Wednesday, May 8, 2013

Aikido...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. hari sabtu lepas Az dah join kelas aikido. Itu pun selepas kami bertegas. Kalau ikutkan dia, semua kelas dia tak nak join. Balik rumah hari sabtu tu dah siap pakai gi (baju) aikido. Terus nampak macam mini en.asben.  Jadinya sekarang ni en.asben dah ada geng nak praktis aikido kat rumah. Seronok juga tengok dia orang praktis. Az pun tengah gigih nak belajar rolling dengan ayah dia. Nampaklah yang dia berminat dengan aikido tu.  Sebelum ni belajar muzik separuh jalan. Belajar berenang pun separuh jalan. Kakak dan abang boleh aje teruskan. Tapi dia, asyiklah cakap tak nak teruskan. Harap-harap Az akan berminat untuk teruskan kelas aikido ni. Kalau ada warga Bangi atau Putrajaya yang berminat untuk join kelas aikido atau menghantar anak ke kelas aikido, bolehlah ke Bandar Baru Bangi Dojo (HQ) : My Aikido Dojo, Lot 907G, Kompleks Diamond, Bangi Business Park, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor D. Ehsan Contact: Dojo Cho : Yusof Kushairi (0123919372)(yusof138@gmail.com)

Jom join Aikido..

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah, semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.

13 comments:

ummiross said...

Waa nampak sangat bergaya Az dengan gi aikidonya.

Kakzakie Purvit said...

Anak kakak dulu semua join taekwondo tapi bila masuk tahun 6 semua berhenti...

Punca kakak masukkan dulu sebab tak mahu kena buli..

Anonymous said...

Wah bestnya

Murni Alfathunnisa said...

ye betul..hensem segak bergaya gitu.

Izwa Kamaruddin said...

hensem nyerrr :)

Kakcik Seroja said...

Bergayanya Az.

Mudah2an Allah SWT merahmati kita semua, ya Fea. :)

Dinas Aldi said...

Nampak kemas & bergaya dalam uniform putih aikido tu :)

Alkisahnya... said...

Mama bila lagi nak join aikido pulak...

Eye_nee said...

Bongsu kan...Manja lebih ni Az....nak kena paksa baru boleh mahu ikut yer..

lizz said...

waa bestnyer belajar aikido...anak saya mesti suka gak ni...

LYAfrina said...

wahh..lps ni blh mempertahankan diri utk kebaikan & kalo dibuli

Dr K said...

bagus belajar seni mempertahankan diri ni..exercise, dan berguna di saat kecemasan..Hope Az akan bertahan :)

gadisBunga™ said...

aikido ni ada tali pinggang jugak eh?

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...