Nuffnang

Friday, August 27, 2010

Addicted blog award...


Dapat Addicted Blog Award ni dari Hana Nabihah. Thank you Hana. Appreciate it so much dear. Am I addicted to blog??? As of now my answer is definately YES. (In terms of : addicted to my own blog and addicted to blog walking to others wonderful, adorable, interesting blog.)

Hmm... mungkin sebab I ni orang baru dalam dunia blogging. Jadi sudah menjadi kebiasaanlah kita akan giler sikit dengan perkara baru. Lebih-lebih lagi bila perkara itu ialah sesuatu yang menarik. Bagi I kalau perkara itu sesuatu yang baik dan tidak memudaratkan diri kita, tak salah rasanya kalau kita addicted to it... asalkan tidak berlebih-lebihan sudahlah.
(Kenapa macam susah nak gunakan perkataan ketagihan ni??? Sedangkan maksudnya tetap sama jugak kan. 'Say no to Dadah.' Sebab dadahlah menjadikan perkataan ketagihan itu sesuatu yang negatif pada I... Serius, I memang tak puas hati dengan najis itu yang telah banyak merosakkan hidup anak bangsa kita.... sedihnyalah tengok hidup mereka yang telah dikuasai oleh najis yang hina itu... Lagi sekali 'Say no to Dadah'... sori ek, I emo jap
... but tolonglah ambil serius dengan Pesanan Khidmat Masyarakat dari I ni)

Biasalah, bila dapat award tentulah ada tugasan yang perlu kita lakukan. Jadi seperti apa yang Hana dah buat, I pun kena buat benda yang sama jugalah. Ianya sesuatu yang mudah. Tak menyusahkan langsung pun. Tugasan itu adalah seperti berikut :

5 perkara yang disukai tentang pemberi award:
1. Hana rajin singgah ke blog saya yang serba kekurangan ini
(down to earth kejap...)
2. Hana dah follow saya.. (thank you)
3. Hana comel... (pujian ini sungguh ikhlas yer)
4. Blog Hana cantik, menarik dan tertarik (mmg d'boom)
5. Hana seorang yang pemurah (sbb itu dia bagi award tu pada saya)

Ucapan kepada pemberi award :
Semoga Hana berjaya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Semoga terus berbahagia dengan pelajaran, keluarga, kawan2, geng blogger dan insan tersayang...

Tag orang yang blognya selalu ketagih nak lawat : (ohh yang ini sangat banyak sebenarnya tapi saya tag randomly saja yer)
Anda (Ya, anda yang lain pun boleh ambil award ni. Silalah, dan kalau rajin buatlah tugasan itu.)

Selamat menerima award dan selamat menyambut Nuzul Al-Quran.

7 comments:

hanisazla said...

kalau dah taip url add lebih laju dari add rumah tentulah tengah addicted tu kan??? he..he...

hana nabihah said...

waduh..mekaseh ada adegan banyak memuji dan ucapan..mekasih kakak :)

hanisazla said...

Hana, ikhlas tp jauh.. he..he..

zaidisign said...

sy tak penah tahu pun pasal award2 ni, aritu ade orang soh amik award, sy pun wat tak kisah jer, hingatkan dia saje nak men2 jr....
ghupernye memang ade blogger yg suke wat award ni yer.... sy pun nak wat gak satu lah, nanti leh dtg kat blog sy salu tau...

hanisazla said...

nnt bolehlah buat award jg. Klu nak ambil addicted award ni pun takde masalah. Thanks yer sudi singgah di sini. Nnt sy singgah ke blog zaidi lak..

dinas said...

woooww...
best nye..
dinas pon org br gak.. x smpi 3 bln dlm blog ni..
nak tny ek..
nape ade award2 tu ye?
n cm ne nk naik kan trafic feed kite ye..
sekadar nkbertanya..
shehhehe

hanisazla said...

Salam dinas. Thanks yer sudi singgah di sini.. Sy pun org baru jgk sebenarnya. Jd baru faham sikit2 psl award2 bagai ni. Tp based on toturial and info dr blogger lain, award ni mmg boleh menaikkan trafik. Sbb selalunya bila dpt award, kita kena tag pula blog org lain. (Ini antara tugasan yg biasalah) Jd benda ini akan berpanjangan. bila kita tag orang lain, orang lain pula akan tag kita balik dalam belog mereka. Jd dah tentu tagging ni akan menaikkan trafik antara sesama kita. Kiranya mcm gitulah kaedahnya...he..he..jwpn dari sy bdk baru belajar... BTW, Dinas boleh cuba dengan Addicted Blog Award tu.. Silalah ambil award tu klu sudi.