Tuesday, January 7, 2014

Tips untuk anak dapat 5A dalam UPSR..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. ini merupakan entryku yang pertama untuk tahun 2014. Semoga pengisiannya dapat memberi manfaat untuk diriku dan orang lain juga. Entry ini sebenarnya untuk bacaanku sendiri kerana aku juga memerlukan tips ini untuk Az nanti. Juga untuk teman-teman yang bertanyakan tips ini dariku (Miza, Taty.. this is for you kalau u all baca entry ni lah). Memang segan sebenarnya nak buat entry ni. Masa taip tajuk tu aku dah malu sendiri. Anak-anak baru dapat 5A dah sibuk nak bagi tips kat orang lain. Aku tahu diri dan aku sendiri tahu yang aku tak sebagus mana. (Aku cuma batch pertama UPSR he..he..) Tapi bila difikirkan semula, apa salahnya kalau aku berkongsi. Mana tahu dengan cara ini anak orang lain juga boleh memperolehi keputusan yang sama seperti anak-anakku. Han dan Is bukan dari pelajar yang konsisten keputusannya. Kejap turun kejap naik.. itu biasa. Tapi bila dah berusaha dan ada rezeki, impian yang besar boleh juga dikecapi.  Aku pun dapat tips dari orang lain. Selainnya dari pengalaman sendiri. Bagi aku ianya cukup berguna untuk aku.  Aku sendiri tak akan rugi apa-apa kalau berkongsi. Kalau menjadi, Alhamdulillah. Jika tidak, mungkin bukan rezeki dan tidak rugi pun untuk kita mencuba. 

Mula dari awal
Di sekolah anak-anakku, sejak dari minggu pertama tahun 6 lagi pihak sekolah sudah memulakan persiapannya. Dari minggu pertama lagi, bacaan surah yaasin diadakan pada setiap hari jumaat. Bila sekolah sudah mulakan persiapannya sejak dari awal, maka aku juga perlu mulakan pemantauanku sejak dari awal. Tak boleh nak harapkan pihak sekolah saja. Ibu bapa sendiri kena mengambil peranan. Macam aku, aku tahu bagaimana pencapaian anak-anakku. Aku juga tahu anak-anakku memang jenis leka dan banyak main. Jadinya aku tak boleh bertangguh untuk membuat persediaan sejak dari awal. Sebab itulah aku nak buat entry ni sebagai entry pertama agar teman-teman dapat mempraktikkannya sejak dari awal juga, insyaAllah.

Tuisyen
Pada aku tuisyen ni penting. Tak kiralah tuisyen di sekolah ataupun di luar. Kena pastikan anak-anak mengikutinya. Setidak-tidaknya, anak-anak kita akan dapat lebih kefahaman bila ada sesi pembelajaran tambahan. Macam aku, anak-anak hanya kami hantar ke pusat tuisyen untuk tahun peperiksaan besar saja. Selain dari tu anak-anak sekadar membuat latihan di rumah. Lagi pula, en.asben memang tak mahu anak-anaknya penat bila perlu mengikuti tuisyen selama bertahun-tahun. Untuk pusat tuisyen juga, pastikan yang pembelajarannya kena dengan anak kita. Ada banyak pusat tuisyen yang bagus. Tapi yang bagus tak semestinya sesuai dengan anak- anak kita. Disebabkan itu, setiap lepas tuisyen aku akan bertanya pada anak-anak bagaimana penerimaan dan pemahaman mereka. Lihat juga keputusan peperiksaan mereka. Meningkat atau menurun. Maksud aku di sini, tuisyen bukan sekadar menghantar anak-anak untuk mengikuti kelas tambahan saja. Tapi kita kena pastikan anak-anak dapat manfaat yang secukupnya dari kelas tambahan itu.

Latihan
Membuat latihan memang perlu diperbanyakkan. Rasanya sejak dari darjah dua aku dah mula beli buku-buku latihan untuk anak selalu buat latihan. Tapi tanpa pemantauan, ianya takkan memberikan sebarang faedah. Di rumah ada berlambak buku-buku latihan yang hanya disentuh separuh oleh anak-anak. Ada juga yang langsung tidak disentuh. (Membara okey.. he..he.. tapi aku tahu, aku pun salah juga. Sibuk membeli dan menyuruh tapi aku langsung tak pantau). Disebabkan itu, ketika di tahun 6 aku tidak lagi membeli buku latihan tambahan. Tapi aku pastikan buku-buku latihan yang aku beli sebelum itu digunakan sebaiknya. Latihan di surat khabar didik Berita Harian juga banyak membantu. Di sekolah anak-anakku, surat khabar didik BH memang diwajibkan untuk para pelajar membuat latihan. Kalau ada kerja rumah memang aku akan pastikan kerja rumah disiapkan terlebih dahulu. Selepas itu, kena buat latihan. Walaupun sikit, latihan perlu juga dibuat hari-hari.

