Sejak bulan lepas seantero dunia begitu havoc dengan kemeriahan Piala Dunia 2010 yang berlangsungnya setiap 4 tahun sekali. Di sana sini kecoh bersembang mengenai kemenangan dan kekalahan pasukan pilihan masing-masing. Disebabkan pasukan Malaysia masih belum ada rezeki untuk berpeluang bermain di piala dunia maka orang2 Malaysia bolehlah memilih pasukan pilihan masing2 mengikut negara dan pemain kesukaan mereka dengan senang hati. Maknanya kalau kalah tak rasa ralat benar dan kalau menang pun dapatlah berkongsi rasa happy. Dan apalagi bolehlah mengejek pasukan pilihan kawan2yang kalah he..he... Itu semua kalau mengikut pendapatku.
Malam semalam kami sekeluarga menonton perlawanan di peringkat suku akhir. Argentina vs Jerman... Oleh kerana my hubby menyokong pasukan Argentina, maka kami anak beranak pun turut sama menyokong pasukan itu...Di tambah pula anak2 cukup mengenali Messi yang merupakan duta maxis untuk piala dunia ini. Gelaran pemain terbaik dunia membuatkan anak2 akan menjerit2 bila Messi beraksi. Begitu menarik permainannya disamping kawalan bola yang baik. Setiap bola yang sampai kepadanya bagaikan melekat di kakinya. Wajahnya yang comel juga membuatkan aku turut meminatinya...
Namun malam tadi bukan malam yang baik untuk pasukan Argentina dan Maradona... Pasukan Jerman dengan begitu cemerlang telah menempah tiket ke peringkat separuh akhir dengan kemenangan 4 berbalas 0 hu...hu... sedih arr my hubby... but kami yang lain rasa biasa aje... tak kisah sangat pun...
Pagi ini seperti biasa di hari minggu anak2 akan bertanya nak pakai baju apa? Nak pakai baju jalan atau baju rumah saja? (soalan wajib tiap hujung minggu) Oleh kerana raya pun dah nak dekat maka aku suruh mereka pakai baju jalan saja walaupun tiada plan untuk ke mana2 hari ini. Tarik punya2 tarik AZ pun tertarik baju baru yang dah lama tak berpakai... ini semua aku punya kerjalah ni. Beria menyusun baju sampaikan dah terlupa ada baju yang jarang benar berpakai terperosok di lipatan di belah bawah... Rasanya baju tu aku beli waktu piala dunia 2006... he..he.. masih baru sebab baru 2/3 kali pakai... Dan kerana tiada saiz kecil waktu tu aku belikan AZ yang waktu tu berumur 2 tahun dengan saiz 4. Maknanya di umur 6 tahun kini baju itu masih elok lagi dengan saiz tubuhnya yang tidaklah sebesar mana...
"Eeii baju Argentinalah baby" ejek IS.... Kelat aje muka AZ mahu memakainya kerana pasukan itu baru saja kalah malam tadi. Namun dek kerana gabungan warna biru dan putihnya mungkin nampak menarik di matanya maka sambil tresenyum malu akhirnya baju yang bertulis ARGENTINA di hadapan dan belakang baju dengan logo Argentina di belah bawahnya itu di sarungkan di badannya. Selepas itu dengan bangga pula dia menjerit2... Yeaahhh Argentina...Baby ni Messi...Langsung tidak kisah walaupun pasukan dan pemain itu sudah kalah semalam...
Iyelahkan kita kan orang Malaysia... apa ada kisah kalau Argentina kalah.. he..he.. betul tak ayah???

No comments:
Post a Comment