Thursday, August 12, 2010

Kuku cawan vs kuku gelas....

Sebenarnya I baru tahu tentang adanya istilah tersebut. Ini kerana sebelum ini aku hanya menyebutnya sebagai kuku kontot dan kuku panjang2 saja... hu..hu...sian I. Mcm duduk dalam gua pulak sebab tak pernah tau tentang wujudnya istilah macam tu.

So inilah jari2 Hanis Azla. FYI jari I yg ada cincin tu ye..

Anak-anak semua ikut I, berkuku kontot...opppss kuku cawan ye. Hmm...betullah lagi sedap bunyinya. So dalam family cuma En.Asben sajalah yang berkuku gelas. Sebenarnya I suka tengok jari yang ada kuku gelas. (I bukan bodek u yer En. Asben. Bukan juga semata-mata untuk dapatkan kuota baju raya lebih tahun ni...ceh..ceh... tp serius kuku u mmg cantik.. eh..eh.. terpuji pulak. Hmmm... ada harapan dpt baju raya lebih tahun ni...Yessss)

Bercerita tentang cawan dan gelas ni, teringat pulak tentang pantun yang biasa kita baca dalam kad2 raya. Tentu u all juga pernah guna pantun femes ni macam I juga (he..he..cepat ngaku..) Okeylah-okeylah kalau tak pernah guna or tak pernah baca pun takpe. Biar I refresh balik pantun tu kat sini yek.

Pecah kaca, pecah cawan,
sudah baca, harap simpan.

Pecah kaca, pecah gelas,
sudah baca harap balas.

Hah... kan dah tersenyum-senyum. Teringat balik nostalgia tulis dan ngator kad rayalah tu. Setakat hari kedua puasa ni anak-anak belum sibuk nak ajak pi beli kad raya lagi. Tengoklah minggu kedua or ketiga nnt. Tentu dok kalut ajak pi beli. Siapa kata orang la ni tak main kad raya lagi? Masih adalah. Mengikut pengalaman I untuk tahun-tahun sudah, anak-anak I masih lagi sibuk nak beli kad raya. Walaupun sebab utamanya adalah untuk membalas balik kad-kad yang dah terpamer pantun meminta balasan. Tapi adalah jugak kad yang memang dia orang nak bagi BFF depa. Yang ini memang depa sendiri nak tulis pantun minta balasan tu...he..he.. Iyelah, kat sekolah kan selalu dok ada pertandingan tak rasmi bila2 time nak raya ni, iaitu pertandingan siapa yang paling banyak dapat kad raya. Kiranya siapa yang paling banyak dapat kad tu kira paling femeslah dalam sekolah sebab ramai orang dok pulun bagi kad kat dia... tak kiralah kuku dia kuku cawan ke kuku gelas. Eh..eh...ada kena mengena ke???

U all pulak kuku apa? cawan ke gelas?

Wednesday, August 11, 2010

Sahur & puasa yang pertama

Apa juadah sahur pertama korang untuk ramadhan tahun ini pagi tadi?

Untuk aku dan family, hidangannya cuma biasa-biasa saja. Tiada yang istimewa sangat pun. Takde pun dok rajin pi cari daging mantai untuk dibuat rendang ataupun lemak cili padi macam orang lain di pejabat.

Hidangan biasa...Cereal saja???

