Nuffnang

Monday, August 23, 2010

Perhatian!

Baru sampai lagi dah buat muka boring
Han pun nak merasa gak scooter baru adik2nyer
Az, Is & Han
Gaya itu penting!!!


Malam minggu sebelum rabunya start puasa tu, kita orang bawak anak-anak main kat luar. Sesaja macam orang lain gak, ada outing terakhir sebelum masuknya bulan pose (tak pasal2 nak kaitkan orang lain dalam post aku... entah2 aku ajer kot yang buat gitu. Macam nanti2 dah tak boleh buat dah outing tu..)
Walaupun zaman scooter dah habis dah zaman kegemilangannya tapi anak bujang aku baru ajer dapat mende alah tu sebulan lepas. Sebabnya aku memang tak ajar anak2 aku bila minta gitu2 ajer terus dapat dengan senangnya. Jadinya lambat sikitlah dia orang dapat apa yang dia orang mintak tu. Tapi kalau benda2 reward untuk dia orang tu cepatlah aku gi belikan. Sebabnya dah janjikan, kenalah penuhi dengan kadar segera.

Malam tu kita orang sefamily pun pi lepak kat Putrajaya. Ingatkan nak lepak kat depan Masjid Putra tu, tapi separuh kawasan tu dah di tutup sebab ada construction apa tah. Jadinya kawasan yang tinggal tu agak packlah juga. So aku ckp dengan en.asben suruh drive terus ajer menghala ke area yang byk2 bangunan kementerian tu. Tapi sebab tak familiar sangat dengan kawasan tu, kita orang pun tak tahu nak lepak kat mana. Pusing2 last2 kita orang lepak kat area berdekatan dengan tapak floria aritu. Park keta tepi tu, kita orang pun duduk ambil angin sambil tengok anak2 main scooter dia orang kat situ.
Takde orang pun kat situ. Yang ada cuma satu kapel dating yang duduk agak jauh dari kita orang (orang datingkan, kenalah duduk jauh sikit dari orang). So aku ingat anak2 aku syok arr main kat situ. Sebab kawasannya lapang & lenggang. Nak main pun senang. Tak yah pikir nak terlanggar2 orang. Tapi kejap ajer anak2 aku main. Lepas tu depa dok join kita orang duduk kat bangku. Muka nampak tak seronok ajer. Jadi aku pun tanyalah nape taknak main lagi?

Alah, kat sini takde orang tengok. Mana best main kat sini...

Dengan selambanya Az menjawab begitu. Panas aje telinga aku. Oh, nak show off rerupanya. Wah2.. aku beli benda tu bukannya nak suruh korang berlagak depan orang. Aku suruh korang main. Maka apalagi, aku kan mak. Jadi macam mak-mak lain aku pun kenalah berleter jugak (eh..eh.. nape aku kena kaitkan orang sekali lagi ni. Agaknya sebab follower aku tak ramai lagi maka aku cenderung untuk cari geng kot. He.he... takdelah aku cakap ajer.. ececeh.. memalu lak)
Tapi bila difikirkan balik dan dipandang dari sudut positif kata-kata si kecik tu barulah aku dapat memahami apa sebenarnya yang ada dalam fikiran mereka. Kiranya, kalau sekadar nak bawak dia orang main kat tempat takde orang macam tu lebih baiklah depa dok main depan rumah. Main ajer tiga beradik kat situ. Ini dah main kat luar pun depa kena main bertiga jugak. Tentulah tak seronok. Baik takyah main kat luar kalau macam tu kan.
Hmm... betullah jugak. Setiap orang mahukan perhatian. Bukannya tujuannya nak berlagak atau pun menunjuk pun. Tapi kalau dapat perhatian, saingan, pujian tentulah lebih seronok dan bersemangat.

Macam kita tulis blog jugalah. Kalau ada perhatian dari orang tentunya lagi seronok. Ada orang nak baca, ada orang sedia nak komen, ada orang rajin nak tegur dan ada orang sudi nak follow tentu lagi seronok. Walaupun kebanyakkannya adalah cerita tentang kita, tapi kalau cerita itu dapat dikongsi dengan orang lain tentunya perkara itu akan jadi lebih seronok. Betul tak???

2 comments:

DiRa EaRTh said...

x baik menunjuk nunjuk az....

diana said...

setuju!!!
setuju dengan anak2 tu..
hehe..