Terasa cepat betul masa berlalu. Esok dah masuk 1 Ramadhan. Malam ni dah start tarawikh. InsyaAllah, panjang umur dapat lagi kita menikmati bulan mulia penuh keberkatan ini. (YaAllah ya Tuhanku, semoga kami dapat menikmati Ramadhan tahun ini lagi YaAllah, amin amin ya rabbal alamin).
Last weekend aku berkesempatan ke surau Al-Amin di kawasan rumahku untuk majlis ilmu yang diadakan pada setiap hari sabtu. Diadakan pada setiap hari sabtu, tapi sekali sekala aje dapat meluangkan masa ke situ. Mudah-mudahan selepas ini akan keraplah aku dapat ke surau untuk menuntut ilmu. Bukannya lama benar pun 1 setengah jam ajer. Tapi...banyak benda agenda dunia yg lain... hmmm alasan, alasan...
Minggu ini ustaz yang sepatutnya menyampaikan ilmu tidak dapat hadir, maka seorang ustazah yang mengantikan tempatnya. Sangat seronok dapat menimba ilmu dengan ustazah yang nampak begitu keibuan ini. Pengajarannya cukup santai dan menarik. Dalam mengajar diselitkan pengajaran2 dan contoh teladan. Dalam lembut dia menyuntik semangat untuk kaum wanita agar mencari waktu untuk menuntut ilmu. Menurutnya ada hadith sahih tentang menuntut ilmu ni. Salah satunya ialah :
Menuntut 1 ilmu itu lebih baik dari solat sunat 100 rakaat.
Begitu lumayan kelebihan menuntut ilmu inikan. Sedangkan untuk membuat solat sunat 2 rakaat pun kebanyakkan dari kita payah untuk melakukannya (aku termasuk dalam kiraan ye). Inikan pula untuk solat sunat 100 rakaat. Menurut ustazah lagi, menuntut ilmu juga satu-satunya amalan yang hasil/kebaikannya dapat terus untuk diri kita sendiri. Jadi di sini aku ingin memanjangkan pesanan darinya, marilah kita meluangkan masa untuk menuntut ilmu agama yang kebaikannya adalah untuk diri kita juga. Jom sama-sama kita cari masa...
Satu lagi topik yang di ketengahkan ialah isu bakhil. Menurut ustazah, bakhil itu bukan hanya kedekut dari segi wang ringgit saja. Tapi termasuk juga dengan kedekut ilmu, kedekut nak menegur, kedekut nak senyum. Semua itu pun termasuk dalam kategori itu. Jadi mulai sekarang rajin2 lah menegur sesama kita. Jangan kedekut untuk menghulurkan senyuman manismu. (Teguran di blog juga mungkin boleh di ambil kira kot. Sebab di situ kita juga dapat membina ikatan silaturrahim kan... Itu pendapat aku ye. Ustazah tu takde pun cakap macam tu)
Di petang yang mulia ini, dengan penuh senyuman dan keramahan, aku ingin mengucapkan "Selamat menyambut Ramdhan Al Mubarak. Selamat berpuasa, bertarawikh dan beramal. Semoga amalan ibadat kita diterima olehNya. InsyaAllah".
No comments:
Post a Comment