Hmmm... walaupun tiada yang sepesel tapi idaklah setakat cereal saja. Kalau untuk aku dengan En. Asben takpelah juga. Untuk anak2 kalau setakat makan itu aje, tentu tak bertahan sampai ke petang. Sebenarnya tahun ini merupakan tahun pertama untuk Az yang dah berumur 6 tahun belajar berpuasa. Jadi untuk memanggil semangatnya untuk berpuasa hari ini, maka aku pun sengaja memilih menu yang menarik minatnya untuk bangun sahur pagi tadi. Mamat sorang ni memang payah sikit bab makan. Bukannya memilih makanana. Tapi jenis yang tak suka makan. Sanggup minum susu aje. Sebab itulah badannya kecik sikit. Selain cereal aku buatkan nasi goreng planta yang selalu bermain di mulutnya kerana terpengaruh dengan iklan di tv. Jadi adalah umpan untuk kejutkan dia bangun sahur pagi tadi. (untuk aku, en. asben and mak ada side dishes lain jgk iaitu serunding daging, acar buah dan sambal tumis ikan bilis, jadi seleralah kita org makan.) Mula-mula nampak liat juga dia nak bangun. Dah kejut, dia bangun. Tapi setakat beralih tempat aje. Baring balik dan sambung tidur. Aku pun mulalah memujuk dengan ayat :

Baby bangunlah sayang. Mama dah masak nasik goreng planta...

Cakap macam tu aje, dia pun mula membuka matanya. Tapi tak bangun juga. So aku sambung lagi ayat aku.

Baby cepatlah bangun. Nanti abang dengan kakak habiskan cornflakes dengan koko krunch tu...

Bila aku cakap macam tu aje, apalagi terus dia bangun. Lepas tu Han & Is yang dah familiar bab bangun sahur ni pun bawak dia pi basuh muka dan gosok gigi. Sekejap lepas tu tersenggih-senggih depa 3 beradik dok turun tangga. Az ni makan nasi goreng planta sesenduk aje tapi lama benar nak menghabiskannya. Apa tidaknya, mata dok merenung cornflakes dengan koko krunch tu. Gaya cam tak sabar-sabar nak makan cereals tu. Tapi aku paksa dia habiskan nasinya dulu. Habis makan nasi terus dia makan cereal dua kali tambah. Lepas tu aku tanya dia nak susu jugak ke. Manalah tau kot2 dah kenyang. Laju aje dia mengangguk. (Dah 6 tahun tapi masih minum dalam botol lagi).

Tak tahulah dapat ke tidak Az habiskan percubaan puasanya hari ini. Walaupun bukan pertama kali aku ajar anak2 berpuasa, tapi untuk Az ni memang special sikit treatment untuk dia. Bukannya apa, dia ni manja sikit. Badan pun agak kecil sikit berbanding Han dan Is. He is still a baby in a family walaupun dah berumur 6 tahun. Jadi takpelah, kita orang sekeluarga beralah sikit bab menu sahur tadi dengan menikmati makanan yang menjadi kesukaannya bagi meraikan hari pertama Az bersahur dan berpuasa.

Tuesday, August 10, 2010

Selamat datang Ramdhan Al-mubarak

Terasa cepat betul masa berlalu. Esok dah masuk 1 Ramadhan. Malam ni dah start tarawikh. InsyaAllah, panjang umur dapat lagi kita menikmati bulan mulia penuh keberkatan ini. (YaAllah ya Tuhanku, semoga kami dapat menikmati Ramadhan tahun ini lagi YaAllah, amin amin ya rabbal alamin).

Last weekend aku berkesempatan ke surau Al-Amin di kawasan rumahku untuk majlis ilmu yang diadakan pada setiap hari sabtu. Diadakan pada setiap hari sabtu, tapi sekali sekala aje dapat meluangkan masa ke situ. Mudah-mudahan selepas ini akan keraplah aku dapat ke surau untuk menuntut ilmu. Bukannya lama benar pun 1 setengah jam ajer. Tapi...banyak benda agenda dunia yg lain... hmmm alasan, alasan...
Minggu ini ustaz yang sepatutnya menyampaikan ilmu tidak dapat hadir, maka seorang ustazah yang mengantikan tempatnya. Sangat seronok dapat menimba ilmu dengan ustazah yang nampak begitu keibuan ini. Pengajarannya cukup santai dan menarik. Dalam mengajar diselitkan pengajaran2 dan contoh teladan. Dalam lembut dia menyuntik semangat untuk kaum wanita agar mencari waktu untuk menuntut ilmu. Menurutnya ada hadith sahih tentang menuntut ilmu ni. Salah satunya ialah :

Menuntut 1 ilmu itu lebih baik dari solat sunat 100 rakaat.

