Thursday, May 23, 2013

Jealous...

Assalamualaikum..

InsyaAllah, esok cuti persekolahan akan bermula. Tentu ramai yang sudah merancang untuk bercuti ke mana-mana. Tahun lepas pada tarikh ini, aku sudah dalam perjalanan untuk menunaikan ibadah umrah dan ziarah. Dalam banyak perkara, selalu terasa seperti terlalu cepat masa berlalu. Semacam baru semalam melaluinya tapi sudah setahun rupanya ianya berlaku. Tapi untuk ibadah umrah, walaupun baru setahun tapi terasa macam sudah lama benar peristiwa itu berlaku. Rindunya bukan kepalang. Perasaan ingin pergi lagi jadi memuncak-muncak kerana terasa sudah lama benar meninggalkannya. Walaupun kenangannya masih segar tapi kenangan dan realiti tetap dua perkara yang tidak sama. Alhamdulillah.. pada ketika ini, ramai teman-teman yang sedang dan akan pergi untuk menunaikan ibadah umrah. Subhanallah.. seronoknya. Dalam rasa seronok, terselit juga rasa cemburu. Bukan cemburu kerana mereka dapat pergi. Tapi cemburu kerana aku juga mahu pergi. Subhanallah.. benarlah kata orang yang Tanah Suci Mekah dan Madinah adalah tempat yang paling indah dan seronok untuk kita pergi. Bila sekali sudah pergi terasa ingin pergi lagi berkali-kali. Orang yang tidak pernah sampai pun hatinya sudah terasa rindu untuk ke tanah haram, orang yang pernah sampai tentulah terasa lebih rindu.

Alhamdulillah.. ada beberapa tempat yang aku sudah berpeluang untuk pergi. Tapi perasaannya tetap tidak sama dengan rasa ketika ke Madinah dan Mekah. Kalau destinasi lain, bila kita sudah pergi memang masih ada rasa ingin pergi lagi. Tapi bila mendengar cerita orang lain yang baru pergi tidak pula terasa cemburu. Selalu rasa macam, seronoknya. Bagusnya mereka dapat pergi. Tapi takpe, aku pun dah pernah pergi. Tak pergi lagi pun takpe. Jadinya terasa macam tiada hal. Tapi bila destinasinya adalah Tanah Suci Mekah dan Madinah, rasa cemburu itu memang cukup terasa. Ianya macam.. aku pun nak juga pergi.. aku mahu pergi lagi.. Subhanallah.. indahnya kalau dapat pergi lagi. Semoga ada rezeki untuk aku dan kita semua untuk menjejakkan kaki ke Madinah dan Tanah Haram. Semoga ada rezeki untuk aku dan kita semua untuk menjadi tetamu Allah. Subhanallah.. rindunya pada Rasulullah saw, pada kaabah, pada air zam-zam, pada masjidil haram, pada masjid nabawi, pada raudah dan pada segalanya yang ada di sana. Kepada teman-teman yang akan menunaikan ibadah umrah, semoga segalanya dipermudahkan. Untuk teman-teman yang sudah selamat menunaikan, semoga mendapat umrah yang makbullah, insyaAllah.

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah, semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.

10 comments:

Kakzakie Purvit said...

Setuju benar Hanis. Rindu utk ke tanah suci itu dipanggil Matsabah Hanis bukan macam kita rindu suami kita bila dia outstation. Rindu yg ini lain:)

Insya-Allah kita akan jejaki lagi tidak lama lagi. Kakak pun merinduinya juga.

Hanis Azla said...

Salam kak zakie..

Alhamdulillah.. pertama kali saya tahu mengenai perkataan matsabah tu.. terima kasih atas perkongsian ilmu.. TQ kak..

Hudalatip said...

Satu hari nanti pasti akak akan berpeluang ke sana lagi. Macam tak caya la kak, kejap je dah setahun akak pergi rasa cam baru je akak g sana kan..

Eye_nee said...

As-Salam Sis..
Akk yg tidak pernah pergi yg cuma hanya menyimpan niat ingin kesana ni pun..bila dgr mak, suami dan kaklong bercerita dan keinginan serta kerinduan mereka utk kesana semula...akk rasa teruja sgt nak pergi....

ummiross said...

Ummi pun rindu juga Hanis, insyaAllah sama2 kita berdoa agar dapat menjadi tetamuNya lagi.

umiawadah said...

impian saya juga ke sana...mudah-mudahan Allah murahkan rezeki kita ye..

JunAina said...

Aina simpan niat nak gi satu family dan nak bawak mak jugak. Teruja dgn pengalaman kawan2 kat tanah suci.

Alin Marlini said...

Saya jg cemburu tp nak lpskan mak abah pg dulu

Dinas Aldi said...

Betul la Hanis. Mak akak yg dah beberapa kali pi dulu pun masih lagi nak ke sana lagi. Macam mana la agaknya pengalaman di sana tu, mesti indah sangat sampai dia selalu terkenang2, sama macam Hanis :)

Nina Mads said...

in shaa allah ada peluang itu mesti hanis pergi kan :)

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...