak mengapa. Bila dah berusaha, apa pun keputusannya nanti kita boleh terima dengan hati yang terbuka. Semoga anak-anakku diberikan kemurahan rezeki untuk mendapat keputusan yang cemerlang.. in shaa ALLAH.

Sekarang ni dah bulan 6. Maknanya anak-anak hanya ada beberapa bulan saja lagi untuk berusaha dengan bersungguh. Markah peperiksaan bulanan dan penggal ada yang buat aku senyum. Ada juga yang buatkan aku urut dada dan lap peluh huhu.. Anak-anak aku memang jenis yang tak konsisten. Tak boleh nak jangka juga apa yang akan mereka perolehi dalam peperiksaan sebenar nanti. Jadi selain dari banyakkan berdoa, aku kena sokong dan bimbing mereka apa yang aku mampu sedaya mungkin. Yang lain aku serahkan pada ALLAH. Itu semua soal rezeki. Apa yang penting dan yang aku tekankan adalah agar anak-anak kena terus tingkatkan usaha lagi dalam masa yang tak banyak mana ni. Tengok dari result peperiksaan baru-baru ni memang usaha kena lebih gigih lagi kalau nak result yang lebih baik dan memuaskan hati sendiri. Macam peperiksaan baru ni, dari B boleh turun C. Dari C boleh juga naik A. Ada tu dari B boleh turun D. Aduhai.. Tapi sebagai ibu tentunya aku sentiasa mengharapkan yang terbaik. Aku tahu, dalam nampak rileks, anak-anak sendiri mahukan keputusan yang terbaik. Sebab itu aku rasa dah jadi tugas aku untuk beri sokongan yang sewajarnya. Sokongan dalam bentuk verbal sebagai ingatan buat anak-anak Cehhh.. verbal konon padahal bebel ha..ha.. Jadi bertabahlah anak-anak dengar mama dok ulang-ulang ayat yang sama setiap hari. Buat latihan! Buat ulangkaji! Tengok tutor tv! Doa banyak-banyak! Jaga solat! Quran jangan tinggal! 

Sebab tahun ni istimewa sikit untuk aku dan anak-anak jadi aku nak update perkembangan anak-anak setakat ini untuk kenangan buat kami sekeluarga. Untuk Han, setakat ni  pencapaiannya masih sederhana. Resultnya setakat ni memang ada A, B dan C. Buat setakat ni dah takde dah D dan E. Untuk subjek sains dan add math ada nampak peningkatan.  Waktu peperiksaan yang lepas Han dapat nombor 1. Bila dah tingkatan 5, memang takde siapa pun yang akan kisah sangat dapat periksa nombor berapa dalam kelas, kan? Han pun tak ambil kisah pasal tu. Sebab selalu yang lebih penting dalam SPM ialah berapa A nya. Tapi ianya tetap jadi kenangan yang manis untuk aku sebab waktu darjah 5 pun aku tak pernah dapat nombor satu he..he.. Aku nampak Han bersungguh untuk dapat keputusan yang baik. Keputusan SPM yang baik juga penting untuk menempatkan dia di pusat pengajian tinggi selepas ini. Semoga usahanya diberkati dan ALLAH melimpahkan rezeki  buat Han dan semua pelajar yang mengambil peperiksaan SPM tahun ini untuk mendapat keputusan yang cemerlang.. in shaa ALLAH. Tolong doa-doakan sama ya. Terima kasih.  Untuk Is, pencapaiannya juga sederhana. BM dan sejarah dapat 90++. Math dah dapat B. Untuk bahasa arab dapat D. Aku dengan en.asben pesanlah kat dia. Dah ada peluang untuk belajar bahasa arab di sekolah maahad ni gunakanlah sebaiknya. Dia angguk aje. Doaku semoga dia akan memperolehi keputusan yang lebih baik lagi dan semoga bahasa arab yang dipelajari akan memberikan manfaat buatnya. Semoga IS dan semua pelajar tingkatan 3 yang lain akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam PT3.. in shaa ALLAH.
 

Han & Is.. 

