Monday, June 1, 2020

Raya PKP Aidilfitri 2020..

Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum..

Selamat Hari Raya. Salam Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Alhamdulillah.. Hari ni dah 10 Syawal. Tahniah untuk yang dah selesaikan puasa sunat 6 hari di bulan Syawal. Yang masih belum selesai atau yang masih belum mula, semoga kita sama-sama direzekikan untuk melaksanakannya dan semoga ALLAH terima semua amalan kita.. in shaa ALLAH. Baru terbaca tadi, yang kita semua adalah dituntut untuk berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan. Jadi bila ada yang berkongsi tentang perkara kebaikan marilah kita raikan. Bukan bersangka buruk tentang mereka. Mungkin yang dikongsi itu adalah hidayah untuk kita turut melakukan kebaikan yang sama.. In shaa ALLAH. Hidayah dan petunjuk datang dalam macam-macam cara kan?

Alhamdulillah.. Buat pertama kalinya kami beraya di rumah sendiri untuk Aidilfitri kali ini. Suasana baru yang kemeriahannya masih sama. Tahun ni kami masak rendang ayam, rendang daging, kuah kacang, sayur lodeh dan rebus ketupat nasi dan ketupat palas. Tahun ni juga ada rezeki buat kuih raya sendiri untuk pertama kalinya. Buat biskut Milo, biskut kelapa, tempeyek dan kuih goyang/ros. Hmm.. takdelah penuh meja. Tapi jadilah.. At least something untuk dikenang di musim raya PKP ni. Alhamdulillah.

Biskut Milo mama yang second batch. Buat lagi sebab batch pertama bekas terakhir dah tinggal suku isinya. Buat terus 2 adunan untuk batch ni sebab nak bagi MIL dan SIL. Hehe.. Selalu boleh bagi alasan tak sempat nak buat kuih raya. Dah cuti PKP ni kita usahakanlah sesuatu yang baru. Kalau tak malu kat orang  malu juga kat diri sendiri. Alhamdulillah.. segalanya dipermudahkan oleh ALLAH yang Maha Baik dan Maha Penyayang. 

Sepanjang PKP penggunaan oven di rumah melebihi kapasiti biasa. Setelah berkhidmat dengan jayanya selama 20 tahun suhu bahagian atas dah tak lagi panas. Jadi kalau buat kek atasnya tak garing. Buat roti warnanya tak cantik sebab takde pembakaran dari atas. Han buat biskut pun pucat warnanya. Alhamdulillah.. Rezeki Ramadan dapatlah mama oven baru. Thank you ayah. Oven lama kita tak buang. Fungsinya sekarang hanya untuk panaskan lauk dan buat bakar-bakar ayam. Mama taknak oven baru berbau hehe.. Alhamdulillah.. banyak berjasa oven lama sepanjang ramadan untuk panaskan makanan waktu sahur. Oven baru pun dah mula berjasa juga.. Alhamdulillah.

Dapat oven baru mama terus pasang azam. Kalau ada rezeki nak buat kek untuk raya tahun ni. Nak buat kek marble. Hajatnya nak buat untuk anak-anak makan di hari raya. Sebab anak-anak memang suka kek tu. Untuk bagi Mil, Sil, pakcik makcik dan untuk jiran-jiran juga. Alhamdulillah.. Sehari sebelum raya dapat buat 5 biji kek. Petang raya tambah buat 2 biji kek lagi sebab tak cukup. Dapat baking 7  biji kek memang jadi sejarahlah untuk mama. Kembang-kembang hidung rasa hehe.. Alhamdulillah.. dapat berkongsi rezeki dengan orang lain juga. Syukur. Seronok sangat rasa. Alhamdulillah.. Segalanya dengan izin ALLAH.

Pagi raya selepas solat subuh mama ayah memang dah tak sambung tidur. Ayah memang teruja sebab pagi tu kami nak ziarah dan berhari raya di rumah mertua. Dah lebih 2 bulan tak jumpa mestilah rindu. Walaupun dekat tapi kami tetap tak jumpa. Dah suruh stay at home jadi kita ikutlah arahan dengan sebaik-baiknya. Kita jaga kita dan kita jaga orang yang kita sayang dengan sebaiknya. Pukul 7.30 dah suruh anak-anak bersiap. Lepas siap makan juadah raya kami tunaikan Solat Sunat Aidilfitri di rumah. Kalut-kalut lupa nak ambil gambar menu raya. Takpelah.. gambar makanan memang sentiasa berada di ingatan hehe..


Alhamdulillah.. first time dapat bergambar dengan semua jemaah Solat Sunat Aidilfitri. Sehari sebelum raya mama dah minta anak-anak iron baju raya. Firhan yang dah tinggal dengan papa dia sekarang memang sepanjang PKP ada kat rumah kami. Gegirl dengan Hafiy beraya dengan papa. Jadi takdelah baju rayanya. Dia pinjam baju raya abangnya yang lama. Cari-cari tak jumpa pulak seluar baju melayu kelabu tu. Takpelah.. pakai dengan seluar hitam ajelah. Bila Firhan pakai macam tu, dah semua orang nak pakai dengan seluar hitam jugak. Ayah pun join sekali. So nampak seragamlah semua. Selalu kami takde warna tema baju raya. Cuma tahun lepas en.asben nak kami pakai baju raya warna pastel. Jadi dua tahunlah dapat pakai baju raya tema pastel pilihan en.asben sebab kami pakai baju raya tahun lepas. Alhamdulillah.. 