Begitu lumayan kelebihan menuntut ilmu inikan. Sedangkan untuk membuat solat sunat 2 rakaat pun kebanyakkan dari kita payah untuk melakukannya (aku termasuk dalam kiraan ye). Inikan pula untuk solat sunat 100 rakaat. Menurut ustazah lagi, menuntut ilmu juga satu-satunya amalan yang hasil/kebaikannya dapat terus untuk diri kita sendiri. Jadi di sini aku ingin memanjangkan pesanan darinya, marilah kita meluangkan masa untuk menuntut ilmu agama yang kebaikannya adalah untuk diri kita juga. Jom sama-sama kita cari masa...
Satu lagi topik yang di ketengahkan ialah isu bakhil. Menurut ustazah, bakhil itu bukan hanya kedekut dari segi wang ringgit saja. Tapi termasuk juga dengan kedekut ilmu, kedekut nak menegur, kedekut nak senyum. Semua itu pun termasuk dalam kategori itu. Jadi mulai sekarang rajin2 lah menegur sesama kita. Jangan kedekut untuk menghulurkan senyuman manismu. (Teguran di blog juga mungkin boleh di ambil kira kot. Sebab di situ kita juga dapat membina ikatan silaturrahim kan... Itu pendapat aku ye. Ustazah tu takde pun cakap macam tu)

Di petang yang mulia ini, dengan penuh senyuman dan keramahan, aku ingin mengucapkan "Selamat menyambut Ramdhan Al Mubarak. Selamat berpuasa, bertarawikh dan beramal. Semoga amalan ibadat kita diterima olehNya. InsyaAllah".

Monday, August 9, 2010

Monday, August 2, 2010

Bila saat itu datang...

Alahai... tak sukanya bila saat masa macam ni datang...
Tetiba saja badan rasa nak deman,
Dada rasa sebak, hati rasa hiba.
Rindu mula bertandang, rasa girang bertukar walang,
Eeiii memang tak suka betullah.
Selalu saja rasa macam ni datang,
Tiap kali Cik Abang...

kena pergi OUTSTATION....

Huwaaaa..... sayang, I dah start rindu kat u ni...
walaupun dua hari lagi baru u nak pergi...

Tuesday, July 27, 2010

Western food vs Ice Cream

Makan2 Episod 1...

Malam sabtu lepas kita orang dinner di luar selepas pulang dari bertugas untuk menjaga booth tempat kerjaku di KUD, Bukit Jalil. Seperti biasa dengan menggunakan alasan letih aku mengajak cik abang untuk membawa anak-anak makan di luar saja. Restoran pilihan kami malam itu ialah D'one Steak.

Fish & chips....(mine)


Sizzling chicken errr... alamak lupa full name... (Cik Abg)

Chicken Chop... (Han)

Portion untuk fish & chips, chicken chop tu nampak macam kecik dalam gambar tapi sebenarnya besar. Dah share pun still tak boleh nak menghabiskannya. Kenyang betul.


Chicken Burger... (Is) dalam byk2 menu yang ini jugak yg dia berkenan


Air asam boi, tembikai, milo suam and milo ais.... gelas dia besar. Kita org share2 pun x habis. Except for Milo ais tu. Mmg licin Az kerjakan sebab macam selalu dia tak berminat nak makan.

Lepas makan aje Han buat permintaan yang di persetujui oleh Is juga.

lain kali kita pergi restoran biasa ajelah mama. Makan nasi goreng lagi best. Makan macam ni besar sangat tak larat nak habiskan.
Aku dengan cik abang pun berbalas pandangan. Alahailah anak. Selalu tu bila bawak makan kat restoran biasa korang asyiklah nak order chicken chop or segala bagai western food yang lain. Bila dah bawak restoran western food korang nak makan nasi goreng pulak....

