Thursday, March 27, 2014

38.. ALHAMDULILLAH..

Assalamualaikum.. 

Segala puji bagi ALLAH tuhan sekalian alam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Hari ini 27 Mac 2014. Alhamdulillah.. bertambah sudah usiaku ke angka 38. Alhamdulillah.. Syukur kerana diizinkan ALLAH untuk terus bernafas. Syukur kerana direzekikan ALLAH untuk merasai nikmat iman, nikmat kesihatan, nikmat kebahagiaan, nikmat kasih sayang, nikmat kesenangan, nikmat kelapangan, nikmat kekeluargaan, nikmat persahabatan, nikmat ilham dan nikmat-nikmat lain yang tidak akan pernah cukup untuk disenaraikan.

Alhamdulillah kerana diizinkan ALLAH untuk menjadi seorang anak, isteri, ibu, kakak, menantu, ipar, anak saudara, cucu, sepupu,  saudara, sahabat, jiran, pekerja, rakan sekerja, kenalan dan hubungan yang tidak pernah ada nama khas kepada insan-insan yang sangat-sangat baik lagi membahagiakan. Insan-insan yang selalu dan pernah membuatkan hidupku terasa cukup indah dan sempurna. Syukur YA ALLAH.

Mati sudah menghampiri. Takut itu pasti. Yang lebih menakutkan ialah amalan yang masih belum cukup, ilmu yang masih belum sempurna, kebaikan yang masih belum banyak, kekurangan yang masih belum diperbaiki, hati yang masih belum hilang hitamnya, akhlak yang masih jauh untuk dijadikan contoh dan hal-hal lain yang masih banyak yang perlu diperbetulkan. Semoga aku memperolehi umur yang diberkati ALLAH hendaknya.. insyaALLAH.

Terima kasih atas ucapan dan ingatan dari insan-insan kesayangan juga semua yang sudi meraikan hari yang menjadi tarikh aku dilahirkan. Hadiah kejutan dari en.asben sangat mengembirakan. Katanya aku jarang mendapat hadiah darinya. Namun sebenarnya, hampir setiap hari aku memperolehi hadiah yang tidak ternilai harganya iaitu kasih sayangnya untukku. Ciuman hangat dari anak-anak menjadi hadiah terbaik juga untukku pada setiap hari. Doa dari emak dan semua yang pernah mendoakan menjadikan hadiah yang cukup bermakna buat diriku.  Thank you ALLAH. Thank you All.

 Salam hormat penuh kasih sayang dariku buat semua.
Semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua..
insyaALLAH.
Take care and have a nice day!

13 comments:

Izwa Kamaruddin said...

Selamat Harijadi kak Hanis Azla,
semoga terus berbahagia, semoga dimurahkan rezeki sentiasa, semoga cemerlang dunia akhirat..

Angah said...

Happy Birthday hanis, semoga beroleh keberkatan dalan kehidupan....

sud@is said...

happy birthday Hanis semoga dalam rahmat dan perlindungan Allah sllu

Eye_nee said...

Happy Birthday Dear..
Semoga kamu selalu didlam RahmatNYA..peroleh kehidupan yg bahagia..dunia dan akhirat...

Kakcik Seroja said...

Happy birthday Fea...

MulutPayau said...

Selamat Hari lahir dear..semoga sntiasa di bawah limpahan rahmat-NYA..

Kakzakie Purvit said...

Sehari berganjak sehari juga kita mengejar usia kematian yg mendekat kan Hanis. Kakak ni lagilah..

Moga selagi diberi usia ini dpt kita manfaatkan ke arah yg terbaik.

Happy birthday dari kakak buat Hanis.

JunAina said...

Alhamdulillah... Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran Fea, semoga usia yg ada diberkati.

ummiross said...

Alhamdulillah..moga dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik, moga Allah sentiasa memberkati Hanis dan keluarga.

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

selamat hari lahir..hanis..semoga sentiasa sihat dan gembira bersama org2 tersayang..insyaallah

Lydia Miza said...

Selamat hari lahir kak fea. Moga sht selalu, murah rezeki dan bahagia dunia akhirat. Amin

sitinaminah02 said...

happy birthday kak!!!

semoga sihat2 selalu.

Liza @ Adzriel AB said...

dear... i miss u.sorry lama menyepi.. busy dgn anak2.

alaaa.. baru 38. hepi belated besday dear.

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...