Friday, February 21, 2014

Nak buat mee goreng sedap..

Assalamualaikum..

Salam jumaat yang mulia untuk semua. Pagi ni nak cerita pasal masakan. Cehhhhh.. macam pandai sangat masak ajekan. Tapi tak peduli. Nak kongsi jugak ha..ha.. 

Ada sekali tu adik aku datang ke rumah. Tak masuk rumah pun sebab kita orang nak cepat-cepat keluar. Sepanjang masa kat keluar tu adik aku asyik beritahu yang dia lapar. Sebab ada hal jadinya tak sempat juga nak singgah makan. Adik aku tanyalah aku masak lauk apa sebab dia nak makan kat rumah aje. Aku jawab aku tak masak lauk apa. Cuma goreng mee aje. Bila aku cakap aku goreng mee aje dia macam tak rasa nak makan pun. Terus cakap yang kalau dia masak mee goreng mesti tak sedap. Keadaannya macam nak cakap mee yang aku goreng tu pun tak sedaplah juga. Masa dia hantar aku balik rumah dia dok cakap lagi yang dia lapar. Dah takde apa, aku offerlah nak bekalkan dia mee goreng  tu saja. Memang dah takde pilihan dia pun cakap ok. Sebab dah lapar, bila aku suakan tupperware yang dah siap-siap aku letak sudu dan garfu dia pun terus menyuap mee tu. Habis aje sesuap adik aku pandang aku dan cakap.. Ini memang anak faza (anak mak aku) sebab masak sedap. Ehemmmm ha..ha..  

Time raya hari tu, elok aje kita orang sampai dari kampung, kakak sepupu aku call kata nak bawa pakcik aku datang rumah beraya. Segan pulak kalau nak hidang kuih raya aje. So cepat-cepat minta tolong  en.asben pergi kedai. Kalau nak suruh en.asben pergi kedai memang tak boleh nak pesan lebih-lebih. Maksudnya kena pesan benda yang dia tahu aje. Yang dia tak tahu dia taknak sebab dia tahu kalau salah beli nanti aku juga yang bising he..he.. So nak senang aku pesan suruh beli mee, fish ball, fish cake, tauhu dan sayur. Settle. Sempatlah goreng mee sebelum kakak sepupu dan pakcik aku sampai. Bila makan aje, kakak sepupu dengan pakcik puji mee goreng aku. Bertambah-tambah dia orang makan. Alahai.. mee goreng kosong aje pun. Tapi beria kakak sepupu aku memuji siap cakap dengan suami dia yang kalau dia masak mee goreng mesti tak sedap. Masa dia orang tengah makan tu anak dia yang kecil tidur. Bila dah bangun kakak sepupu aku offer mee goreng tu. Anak dia makan pun siap bertambah. Teruslah kakak sepupu aku dok puji lagi.

Hmmm.. baru dua testimoni pun dah kecoh nak share dengan orang. Sangatlah poyo kan. Well.. ada blog kenalah share ha..ha.. (Reader jangan makan hati ya he..he..).  Sebenarnya aku masak mee goreng tiru cara makcik aku yang terror masak mee goreng. Mee goreng dia memang sedap terangkat. Setiap kali kalau kita orang datang rumah dia mesti nak request mee goreng. Kalau nak datang raya pun mesti tak demand makanan lain. Minta mee goreng aje. So, bila makcik aku goreng mee aku pun tengoklah apa yang dia letak sampaikan sedap sangat mee goreng dia. Takde letak apa-apa bahan rahsia pun. Tapi yang perlu ada ialah cili sos, tomato sos, kicap dan sedikit cuka. Cili blend, bawang putih, bawang merah dan udang kering atau ikan bilis sebagai perencah tu memang kena adalah kan. So bagi yang selalu kata kalau goreng mee jadi tak sedap tu bolehlah cuba. Kalau kena sukatan cili sos, tomato sos, kicap dan cuka tu memang akan terangkat mee goreng tu, insyaAllah. Tak letak ayam, daging, udang semua tu pun dah mabeles. So, selamat mencuba!

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!

12 comments:

Izwa Kamaruddin said...

reader jawab : makan hati la jugak sebab baca sambil telan telan air liooo...

ehehehehe...

Eye_nee said...

oooo ada campuran sedikit cuka disitu yer..nak try jugak nnt..

ummiross said...

waa best ni, ummi memang tak pernah letak cuka bila masak mee, lepas boleh cuba, harap2 dapat jadi sesedap masakan Hanis dan mak Hanis.

Unknown said...

saya buat mee goreng tak pernah bubuh sos.saya tak makan sos.suami pun pelik kenapa buat mee goreng tak bubuh sos.lama2 dia makin serasi pulak dengan mee goreng tak de sos tu,,hehhehe

BatuBelahBatuBertangkup said...

Lepas ni tak nak makan mee goreng mamaklah tapi nak makan mee goreng Hanis Azla...boley..

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

sodapnyaaa...buat pulak basah2 sikit..pehhh memang terbaek..

alin said...

kak, terima kasih sudi singgah kat blog.. :)

alin suka goreng mee dengan bawang merah.. harum bau, lepas tu makan dengan telur mata.. sedap hehe

ZaidJinggo said...

Eh eh..mcm sedap plak kena mee goreng time2 nih....

sud@is said...

suka mee goreng pedas...ketuk cili api

Anonymous said...

Salam.. Bila saya google cara masak mee jumpa your post. Dengan rendah hati saya ingin minta tolong share resepi in detail. Saya suka sangat makan mee, tp nak jumpa mee goreng yg sedap sgt susah. Boleh juga email ke ct_mai82@yahoo.com

Hanis Azla said...

As-salam Ct_mai,

Resepi mee goreng.

Bahan :
Cili kering
Bawah besar
Bawang puting
Udang kering / Ikan bilis
(Semua bahan- bahan ni di kisar)

Fish cake
Fish Ball
Tauhu
(Selepas di basuh bersih dan dipotong, goreng garing)

Cara masak :
Masukkan minyak. Bila minyak dah panas masukkan bahan yang sudah dikisar.
Masak sehingga bahan yang dikisar pecah minyak/masak. Selepas itu masukkan gula, garam, cili sos, tomato sos, kicap dan cuka. Seimbangkan rasa. Kalau suka boleh pecahkan beberapa biji telur. Bila rasa dah sedap, masukkan mee yang sudah dibasuh bersih, fish bal, fish cake dan tauhu yang sudah digoreng dan sayur. Kacau rata. Sebelum tutup api rasa lagi mee tersebut. Kalau ada yang kurang tambahkan sos, kicap dan cukup biar sesedap rasa.

Semoga perkongsian ini membantu.. in shaa Allah.

Anonymous said...

Terima kasih dear ����

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...