Tuesday, July 27, 2010

Western food vs Ice Cream

Makan2 Episod 1...

Malam sabtu lepas kita orang dinner di luar selepas pulang dari bertugas untuk menjaga booth tempat kerjaku di KUD, Bukit Jalil. Seperti biasa dengan menggunakan alasan letih aku mengajak cik abang untuk membawa anak-anak makan di luar saja. Restoran pilihan kami malam itu ialah D'one Steak.

Fish & chips....(mine)


Sizzling chicken errr... alamak lupa full name... (Cik Abg)

Chicken Chop... (Han)

Portion untuk fish & chips, chicken chop tu nampak macam kecik dalam gambar tapi sebenarnya besar. Dah share pun still tak boleh nak menghabiskannya. Kenyang betul.


Chicken Burger... (Is) dalam byk2 menu yang ini jugak yg dia berkenan


Air asam boi, tembikai, milo suam and milo ais.... gelas dia besar. Kita org share2 pun x habis. Except for Milo ais tu. Mmg licin Az kerjakan sebab macam selalu dia tak berminat nak makan.

Lepas makan aje Han buat permintaan yang di persetujui oleh Is juga.

lain kali kita pergi restoran biasa ajelah mama. Makan nasi goreng lagi best. Makan macam ni besar sangat tak larat nak habiskan.
Aku dengan cik abang pun berbalas pandangan. Alahailah anak. Selalu tu bila bawak makan kat restoran biasa korang asyiklah nak order chicken chop or segala bagai western food yang lain. Bila dah bawak restoran western food korang nak makan nasi goreng pulak....

Makan2 Episod 2

Hari ahad tu lepas habis kelas renang kat Precint 16 Putrajaya, kami singgah di Restoran Ice Room pulak. Selalu tu tiap kali lalu kat depan restoran warna hijau ni asyik terjengguk-jengguk aje kepala semua. Jadi untuk melegakan hati semua terutamanya hatiku, maka petang itu kami pun melepaklah kat situ.

Inilah menu yang di pesan. Avocado Ice Cream, Cheese Cake, Hot Chocolate and layer cake (takde dalam gambar)

Hangin betullah aku. Selalu tu bila mama depa suruh pesan makanan berat depa dok buat muka nak order ice cream jgk. Ini bila dah masuk kedai ice cream boleh pulak korang nak makan kek and minuman air panas pulak. Dua tiga kali aku dok tanya taknak ice cream ke. Bersungguh-sungguh semuanya mengeleng. Sudahnya aku order ice cream tu share dengan cik abang. Itupun tak habis jugak....

Anak oooh anak....

4 comments:

Lulu Caldina said...

terliur dgn menu kat atas..nyam-nyam...ngee.....

Hanis Azla said...

nyum..nyum...

azzey said...

Hanis Azla: Perghhhhhhhhhhhhh......sedapnyer menu2 nih....:)

Hanis Azla said...

itulah.. bila tgk balik pun terasa teringin pula.. he..he..

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...