Monday, July 19, 2010

Yang di tunggu tak tiba...

Pagi tadi seorang teman pejabat yang agak rapat denganku menelefon untuk berbual setelah agak lama kami tidak dapat meluangkan masa bersama. Ini kerana agak lama dia bercuti kahwin. Setelah seminggu bercuti, hanya tiga hari dia berkerja sebelum menyambung semula cutinya untuk majlis di rumah mertuanya pula. Maka dicampur2 sudah hampir 3 minggu juga kami tidak keluar lunch bersama seperti selalu. Maka sudah lamalah tidak berkongsi cerita.

Kak, terima kasih ye sebab datang wed.saya hari tu...

Aku tersenyum mendengarnya. Sudah banyak kali dia mengucapkan ucapan terima kasihnya itu padaku. Namun dia masih tidak jemu mengucapkannya lagi dan lagi sehinggakan aku merasa sungguh seronok bila dapat membuatkan dia rasa gembira kerana kehadiranku. Seingatku pada hari langsungnya pun tidak sudah dia berterima kasih. Memeluk dan mencium tanganku sebagai tanda terima kasihnya itu. (Jarak umur kami dalam 10 tahun so dia hormat aku mcm kakak ok)

Manakan tidak, aku dan keluarga bersama-sama meraikan perkahwinannya di sebuah daerah di negeri pahang. Jarak perjalanannya mengambil masa 2 1/2 jam. Tapi kami berada di majlisnya hanya untuk 15 minit saja. Makan, bersalaman, ambil gambar sesnap dua dan lepas tu terus challo. Ini kerana kami terpaksa pula berkejar balik ke KL kerana ada undangan perkahwinan sahabat lain di sebuah dewan di Shah Alam pula. (tapi majlis yang ni kami tak sempat juga hadiri, maklumlah berjalan dengan anak2 jadi perjalanan jd tidak lancar kerana 2,3 kali terpaksa berhenti untuk urusan melepaskan hajat mereka...) Tapi niat tu yang penting untuk di ambil kirakan....
Untuk majlis di sebelah pihak suaminya, aku dan cik abg turut menghadirinya juga. Ini kerana suaminya juga berkerja di tempat yang sama dengan kami. Kalau ramai rakan sepejabat dapat kad kongsi2 untuk satu dept., tapi aku dapat kad individu. Maka terasa tidak enak pula andai tidak menghadirinya. Maka sekali lagi aku dengan berbesar hati memenuhi undangannya itu. Yang ni tidaklah jauh. Di Putrajaya saja. Sebenarnya bagiku, andai aku dapat kad yang kongsi2 malah kalau dapat undangan melalui e-mail sekali pun, InsyaAllah, dengan izinNya, panjang umur aku akan melapangkan masa untuk menghadirinya. Ini kerana bagiku setiap undangan yang kita terima tentulah besar hati orang yang mengundang itu andai kita dapat sama-sama meraikan majlisnya. Iye tak. Aku juga bersyukur kerana cik abgku seorang yang begitu menghormati jemputan orang. Maka tidak kira yang kahwin itu sahabatnya mahupun sahabatku, kalau ada masa, tak kira dekat ataupun jauh jaraknya dia akan bersedia membawa aku dan anak2 untuk memenuhi undangan itu. Tanpa sebarang alasan apatah lagi tolakan. Bagi kami setiap undangan itu punya kepentingan untuk kami hadirinya andai tiada perkara yang lebih utama untuk kami penuhi. Dengan kata nama lain wajib untuk kami menghadirinya. Sebenarnya bukan saja majlis perkahwinan, tapi majlis doa selamat, majlis hari jadi, majlis rumah terbuka dan segala majlis sekalipun kami akan cuba penuhi juga. Perkara ini membuatkan aku jadi hairan bila ada sesetengah orang yang selalu tidak ambil kisah dengan jemputan yang di terima. Tapi kalau orang tak jemput panjang benar muncungnya. Mulalah terasa hati sebab dia tidak dijemput. Siap pula tertanya-tanya...tak jemput ke? tak jemput ke? Sedangkan bila dijemput susah benar untuk memenuhinya. Sudah itu banyak pula alasannya, itulah, inilah... eeiii kalau sekali dua org percayalah jgk. Tapi kalau dah banyak kali... hmmm.... tapi tak baik bersangka burukkan... so biaq pi kat depa lah....

Tengah hari tadi terdengar teman-teman bercerita yang ada seorang teman ni terasa hati kerana tiada wakil langsung dari pejabat kami yang menghadiri majlis perkahwinannya minggu sudah. (mungkin faktor jarak menjadi sebabnya tp mcm x best pulak sbb wed yg lain pun ada yg lbh jauh lg) Tak semena-mena aku merasa sedih mendengarnya. Ditambah pula dek rasa ralat kerana aku juga tidak dapat memenuhinya kerana ada janji dengan anak-anak yang mesti dipenuhi. Kalau aku tahu kawan-kawan yang rapat dengannya pun tidak dapat menghadirinya, tentu saja aku tidak kisah untuk menjadi wakil pejabat untuk sama-sama meraikan majlisnya. Tentu dia sedih. Kad perkahwinannya di edar pada semua. Sorang satu okey, takde share2. Tapi dalam ramai-ramai itu, tiada sorang pun yang dapat memenuhinya... Aduhai....kecilnya hati.... please put ur self in her shoe, what would u feel.... klu i mmg sedih giler arr...syahdu seiii....

Berbalik pada orang yang susah sikit nak pergi majlis orang ni, ada kebaikannya juga padaku. (Ini tertakluk juga pada T&C... kalau keluarga atau sedara mara yang terdekat tu mmg takde kompromi, mesti di dahulukan juga no matter what..)Misalnya macam ni, dia jemput kita ke majlisnya. Ditakdikan ada orang lain yang mengadakan majlis pada hari dan masa yang sama. Jadi mudahlah kita nak buat pilihan untuk majlis yang mana satu yang perlu diutamakan... tapi kalau majlisnya tak berselisih dengan majlis lain, jangan risau, InsyaAllah, lambat ke cepat ke aku sure datang punya... Sebab aku ni jenis yang suka meraikan orang... walaupun orang tak bersungguh menjemput, tetap juga aku bersungguh nak datang...he..he..

Untuk my friend yang asyik berterima kasih tu, janganlah rasa terhutang budi pulak pada I. It's not a big deals for me to attend ur wed at dua2 belah side. Itu cuma tanggungjawab I sebagai seorang sahabat untuk meraikan majlis u... Kalau u berbesar hati menerima kehadiran I, begitulah juga besarnya hati i untuk memenuhi undangan u tu...

Hah, u all cuba check, ada jemputan tak untuk minggu ni? kalau ada, cuba penuhi tau... kalau takde, huhhh..lega... tak payah nak susah2 create alasankan..hu..hu..

ps...yg i dok citer org yg x kisah kenduri org ni bukanlah yg sekali sekala x dtg kenduri org, (aku pun kdg kala x dpt penuhi semua undangan gak) tp yg ni lbh kpd yg sokmo buat gitu (based on my own observation yek... kalau tersalah kata, tak kena bicara ataupun yg terasa maaplah ye)...

No comments:

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...