Astro Tutor TV
Untuk aku, Astro Tutor TV juga banyak membantu. Lebih-lebih lagi untuk anak-anak yang liat nak buat latihan. Ini kerana pembelajarannya menggunakan konsep latihan dan penerangan. Di rumahku, rasanya sejak dari januari, memang Astro Tutor TV dah jadi rancangan wajib. (Sampaikan aku kena beli satu lagi dekoder astro sebab satu dekoder tu memang khas untuk Astro Tutor TV sahaja). Anak-anak buka kartun aje aku minta tukar ke saluran Tutor TV. Tak kisahlah anak tengok tv tu atau tv tu tengok anak aku suruh juga mereka pasang Astro Tutor TV tu he..he.. Sebab kalau tak tengok sekali pun masih boleh dengar. Rancangannya juga berulang-ulang, jadinya memang boleh dapat lebih kefahaman. Ramai yang complain bila bil astro naik kan. Jadi, kita ambil manfaat dari kenaikan itu sebaiknya dengan Astro Tutor TV. Untuk UPSR di saluran 601 ya.

Doa
Semua orang tahu yang doa itu senjata untuk orang islam. Jadi gunakanlah sebaiknya. Doa ibu itu kan makbul. So, jangan lupa untuk selalu berdoa agar anak-anak kita cemerlang di dunia dan di akhirat. Doakan anak kita agar memperolehi 5A dalam UPSR. Bukan waktu anak nak periksa saja baru kita berdoa. Tapi sejak dari awal lagi. Selain itu ingatkan juga suami dan anak-anak untuk turut berdoa. Kalau nak minta orang lain untuk sama-sama berdoa pun boleh.  Bila ada orang bertanya, tahun ni anak UPSR kan? Aku jawab ya. Tolong doa-doakan ya. Tak salah kita meminta orang untuk sama-sama mendoakan. Mana tahu doa mereka diterima oleh ALLAH dan anak-anak kita akan dapat keputusan yang cemerlang. Ambil waktu-waktu mustajab untuk berdoa. Ingatkan anak-anak juga. Ketika azan, berdoalah. Ketika hujan lebat, berdoalah. Ketika bermusafir, berdoalah. Disamping berdoa selalu-selalulah sedekahkan surah Al-fatihah untuk anak-anak kita. Jangan lupa untuk mendoakan guru-gurunya sekali.

Solat
Solat jangan tinggal. Kalau berjaya dan cemerlang tapi tak solat pun tak guna juga kan. So solat memang kena jaga. Bukan kata ibu-bapa, anak-anak pun sama. Selain solat wajib, rajin-rajinlah juga untuk bersolat sunat hajat. Yang ini pun bukan ibu bapa saja yang kena buat. Anak-anak pun kena bangun buat solat hajat juga. Kalau kita bangun buat solat hajat, kejutkan suami dan anak-anak sekali. Dengan cara ini kita juga dapat mendidik anak-anak agar bila inginkan sesuatu kita perlu memohon hanya kepada ALLAH. 

Al-quran
Al-quran pun tak boleh tinggal. Yang ini memang hari-hari kena ingatkan. Kalau kita lupa mereka pun leka. Dalam seminggu tu cubalah cari masa untuk mengaji bersama satu keluarga. Kalau dah khatam kena pastikan hari-hari anak-anak tetap kena baca Al-quran. Harap-harap mereka dapat jadikan perkara itu amalan sepanjang hidup. 

Tekanan
Jangan bagi tekanan pada anak-anak. Sebab budak-budak sekarang ni tak boleh dijangka. Macam-macam cerita yang kita dengar kan. Tapi aku ambil pendekatan menyesal dahulu pendapatan. Menyesal kemudian tak berguna. Kalau result  bulanan atau penggal bagus aku puji dan terus bagi semangat dan dorongan. Kalau  merosot aku tunjukkan yang aku memang frust. Memanglah anak-anak tak kisah sangat. Tapi untuk seminggu dua selepas periksa tu nampaklah sikit effort mereka untuk lebih rajin belajar bila tengok mama sedih. Tapi itu pun kena pastikan anak-anak faham kenapa kita frust. Kita frust bukan sebab markah mereka. Tapi sebab usaha mereka yang tak seberapa.  Bagi aku, kalau nak buat macam tu kena buat sebelum peperiksaan UPSR sebenar. Sekurang-kurangnya anak-anak boleh take action. Waktu tu masih sempat nak tingkatkan usaha. Kalau  nak meroyan lepas habis peperiksaan atau lepas dapat result masa tu dah tak guna dah. Yang itu cuma boleh tambahkan tekanan untuk anak-anak saja. Jadi cuba elakkan. Kesian pada anak-anak. Mereka dah berusaha. Mungkin takde rezeki. Yang tu kita kena faham betul-betul. Bukan tak boleh marah, boleh.. tapi sebelum peperiksaan. Dah nak dekat-dekat periksa pun jangan berikan mereka tekanan. Time tu kita bagi dorongan dan kata-kata perangsang yang lebih saja.  InsyaAllah.. bila dah usaha kita akan jadi redha dengan setiap keputusan yang kita perolehi. Kejayaan juga akan terasa lebih manisnya tak kisahlah walau apa pun keputusannya! 

