Malam sabtu lepas kita orang dinner di luar selepas pulang dari bertugas untuk menjaga booth tempat kerjaku di KUD, Bukit Jalil. Seperti biasa dengan menggunakan alasan letih aku mengajak cik abang untuk membawa anak-anak makan di luar saja. Restoran pilihan kami malam itu ialah D'one Steak.
Fish & chips....(mine)
Portion untuk fish & chips, chicken chop tu nampak macam kecik dalam gambar tapi sebenarnya besar. Dah share pun still tak boleh nak menghabiskannya. Kenyang betul.
Chicken Burger... (Is) dalam byk2 menu yang ini jugak yg dia berkenan
Inilah menu yang di pesan. Avocado Ice Cream, Cheese Cake, Hot Chocolate and layer cake (takde dalam gambar)
Hangin betullah aku. Selalu tu bila mama depa suruh pesan makanan berat depa dok buat muka nak order ice cream jgk. Ini bila dah masuk kedai ice cream boleh pulak korang nak makan kek and minuman air panas pulak. Dua tiga kali aku dok tanya taknak ice cream ke. Bersungguh-sungguh semuanya mengeleng. Sudahnya aku order ice cream tu share dengan cik abang. Itupun tak habis jugak....
Anak oooh anak....
4 comments:
terliur dgn menu kat atas..nyam-nyam...ngee.....
nyum..nyum...
Hanis Azla: Perghhhhhhhhhhhhh......sedapnyer menu2 nih....:)
itulah.. bila tgk balik pun terasa teringin pula.. he..he..
Post a Comment