Makan2 Episod 2

Hari ahad tu lepas habis kelas renang kat Precint 16 Putrajaya, kami singgah di Restoran Ice Room pulak. Selalu tu tiap kali lalu kat depan restoran warna hijau ni asyik terjengguk-jengguk aje kepala semua. Jadi untuk melegakan hati semua terutamanya hatiku, maka petang itu kami pun melepaklah kat situ.

Inilah menu yang di pesan. Avocado Ice Cream, Cheese Cake, Hot Chocolate and layer cake (takde dalam gambar)

Hangin betullah aku. Selalu tu bila mama depa suruh pesan makanan berat depa dok buat muka nak order ice cream jgk. Ini bila dah masuk kedai ice cream boleh pulak korang nak makan kek and minuman air panas pulak. Dua tiga kali aku dok tanya taknak ice cream ke. Bersungguh-sungguh semuanya mengeleng. Sudahnya aku order ice cream tu share dengan cik abang. Itupun tak habis jugak....

Anak oooh anak....

Monday, July 26, 2010

Bilakah si Kancil bertukar menjadi baa..alif..baa..yaa..??

Cerita lawak jenaka ini telah di ceritakan oleh teman sebilik semasa kursus di Intura last year...

wei korang tau tak bila masanya kancil bertukar menjadi baa..alif..baa..ya..??

Semua yang ada dalam group tu terdiam seketika sebelum mula mengeluarkan alasan bernas masing2...

err... sebab kancil tu ada affair dgn si tuuut tu...

err... errr...err... dan bermacam2 err lagi yg kedengaran... Tapi yang pastinya semua alasan dan jawapan yang diberikan tu semuanya salah...
Haaaah bukan ke???... mmg ramai yg mengeluh sbb rasa macam tak puas hati bila jawapan yg di berikan tu tak betul...

Korang selalu pi shopping compleks kan?? tanya si pencerita..
Hampir semuanya mengangguk. Manakan tidak, dalam group tu sumanya perempuan so takkanlah ada yang mengeleng pulakkan...

Masa cari parking tu tiba-tiba nampak dari jauh ada satu tempat kosong, so tentulah dengan muka penuh excited, jiwa penuh kelegaan, tekan minyak pi ke arah tempat parking kosong tu dengan harapan tiada orang lain yang mendahului kita... Tapi tup-tup bila dah dekat, setelah dah bersiap sedia ambil side dulu biar senang nak masukkan kereta tiba-tiba baru terperasan yang tempat kosong tu rupanya berisi, dan isinya itu selalunya memang kereta yang satu inilah... Maka hampalah perasaan dan pada waktu itulah Kancil terus bertukar menjadi baa..alif...baa..ya.. (Ini tak lain tak bukan tentulah kes menyumpah ataupun memaki hamun dalam hati or secara direct diluahkan saja) Jadi, begitulah ceritanya bagaimana ianya terjadi...
Iye tak iye jgk kan..... semuanya berkongsi dialog yang sama dan mula berkongsi cerita dan membuat pengakuan tentang mereka juga meluahkan perkataan yang sama setiap kali perkara itu berlaku...

He..he... perkara ni pun mmg kerap benar berlaku pada aku... dan tiap kali terjadi memang pun kita akan menyumpah sendiri... bukanlah nak salahkan kereta tu ataupun pemiliknya... tapi lebih kepada diri sendiri yang masih kerap di tipu oleh illusion seperti itu berulang kali tanpa mendapat pengajarannya... Dan sudahnya kereta kancil yang tak berdosa itu terus menjadi mangsanya... nasib...nasib...

si mangsa yg tak bersalah.....sian dia (i pun ade sebijik kat rmh)

I dah selalu pernah terkena, u all pulak macam mana?

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...