Thursday, May 16, 2013

Sayang.. sayang..

Assalamualaikum..

Rindunya nak mencoret di sini. Bila dah lama tak menulis di sini terasa mahu berhenti terus pun ada. Tapi rasa sayang mengatasi segalanya. Sayang-sayang.. Lebih-lebih lagi bila membaca entry-entry lama. Rasa seronok juga dapat mengimbas cerita yang pernah terjadi dalam hidup kita. Bila dah macam tu, rasa nak berhenti bertukar kepada misi menaip entry baru.

Kebelakangan ini aku agak sibuk. Macam-macam perkara yang disibukan. Walaupun aku sendiri tak tahu apa yang disibukan tu he..he.. Penyibuk agaknya aku ini ha..ha.. Oh ya, aku nak kongsi satu cerita. Walaupun ianya tak berapa relevan dengan waktu ini, aku tetap nak cerita juga. Walaupun raya lambat lagi aku tetap nak beritahu juga. Aku nak beritahu yang aku BARU PANDAI MENGANYAM KETUPAT he..he.. akhirnya selepas berusia 37 tahun.

Walaupun ianya satu hal yang biasa tapi entah mengapa aku rasa macam gempak habis. Mana taknya, dah berapa tahun aku belajar. Tapi baru tahun ni ilmu tu menjadi. Rasanya, bukan salah orang yang mengajar. Tapi salah aku sendiri yang tak masuk ajar. Mungkin sebelum ini, aku tak faham cara. Bila kita faham cara orang yang mengajar itu, memang proses pembelajaran menjadi cukup mudah.. Alhamdulillah..

Bercakap tentang proses belajar dan mengajar, insan yang paling terkait dalam situasi itu adalah GURU. Besar betul jasa seorang guru pada kita semua kan. Sempena Hari Guru pada hari ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Guru  pada semua guru-guruku, guru-guru ibu bapaku, guru-guru suamiku, guru-guru anak-anakku dan pada semua yang bergelar Guru. Terima kasih, Cikgu. Sayang, Cikgu. Semoga Allah memberikan ganjaran yang terbaik buat semua para guru.

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah.. semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.

19 comments:

Izwa Kamaruddin said...

Ingat lagu Aliff tu..sayang sayang sayang :)

NM03 said...

ye kak? mestila rasa diri hebat kan kak... nak menganyam ketupat bkn satu perkara yang mudah utk dipelajari. saya ni tiap kali raya mesti belajar tapi tak penah le berjaya. bila dpt tau mcm akak, kalu saya pun saya canang satu kg. hahaha

Eye_nee said...

Tahniahhhhh...dapat menganyam ketupat dgn jayanya....akk pandai anyam umur 8 thn sis...sbb nya...bila waktu nak raya mak akan ambil upah anyam ketupat dan hantar ke kedai2 kat kg akk....

JunAina said...

Orang Perlis biasanya hari raya hidangkan ketupat palas malangnya sampai hari ni Aina memang tak reti nak membalutnya, kadang2 tu sampai naik hitam pulut tak jadi2 jugak. Kalau jadi pun bila rebus masuk air pulak coz ikat tak kemas.

Selamat hari guru buat semua cikgu.

Murni Alfathunnisa said...

assalam kak hanis,

tahniah! better late than never kak..hehe...saya pun baru reti menganyam ketupat palas, raya tahun lepas. sebelum2 ni tolong makan je...hehe...

selamat hari guru buat semua guru2 yang membaca blog kak hanis :-)

whitecappuccino said...

tq hanis for the wish...akak pun tak pandai bungkys ketupat..

ummiross said...

hehe..tahniah Hanis, memang seronok kan bila dapat skil baru. Ummi ni dah tua2 pun belum pandai lagi menganyam ketupat, pandai makan je.
Selamat hari guru buat semua guru yang singgah kat blog Hanis.

fazrulnoor said...

semua org mesti pernah ade guru..hahahaha..tq guru

Kakzakie Purvit said...

Ewah... raya tahun ini dah bolehlah beli daun kelapa anyam sendiri - tahniah dari kakak:)

Tanpa guru tak ada org bijak-pandai ye Hanis.

-Sara- said...

samalah sara pon kak, agak kebizian dh lame xblogging..

aizamia3 said...

part menganyam ketupat ni dah makin tumpul skillnya.. nak kena ada cikgu (pak sedara) baru reti buat.. kalau dia takde jenuh gak nak membuatnya.. ;)

Nini D.. said...

Nini jgn kata anyam ketupat...anyam tikar lansung ke laut..nasib baik boleh anyam tikar guna kertas warna utk subjek pendidikan seni time sekolah dulu.tp,huru hara la sikit rupa tikarnya.

Ati Masrif said...

salam fea,

jangan berhenti menulis
nanti kita rindu nak baca coretan fea tau
kak ati kan peminat fea :)

tak reti menganyam selalu pun
masak nasi impit je ..hihi

azian said...

lerr....hihihi
baru pandai menganyam ke kakak...takpe2....thn ni raye buat anyam ketupat sendirik ek...hihi

kurus said...

setiap hari kita belajar kan kak .. x pernah jemu ;)

kueh bakar said...

"Bila dah lama tak menulis di sini terasa mahu berhenti terus pun ada"

so true.

Dinas Aldi said...

Lega boleh anyam ketupat, lepas ni tak payah beli lagi dah, terus buat sendiri saja :)

MulutPayau said...

seronoknya bila dah pndai anyam ketupat..akak jugak yg tak pandai2 walau bnyak kali blajar....

Nina Mads said...

tak pandai menganyam ketupat lg..hehe

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...