Nuffnang

Thursday, July 8, 2010

Hot FM Topik pagi... Kain Batik vs Kain Pelikat...

Tersenyum sendiri bila mendengar topik Hot FM pagi ini...
Mana tidaknya aku antara org2 yang tak reti pakai kain batik sama mcm Fafau gak... He..he... Umur dah 34 tahun, anak dah 3 tapi kain batik belum lagi menjadi pilihan untuk aku memakainya. Dari zaman kanak2 hingga masuk akil baligh mmg tak pernah pakai walaupun kain batik menjadi pakaian rasmi emak kat rmh. Entah kenapa aku lebih selesa pakai short/tight/track suit dgn t-shirt daripada pakai kain batik dengan
t-shirt... Mungkin antara sebabnya ialah susah benar nak mengikat kain tu biar sentiasa melekat di pinggang kot... Mcm mana org lain tu ikat yek?? Rasanya pertama kali pakai kain batik pun masa berpantangkan Han dulu. Waktu tu sbb anak pertama jd ikutlah ckp mak suruh pakai kain batik. Puas mak mengajar cara mengikatnya. Waktu tu kain batik mmg terlekat kukuh sbb aku selitkan kain batik tu di celah ikatan kain bengkong yng ketat. (sbb apa yg mak ajarkan tak menjadi) Jd mmg susah sikit kain tu nak melorot mahupun terburai. Tapi bila pakai time tido mmg tak selesa langsung.... terselak habis semuanya... Maklumlah tak biasa.. Mencabar betul rasanya nak pakai kain batik masa tu. Masa dalam pantang Is, pakai waktu awal2 jer. Lepas tu tak boleh tahan lama2 aku terus pakai seluar ajer.. ha..ha.. ikat bengkong atas seluar... dan bila nak terkucil punyalah susah. Nak kena bukak bengkong dulu baru boleh bukak seluar... Mmg leceh betul. Sebab dah susah2 bukak, kena susah2 ikat balik bengkong tu...tp walaupun leceh, kain batik tetap juga tidak menjadi pilihan. Masa dalam pantang Az, kain batik terus x jadi pilihan langsung. Seluar pun dah x jd pilihan lagi... Masa tu skirt panjang yang strech pulak jd pengganti kain batik. Senang benar hidup aku. Skirt tu dah ada getah kat pinggang, So mmg confirm tak jatuh. Pakai skirt ni pun duduk atau tido taklah terselak sgt sbb keluasannya
terhad... jd masih dalam kawalan lg.... Agak2nya Han pun nnt tak reti jgk nak pakai kain batik. Iyelah aku yang ada influence dari emak pun tak dapat nak ikut. Inikan pulak bila Han langsung tak dpt influnce dari mamanya... Tentulah lg tiada harapan utk dia memakainya...

Tapi kain pelikat masih menjadi pilihan cik abang, Is & Az. My cik abang mmg selesa pakai kain pelikat bila di rumah. Alternate dgn short. My boys plak pakai kain pelikat buat solat.
Kiranya kain batik dah tak popular untuk our family but kain pelikat terus menjadi pilihan...

U all pulak tahu ke pakai kain batik or kain pelikat?

1 comment:

DiRa EaRTh said...

last time pakai bila ada kem kat sekolah, tu pun kat rumah dah belajar awal2. kang salah pakai....malu la jawabnya....