Untuk Az, dia ni memang manja sangat. Tahun lepas dapat naik kelas pertama. Jadi ketua darjah juga. So dia ada over confident sikit. Tahun lepas dalam hujung tahun cikgu kelas dia call en.asben beritahu yang  ketua darjah tak buat homework. Terima kasih banyak cikgu atas keprihatinan. Risau cikgu dia takut dia turun kelas lagi. Nasib baik Az bijak bagi nombor telefon ayah dia kat cikgu. Kalau dia bagi nombor telefon aku agaknya aku terus pergi sekolah time tu ha..ha.. So lepas dari tu dia memang gigih buat homework setiap hari. Macam tahun ni dah sibuk dengan tuisyen, balik tuisyen pulun buat homework. Rasa kesian juga. Tapi takpelah. At least bila buat homework dia dapat buat latihan lebih banyak lagi. (Sebab dia jenis yang tak rajin buat latihan). Tahun lepas dia ambil peperiksaan UPKK (Periksa sekolah agama). Tapi memang aku tak nampak pun dia belajar. Lagipun tahun lepas dia aktif dengan nasyid dan kelas keusahawanan. Awal tahun ni bila result keluar, boleh pulak dia confident akan dapat 8A macam Is. Sekali tak dapat. Dia punya menangis. Aku ingat dia tak kisah. Tapi dia nampak sedih sangat sebab nama dia takde dalam list yang dapat 8A. Bila tahu dia dapat 7A 1B barulah dia happy balik. Aku beritahulah, kalau nak berjaya memang kena usaha. Tak boleh berharap aje. Harap-harap dia dapat pengajarannya.  Tahun ni sekolah agama Az ada periksa PSRA juga. Semoga ada rezeki untuk dia mendapat keputusan yang lebih baik.. in shaa ALLAH.

Awal tahun ni dia dah tak dapat lagi jadi ketua darjah. Iyalah, homework tak buat macam mana nak jadi ketua darjah, kan? Tapi dalam minggu ni aku nampak dia pakai name tag ketua darjah waktu nak pergi sekolah. Agaknya cikgu dah lantik dia balik kut. Saja aje tayang name tag tu depan aku biar aku tahu. Bila aku tanya dia malas nak cerita  ha..ha.. Sekarang ni sekolah ada buat program champion. Kalau hujung minggu ada buat study grup dengan kawan-kawan. Buat setakat ni dah 2 kali dah buat belajar bersama tu. Sekali buat kat rumah kami. Sekali buat kat rumah kawannya. Keputusan peperiksaan Az masih lagi tak baik. BM pemahaman aje yang dapat A. Math dapat D. English penulisan pun D. Jadi sekarang ni aku kena terus support dia. Kena teman dia buat lebih banyak latihan. Takde lagi dah nak tengok tv lagi. Kalau tengok tv aku suruh tukar channel 601. Astro tutor tv. Malam tadi aku dah start ajak dia buat latihan sama-sama. Aku tak boleh biar aje dia buat sendiri. Ngantuk-ngantuk pun aku tahan jugak. Malam nanti nak ajak Is buat latihan sama-sama juga. Semoga aku dan anak-anak istiqamah hendaknya dan semoga usaha kami berhasil untuk meningkatkan lagi markah periksa anak-anak. Kalau dulu UPSR 5A aje. Tahun ni dah  6A. Soalan pun dengarnya soalan KBAT. ALLAH.. semoga Az dan semua pelajar tahun 6 yang lain dapat buat yang terbaik dan akan memperolehi keputusan yang cemerlang.. in shaa ALLAH. 

 SPM.. PT3.. UPSR..

Salam hormat untuk semua. In shaa ALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua.. Fi amanillah.

2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Beruntung Hanis masih boleh meneman anak-anak belajar. Bermula 2016 kakak dah tak ada anak utk ditemankan. Semua dah belajar luar. Kalau dulu memang kakak teman anak kakak belajar walau sekadar duduk baca novel dan mata tertutup sebenarnya tetap kakak duduk juga temankan. Tinggal kenangan...

Moga doa kita didengariNya buat anak-anak kita terus cemerlang.

Hanis Azla said...

As-salam kak zakie..

Alhamdulillah.. kenangan yang manis untuk dikenang kan kak.. Aamiin.. mudah2an.. in shaa Allah.. semoga cemerlang dunia akhirat semuanya..
Terima kasih kak zakie..

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...