Alhamdulillah.. Indahnya Syawal. Semoga kita semua direzekikan untuk bertemu lagi dengan Ramadan di tahun-tahun akan datang.. In shaa ALLAH.


Selesai solat, dah bersiap semua kita bergambar raya dulu sambil tunggu nenek bersiap. Selalu bergambar raya di rumah orang sebab balik kampung etc. Tahun ni barulah dapat bergambar raya di rumah sendiri.


Tiada apa milik kita, kan? Semuanya pinjaman.
Semoga ALLAH terus pinjamkan kebahagiaan dan kemeriahan ini untuk kami.. Aamiin Ya Mujib.


Dah settle semua urusan di rumah kami terus ke rumah mertua di Kajang. Alhamdulillah.. seronok dapat kembali berjumpa dan berkumpul dengan emak ayah dan keluarga mertua yang dirindui. Semoga wabak ini akan cepat berakhir.. Aamiin Ya Mujib


Raya PKP. 
Kita simpan sebagai kenangan. Semoga wabak Covid 19 menjauhi kami dan kita semua sejauh-jauhnya. Bantu kami yang ALLAH. Selamatkan kami Ya ALLAH.


Selamat Hari Raya ikhlas dari kami sekeluarga. Mohon maaf zahir dan batin.


Kami bersama kesemua keluarga mertua. Alhamdulillah.. Kami tak merentas negeri. Kami tak lebih 20 orang. Kami tak bermalam. SOP PKP kami patuhi.
Semoga ALLAH lindungi kami dan kita semua dari wabak dan penyakit.

Selesai beraya di rumah mertua, tengah hari tu kami ke rumah makcikku di Bangi yang beraya berseorangan. Sepanjangan PKP asyik cakap nak datang rumah. Tapi takut nak keluar rumah. Ada pelepasan, dapatlah kami berjumpa di hari raya. Adik aku dan keluarga pun ada sekali. Ada pakcik dan keluarganya juga. Alhamdulillah.. kami tetap tak lebih dari 20 orang. Selesai beraya dengan makcikku kami singgah beraya di rumah pakcikku pula. Selepas itu kami terus pulang ke rumah. Petang tu lepak kat rumah aje. Adik aku pun lepak kat rumah sampai malam. Seronoklah kami melaya si comel Luna. Malam tu pakcik aku dan keluarga pula datang beraya ke rumah kami. Cukuplah kuota beraya kami untuk tahun ini. Sederhana namun tetap gembira. Alhamdulillah.. Dapat juga berkumpul bersama keluarga terdekat. Syukur sangat. 


Aku, adik dan emak. Alhamdulillah.. tahun lepas dapat gambar raya bersama. Tahun ni pun ada rezeki lagi bergambar raya bersama. Semoga ALLAH terus izinkan.. In shaa ALLAH.

Alhamdulillah.. cukuplah sikit cerita raya kami untuk tahun 2020 ini sebagai kenangan. Alhamdulillah.. ada rezeki untuk simpan cerita raya kami dalam blog ini. Terima kasih ALLAH untuk segala nikmatMU. Rezekikan kami untuk menjadi hambaMU yang selalu bersyukur. Aamiin Ya Mujib.

Salam hormat untuk semua. In shaa ALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah.

7 comments:

azieazah said...

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin, Rafeah sekeluarga.

Sederhana tapi meriah. Itu yang penting.

Hanis Azla said...

Selamat Hari Raya Kak Azie. Maaf Zahir dan Batin. Alhamdulillah.. sederhana dan seadanya. Syukur.

Akak Kembang said...

Salam Syawal 18 Kak Fea ... apapun masih bersyukur sebab masih dapat beraya bersama keluarga kan

Hanis Azla said...

Salam syawal juga buat ALin. Betul tu. Syukur sangat. Alhamdulillah.. TQSM Alin.

Unknown said...

Meriah jugak raya kak Fia. Kami ni raya 4 beranak je. Sedih kak. Kakak kat kampung hantar gambar mak asyik tido je sebab tak de anak cucu balik beraya. Dia pun bosan.. hehe

Nurul said...

Selamat Hari Raya...nampak meriah juga

Hanis Azla said...

As-salam Diana,

Alhamdulillah.. meriah cara kami Diana. Oh.. raya berempat aje ya. Emak pun jadi sedih bila anak cucu takde di hari raya. Bila dah selalu dapat berkumpul memang sedih bila tak dapat berkumpul macam biasa. Semoga wabak ini akan seger pergi.. Aamiin Ya Mujib. TQSM Diana

As-salam Nurul,

Selamat hari raya juga walaupun dah habis syawal hehehe.. Alhamdulillah.. Meriah cara kami. Syukur. TQSM Nurul.

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...