9 Mei 2013.. Alhamdulillah.. hari ini genap 15 tahun perkahwinanku dengan en.asben. Alhamdulillah.. untuk 15 tahun yang indah dan bahagia. Alhamdulillah.. kerana Allah meminjamkan pasangan yang cukup baik buatku. Juga ayah yang terbaik buat anak-anakku. Syukur Alhamdulillah.. Sebagai manusia biasa, kekurangan diri pastinya ada. Tapi kelebihannya cukup banyak untuk dikira. Bergaduh dan berbeza pendapat memang selalu. Tapi dengan bergaduh dan berselisih pendapat itulah kami dapat kenal diri masing-masing dengan lebih baik lagi. Dengan bergaduh juga hubungan kami menjadi lebih erat dari hari ke hari. Doaku, semoga hubungan kami kekal hingga ke akhirnya. Semoga kami dapat bersama dan terus berkasih sayang hingga ke Syurga.. InsyaAllah.. Buat en.asben, thank you MY LUV..
Untuk ulang tahun ke 15 tahun ini kami dah beli Macbook Air sebagai hadiah buat kami. Subhanallah.. ianya sangat nipis. Yang bestnya, kami dapat Macbook Air tu dengan harga yang cukup menarik.. wink-wink.. Suka-suka.. Terima kasih untuk adikku. Rezekinya telah menjadi rezeki untuk kami dapat Macbook Air dengan harga yang rendah. Dia dapat Macbook Air tu sebagai team performance incentive di tempat kerjanya untuk bulan Mac kut. Alhamdulillah, untuk bulan april, team dia dapat pulak gandakan lagi pencapaian dia orang. So, dapat lagi incentive yang sama. Bila dia tanya aku nak tak Macbook Air tu aku terus tanya en.asben. Tak perlu berfikir panjang en.asben cakap nakkkkkk..
Hari isnin baru ni adik aku hantar ke rumah kami siap dengan kotak dan plastik yang belum berusik lagi. Buka aje kotak memang aku dan en.asben dah tertawan dengan Macbook Air tu. Adik aku pun siap sayang pulak nak jual he..he.. jangan nak mengada. Bila lagi kami nak beli Macbook Air dengan harga yang sangat best tu. Sebenarnya aku berangan-angan nak beli pakej bulan madu ke Bali. Disebabkan banyak agenda untuk beberapa bulan ni jadinya terpaksalah aku tangguhkan dulu impian tu. Tapi aku tak sedih sebab dengan harga pakej bulan madu tu kami dapat Macbook Air pula. Best bangat deh. Alhamdulillah..
Our honeymoon package.. oppps our lovely MACBOOK AIR... |
31 comments:
selamat ulangtahun perkahwinan kak :) semoga terus kekal bahagia, bergaduh belaka,bergelak ketawa bersama sehingga ke jannahNYA,AMIN!~
wow best tu macbook air. anyway happy 15th anniversary. semoga kekal bahagia hingga akhir hayat. aminnnn
Tahniah kak, semoga kekal bahagia ke akhir hayat..Bestnya dapat Macbook Air ni...:)
semoga barakah Allah stsa memayungi akak sekeluarga..
satu lg.. moga dgn laptop baru.. idea utk berkarya lebih mantap kaann. :D
Tahniah... alhamdulillah.. moga terus berkekalan bahagia hgga akhir hayat... :)
Selamat ulangtahun perkahwinan buat Hanis dan en asben. Ummi doakan kekal hidup berkasih sayang hingga ke syurga.
Wow Macbook Air, ada lebih ke?nak beli juga, hehe.
Alhamdulillah...
semoga kasih sayang akak & suami berpanjangan hingga ke syurga dan sentiasa dirahmati Allah
happy anni kak! semoga dipanjangkan jodoh n loving couple selalu yee! heheehe
alhamdulillah...hepi aniversari...wah ..teruja sungguh kak li tgk hadiah tu...mesti lebih bersemangat n idea pun non stop seiring ngan kelajuan macbook tu..he he
Selamat Ulangtahun perkahwinan kamu yg ke 15thn sis...ohh rupanya kita berkongsi bulan yg sama utk anniversary..Semoaga ikatan ijab bersaksi kamu kekal abadi yer sis..doakan yg terbaikkkk buat kamu...LUV ya....
Selamat ulang tahun perkahwinan kak .. Moga bahagia hingga ke jannah
selamat ulangtahun perkahwinan akak... moga terus bahagia sampai syurga. in shaa Allah
Dah 15 tahun duduk sebumbung, tidur sebantal, anak pun dah besar-besar jgn gaduh-gaduh bila nak guna hadiah tu hihi... (kakak nak kacau Hanis di hari bahagia ini)
Moga terus mendapat limpahan keberkatan - Happy 15th anniversary!!
alhamdulilah..semoga bahagia selama-lamanya...
Happy anniversary kak..
moga dipanjangkan jodoh,moga terus berkasih sayang & mnjadi teladan yg baik utk anak2...nini syg akak!
Assalamualaikum Hanis
Alhamdulillah
moga terus bahagia hingga ke Syurga
Hepi anniversary yg ke 15 buat Fea dan suami,semoga kekal bahagia.
Jom join bloglist kak Nurul.
tahniah semoga berkekalan ke akhir usia
Tahniah & happy anniversary.
Happy anniversary, Hanis. Semoga kebahagiaan Hanis & suami serta anak2 akan berkekalan hingga ke syurga, amin :)
Selamat Ulangtahun Perkahwinan HANIS, semoga terus sejahtera rukun aman damai dan jodoh kekal selamanya.
Selamat menjadi pengguna Apple! Best woooooo!
Happy anniversary... :-) waah dh 15thn dah...moga kekal bhagia selamanya.. amin...
Alhamdulillah... dpt benda best..syokkknye..
Alhamdulillah, tahniah kak.. happy anniversary moga bahagia selalu
Alhmdulillah ...selamat ulang tahun perkahwinan dear...semoga kbhgiaan yg dikecapi terus berkekalan ...
Semoga rahmat Allah mengiringi kalian selamat ulangtahun perkahwinan
happy anniversary
kak...
selamat berbahagia hingga ke syurga ye...xoxo
Selamat ulangtahun perkahwinan yang ke 15 Fea, Semoga terus bahagia hingga ke syurga....aminn.
happy anniversary :) bestnya dpt macbook
salam,
15 tahun bagaikan cepat berlalu ye
semoga kekal bahagia berkasih sayang
hingga ke jannah...amin!
happy anniversary hanis..moga bahagia selalu.
Post a Comment