Subuh tadi, selepas bersahur dan mengemas apa yang patut aku terus mengampai kain. Selalu tu time nak pergi kerja baru terhegeh-hegeh nak mengampai. Tapi bulan ramadhan ni rutinnya bertukar sedikit. Kiranya lagi best dapat berada di luar pada waktu2 macam ni. Suasananya tenang. Cuacanya nyaman dan sejuk. Terasa damai sangat perasaan ni. Lebih-lebih lagi bila dapat dengar sayup-sayup ayat Al-quran dialunkan dengan penuh merdu dari surau berdekatan. Memang meresap hingga ke hati.
Selalunya pemandangan di luar kosong. Awan hitam. Langit kelihatan mendung. Maklumlah sejak seminggu ini hujan mula membasahi bumi sejak petang membawa hingga ke tengah malam. Maka suasannya jadi suram. Tapi pagi ini keadaannya amat berbeza. Langit nampak begitu cerah. Bintang-bintang bercahaya indah kelihatan bertaburan di atas sana. Cantik. Sungguh cantik sebenarnya. Teringat semasa kecil2 dulu. Kalau balik mengaji malam-malam tu suka sangat mendongak ke langgit. Seronok rasanya kalau dapat melihat bintang berderet tiga. Dan pagi ini aku berpeluang untuk melihatnya lagi. Kerana rasa teruja, aku turut memanggil emak untuk sama-sama melihatnya bersamaku. Seperti aku, emak juga nampak kagum dan teruja membilang bintang-bintang yang indah di langgit. Memikirkan Han, Is, Az dan En.Asben sudah naik ke atas untuk menyambung tidur maka aku rasa keberatan untuk mengajak mereka menyertaiku. Biarlah mereka melayani mimpi-mimpi mereka dalam tidur yang cuma beberapa minit sebelum masuknya waktu subuh.
Bintang bertaburan itu adalah pemandangan di langit sebelah kananku. Di langit sebelah kiriku pula nampak kosong. Namun kelihatan sebutir bintang yang selama seminggu ini tetap berada di situ. Tidak berubah tempatnya. Mungkin planet atau mungkin bintang yang besar kerana tidak kira mendung, mahupun hujan, tetap juga cahayanya dapat aku lihat. Setiap hari selama seminggu ini aku dapat melihatnya. Bila awan mendung cahayanya menjadi sedikit suram kerana terlindung dek awam. Namun bila hari cerah seperti pagi tadi cahayanya bersinar tidak kalah seperti bintang-bintang yang di sebelah kanan tadi. Terang dan bercahaya.
Bintang yang satu itu bagaikan bintang di hatiku. Tidak kira bagaimana pun perasaanku. Apapun masalahku. Tanpa keceriaan dan kegembiraan lain pun hatiku tetap juga dipenuhi sinar cahaya keindahannya. I love you all bintang hatiku.... always.
Inilah bintang hatiku My love My Life yang tidak ternilai harganya buat diriku.
No comments:
Post a Comment