Waktu periksa
Teruskan amalan-amalan tu. Kalau boleh puasa, berpuasalah. Kalau tak boleh minta suami berpuasa. Kalau anak-anak nak berpuasa pun bagus juga. Doa orang yang berpuasa kan mustajab. Selain tu jangan lupa sedekahkan Al-fatihah. Whatsapp suami untuk ingatkan dia supaya sedekahkan Al-fatihah pada anak juga. Doa-doakan agar perjalanan peperiksaan anak-anak berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Semoga diterangkan hati, diberikan kecerdikan akal fikiran, diberikan kefahaman, dijauhkan dari keraguan dan membuat kesilapan dan semoga mereka mendapat keputusan yang cemerlang.. InsyaAllah. 

Akhir kata, usaha tangga kejayaan. Ada rezeki kejayaan cemerlang akan jadi milik kita. All the best!

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!

25 comments:

Izwa Kamaruddin said...

perkongsian yg bagus utk izwa jugak ni kak..

Dr K said...

kena praktikkan utk anak anak saya ni...tak tahulah zaman anak saya, lagi 7 tahun..ada ke tidak UPSR :)

nazayiena said...

Perkongsian yg sungguh berguna,tq

gadisBunga™ said...

tq for sharing kak! :D

mummY daniSha said...

thanks kak for sharing!!Info yg dicari2..eventho danisha baru 6y =P

azieazah said...

Wahh memang kagum lah. Bukan senang tu nak buat semua tu. Kena ada semangat yang sangat kental.

Syabas!

ummiross said...

Alhamdulillah, perkongsian yang sangat bermanafaat, ilmu dan pengalaman yang dikongsi pasti penuh dengan keberkatan.

Sharifah Nadzarah said...

TQ...FOR SHARING...IN SYA ALLAH AKAN DIPRAKTIKKAN DARI SKRG WALAUPUN ANAK BARU DARJAH 3 & 1...PEMBELAJRAN SKRG MAKIN SUSAH BERBANDING DULU...

Unknown said...

saya nak ikut macam kak Fea la..anak2 semua pandai2..

Hanis MY said...

wahh u r my idol sis...

Irfa said...

perkongsian yg baik
abaikan kata2 negatif
kita kongsi krn Allah bukan nak meriak @ bangga
so far semua tip yg akak cakap tu ada yg kena dgn saya
cuma anak saya mampu dpt 4 je
tp sbg ibu sy dah cukup bangga dgn dia ;)

wahida said...

Alhamdulillah kak...tengs sbb sudi share...

perkongsian yg sgt berguna...

Eye_nee said...

Perkongsian yg sgt berguna ni sis..Tq..

munna said...

Tq share tips ni kak......

mamabiey said...

Tq for sharing..anak saya upsr tahun ni..sangat berguna info ni

Anonymous said...

Terima Kasih kerana berkongsi tips2 yang sangat berguna ini...mudah2han anak2 kita berjaya di dunia dan akhirat..Amin..

Anonymous said...

Saya pun prrnah ambil supir dati Yanto tapi nasib saya amat malang. dapat supir yang pemalas. Kerana hujan semasa di Bali diletaknya kami berjam2 di satu tempat dan supirnya enak2 bermain snooker! Sakit hati betul! Mungkin Yanto ok tapi kalau silap haribulan dpt supir dia yang tak ok, nahas lah.
Lahi satu JBS di Jimbaran tu mmg ok tapi bila da makan sekali tengok mereka siap hidangkan arak segala. Aduh. Hati2 memilih supir. Yanto itu cuma 'boss' mereka. Banyak juga pilihan yang lain yang mungkin lebih baik.

Anonymous said...

AnonymousMay 22, 2014 at 1:32 AM
Saya pun prrnah ambil supir dati Yanto tapi nasib saya amat malang. dapat supir yang pemalas. Kerana hujan semasa di Bali diletaknya kami berjam2 di satu tempat dan supirnya enak2 bermain snooker! Sakit hati betul! Mungkin Yanto ok tapi kalau silap haribulan dpt supir dia yang tak ok, nahas lah.
Lahi satu JBS di Jimbaran tu mmg ok tapi bila da makan sekali tengok mereka siap hidangkan arak segala. Aduh. Hati2 memilih supir. Yanto itu cuma 'boss' mereka. Banyak juga pilihan yang lain yang mungkin lebih baik.

azuha said...

tq hanis , zuha memang dok search tip untuk mengahadapi anak yang malas untuk belajar dan mengahadapi upsr....so tq for tips....

Anonymous said...

tq

Titiwangsa gm said...

Tq for sharing

Anonymous said...

Terima kasih

noramohamad said...

good sharing

waina said...

tq for sharing sis...sgt2 berguna utk anak sy thn depan UPSR..

Sarah said...

Saya adik beradik 8 lelaki, 7 org dapat 5A dan 1org dapat 4A.
Key paling penting, buat exercise byk2 dan konsisten.
Jgn peningkan kepala.

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...